Thursday, July 17, 2008
Entah.
One two three four
Are you counting,
Counting with me?
To one less than five
And one more than three
One two three four
Penguins that were by the door
One two three four
Chickens just back from the shore (lol!)
One two three four
Monsters walking across the floor
I see four here
I see four there
Baa baaa baa baaa baaa baa baa baa!!!!
Friday, July 11, 2008
Home Sweet Home
Aku sampai dekat
Sebelum aku board, ada budak perempuan datang duduk sebelah aku. Lepastu dia pandang kiri kanan dan bila aku tak pandang dia balik, dia pura-pura main handphone dia.
" 7...4...wah, that’s a 9!...hmm 6..."
Lepas dah sampai dan ambil luggage, dia beri aku nombor handphone Brunei dia. Aku salam dia dan cakap aku akan miss call dia kejap lagi, tapi sampai hari ni aku belum lagi. Aku memang seorang yang pemalas dalam hal bersosial.
Dapat pulang ke tanahair untuk beberapa hari, ok lah tu. Aku selalu rindukan
Untuk beberapa hari ni aku just nak relax sebelum hidup aku kembali normal pada akhir Julai ini, marking the end of my long break. Aku baru dapat pass untuk tinggal di Brunei selama 4 tahun lagi.
Monday, July 7, 2008
Untuk Bertahun-tahun, Aku Jadi Budak Perempuan Itu.
1. Bila 'kawan' aku terus keluar dengan ex-boyfriend aku sejurus selepas kami break up, aku buat-buat tak kisah walaupun aku rasa kecewa gila. Sebab aku tak sampai hati nak beritahu dia bahawa dia ada kompleks insecure yang terlampau sehingga dia perlu mengorat semua lelaki yang sudah berpunya semata-mata untuk membuktikan bahawa she’s that hot.
3. Bila aku dan adik beradik aku ke rumah kawan ibu bapa kami dan adik beradik aku tak mahu makan makanannya sebab kurang sedap, aku selalu mengadakan pertandingan Fear Factor secara diam-diam dimana siapa dapat menghabiskan makanan yang tak sedap itu dalam masa paling singkat akan menang. Sebab aku takut host itu terasa bila tengok makanan yang dia hidang tak disentuh. Jadi aku bengang bila dapat tau makcik tu ada mengumpat aku.
4. Bila ada kawan yang aku tak berapa rapat dengan mula bragging pasal diri sendiri dan pasal sahamnya yang tinggi, aku diam saja. Sebab tak sampai hati nak beritahu dia bahawa mat rempit akan mengorat sesiapa sahaja. Dan dengan sesiapa, aku maksudkan lelaki yang berambut panjang pun akan menjadi mangsa.
5. Bila ada lelaki atau perempuan mula bragging pasal pasangan mereka, aku layankan saja. Truth be told, semua yang orang in love rasa special tu semuanya biasa saja bagi aku. Gifts, poems, songs semua tu biasa saja. Orang yang bercakap tentang betapa sweetnya boyfriend mereka selalu membuatkan aku rasa seperti nak muntah. Kalau aku beritahu mereka apa yang aku pikirkan, pasti mereka akan sangat-sangat terasa.
“I’ve known you for 2 years and I’ve never seen you with a storybook.”
Aku telah berkata aku juga boleh menulis. Dan telah disambut dengan pandangan penuh skeptik. Maka terciptalah blog ini yang mengejutkan lebih kurang 4 orang pembaca yang kenal aku selama bertahun-tahun tetapi tak pernah tahu this side of me.
8. Seumur hidup aku juga aku rasa seperti aku perlu sembunyikan aku siapa. You know the type. Pakai selipar, kalau masuk kedai mintak TV, mesti ditunjuk TV yang paling murah sebab kelihatan seperti tak berkemampuan. To be fair this has its advantages. Satu, orang selalu rasa seperti tak perlu menjaga percakapan mereka because they think I’m a nobody and from the village. Dua, aku tak nak terlibat dengan stereotype yang berkaitan dengan tempat aku. Satu-satu masanya aku akan beritahu orang aku dari mana adalah bila aku mahu mereka shut up. Hey, it works. Aku tak dapat nak terangkan. Tapi kalau aku beritahu orang aku dari mana, mereka seolah-olah kelihatan lebih conscious dan sedikit respek. Apa bodohnya korang ni.
9. Bila ada kawan yang datang 2 hari sebelum exam yang akan menentukan dia dapat pergi overseas atau tidak dan suruh aku mengajar dia syllabus bagi satu tahun, aku ajar saja. Walaupun I was behind in my ulangkaji. Lepas dia dapat result cukup-cukup makan dan dapat universiti berlainan, aku kecewa kerana dia bukan sahaja putus kontak, tetapi juga mencipta rumors tentang aku. I consoled myself by saying there was no need for revenge, she was already unfortunate looking. Tapi me being me, I was the one who ended up feeling guilty while she forgot all about me.
10. Dulu, aku juga berasa bersalah untuk melawa. So I always wore the same things. Jadi aku berasa sedih bila berjumpa dengan pengapit yang mahu outshine pengantin. Sebab kalaulah aku yang jadi pengantin, biarlah hari itu menjadi hari aku.
Apa kesimpulan semua ini? Untuk tunjuk aku baik ke? Clearly not. Seperti yang aku tulis di atas, I’ve always had bad thoughts about them. Only I kept it inside. Revenge is not my thing.
Untuk bertahun-tahun, aku adalah budak perempuan tipikal yang kamu jumpa tiap-tiap hari. Nampak average, nampak not particularnya bright, nampak seperti akan berkahwin muda dan beranak 4 semasa umurnya mencecah 35. Jenis yang kalau kamu nampak di tepi jalan, takkan pandang 2 kali. Kalau terbump di stesen komuter, kamu takkan cakap sorry. Oleh sebab yang sama, orang selalu terlepas cakap bila dengan aku, sebab mereka tak kisah apa aku pikir. Aku mesti dapat terima punya, aku lah tempat meluah segala keperasanan, segala boastings, tempat menaikkan ego. Aku akan selalu terima dengan senyuman, kadang-kadang dengan kata semangat.
Aku budak perempuan itu, yang tak ada pendapat or harsh words. Aku rasa tak ada sesiapa tahu aku ada perasaan pun. Semuanya aku simpan sahaja, sebab aku kasihan kamu. Aku tahu kamu tak dapat terima kalau aku cakap apa yang aku betul-betul pikir.
So be nice to everybody. They might just be someone like me. We see your weaknesses, we’re just too nice to voice it out. And we’d rather be hurt than hurt you.
Saturday, July 5, 2008
Pasar Seafood yang Serba Indah
Kalaulah semua pasar makanan laut rajin menyusun merchandise mereka sebegini artistik dan kemas, aku mungkin akan lebih rajin ke pasar dan memasak.




Sungguh mengagumkan, tapi cara penjaga gerai menyusun makanan lautnya boleh buat aku begitu gembira. Siapa kata pekerjaan fishmonger itu hina dan membosankan? Kalaulah dedikasi sebegini dapat wujud dalam setiap pekerjaan, tentu there would be a lot more happy people and beauty in this world.
Tuesday, July 1, 2008
Kudaku Lari Gagah Berani

Kenapa aku lukis? Sebab aku tak pandai tangkap gambar.
Kadang-kadang, aku pergi ke pantai. Baldi dan cebok dalam boot kereta. Untuk curi pasir for my cats' poop. Di pantai sini ada peraturan dilarang mencuri pasir, jadi aku pura-pura buat macam nak bina sandcastle dan isi sebanyak pasir yang mungkin ke dalam baldi , lepastu aku balik.
Kadang-kadang, aku stay di pantai itu lama sikit dan tak buat apa-apa. Pandang orang. Pandang pasir. Pandang butir-butiran bulat di atas pasir.

Ketam-ketam itu seolah-olah sedang mengukir peta benuanya sendiri. Dunia yang aku tak kenal dan tak pernah lihat. Wahai ketam, bawalah aku ke dalam dunia kamu.
Kadang-kadang, aku wish kamu menemani aku. Tak kisahlah kamu siapa.