Author's Picks (Some of My favourite Posts)

Friday, May 14, 2010

Hipocrisy #2: Menegur


Bila beramai-ramai, tiba-tiba seseorang akan berkata, “Aku bukanlah nak mengata ke apa, (ayat permulaan tipikal bila seseorang nak mula mengumpat) tapi aku rasa tak baiklah X buat macam tu dekat Y”. Diakhiri dengan muka konon-konon tak sure dan serba salah supaya lakonan diterima oleh para pendengar.


Tahniah, anda telah berjaya merasmikan opening untuk sesi mengumpat X.

Yang lain pun tiba-tiba buat muka concerned padahal dalam hati semua pakat gembira dapat peluang nak mengumpat si X, sebab mungkin mereka jugak secretly dengki dengan X.

Sesi mengumpat diakhiri dengan senyuman pura-pura concerned yang sebenarnya senyuman puas kerana gembira dapat meluahkan segala ketakpuasan terhadap X, menghasut orang lain dan masih nampak seperti seorang kawan yang caring dan bermoral tinggi.

Kalau betul-betul concerned, cakap direct je kat kawan kamu. Tu kalau niat kamu memang nak dia berubah atau rasa apa yang dia buat salah, tegur dia, bukan mengumpat dia dengan kawan-kawan yang lain. Kalau tak berani atau rasa bukan hak untuk kamu untuk masuk campur, diam je.

Yang aku tak paham, kalau nak mengumpat, kenapa kena buat-buat macam sesi usrah mengenangkan kerosakan akhlak generasi muda? Masing-masing menggunakan peluang tu untuk menceritakan keburukan X, bagaimana mereka lebih bagus dari X. Dan tak ada manfaat pun sebenarnya. Pasal konon nak menegur, tapi si X tak tau apa-apa. Nak mengumpat, mengumpat jelah.

Tau apa yang lagi keji dari mengumpat? Mengumpat tapi buat-buat macam tengah berbuat sesuatu yang mulia.

45 comments:

  1. actions speak louder than words..

    kalo btol dorang concerned, dorang tak ngumpat punya..

    kononnya tak berani cakap.. urghh..tapi jaja buruk orang..

    typical pura-pura/berlagak concern tapi tak lah concern sgt..

    ReplyDelete
  2. Haha. Kenal ramai manusia macam ni yang terdiri dari kalangan "kawan-kawan baik".

    :)

    ReplyDelete
  3. peluang nak tunjuk holier-than-thou.

    mengenangkan kerosakan akhlak generasi muda terbaik doh.

    ReplyDelete
  4. betul. kenapa tak ditegur je depan2. pernah kena macam ni jugak, yang mengumpat tu pulak dari kalangan org yang aku anggap kawan sendiri.

    haish.

    ReplyDelete
  5. been there, done that. takut nak cakap depan-depan. niat cerita kat kawan nak 'lepaskan' taggungjawab supaya kawan yang boleh tegurkan. tapi akhirnya, ngumpat je lebih, niat suci tak ke mana.

    sekian.

    ReplyDelete
  6. ouch. pernah buat.
    haha. thanks sedarkan anyway.

    ReplyDelete
  7. tp bile tegur depan2 beliau tak terima & xpasal-pasal boleh betegang urat...been there too..terus takut nak tegur da

    sekian

    ReplyDelete
  8. betul, setuju sangat ngn kau.

    aku care kat kawan aku, so aku cakap je direct kat dia yang ketiak dia busuk.

    kan selesai masalah tu...

    ReplyDelete
  9. yang mengumpat dapat dosa, yang diumpat dapat pahala. kira tolong lah tu, tolong beri pahala.

    - Anzas

    ReplyDelete
  10. SETUJU. aku cukup benci nak join org mengumpat, lagi2 bila dimulakan dgn ayat2 cover alim mcm ni. abis2 pun aku akan jawab: "eh?" . tp kalau bende negatif pasal seseorang pun, aku tak cakap depan2 org tu. sbbnya, bende tu adelah bende NEGATIF. kalau positif aku cakap. aku percaya kata2 positif boleh menceriakan hari dan hati siapa2 saja. aku lepaskan tanggungjawab utk org lain menyampaikan bende2 negatif ni kepada orang tu...atau aku tunggu sehingga dia minta pendapat aku. then aku akan beritahu tanpa berselindung.

    ReplyDelete
  11. oh my god....i feel exactly the same. memang gile annoying orang macam ni. and only god knows apa yang dia cakap pasal kita kat orang lain pulak. so elakkan mengumpat selagi boleh..

    ReplyDelete
  12. usrah tak tahan tu...aku lebih kepada ambil pengajaran untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  13. that's the secret i'll never tell. u know u love me. xoxo. ;)

    ReplyDelete
  14. I'll be the only honest one here, lah: I love to mengumpat.

    Especially done by senior gossips like yours truly complete with the appropriate tones, the right gestures and facial expression with a hint of exaggeration in what-would-I-do-were-I-in-his/her-place comments for comic effect.

    ReplyDelete
  15. Peluang untuk nampak 'aku lebih baik daripada X'.

    ReplyDelete
  16. kadang-kadang sedar atau tidak, semua manusia pun selalu begitu.

    ReplyDelete
  17. lagi lagi yang diselitkan dengan 'alhamdulillah'..'insyallah'

    agak pantang.

    ReplyDelete
  18. haha, benci orang yg mengumpat pura2 tak tau.
    memang hipokrit.haha

    ReplyDelete
  19. you know what they say :
    great people talk about ideas,
    average people talk about things,
    small people talk about other people ;)

    ReplyDelete
  20. i think the idea here is to realise this situation and stop ourselves when we realise we are doing it too.

    if we know we are doing it, and choose not to stop, i think you have made the choice to mengumpat.

    we can describe based on what appear to our eyes, but not what they have in their mind.

    if to be honest is to mengikut nafsu semata-mata, i think there is a phrase says

    "malaikat berakal, tiada nafsu
    haiwan bernafsu, tiada akal
    manusia bernafsu dan berakal"

    saya tahu saya tak mampu jadi malaikat, tapi seboleh-bolehnya saya tidak mahu jadi haiwan.

    ReplyDelete
  21. btol2.
    sgt2 stuju.
    kne dgn "kwn2 baik" lak tuh.
    kalo kte ade wat slh,tego je la.
    xyah ah nk wat mesyuarat tingkap lak en.
    tego je dpn2.
    kalo baik utk diri kte,kte terima la.
    bile da ngumpat,org yg xkenal kte pon da pk lain.
    pndg kte mcm kte ade wat slh je.
    aishhhh
    ade gak mnusia2 camni kt dunia nyh.
    huhu

    ReplyDelete
  22. saya setuju dgn anonymous...saya pernah tegur kwn depan2, sy ade bnda xpuas ati ngn die...sy tegur die mase tu mmg kami berdua saja n xde org len..sy tegur baik2..

    tp lain pulak jadi...kawan tu bersekongkol plak dgn member len n bersatu memulaukan 'org jht' mcm sy...'org jht' yg tegur die supaya die baiki kesilapan die...slh rupenye..

    itu undang2 "berkwn" rupenye...esp among girls..kononnye u xleh tegur kwn u walaupun terang2 die slh..kalo x, putus kwn..yeah right,..kem salam jela "kwn" yg mcm ni..

    i prefer kwn sikit tapi betol2 kwn drpd ramai kwn tp semuanya plastik..

    ReplyDelete
  23. ermmm.. merata ada disekeliling.

    ReplyDelete
  24. oh dear..seriusly.. these kind of people are around me..

    ReplyDelete
  25. secara jujurnya, apa yang you tulis tu mmg betul dan saya pun melakukan sebijik apa yg kamu katakan.. mengumpat+mengata dan dalam masa yg sama menganggap diri sendiri lg bagus dr si mangsa umpatan.

    kdg2 bercakap belakang ni mcm jd satu kepuasan utk melepaskan ketidakpuasan hati..errmm..

    ReplyDelete
  26. It happened to me once. They gave knowing looks to one another when I'm in the room with them and had inside jokes or whatever you call them. And when I asked what's up they'd be like ohhh nothinggg. It got me uncomfortable till one day this friend of mine told me what happened that got them bothered. And when I asked why nobody told me earlier she told me they were scared i'd get mad -.-

    I wasn't mad because my friend said that (since I realized what I did WAS wrong) I was just upset that they didn't bother to tell me in the first place and instead talked about it behind their backs-making it sound way more worse/complicated than it actually was.

    ReplyDelete
  27. saya pun pernah buat macam tu...astaga

    ReplyDelete
  28. kdg2 ak jmpe org yg ckp "wei jom mengumpat"..owh x thu nk ckp mcm mna..dia x sdr ke yg mengumpat tu umpama mcm berzina..ish3..sedih ak tgok org mcm ni..

    ReplyDelete
  29. Aku bukan nak cakap apa tapi aku dah lupa apa aku nak cakap.

    Sihat?

    ReplyDelete
  30. sape yg berani ckp dpn2??
    mostly ckp belakang a.k.a mengumpat je la tau.
    konon nak menjaga hati xnk ckp dpn2, tp yg die mengumpat berjemaah tu tak fikir lak jaga hati ke tak kan?

    humans..weird aren't they?

    ReplyDelete
  31. sbb tu aku lebih suke diam, maleh haih nk ckp lebih2 nt kang come to worst mengumpat je yg lebih...

    ReplyDelete
  32. kalo org tu x ley terima pendapat org laen lgsung?
    dia jer yang betol...oopppss
    kalo tegur, mengamuk..caner???

    ReplyDelete
  33. can you please blog more..
    i miss your writings.
    =)

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum~
    sy syud, mohon amik entry pada tarikh Friday, April 10, 2000.
    hubungi ym sy bloodytiramisu@yahoo.com jika ada apa2~;p
    trimas~

    ReplyDelete
  35. I consider, that you commit an error. I suggest it to discuss. Write to me in PM, we will communicate.

    ReplyDelete
  36. Let's talk on this theme.

    ReplyDelete
  37. I copy this to my entry with ur link. tq :)

    ReplyDelete
  38. seriously,i seorang yg agak straight forward.tapi ada certain2 manusia yang sakit hati dengan mulut i.alasan diorang xpernah dapat member cakap direct macam i.mereka xbiasa.mungkin kawan2 mereka biasa cakap belakang2 x biasa cakap direct.pelik tapi perit :)

    ReplyDelete
  39. mohon untuk share, dan sy setuju dengan penulisan ni. kadang-kadang lebih baik sendirian dari duduk ramai2 sambil mengumpat

    ReplyDelete
  40. mohon share ya. penulisan yg straight to the point

    ReplyDelete