skip to main |
skip to sidebar
5 Perkara Bodoh yang Boleh Membuatkan Aku Rasa Teragak-agak.
Aku pernah diberitahu bahawa tahap self-conscious aku lebih tinggi daripada orang obese. Aku pun tak tau kenapa, sebab aku sebenarnya tak memiliki self esteem yang rendah.1.Dilema dalam kapal terbang. Ni mungkin dilemma aku paling bodoh. Aku sebenarnya memang selalu naik kapal terbang dari kecik sampai sekarang, tapi perangai lagi jakun dari orang yang tak pernah naik kapal terbang. Kalau duduk dalam kapal terbang, aku mesti perhati apa orang lain buat dulu, pastu mimik dia. Dia guna tisu panas yang lembab tu untuk lap kat mana, makan macam mana, dia pakai remote (kalau kapal terbang tu ada skrin) macam mana. Sebab aku selalu imagine nanti mesti ada orang kat belakang gelakkan aku tak reti pakai remote tu kalau aku tekan-tekan pastu tak keluar apa. Kalau pikir nak makan roti bun dengan tangan ke sudu pun boleh buat aku berpeluh-peluh masa aku 19 tahun dulu (bangang!).2.Lokasi tandas. Cakap pasal kapal terbang, aku memang self conscious gila nak pergi tandas dalam kapal terbang. Ada dua sebab. Satu, aku selalu tak sure tandas tu kat depan ke belakang. Aku rabun jauh, so mesti takkan nampak sign occupied atau vacant. Aku syak ada kat depan dan belakang, tapi kot-kot lah yang kat depan tu tandas exclusive untuk business and first class je. Kang tak pasal-pasal kena sound dengan stewardess ke, buat malu je. So aku selalu tengok orang yang berdiri ni pergi belakang ke depan. Lagi satu aku selalu rasa bersalah nak mintak tumpang lalu kat penumpang sebelah kalau nak kena keluar pergi toilet.3.Tak suka buat orang tertunggu-tunggu. Sebelum pergi ke kaunter pembayaran, aku mesti dah siap anggar kena bayar berapa, dan dah keluarkan dompet dan duit siap-siap dalam tangan, walaupun ada tiga orang sedang beratur di depan aku. Semua sebab aku imagine dalam kepala muka-muka bengis yang sedang membenci aku diam-diam kalau aku lambat bayar walaupun selama 0.0001 saat.4.Bayar dengan wang kertas. Kadang-kadang aku ni rasa macam aku pekak, tapi check kat doktor okay je. Kalau aku makan dekat kedai mamak pastu dia tak guna cash register dan kira guna calculator je, pastu sebut harga and aku tak dengar, aku bayar dengan RM10 je. Pasal aku takut dia akan panggil aku pekak atau bodoh kalau suruh dia ulang 5 kali. Hasilnya aku ada sebaldi wang syiling masa di universiti, dan kawan-kawan aku suka pinjam syiling aku untuk guna pondok telefon.5.Hafal dialog. Ni memang perangai aku. Neurotic. Kalau nervous, gagap. Nak selamat, aku selalu hafal dialog imaginasi dalam kepala. Sebelum pramugari datang tanya aku nak makan fish ke chicken, aku dah hafal dalam kepala nak jawab, “chicken and rice please”, “do you have mango juice” “tea please”. Kalau kena beli wayang ticket, hafal. Kalau nak order makanan, hafal (sebab tu aku suka Sakae Sushi. Boleh order kat computer je). Aku memang pressure kalau kena buat keputusan on the spot. Minda aku jadi beku. Tapi tak seteruk masa kecik kot. Masa aku lapan tahun, siap tulis dialog imaginasi sebelum phone kawan nak cakap apa. Dua page tu! Lagi pathetic, aku pernah tak jadi beli nasik lemak kat makcik kantin pasal takut nak order nasik lemak kat dia.Susah jugak jadi orang yang terlebih banyak pikir ni. Banyak lagi sebenarnya benda yang buat aku self-conscious, tapi nanti aku sambung. Sekian, gadis Damansara yang jakun.
64 comments:
hehe.
and you think you're the only one.
wow. what an insight!
oh,i'm not alone.pffft.
Rasanya ni perkara normal yang jadi pada manusia.
Azlina: Tak kot. Aku tak kenal sapa-sapa lagi kawan aku yang pressured bila handphone dorang ringing sampai tak jawab sebab nervous nak ada spontaneous conversation.
#5 hits me.
hahaha.
kau comellah.
ramai begitu, kanak2 yg berpikir, neuronnya byk. bagus. :)
oh i'm like this too but i used to be involved in obesity so i have an excuse.
aku tak rasa semua orang camnih lah azlina. biasa orang rilek je, actual geeks like me je camnih.
No 5 kita sama. Selalu rasa nervous lebih. Ayo!
ahah i had the same nervousness too, esp 2# and 5#..
Ada simpan lagi tak perbualan 2 muka surat tu. Haha.
You crazy girl you.
Jom Sakae Sushi. Boleh buat grammar lessons sekali.
Sekian, gadis Petaling Jaya yang rasa jakun itu kiut.
demm..mine hit #5..
agak2 ada org notis x?
#3 sama la. sll pandang2 belakang tgk muka org beratur hehe...
mungkin sbb aku kalau menunggu mmg aku sumpah seranah orang depan kot, so paranoia maybe orang pun buat yg sama kat aku hehe.
sama macam gue sebijik siot!!!
same like me seriously, i thought i'm the weirdest person..hehehe
I cuak nak communicate with ppl when am nt at my best. Kdg2 ada skrip juga.
demm. aku akn naek kapl trbang buat kali pertama next 2 week. n u make me nebes
haha
susah2 jd org bnyk pk.
sama denganlah. hehe.
#1. yeah, when u think u're the only one. huhu
i am so no 5 tu Mag. siyes aku ingat aku sorang je. Macam tadi, nak tanya kat staff ni mana bilik lecturer, aku dah siap2 susun ayat "Dawn, do u know where is Patirck's room?" nak bagi tak nampak bodoh English.
Haha
eh cool apa kan?
Ditto on the Sakae Sushi part! LOL. I hate hate hate the part when I've to order food in restaurant, lagi2 if dkt some Italian ke Mexican place. Entah sebut betul ke tak, main tibai je. End up order the thing I always order. Heh
problem kita sama! ouch! macam mana ni..ottoke...
:(
ade lagi.. kalau tgk org pregnant awak rs mcm perut dia akan meletup anytime..
yang benar,
kawan pinjam syiling.
ada satu lagi. aku kekadang takut nak masuk restoran padahal dalam hati nak sangat makan situh semata-mata sebab tak tahu protokol restoran tuh cemana. berbulan bulan aku makan kat sakae sushi tanpa order just amik yang kat benda berjalan tuh je sebab aku tak geti guna komputer dia and takut nak sentuh. sekarang nih aku takut nak masuk restoran teppanyaki sebab tak tahu order kat siapa semua lagipun aku tengok semua orang duduk menghadap orang masak tuh entah ah aku pun tak tahu apa masalah aku 10 minit gak aku kat luar tuh perhati. agak bodoh kot. masuk pastuh tanya sudah. wahukhukgea.
Up till I was 15, I had trouble asking the waiter for serviettes. And I'm not talking about waiters in fancy restaurants, either. Warong pun takleh.
And hafal dialog tu I still do it till today. Hell, not only that, if I expect an argument from people, I prepare arguments and counter-arguments in my head. Wtf.
Haha
Rasa masa sekolah rendah aku pun takut mahu beli nasi lemak. Tapi sekarang siap minta sambal dan apa saja lebih. Comel la kamu Gadis Damansara.Dari Gadis Gombak yang sudah stabil tahap self conscious.
hi,
tak sangke ramai gak yg mengalami perkara yg sama...imagination terlebey siap dh susun ayat2 but end up terabur n nervous tak hengat dunia...situasi dlm kapal terbang haha, last time balik dari jakarta sorang2 naik MAS...takut nk sentuh apa2 or tanya apa...am all alone! paling lucu wet tissue tue,haha...
aaaaaaaaaaa takutnya bila baca senarai ni sebab macam sama -_-"
yang buat script tu sudah pasti. selalunya i akan cakap sorang-sorang just to hear it out loud. kalau cakap sorang2 gila confident tapi kalau cakap ngan orang semua jenis speech impediment keluar.
1,3 and 5. LOL'ed. Ingatkan aku sorg jek rasa camtu
entri berkenaan perkara ini. nak comment kat sini dah tak mcm comment pulak nanti.
http://wonderpitt.blogspot.com/2010/04/menjawab-magenta_30.html
We're all weird inside. Nobody is normal.
#3 dan #5, saya ada itu
nak wat camana..
pompuan memang complicated
haha...aku pernah tak makan dalam flight MAS ke Sabah sebab...aku ingatkan in-flight meal tu kena bayar.
- Nik
hikhik..(^_^)
hi magenta! come across ur blog from anna joe's :)
sikap teragak2 tu mmg ada pada semua. dan oh, banyak yg sama, kecuali no 4 je. kdg2 i pun rase i ni pekak sikit, tp bila i bertanya harga byk2 kali, mamak mula tarik muka. tak hensem lansung!
yg no 2 tu, sbb nak mengelak ke tandas, sy dah kencing kat airport siap2, hehe.
saya suka TERimagin benang itu ular, slipar kaki kanan terkena kaki kiri tu lipas dan ada lagi banyak imaginasi yang crap lalu kadang2 menjerit tak tentu pasai dan terkejut terlanggar meja waktu makan kat luar dan membuatkan orang lain pun terkejut juga.
itu kelemahan apabila mengelamun dan banyak berimaginasi.
:D
sama je kita. self conscious yang kadang-kadang merapu dan tak logik. hahaha.
weh magenta, i link ur blog to mine ya. bukan nak mengampu but i've read all your 158 entries in three days. gilak ah.
thanks sebab dah bagi lagi satu dunia baru yang boleh aku jenguk bila stress.
3 and 4 exactly sama dengan aku.
it's been awhile since i read ur writings...gud to know ur writings are still about honesty! :)
Aku pun sama la... Sebenarnya otak kita proses maklumat terlalu detail. Sbb tu kita selalu rasa cam blur je bila ada enda belaku spontan. Otak kita byk berfikir. Kalau dlm bahasa sains ia dipanggil "Highly Sensitive Person" (kajian oleh Dr. Alaine N. Aron). Yang penting ia bukan kecacatan tp anugerah.
I guess we all have the same problem here. Please someone tell me what should i do before this self concious thinggy get all over me? Nanti nak kahwin susah wehh
hahaha..klaka arr y no. 5 tuh..
teragak atau mengagak..
magenta yang bijak..
byr guna wang kertas tu paling funny.hahahah and hafal script? omg! customer is always right okay? take it easy :)
aku suke yg bab 'bayar dgn wang kertas tu'...funny
Kadang2 aku hafal dialog apa nak borak sebelum call certain people but in the end borak pasal benda lain. Hampa...
berfikir sblm wat keputusan...bijak!
sy pon ad mslh yg same...
just GO FOR IT (lepas observe org len dulu la he)...klu tersalah ke ape ker lantak la..at least kite da penah try..x yh len kali kne pikir byk2 kali lg...
you just describe me....
saya lagi teruk, takut nak cakap cikgu nak p toilet, saya terkencing dalam kelas.banyak plak tu.
owh.. kebenaran semuanya =)
hahah..aku suke r,memang sebijik mcm aku..ni fakta tentang aku nih..hahah..lagi2 yg no 4 tuh.
Ahaha. Tahniah, korang semua gila macam aku. Ciksueannajoe, kalau awak belanja saya ok je muahaha.
pegi tgif...blur bila ditanya nak daging camana...cam haram
father doesn't like western...tak di ajar masuk kedai camtu
i like this post,
i'm not alone, yeah! :D
Sama macam saya.
#3 same ngn i..#5 pulak, tu i praktikkan skg..sbb keje kt opis kne col2 org...sblm col siap nebes n wat skrip dlu...haha!
yes, youngsters nowadays r more self-conscious..but hey, that's what makes us unique..mak i slalu mrh i sbb tlalu conscious...tp nk wat cmne..
we ARE like that! hehe~
hahaha..u r not alone..aku taw cne ko rse..everything will make u think so hard even 4 a very simple thing..aku paling agree pasal byor membayor kat any counter tuh..then, purse borat ngn coins ja..
samaaaaaaa!sama ! sama!!!! waaa .. mcm mana kita nk jadi lebih confident kan? semua benda kena decide dulu. adoi. sedih betul.-nesa azmi
same here!!!!!
fuuhh. finally ada geng. ingat aku sorang ja yang cacat ceni. haha
#5 sama!!! Haha
Post a Comment