Author's Picks (Some of My favourite Posts)

Monday, September 15, 2008

Lalala.

Dulu ada dua orang cadangkan buat entri tentang kucing, terharu betul aku. Sebelum ni tak pernah ada sesiapa cadangkan kepada aku nak tulis apa. Aku suka cadangan sebenarnya. Kepada Neem dan Ledisordre, entri ini dedikasi kepada kamu.


Seperti yang pembaca lama aku sudah tahu, aku ada dua ekor kucing. Walaupun mereka penagih tuna dan suka tidur atas buku yang aku sedang baca, aku tetap sayang gila pada mereka.


Ini video yang aku ambil dua bulan yang lepas. Video ini ada audio yang agak kuat, kalau kamu berada di office, sila mutekan audio kamu atau letak sound pada tahap paling minimum.



Yang macam Satria Baja Hitam tu sudah tak ada. Bulan lepas, ia terbunting dan dicampak di restoran yang ada jual nasi katok sedap di tepi kedai runcit itu oleh orang gaji aku. Baja Hitam, nak buat macam mana. Orang lain yang buntingkan kamu, kamu pula yang dihalau rumah. Aku kenang kamu dalam doaku.


Sekarang ni yang macam harimau tu dah takmau layan Friskies dengan makanan kucing jenama Miau Miau dah. Dia hanya mahu layan ikan mentah yang kami beli fresh kat tepi pantai. Sekilo dapat 21 ekor beb. Tak pun ikan-ikan yang dah hilang kepala pastu terpaksa dijual dengan harga yang murah. Bertuah punya kucing.


Sekarang, siapa dapat teka kucing yang macam harimau dan ada ekor macam ular dalam video tu sedang bermain dengan apa?

48 comments:

  1. mula-mula nampak macam kondom,
    lepas tu macam puting

    dia main bekas letak sumi

    muktamad!

    ReplyDelete
  2. main dgn bekas buat kuih samperit yg lutsinar <---jawapan mengarut sebab dah ada org jwb dah bekas sumi,cesss

    saya yakin,saya kunci jawapan saya..yeah!

    ReplyDelete
  3. Dila: Hahaha gila sampai ke situ dia. Tapi ya, anda betul! Anda menang 100 rupiah! Aku teringin la Sumi Jelly time2 bulan puasa ni.

    Jipo: Kreatif gila jawapan hang. Hang dah teringin sangat ka dgn kuih raya? Hahaha.

    ReplyDelete
  4. ala...kenapa..dibuang... =(

    kalau ko tak potong misai,maybe dia tahu cari jalan balik.nanti dia bawak satu keluarga ziarah ko..huhu

    cerita pasal pusak lagi ye magenta!

    =D

    ReplyDelete
  5. 1. kamu ini asal orang utara?
    2. kamu ini lokasi mana, masia, brunie, or europe?
    3. sumi tu, kalu letak dalam freezer, lagi sedap. biarkan ia beku!!!

    ReplyDelete
  6. Asra: Hehe. Ni yang dimaksudkan dengan perumpamaan kacak kedak pusak. :)

    Aku pun sedih dia kena buang sebab aku agak attached dengan dia.

    Neem: Tu lah. Snek makanan ringan zaman 90-an selalu bawa nostalgia.

    Tuan Caracol:
    1.Saya cakap utara kalau dengan orang utara.
    2.Dulu kat Eropah lepastu balik Msia kejap dan sekarang menetap di Brunei.
    3.Betul! Yang tu saya buat sampai sekarang. Ni belajar dari kawan kat sekolah agama dulu.

    ReplyDelete
  7. sayangnya..kucing dengan ms weed tidak ada chemistry..

    lagipun satgi 'Malf' jelous

    ReplyDelete
  8. Ms Weed, alahai. Kalau rabbit suka? Kalau taknak Malf jealous, bela kucing betina hehehe.

    ReplyDelete
  9. sian nye kucing tu kene buang...baek bg kat aku yng penyayang menatang ni...tp malangnye sume menatang aku bele kompem mati cpt....sian deme...sob sob sob...

    ReplyDelete
  10. time budak2 dulu kita semua mmg kreatif..aku pon letak dlm freezer gak sumi jelly..pastuh bila nk mkn biar kat luar kejap biar bahagian luar cair tapi bahagian dlm keras lgik...haha mcm mkn buah.

    mmg aku tgh teringin kuih samperit skang..haha

    ReplyDelete
  11. Aku pernah cuba mahu berbaik-baik dengan kucing. Malang sekali, aku tidak pernah mampu. Kata mereka, jika aku tidak sukakan kucing, ertinya juga aku bukan seorang yang penyayang. Errmm.. tapi seluruh keluargaku juga tidak sukakan atau lebih tepat lagi'takut'dengan binatang yang kamu panggil kucing ini. Errmmm... tidak penyayang rupa-rupanya mereka selama ini yaa.. :)

    ReplyDelete
  12. sebenarnye aku terpk?
    macamana kalo yg mcm harimau tu yang membuntingkan si baja hitam?

    ReplyDelete
  13. Tadi aku makan jelly campur susu cair... perghhhhhhhhhhhh... sedap siot... anak mintak kata habis... ingatkan depa tak mau.. esok beli lagi... tapi bukan sumi jelly la..


    Cigarettes

    ReplyDelete
  14. Magenta ada berapa ekor kucing semuanya?

    ReplyDelete
  15. jawapannya: bekas sumi.haha.
    magenta,,iv come across karya jung yg uv mentioned b4,,it's on nightmares together with the analysis.n u know what,,that carl jung kn nama dia?he happens 2b included as one of the theorist yg i kena belaja this semester.n now br i dpt a clear view of wht u were reading b4.hehe.what a coincidence!did all ur dreams come true?mind2share?

    ReplyDelete
  16. brunei kat mana??

    nanti balik umah ayah boleh lawat time raya??
    boleh=)

    ReplyDelete
  17. cet suruh teka ingat kan ada hadiah lumayan huhu

    ReplyDelete
  18. Darkheart: Hehehe. Dia mati tak apa, asalkan niat kita nak jaga dia dah baik kan. Lainla mati sebab kita kurung dia and tak kasi makan. Harap2 dia dapat survive la. Sebab kena buang kat restoran.

    Koishie: Haha tak suka kucing bukan bermakna tak penyayang. Lainla kamu dera kucing, tapi aku tau kamu tak buat. Aku ada juga kawan yang takut/ tak suka kucing tapi penyayang.

    Dani: Haha pandai. Rimau tu memang ada ahem2 ngan adik dia pastu aku ternampak. Adeh. Binatang. Tapi rimau tu tak kena halau. Huhu. Dunia ni memang dunia lelaki.

    Anonymous: Hahahahaha. Aku time bukak puasa pun selalu makan agar2 jeli. Agar2 pandan, agar2 susu, kopi, macam2. Layan jugakla.

    Syahirah: Dulu 5, dengan mak dia sekali, pastu mak dia pregnant lagi sekali pastu pindah rumah. 2 kittens lari, sekarang 1 kena buang, tinggal rimau ni je.

    Yupe, Carl Gustav Jung. Hehe. Are you taking philosophy? Tapi his original works was in German, kadang2 I rasa lepas diterjemahkan macam tak give justice to the original meaning. Hehe. My dreams so far have remained dreams.

    Missy Siti: Kat Berakas. Eh, ayah awak kat mana? Kalau Belait jauh tu, 2 jam kot naik kereta.

    Matematis Muda: Hahaha. Hadiah dia, kepuasan sebab tahu kamu betul dan tabik spring daripada aku :p

    ReplyDelete
  19. rabbit bukan kencingnya lebih hanceng ka?

    *semua jenis kencing hancing pun! apalah ms weed!!

    heheh

    ReplyDelete
  20. that's juna rite?

    i nak kidnap dorang boleh?

    =p

    p/s: bday u bulan dekat-dekat bulan ni kan? coming soon ke dah lepas ye?

    ReplyDelete
  21. panjang nya ekor baja hitam tu. Saya ada...ermm jap.. 4, 5.. ntah lah saya dah tak reti nak kira kucin saya ada brapa. Sekor datang dan pergi, buat rumah macam hotel je. Pastu sekor plak, balik rumah semata-mata nak berak! mcm2 perangai kucen saya ni. Tapi saya penah menangis sbb kematian kucen masa umo 5thn dulu. sadis sungguh!

    ReplyDelete
  22. hehehe.. nasi katok kat Berakas banyak, to be exact which one is it??? hahahhaha..

    ReplyDelete
  23. O my love: Heheh pasal kencing tak tau, sebab tak pernah bela rabbit. Tapi dengar cerita leceh juga bela rabbit walaupun nampak cute, sebab dia senang mati. Kalau dia terkejut boleh mati, kalau bela dua pastu kawan dia mati pun dia boleh sedih sampai mati sebab tak mau makan.

    Firdauz: Yupe Juna. Tak boleh! Dia tu tak boleh berjauhan dari I walaupun sehari pun. Masa I balik Msia 2 minggu dulu, dia sedih sampai tak nak makan 4 hari maid I cakap. Bday I 2 bulan lagi, you taknak kasi hadiah ke? Hehe.

    Cik.Sepi: Tu lah. Diorang memang stok kucing ekor panjang. Hahah kucing memang macam tu kan? Balik rumah mesti nak makan atau berak je. Pastu keluar rounding balik.

    Anonymous: Tak leh beritau. Secret. Hahaha.

    ReplyDelete
  24. sumi jely manis
    sumi jely manis

    :)

    puasa2 ni semua makanan buat aku lapar

    -permisi link
    boleh kan?

    ReplyDelete
  25. Pjoe, boleh no problem. Haha petang ni pi Giant beli Sumi Jelly sepaket, bukak puasa ni boleh layan.

    ReplyDelete
  26. tak patut betul la. juna sungguh tak deserve ikan..black cat tu yg perlu all that nutrition...juna sebijik cam ur 'lovely' bro..hnnnnss siap ko nanti ku ajar

    ReplyDelete
  27. hi bovril lavigne. i'm assuming that you and magenta are siblings (tembak je!!!). but i thought juna deserve ikan jugak because dulu kan dia almost died sebab kena belasah.

    kesian juna.

    ok la ok la. semua kucing pun deserve ikan if you guys were to give them cats to me.

    =p

    ReplyDelete
  28. Kagumnya, korang sangat mengenali si kucing magenta ni yeh. Wow.

    Ahaha.

    Ish tetiba terliur sumi tu. Tak penah plak letak dalam freezer? Ku kan coba.

    Hmm kucing. I dulu pernah langgar my own cat. :( One of my fav cats. Dahla masa tu dia bunting. Haih.

    Kita ni tak aware ngan animals ni, kucing stray kita biar jek, and yang kat rumah tu jarang kita nak spay kan, pastu beranak ramai-ramai tak terjaga, bawak p kedai makan tinggal.

    Rumah I banyak stray, sekor datang lepak, nanti sekor lagi dia bawak geng, then ada lagi, cam dua tiga keluarga, siap ngan anak anak, tah dari mana.

    Then when its out of hand, berak sana sini, terpaksa buang. Nak bagi makan tak kisah, cuma poo poo dia tuh.

    Despite all that, cats are adorable. Lagi-lagi dia cam boleh layan perasaan kita.

    ReplyDelete
  29. Bovril: Hahaha. Semalam that 'lovely' bro complain dia tak ada seluar panjang nak pakai sebab ada orang basuh semua seluar panjang dia. After I scolded him cakap dia patut basuh seluar dia sendiri, I was the one who kena marah pulak- 'eh adake nak suruh dia basuh seluar sendiri, bulan puasa ni, takkan dia larat nak basuh seluar sendiri'. It's a men's world. Haih.

    Firdauz: Sharp ah you. Haha yeah, but we don't live together. And yupe, Juna almost died dulu. Maybe that's why I'm extra attached to him too. Ceh! Get your own cats ye. Apa jadi ngan kucing oren you?

    Sue Anna: Hahaha I rasa I pernah blog about them dalam 4-5 kali sebelum ni. Kucing I dulu mak dia beranak dalam longkang rumah kami, so we adopted the kitties. Tapi I rasa lebih baik buang kucing kat restoran daripada kat tah mana2 je kan. Senang sikit nak cari makan.

    Sumi Jelly dalam freezer, try la. Macam suggestion Jipo. Biar dia beku then keluarkan and tunggu dia cair sikit. Dalam beku luar lembut. Sedap!

    ReplyDelete
  30. kucing kucing kucing. haish, bosan.

    ha ha.

    ReplyDelete
  31. Double Patties, jangan jealous ek sebab ko tak boleh bela kucing kat bilik :p

    ReplyDelete
  32. Juna should stop playing the "I almost died" card. It's getting old.

    Hey we tried Carl's Jr nye milkshakes kelmarin. Mcm McD's nye, cuma ada whip cream..baik tak yah. Buat penat je menunggu sampai setengah tahun.

    Think there's one really good milkshake booth in a mall kat Gadong..can you bring us there nanti? I can't remember the name but it sells fruit smoothie jugak yg agak kaw.

    ReplyDelete
  33. selalu terdengar dan terbaca tentang catnip, ganja untuk kucing.

    i wonder tho..benda tu available tak kat sini, kalau ya apa nama pokok tu dlm bm eh? any idea magenta?

    *ingin bereksperimentasi*

    btw, sumi memang cool, selalu makan time tadika dulu haha

    ReplyDelete
  34. Bovril: Haha. I've always loved McD punya vanilla milkshake. Not sure which milkshake at Gadong you're talking about. Maybe after bulan puasa I'll go see.

    47: I think pokok kucing galak is salah satu species catnip sebab dia ada nepetalactonene. Tapi I tak tau apa direct translation BM untuk catnip.

    p.s.- It doesn't work on old cats or kittens eh. Good luck :p

    ReplyDelete
  35. smart la Baja Hitam..
    ade chemistry la diorang.. mcm kwn baik.. haha..

    ReplyDelete
  36. suka kucing tapi tak boleh lama pegang dia sebab ada alaham kulit dan asthma. benci ah.

    ReplyDelete
  37. HaDi: Haha bukan sekadar kawan, tetapi adik beradik.

    Rhona: Ala, kesiannya. I ada jugak kawan yang alergik kucing tapi suka kucing.

    Farizzet: Grrrriawww! (bunyi kucing nak cari gaduh) Haha.

    ReplyDelete
  38. aku dah agak dah..hahahahaha..sian kat baja hitam!!

    ReplyDelete
  39. setiap malam, selalu dengar bunyi kecebur (ada something jatuh dalam longkang kat belakang bilik - longkang dalam) dan tiba-tiba dengar bunyi..

    meoww.. meoww..

    lepas tu dengar bunyi cubaan berenang.

    ish. tak sampai hati nak dengar sebab takut nak keluar untuk tolong.

    berdoa je lah supaya dia dapat keluar. amin.

    ReplyDelete
  40. hahahaha. celaka mana kata benda tu kondom?! demmit! ya. plastik sumi.

    aku masih ada peluang nak menang?

    ReplyDelete
  41. Dani Izwan: Tu la. Kalau tengok muka dia lagi rasa kesian. Dia ada muka welfare.

    Rhona: Tu la. Dulu pun mak diorang 2 ni beranak dalam longkang, pastu masa hujan mak dia tinggalkan. Nasib baik masa tu ada adik laki kat rumah, dia angkat besi longkang yang berat gila tu pastu rescue kittens ni. Kesian sangat. Time tu diorang bulu pun tak ada.

    Penanya: Hahaha. Aku rasa jawapan Dila kelakar. Kalau menang, rasa-rasa hadiah dia apa.

    ReplyDelete
  42. hadiah?! apakah makan sumi hingga berbuih-buih mulut?

    ReplyDelete
  43. Hi firdauz. I just perasan you said hi to me :)

    ReplyDelete
  44. Penanya: Hahaha. Kenapa aku rasa macam hadiah tu horror? (Aku tengah membayangkan Sumi Jelly yang dijangkit dengan wabak rabies sehingga pemakannya akan mengalami mulut berbuih). Terlebih aktif pula imaginasi aku pagi-pagi ni.

    ReplyDelete
  45. whoa dedikasi, terharu. skrg kucing fav aku nama dia butang. dia suka duduk bwh kangkang org (kalau mencangkung dpn dia) dgn suka nibble jari kaki. setiap kali aku dtg rumah tuan dia ni, mesti aku spend at least a few minutes layan dia. hehe *terbayang muka butang*

    ReplyDelete