Author's Picks (Some of My favourite Posts)

Monday, April 12, 2010

Ketam Sedap Apa.


Masa Form 3, aku suka ponteng sekolah and tengok orang chat kat Hitz TV petang-petang. Biasalah, budak tak fun dan tak samseng, inilah aktiviti kalau ponteng sekolah. Baring atas sofa pastu tengok videoclip sexy-sexy sambil baca chat. Kat rumah subscribe Astro punya main channels je, camana nak tengok MTV. Cemburu dekat budak-budak kat chat tuh, deras je menchatting, macam waterfall turun kat kotak chat tu. Banyak sangat ke duit diorang ni? Satu SMS 50 sen tau. Dalam kepala macam-macam aku tak puas hati. Dahla dapat handphone, banyak pulak tuh kredit. Aku ni jangan mimpi nak dapat handphone. Cara type macam budak cacat akal pulak tu. Ni mesti tak cemerlang dalam pelajaran. Dahla ponteng sekolah (macam aku tak je), parents still sayang and belikan macam-macam.
Ha, ni mesti dapat macam-macam lagi ni. Bilik mesti ada katil king sized. Mesti tak yah share dengan adik beradik. Terbawak-bawak pulak aku membenci.


Macam biasa lah, bila videoclip keluar kat sebelah tu, diorang mula kutuk atau puji lagu yang keluar. Sekali keluar videoclip Linkin Park, lagu apatah. In the End kot. Mulalah diorang "This song is so freaking rocks!", "LINKIN PARK IS RULZ!" dan macam-macam lagi. Aku dah tak tahan. Aku mintak pinjam handphone dari mak aku.


"Mak, nak pinjam handphone sekejap leh?"

"Nak buat apa? Jangan nak mengarut."

"Nak kena SMS kawan ni. Urgent. Tanya pasal homework."


Mak aku pun kasi pinjam. Aku pun register nick untuk chat Hitz. Lepastu dalam semua orang tengah puji-puji dan layan lagu tu, aku type "linkin park is crap" lepastu send. Puas hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Aku tak benci Linkin Park pun. Aku sebenarnya tak ada perasaan kat band tu. Aku just dengki. Lepastu aku kena maki bertalu-talu. Tapi yang favourite aku-

"HEY HOW DARE U SAY LINKIN PARK IS A CRAB"

41 comments:

  1. aku pun suka. suka makan ketam :)

    ReplyDelete
  2. Mmm ketam. Sedapnya. How dare you. Ish ish ish.

    Btw, rindulah!

    ReplyDelete
  3. rindu makan ketam ke. he he he

    ReplyDelete
  4. ramai juga yang sakit otak masa tuh...hehehehe

    terkenang

    ReplyDelete
  5. kes mata juling baca laju-laju la tu...

    aku pun penah je...

    mampus guling-guling gelak depan tv masa cuti sekolah (apa barang ponteng-ponteng sekolah ni... takleh la usya pengkid-pengkid hot dalam skolah)

    ayah aku pun heran kenapa aku macam dah sewel.

    ReplyDelete
  6. how dare you! haha from the chats, we can see how english is deteriorating in malaysia.

    p/s: kalau takde astro boleh tengok hitz tv ke, macam tak boleh je? i'm confused.

    - Nick

    ReplyDelete
  7. Oh, thanks Nick. Ingatan aku tak berapa kuat. Aku rasa masatu aku ada Astro, tapi kitorg suscribe main channels je kot. So tak dapat channel yang extra2 tuh. Nanti aku correct kat entry.

    ReplyDelete
  8. how dare yu sebut ketam2 ni. ai dah teringin tau :D

    ReplyDelete
  9. hahaha...love this...!!!
    nak kate t'slh taip uh..uruf P n B tletak amat jauh...hehe

    ReplyDelete
  10. Hahahahah rindu zaman Hitz tv tengah hot. Sebenarnya aku pernah chat jugak dekat situ. Tapi aku tak tegar Linkin Park pun. Hahah!

    ReplyDelete
  11. Ahahah..

    nasib kita sama. makyah tak kasik henpon waktu sekolah.pas form 5 baru boleh.

    dunia mmg tak adil

    ReplyDelete
  12. hahaha. Diorang memang banyak credit sampai boleh gaduh2 dekat chatspace tu. Aku rasa dulu pun macam tu jugak, curi2 handphone orang n register nick dekat situ.

    ReplyDelete
  13. what crab.crabstick is the best.hehe

    ReplyDelete
  14. magenta said...

    rindu makan ketam ke. he he he


    Jika awak tu ketam, maka jawapannya adalah, iya. (ayat power tak awek?)

    ReplyDelete
  15. ketam masak lemak sedap woo..



    4tahun lepas kot, wahhh budak2 sekolah goyang2 kepala ala2 metal masa lagu linkin park berkumandang dalam studio.

    aku tanya 1st album depa apa dia? kata fanclub sangat.

    semua tatau. tau hat kot keluaq kot hitfm saja. haha.

    ReplyDelete
  16. hahaha saitan betul budak itu...

    ReplyDelete
  17. Oww... Linkin Park restoran makanan laut sebenarnya...... XD

    ReplyDelete
  18. hitz tv ke channel @15? Last time mkn ketam so masin walaupn tak bubuh garam.

    ReplyDelete
  19. ahaha, now i know linkin park is actually a crab. (:

    ReplyDelete
  20. So, Linkin' Park is a crab. I always thought they were more lobstery. Ketam Fatty Crab is the bestest, though.

    I'm so feeling this post. Exact sentiments. Gila sayang and/or bodoh mak bapak diorang.

    ReplyDelete
  21. ajar aku bukak ketam...aku fail everytime

    ReplyDelete
  22. hahaha..gembira btol baca ini entri.

    ReplyDelete
  23. patutlah kalau keluar lagu linkin park kat mana-mana saya akan rasa gatal, rupa-rupanya sebab saya allergic ketam.

    ReplyDelete
  24. die senget kot.. cam ketam jugak.. ngee..

    ReplyDelete
  25. hahahaha.... kau fikir sama mcm aku lah magenta bila tgok hitz tv masa zaman skolah dulu... hahahha

    ReplyDelete
  26. Magz! Apa nickname kau? Ada pernah nampak Tapir^Berkepak tak? Aku la tu! Heeee...

    ReplyDelete
  27. serius aku tersenyum sumbing cam kera lps bc entry kamu neyh..

    ReplyDelete
  28. hahaha.klu aku aku reply cut the crab.haha

    ReplyDelete
  29. ini terbaik. haila.. aku dah la gila ketam!
    FYI aku pun dulu ter-stuck tgk chat tuh. n found out yg kebanyakkan mereka2 ni poyo saja. macam menyesal chat sekalian

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Akak ipar aku pernah kena beratus2 sebab benda ni, dalangnya akulah.

    :)

    Sampai sudah diorang tak tahu.

    ReplyDelete
  32. Hi,
    baru jumpa blog ni..serius kelakar gile... lol..
    Pls update blog :)
    yasmin

    ReplyDelete