Sunday, April 20, 2008

Mereben

Demam pada hujung minggu, boleh duduk rumah dan tak berbuat apa-apa. Orang datang rumah pun tak payah layan. Aku ingat nak baca buku, dah lama aku tak baca buku cerita. Kalau dulu aku khatam 5 buku sehari, sekarang ni aku hanya khatam 5 buku dalam 2 tahun.


Tapi tak tenteram. Kucing aku yang dahulunya hampir mati (ingat lagi kucing dari entri Emosi = Bazir Masa+ Tenaga?) dah tak reti berdikari. Sejak menjadi cacat, dia makin manja. Atau dengki. Aku tak pasti perkataan mana lebih sesuai. Bila aku nak tidur, dia buat bising. Bila aku nak baca buku, dia tidur atas buku.

Jadi dengan kekuatan seperti Badang, aku cabut rumput dari belakang rumah dan kasi kucing-kucing aku main. Untuk sementara, aku tenteram kembali.

Malam itu, aku masih tak dapat tidur. Jadi aku chat dengan seorang pembaca di gTalk. Kadang-kadang aku curious nak tau pembaca aku ni macam mana. Aku tahu dia tak kisah punya aku printscreen benda alah ni. Sebab dia pembaca #1 aku. Kot. Dia dapat quote semua benda aku pernah tulis. Lagipun, aku dah censor nick dia.

Siapa cakap jadi blogger membosankan? Pembaca aku menghiburkan aku setiap hari.


Sebelum tidur, aku teringat sesuatu. Dia panggil aku writer. Hmm. Aku check balik log. Biarlah aku dengan delusi aku.


Malam itu, aku tidur nyenyak. Keesokan paginya, demam aku menjadi makin kronik.

33 comments:

teratakpujangga said...

ta boley blah...chat tu. ayat tak ingat punya.

erm[saudagar kucing] said...

wei ko curik kucing aku eh.pattern dah lebih kurang...colour pun sama

nanti aku kasi tengok gamba dia...kita compare

baby kitten buat aku takleh tido malam....sebab kucing mafia ada agenda jahat

magenta said...

Ye ke? Emel gamba kucing ko kat aku. Mungkin kucing kita ada bau-bau bacang.

hales said...

oh my...kucing hitam!and kucing warna cicak!

aku.adore.kucing.ni.

grrrr

SaraH San said...

comel lah !

Saya sangat sukakan binatang terutamanya kucing. Hmm, saya tak tahu lah apa jenis tumbuhan tu, tapi ada satu tumbuhan tu yang akarnya berkhasiat untuk kucing. Hehhe tak tahu lah kalau tu mitos semata-mata ;)

Tahu tak?

takahara-suiko said...

Numbah One Fan tu...stalker kah?

Svengali said...

Hmmm magenta...I like your story about the cat in mereben...I tried chatting u up but your line is always offline. Can I chat with u sometime? Its about my cat who died one day all stiff from cat flu... It was a sad day for me..

Next time that guy tried to get fresh with u just tell him nicely that u already have a bf..that should put him off..

erm said...

email sent...baju germany 2006+seluar merah...peha beso hahaha

ha aku pun ada trikot deutchland...i heard that each time a country lose...trikot turun harga kecuali negara penganjur

mahal mahal mahal

magenta said...

erm: Hahaha tak pernah ada orang panggil aku gemuk, tau? Itu perspektif kamera.

Tu bukan trikot. Baju murahan je. Aku takde trikot Deutschland. Ada trikot 3 negara lain je.

Aku dah dapat emel tu, mak kucing aku pun sebijik macam tu. Nanti aku emelkan gamba mak kucing tu.

hales: Hehe cicak? Bukan kucing kek lapis ke? Eh ke kek pisang. Haha.

sarah san: Eh betul. Pernah dengar gak pasal tumbuhan berkhasiat tu. Tapi tak tau apa nama tumbuhan tu. Nanti kalau saya find out, saya bitau eh?

takahara: Hahaha tak boleh cakap. nanti dia marah. Open for interpretation. ;)

svengali: Hmm, with a nick like svengali, why not. Test pawwwah!

47 said...

isk magenta!

Kenape you censor nick I?!

*cuba baca dengan gaya percakapan telenovela sepanyol.

asra hales said...

hmm kek pisang pun ye.but right now kena avoid naming things like food.mindset..nanti semua yg aku tgk adalah makanan.sinful..haha!

i don't know how many people do called kucing belang as kucing warna cicak.me,as kid always argue dgn my mum sebab dia kata cicak dan bukan belang.

"itu bukan cicak it's a cat!"

and I keep on asking her why korg dok panggil nate ni cicak.

it remain unanswered sampai hari ni.

creepy.

hehe

asra hales said...

nama pokok tu 'pokok galak kucing'.longkang rumah aku banyak (bermakna kucing rumah aku pun banyak huuuuu).

ko cabut sepokok dan lempar.lagi dua minit adalah satu angkatan berekor berlari "mich!mich!".

trying to invade Germany.

haha!

ledisordre said...

org kedah ka?

magenta said...

47: Hahaha you sure you wanna trigger the wrath of *****? :p

asra hales: Hahaha! Mich, mich! Lawaknya. Tapi cicak is so ewwy. Kek pisang sounds much nicer. Eh aku nak cari lah pokok galak kucing ni. Macam best.

ledisordre: Haha. Kamu paham maksud cemerkap and mereben eh? No, grew up in Selangor tapi my Mom is orang Utara and I have some Utara friends. Sometimes we speak Utara.

farizzet said...

tau pokok misai kucing? pokok ni wiki pon bole jumpe.
dan saya rasa pokok kucing galak. tapi takde wikipedia. ape khasiatnye?

farizzet said...

muse tu ape?

magenta said...

Muse tu ilham rasanya.

Pokok kucing galak tu macam antibodi untuk kucing kot. Dia akan muntahkan bulu yang dia jilat lepas makan akar ngan pokok tu.

Untuk manusia, sama kesan dengan Tongkat Ali.

LTDP said...

Magenta...!!!! You r a real teaser...pity that poor guy..what did u say to make him think so...

On second reading..he does appear to be sincere and clever.

He asked the right funny questions too...although he hmmmed and hawed a lot.. but you did hmmmed too.

Seems like he striked a chord in you as the chat between u two sound quite intimate...strange what friendship the cyber world will lead us to isn't it...

magenta said...

Wei..please don't be in denial ok. Hahaha. Jangan MENGADA-adakan benda yang tak ada. No need to send me comments complimenting yourself. Buwek.

Siberkop said...

Cemerkap adalah satu perkataan menarik.

Mengetahui maksudnya dulu membuatkan aku bertambah minat untuk mendalami 'lidah ibu kita'.

Anyway, TERATO dtg lagi!

http://www.terato.com

realist said...

Ni cerita kucing saya. Kucing saya tu kucing biasa saje..pada satu hari saya jumpa dia dalam almari baju...seluruh tubuh dia kejang.

Rupa nya dia pergi ke situ untuk mati..dia tak boleh berjalan. Saperti paralyse.. hanya matanya saja yang boleh memberi isyarat.

So I went to take him to the SPCA for help. The vet tgk dia dan kata Oh dia ada cat flu. I will put him down, kata Mat Salleh tu..selambaje..

Sedih tak terkata..macam rakan yang akan meninggalkan kita..tapi dia cuma kucing biasa yang kehadiranya tidak pernah dirasapun..panjang lagila nak cerita tapi ni bukan blog saya hahaha... nanti tuan punya blog marah pula... sorry...k

erm said...

a r k _ _ ?

saiko!

chengroundedhere said...

AHA! another convert to gtalk. *ticks off list*

iqanabeera. said...

ehhey. hope i'm not too late. but, get well soon.

:)

SaraH San said...

Magenta nak cari? Tahu nama macam tahu rupa hehe

Macam susah je nak dapat pokok tu tau


Psstt.. tanam sikit nanti orang pegi rumah mintak sikit ;)

pakali said...

gemuk kucing tu. kucing sihat!

hahaha.

ledisordre said...

kucing tu jadi cacat ke? tempang?

magenta said...

siberkop: Haha, sempat lagi promote Terato kat sini. Lidah ibu kita? Ibu kamu orang Utara jugak?

realist: I'm so sorry to hear that.

chen: What will you convert me to next, I wonder. :p

iqa: Thanks. Haha. Nope, not too late, still bedridden.

sarah san: Hehe, nanti mungkin cari dekat kedai botanical kat sini, kalau rajin.

pakali: Biar kucing gemuk, jangan pakali. Best tak aku reka pepatah sendiri?

ledisordre: Not really. Dia kena baham dengan kucing jantan tua masa dia 1 bulan. Jadi sekarang dia lemah ngan lembab. Mungkin masa hilang darah tak cukup oksigen pergi otak dia kot. Sekarang dah ok sikit.

ledisordre said...

i rasa kucing ni akan tolong u kat akhirat nnt.

btw cuba baca ni:

link

magenta said...

Wah, thanks for the link. I've never read any of Bukowski's work before this. :)

ledisordre said...

I know u'll like that one. (:

Siberkop said...

Taklah, 'our mother tongue'.

I'm javanese-deutsche anyway. Ngeee

hmm... said...

hmmm....kenangan :}