Aku rasa antara penipuan yang paling besar dalam hidup adalah bahawa kegembiraan mempunyai sifat yang malar. Tidak berubah. Yang kau wujud dalam keadaan binari. Kau samada gembira, atau tidak.
Tapi kegembiraan adalah seperti motivasi, suatu proses yang dinamik dan sering berubah-ubah. Masuk tahun baru kau penuh dengan motivasi dan azam baru, dan motivasi itu kemudiannya makin pudar sampai lah tahun seterusnya. Begitu juga dengan kegembiraan.
Jadi kita sebagai manusia sebenarnya sering terkejar-kejar sesuatu yang tidak wujud. Kau bukannya patut gembira setiap masa dan orang lain bukannya gembira sepanjang masa. Berhentilah rasa sedih sebab kau rasa orang lain lebih gembira daripada kau dan kau sepatutnya lebih gembira. Sifat kehidupan (kalau kau bukan seseorang yang malang) ialah kadang-kadang kau akan gembira, dan kadang-kadang kau akan sedih. Just embrace that.
Kegembiraan sifatnya dinamik, dan nasib dan perasaan kau boleh berubah bila-bila masa.
Dan kegembiraan juga sifatnya kompleks, maka perkara yang kau rasa akan buat kau rasa gembira kadang-kadang tak mendatangkan kegembiraan langsung.
Kadang-kadang benda yang 'jahat' dan messed up pun boleh buat kau happy. Schadenfreude. Kisah malang orang lain. Atau kegembiraan daripada misery sebab kau suka complain. Ramai juga manusia yang gembira tengok orang lain pamerkan kebodohan. Iya lah, tak ada lah pelik sangat bila kau pikir yang kita manusia ni derive joy bila tengok orang lagi malang daripada kita. Walaupun malang dia tu wujud dalam bentuk kebodohan. Tengok, kebodohan pun ada hikmah kan? Boleh buat orang lain rasa bagus pasal diri sendiri dan bersyukur. Bukan saja itu, boleh wujudkan peluang untuk tunjuk pandai lagi.
Tapi semua ni hanya perkataan, dan kita tidak rasional. Kita nak apa yang kita nak.
I could tell you that the things we think will bring us joy will probably never be enough and that some of them are probably bad for us, but we'll never stop wanting them and we'll only learn by finding that out ourselves. And maybe that's just what it means to be human.