Thursday, July 23, 2009

First Crush.



First crush aku adalah sangat special. Walaupun berlaku 13 tahun lepas. Aku kata special, sebab aku ingat dia sampai sekarang. Tapi ex aku, bila aku cuba nak recall, aku sedar bahawa aku dah terlupa birthday dia, nama penuh dia dan muka dia macam mana pun aku ingat samar-samar je. Ok, sebenarnya ada sikit aku ingat. Ex aku sangat skinny pastu kepala dia nampak besar. Dan disebabkan aku neurotik pasal proportionality, aku sebenarnya lega masa kami break up. Aku pikir, "Nasib baik he's not the one. Kalau tak tiap-tiap hari aku akan terjaga tidur dan benda perkara pertama yang aku pikir bila pandang dia adalah :"Holy crap, besar sial kepala dia ni." Yelah, ada orang anal pasal bau. Ada pasal gigi. Ada pasal kulit. Aku anal pasal proportionality kepala dan badan.



Nasib baik crush aku punya kepala dia dengan badan dia ratio 1:1. Kira sesuai la. Takda la kepala macam bola ping pong ke bola keranjang. Walaupun aku bukan seorang yang superficial, tapi kebetulan first crush aku adalah dari segi rupa, sangat divine. Dari umur 11 tahun kau dah tau mamat ni destined to grow up to be a heartbreaker. Tambah pula dengan muka macamtu, dia rajin main bola so badan dia pun best.



Macam mana aku nak describe dia? Macamni lah, kami ni yang baru 11 tahun dan masih belum acquired hormon kami fully, kalau main game kalau ada event then kena pusing roda tu untuk dapat hadiah, hadiah pertama adalah dapat cium dia (malangnya aku tak menang). Cuma rambut je slack, tapi aku rasa dia tau kot rambut dia slack so dia pakai topi tiap-tiap hari. Life is fair. Kalau muka dan badan dah cantik, rambut kau mesti buruk. Ini tahun 1996 dan dia 11 tahun. If you looked good back then and at that age, kau amazing. Masatu orang tak reti nak cabut kening betul-betul. Pelakon komedi bersiri Friends masih pakai eyeshadow biru dan lipstick brown. Belum ada whitening dan tanning artificial secara berleluasa. Orang baru reti nak buat rambut macam Sonic Hedgehog.



Kita panggil dia 'S'. 'S' sebab nama dia start dengan huruf S dan sadly, he was an ass. Dia panggil semua perempuan 'bitch' tapi mereka masih menggedik dengan dia dengan rela. Dari sini kita dah dapat lihat S akan membesar jadi seseorang yang sexist dan tak reti respect women, tapi aku ada feeling bahawa dia akan bertemu ramai perempuan yang "You don't even have to remember mah name in the morning".



Twist di sini adalah S suka aku. Macam dalam movie Hollywood, aku adalah nerd. Aku selalu skor papers aku, aku baca buku masa rehat, dan clique aku terdiri daripada budak-budak Asia. Seperti nerd sejati yang pasti allergic dengan something, aku allergic dengan minuman bikarbonat, so masa rehat aku akan minum air tin jus strawberry dengan pose macam aku sedang minum something cool, macam Mountain Dew. Masa tu Mountain Dew tengah top pasal ada basketball superstar berlakon dalam iklan dia. Masa science fair, aku buat eksperimen paling kompleks dan skema di antara semua classmates aku. Pasal warna apa yang serap paling banyak haba. Siap beli watercolor, test tubes dan thermometer tu. Manakala S pulak buat eksperimen sejauh manakah dia dapat menendang bola across the field. Konon-konon Fizik la, sports science, sesaran, acceleration lah dia kata.



Aku tau S suka aku. Salah satu sebabnya masa kat elementary school dia suka trip aku masa aku lalu depan dia nak pergi buang sampah. Masa masuk middle school, dia ditakdirkan duduk depan aku dalam kelas. Tiap kali aku bend bawah meja nak ikat tali kasut, dia akan bend sama dan pandang aku bawah meja sambil senyum. Sampai sekarang aku ingat benda tu, sebab sekarang aku rasa sweet gila pulak. Walaupun masatu aku ingat dia agak creepy gila buat camtu. Sekarang ni tak ada sapa teringin nak tengok aku ikat tali kasut dah.



Jadi kami selalu stealing glances at each other. Masa time Physical Education, aku selalu nak cepat-cepat run laps supaya akan banyak masa nak usya dia main bola nanti. Disebabkan S jugak, aku mula mencukur bulu kaki walaupun tak ada bulu kaki pada umur tu sebab aku kena pakai shorts untuk PE. Cinta memang buta. Dan sebagai stalker berjaya, aku selalu usya dia main bola keranjang petang-petang depan rumah aku. Dan bila aku pulak main bola keranjang secara pasif dengan geng nerd Asian aku, dia pulak yang usya.



So satu hari kawan karib S bagitau aku bahawa dia suka aku depan kawan-kawan aku. What happened next ada banyak sebabnya, sampai sekarang aku tak tau kenapa aku cakap macamtu. Salah satunya mungkin sebab kawan karib dia adalah seorang budak perempuan yang cantik dan popular dan aku tersipu-sipu yang dia datang cakap dengan aku. Being 11, aku tergamam, malu dan sebelum aku sedar apa-apa, aku jawab, "S? Ewww."



Sebab kedua mungkin aku rasa S out of my league. Over the next few years I was gonna use this excuse to escape starting something I was scared of, but were they really? Sampai sekarang aku pun tak pasti aku sedang bermain dalam liga mana. Aku ni tak layak main dalam Liga Perdana ke?


Kau tau perasaan suka sangat kat seseorang, sampai kau angau kat dia siang malam, pastu usya dia setiap chance yang kau dapat (zaman sekarang ni orang stalk Facebook dengan Twitter je kot, antisosial betul), siap lukis-lukis nama dia kat tingkap masa hujan sebab ada wap air tuh, pastu kau fantasize kau Neve Campbell dan dia Scott Bailey, pasal kau 11 tahun dan tahun tu drama Party of 5 memang tengah panas dan macam mengujakan betul cause 11 year olds aren't supposed to watch it, then bila saat yang kau nanti-nantikan tiba, kau blew it all away pasal kau kononnya nak kontrol macho depan kawan-kawan kau padahal kau sebenarnya ada inferiority complex? Dan perkara tu membuahkan jangka masa setahun yang sangat awkward antara kau dan dia, dan dalam kepala kau akan selalu terngiang-ngiang benda tu, walaupun nothing happened, dan kau tau 11 year olds bounce easier than others, lagi-lagi orang macam dia, tapi tu jugak yang kau chose to remember. Sebab walaupun kau dah tak ada perasaan kat dia setahun lepastu, kau sedar bahawa 13 tahun later, kau masih ada complex tu.


Well, I hope you never know that feeling.

Friday, July 17, 2009

Rant, Sigh, Pull Hair, Sigh Again.



I'm angry, and I'm sad. But more sad than angry. I'm trying to delude myself into thinking that money will make me feel happier.



I don't know why people say money is the root of all evil. They probably have too much money. Money makes a crummy job seem less crummy, you'd stick it out even if the job and your colleagues suck. I hate it when rich kids complain about the emptiness. You'd feel the emptiness even if you were poor. Except that you'd be too worried about having something you eat that you'd forget that you had to feel sad over feeling empty. Don't be so greedy man. You can only have one of them, money or happiness. Some would say both are the same thing. Or one leads to the other.



It's easy for people to say I'm materialistic for writing about money, when in truth I'm someone who can't spend my own money without feeling guilty. I can't even accept a gift under rm50 from someone I've been dating for years without feeling bad cause I'm just too damn concerned about doing the right thing. Bodoh bodoh bodoh. Everything makes me feel guilty. Yet while feeling disgusted over women who leech off men like it's no big deal I can't help feeling a bit envious over their lack of conscience. I can't even type that last sentence without feeling immensely guilty.



In the end I know the sadness has nothing to do with money or lack of it but I can't help trying to delude myself into thinking that money can make the sadness go away. I need the hope that something can. Macamlah duit tu pintu Doraemon. Kalau ada duit, boleh beli makanan sedap-sedap, jadi happy. Boleh beli beauty products semua, jadi cantik, semuaaaa orang suka! Beli pakaian dan kasut lawa-lawa, nanti semua orang envy and puji-puji, teringin nak jadi me, weee. Apalah aku merepek. Sebab somehow you just never feel full, or feel pretty enough or have enough pretty things. I'll never know just how happy money will make me, cause I have no idea how much is enough, and I can never spend any amount without feeling guilty. Tapi aku spend jugakla.



Sigh. I just had to get it out of my system. I feel a bit better writing this crap. So uncharacteristic of my virtual character maybe, but who cares. I won't even delete this crap in the morning, because this entry and I, we don't have a one night stand kinda relationship. And no, I am not PMS-ing. Patutlah orang suka tulis these kind of ranting entries, it's fun rupanya. Man, I feel guilty sebab rasa fun. I hate controlling macho and having to be strong all the time. I'm a girl, I'm allowed to complain all the time, dammit! I'm tired of saying the 'right' thing all the time.



I'm allowed to sound crazy without being labelled as emo or crazy once in a while too. Memanglah tak cool bila tiba-tiba start blabbing and lose your cool. Tapi I know sometimes surely other people pun too secretly nak jugak just release all the ke-tak-puas-an sekali sekala kan? Tapi you can't. Cause you think people will be judging you (you're right, they do judge you). And over one night nanti akan runtuh satu imej yang you have been trying to build for years.
Mesti bosan kalau aku asyik mengeluh macamni. Nanti orang rasa kena pujuk pulak. I just want to be heard. Lagi best kalau lepastu pretend macam I never wrote this. Sekali sekala takpa kot. Ah, peduli apa. You can't help me.


Sigh. The road is bleak, and there always exists a hope that someone somewhere can miraculously change everything, maybe eliminate the vacuity in my heart cause no one in my life right now can. Ptuih. Drama gila ayat. And while I know that the person can only be me, I can't help but wish that it could be someone else, because I'm too tired to do it myself.



/end.



I'm sorry this entry is so depressing.(<--- my guilt made me type that.)

Thursday, July 9, 2009

Sebab Media Barat Tak Mahu Cerita Ini Diketahui Umum.

Pernah dengar tentang Marwa Al-Sherbini?


Wanita ini ditikam 18 kali di mahkamah oleh jirannya yang xenophobic dan berwarganegara Jerman.
Semasa ditikam, wanita ini memeluk anaknya yang berumur 3 tahun supaya anaknya tidak dicederakan. Dan semasa ditikam, pembunuh itu asyik berteriak, "I want her heart!" (Hendak memotong hati mangsa dengan pisaunya).

A 31-year old, headscarf-wearing Egyptian Muslim woman, Marwa Al-Sherbini, who was about four months pregnant, takes her German neighbor to court for calling her a “terrorist”. Now, in the courtroom, the neighbor, Alex W., stabs her 18 times right in front of her 3-year old son.

Her husband, a research fellow, tries to come to her rescue and ends up not only getting stabbed as well by the attacker, but is actually mistaken for the attacker and shot by the security guard. (Full Story)


Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya."


Sekarang beritahu aku, bagaimana seorang wanita boleh ditikam 18 kali dan suaminya ditikam 3 kali sebelum ditembak di dalam mahkamah, tanpa sesiapapun bertindak?


Media yang selalu menanam xenophobia dengan overplay setiap kesalahan orang Islam dan downplay cerita dimana orang Islam dianiayai seperti kes Marwa nampaknya berjaya.


Tak hairanlah orang Islam sudah tidak mahu lagi berdiam, malangnya sikap hendak bersuara ini diputarbelit sebagai agression pula oleh media.



Bagaimana cerita ini langsung tak dihebohkan oleh media Barat? Darah orang Islam tak sama harga dengan darah orang lain ke? Kita semua tahu kalau lelaki Islam yang bunuh perempuan Jerman, mesti kecoh satu dunia. Lepastu dijadikan plot filem Hollywood atau drama bersiri Numbers (yang tidak melepaskan peluang nak hentam Islam dalam hampir semua episod), keluarganya si mangsa ditemuramah oleh Oprah, front page suratkhabar, bla bla bla, supaya semua orang takkan lupa. Sigh.


Senang untuk kamu berkata semua ini boleh dibawa berbincang dengan amannya. Tapi bayangkan itu isteri atau ibu kamu. Perkara ini tak berlaku di jalan raya yang terpencil, tapi di dalam mahkamah. Kemudian kamu pula ditembak ketika hendak melindungi ibu kamu sebab kamu tidak berambut perang, maka tentu kamu terrorist. Sedangkan kita manusia yang kalau break up dengan teman lelaki atau wanita pun dah jadi emosional dan tak keruan, apalagi kehilangan keluarga. Baca kes wanita atau kanak-kanak dirogol pun kita dah rasa nak bunuh/cederakan pesalah, apatah lagi kalau begini.


Aku tak hairan dengan agression, sebab agression biasanya adalah akibat disalahfahami.