Aku rasa penipuan paling besar pasal cinta ialah benda paling susah dalam cinta adalah untuk mencari seseorang untuk cintai kau.
Mungkin satu hari kau akan sedar yang banyak orang mampu cintakan kau. Dan antara semua tu, kau akan cinta sekurang-kurangnya seorang balik. End of story, you live happily after? Alangkah indahnya bagi semua kalau semua kisah cinta semudah itu.
Aku rasa benda paling susah pasal cinta ialah mencari seseorang yang kau boleh sayang, dan dia tak take advantage of kasih sayang kau.
It's human nature for us to take things for granted and walk over people who are nice to you. Orang buka pintu untuk kau, kau buat muka toya. Waiter hantar kau minuman dan kemas meja lepas kamu habis makan, kau tak berterima kasih. Ok, tak berterima kasih tak apa, tapi dalam hati ada perasaan "aku bayar untuk servis ni, jadi aku tak payah memudahkan kerja atau rasa grateful kepada kau". Perasaan yang kau berhak untuk tak bersyukur, dan apa yang orang lain buat untuk kau, sebabnya adalah kau berhak untuk mendapatnya.
Perasaan lelaki yang terbiasa isteri masak untuknya setiap hari. Perasaan perempuan yang terbiasa laki bagi allowance banyak setiap bulan. Perasaan anak yang terbiasa ibunya membasuh pakaiannya setiap hari. Dahlah tak berterima kasih, minta lebih-lebih pula. Perasaan kita yang dah take people's kindness for granted. Siapa kata kita takkan buat perkara yang sama terhadap cinta seseorang terhadap kita?
Tak familiar ke situasi ni- boss kau asshole kat kau, dok marah-marah kau. Kau takut dengan dia, jadi kau baik je dengan dia. Cakap dengan dia sopan je. Balik rumah, mak berleter sikit je dah kau lawan balik. Sebenarnya antara boss dengan mak kau, siapa yang lagi sayang kau? Sama juga dengan orang yang tension dengan client, pastu lepaskan geram kat pasangan. Tak tahu ke, orang yang sayang kita ni, bila kita sakit hati, dia pun turut rasa benda yang sama sebab dia sayang dekat kita.
Susah ke untuk berterima kasih kat orang yang tetiap hari berjasa kat kau? Susah sebenarnya. Tapi buang lah perasaan kau berhak untuk mendapat itu ini, dan perasaan bahawa itu tanggungjawab mereka untuk memberinya. Memang ibu bapa ada tanggungjawab untuk jaga dan tanggung nafkah kamu, tapi mereka tak perlu (=kalau tak buat, tak mati pun). Ada je mak bapak luar sana yang lari je tinggalkan anak tanpa hiraukan tanggungjawab mereka. Kita semua ada tanggungjawab untuk be nice to each other, tapi ramai je assholes kat luar sana. Jadi hargailah orang yang baik kat kau.
Jadi kalau kau bertemu dengan seseorang yang cintakan kau (family, friends, spouses, etc), janganlah take advantage of them or take them for granted. Cinta tu bukan sesuatu yang kau berhak untuk dapat, tapi sesuatu yang orang nak bagi. Sebab kalau kau pikir, kau dah bertuah sangat dapat jumpa someone to love, who loves you back. Why would you break their heart by treating them cruelly?
Like a waterfall in slow motion, Part One
2 years ago
10 comments:
great morning read.
'You never miss the water till the well runs dry'
apabila dah tak ada baru tahu syukur/terima kasih/menghargai.
Selamat Hari Raya magenta.
Wow cafiena that was fast! Ingatkan takda orang baca time pepagi buta kat Malaysia. Selamat hari raya to you too! :)
Wow! Well written. :-)
magenta! saya terlompat keriangan awak ada entri baru. mihmih
-red
Red, adakah awak Red dari Orange is the New Black? Btw thank you.
akk bukan tinggal di malaysia meyh? sorry, bru nk kenal dgn blog ni
Cik Amal: Tak, not at the moment. Soon, inshaAllah.
ouhh... hehe..bru tahu.. selalulah menulis, best baca blog ni... tapi xkhatam lg laa...nak baca semua entry..heheh
awak dah kahwin?
Syabas!Hebatnya tulisan kamu Cik Mag..jiwa bagai diruntun setiap kali membaca apa jua coretan kamu.so inspiring..teruskan menulis Cik Mag.
Post a Comment