Wednesday, February 18, 2015

Rat Race


Before aku mula, rat race ni dalam Bahasa Malaysia apa? Perlumbaan tikus? T. Alias Taib pun panggil rat race je dalam syair dia.

Rat race ni, dalam erti yang mudah, merujuk kepada perkara where kita asyik terkejar-kejar dalam hidup tapi akhirnya tak dapat apa-apa yang bermakna pun. Umpama tikus makmal yang berlari-lari di dalam suatu maze. Perbuatan yang dilihat sebagai sia-sia. Mungkin kita lah tikus-tikus itu, dan kota ini lorong-lorong yang berliku-liku lagi berselirat.

Macam kata-kata Emily Gauvreau yang sering dikongsi di Facebook sampai kau rasa nak muntah:
 “I was part of that strange race of people aptly described as spending their lives doing things they detest, to make money they don't want, to buy things they don't need, to impress people they don't like.”
Aku menyampah dengan quote tu, tapi aku tak nafikan yang aku boleh relate to it. Kita berlawak pasal the rat race, kata tak penting, yang kita bukan tikus, yet we get sucked into it anyway sometimes. Untuk sesetengah daripada kita, kerja sampai tak ada masa nak buat benda lain ni bukan satu pilihan, but just a way of life. Kerja supaya dapat makan dan survive. 

Kawan aku pernah kata, kau dah ada PhD pun dan kau pergi kerja sebelum matahari terbit dan balik lepas matahari terbenam, belum tentu kau mampu beli rumah kat KL ni.

Jadi kita struggle nak find the balance between work and play. To try to enjoy what life has to offer. It's fine, it's all part of life. Mungkin it's safe to assume kalau kau tengah baca blog aku, kau fairly comfortable. Hujung bulan, kau masih ada duit lebih sikit. Pergi kedai mamak pun kau mampu order air selain daripada air kosong je.

Cuma, bila kau terkejar-kejar sangat nak keep up with the Joneses or the Kardashians or whoever, tanya diri kau, "When does it end?" Sebab untuk sesetengah orang, it never seems to end. Mostly sebab dia asyik dok compare diri dia dengan orang lain, and dia perasan orang pun tengah judge dia. And hey, maybe they are. 

Tapi aku rasa, bila sampai dah tahap kau dah kerja buat banyak sangat duit sampai tak ada masa nak spend duit tu, atau dah beratus orang puji kau lawa kat Instagram pun kau masih nak fish for compliments, mungkin kau kena berundur satu langkah ke belakang dan reevaluate your life. When will it ever be enough for you?

Cuba ingat berapa kali kau baca pasal orang tua punya regrets. Pasal diorang asyik cakap they wished diorang luangkan lebih banyak masa dengan kawan-kawan dan keluarga. Rasanya tak ada yang wished they had worked harder.

Cuba ingat berapa kali mak bapak kau asyik risau pasal bila kau nak kahwin, lepas kau dah kahwin bila kau nak dapat anak. Lagi rimas kalau diorang dok banding-banding kau dengan anak-anak kawan diorang punya kerja dan status perkahwinan (Ed: Well, at least you still have parents who worry about you...). Do you ever wonder why they do it? Sebab kadang-kadang bila dah tua pun minda kau still stuck dalam the rat race, and kau masih terkejar-kejar nak jadi orang yang paling awal dapat menantu atau cucu. Kalau bukan paling awal, yang paling banyak cucu.

Do you wanna be that parent in his or her 50s yang asyik desak anak dia pasal kahwin dan nak cucu? That person yang secara tak sengaja, buat anak-anak rasa tak 'cukup', semata-mata sebab societal pressures.  

Do you wanna be that jiran atau colleague annoying yang dah tua bangka pun dok buat orang keliling menyampah, sebab kau ingat semua benda competition?

Ini mungkin kali seratus aku cakap perkara ni, tapi tolonglah ingat, kita semua tak sama. Kita ada wants dan needs yang berbeza. Priorities yang berbeza. 

Ada antara kita yang dah lama quit rat race tu. Ada yang tak pernah join pun. Ada yang terpaksa join dan ada yang menjadi ayam tambatan. Dan ada yang dah lama sangat dalam rat race tu sampai dia dah lupa dia masih berlari.


So if you're still in the rat race, tell me,


When will it end for you? When will it ever be enough?

11 comments:

Fnd Rocka said...

sukar nk kluar dri perlumbaan kalau tikus kegemaran kita masih mahu berlari.

Anonymous said...

Terima Kasih kerana masih memujai T Alias Taib, beliau adalah bapa saudaraku.

Fauzan Ahmad said...

Kawan aku yang sama sama belajar di kelantan dulu, dan sama sama ambil ujian bahasa english, dan sama sama aku recommended penyelia, tiba tiba tulis status FB setelah sekian lama menyepi di alam maya.

"Probably ini masa terbaik untuk aku enjoy winter main salji dengan anak anak, tapi Tuhan ada better plan.."

Bila aku contact balik, rupanya dia ada breast ca. stage 4, siap mets ke bones.

terkedu.

Tiba tiba aku rasa aku perlukan satu FB private untuk aku upload gambar anak anak, untuk dikongsikan bersama keluarga terdekat.

d\

magenta said...

Fendi Rocka: Boleh pujuk dia.

Anonymous: Sama-sama, tapi aku tak *puja* orang. But I get what you mean.

Fauzan Ahmad: That's truly sad. Harap2 segalanya dipermudahkan untuk dia.

xwizit said...

I'll quit when my bond ends. And when my husband has earned enough to cover both our expenses, children and a little extra.

But I can never say for sure how much is enough. And I can never be certain that that enough will be enough.

Lagi banyak kita ada lagi banyak kita nak kot. Sebab what we really want is desire (to buy or have something). That desire, once fulfilled is lost. And we're left wanting something else, or more.

I guess I am in that race. But not to win. Sebab 5 years into the working environment, aku fed up. Sekarang jalan je. Atau jog je sampai ke garisan penamat. Asal habis.

Welcome back! I've missed your writing.

Anonymous said...

Keluarga ni masyarakat. Masyarakat ni selalu ukur kita dgn tali ukur entah apa2. Cth pointer tinggi pun dorang end up sambung master dan jadi pensyarah tanpa pengalaman industri. Aku menyampah sbb aku bljr setakat diploma. Slu kena perli. Heh!

Anonymous said...

untungla ada diploma.

Unknown said...

Aku dah lama quit the rat race ni.Fed up.

Bila quit baru aku dpt rasa kebahagiaan sebenar.Dan aku tak pernah regret bila hubby decide berhijrah jauh dari tanah air utk cari rezeki.

Dan sekarang aku baru rasa aku hidup utk diri sendiri dan bkn hidup atas apa yg org pandang kita.

Apapun,aku suka setiap penulisan kat sini.Thumb up!

Y said...

Jangankan rat race, pig race pun aku tak join. Kah kah kah

Hyza said...

Hai Magenta, saya banyak copy isik blog ni and hantar kat my sister, college, best friends, group whatapps. One of it rat race ni la. Saya harap you okay.

They always asked me who wrote it tapi saya tak nak bagitau sebab kalau boleh saya sorang je boleh tahu all this cool and awesome writer. Haha.

p/s: you should publish a book. Even 80 m/surat pun saya sanggup beli. #nopressure

magenta said...

xwizit: You said it. Nothing is ever enough. But hopefully makin kita tua, makin our desires lessen instead of the nak banyak lagi. Thanks, I've missed writing.

Anonymous: Perli tu biasa, perli itu tanda manusia yang tak bahagia and nak kita tak bahagia macam dorang.

Madam Fiey: Thanks Madam Fiey.

: Baguslah?

Hyza: Thanks haha, buat masa ni saya masih tak ada motivasi untuk menulis buku. Maybe in the future, who knows.