Monday, March 23, 2015

Mengkritik #1


Kau pernah terpikir tak, kenapa bila kita semakin tua, kita makin sensitif dan susah menerima kritikan? Sepatutnya lagi tua, dah biasa dikritik dan sepatutnya dah belajar handle kritikan dengan baik. Jadi kenapa selepas 20 atau 30 tahun pengalaman dikritik atau ditegur, kita semakin teruk at handling criticism and lagi cepat melenting?


Ada yang berpendapat kita generasi yang cepat mengkritik tapi cepat terasa gak. Aku rasa we've always been like that, cuma lagi ketara sekarang sebab kita ada media sosial untuk document perkara ni. 


Orang selalu kata, "Biasalah orang tua, cepat terasa/ sensitif sangat." Aku rasa perkara ni memang akan berlaku to most people, if not all. Sampai satu masa bila kau dah cecah 50 tahun, orang lupa salam kau pun, kau akan kecik hati. Apatah lagi kalau ter-ignore kau, terpandang salah atau tercakap dengan nada yang salah. Has it start happening to you yet? 


Masa aku still budak sekolah, aku selalu kena marah. Cikgu marah aku, mak bapak aku marah aku. Aku diam je, dalam 2-3 jam atau lepas tidur, aku lupa lah pasal kena marah. Aku tak rasa nak balas dendam ke sebab mereka sakitkan hati aku ke apa. Aku tak overthink about it, pasal apa niat mereka marah aku, samada mereka sengaja nak memalukan aku ke apa. I just forgave and forget, sebab sejujurnya, aku rasa aku deserved to be scolded every single time. Aku terima yang aku salah, yang aku muda maka aku kurang ilmu dan pengalaman, dan mereka hanya marah aku sebab mereka nak aku buat the right thing.

 
So what changed in between now and then? I grew up. Aku mula sedar aku ada some good opinions and a bit of ilmu, dan aku mula develop an ego. Aku mula rasa aku lagi pandai daripada sesetengah orang yang tegur aku. Aku juga mula sedar tua tak semestinya lagi pandai dan semakin aku memahami nature manusia, aku sedar tak semua orang marah kau sebab nak educate kau or for your well-being. Ada yang memarahi kau sebab nak tunjuk hebat dan malukan kau. Ada yang marah kau even though you don't deserve it, maybe sebab dia ada masalah hormon ke or had a bad day.

 
Tapi bahayanya kita tau semua benda ni is that kita akan makin rasa yang kita tak layak dimarahi most of the times, even when we do. The natural reaction has changed from, "Oh well, maybe I deserved that," kepada reaksi-reaksi ni dalam hati:


"Kau siapa? Kau hebat sangat ke nak nasihat aku? Studies/ relationship sendiri pun tunggang langgang!" [insert kutukan pasal how penasihat punya hidup sendiri tak perfect here]

"Diam ah, kau buruk" [insert childish insults about physical appearance here]

"Diam ah, kau tua, semua idea kau dinosauric" [insert insults about old people here]

"Diam ah, budak. Belajar pun belum habis lagi" [insert insults pasal how young people tak cukup asam garam kehidupan]


Mungkin ada baiknya kita ambik satu langkah kebelakang dan check ego kita sekali sekala. Ingat, a good message is still a good message, even if you hate the messenger, or if the messenger's a crappy person. 


This is what it means to look at criticisms objectively. We are not infallible. Not everyone out there yang kritik kau is out to get you. Kita akan selalu buat kesilapan dan akan ada benda untuk belajar, jadi kita selalu layak ditegur. Sampai kita mati.


Lagipun, kalau seorang bayi yang tak boleh bercakap atau berjalan pun boleh mengajar mak bapak dia macam-macam pasal kehidupan, who's to say that orang lain dalam hidup kau tak boleh buat benda yang sama?

5 comments:

AinNur Haris said...

ada orang pesan,

bila terima nasihat.. tengok pada nasihatnya.. bukan pada yang bagi nasihat...

hehehehhee... :)

tapiii susah kan.. haiiihhh...

LilyD said...

Great attitude there, Mags.

Amak said...

*angkat tangan*

ego dalam suara hati tu kira kita tahan nafsu nak lepaskan perilaku/perkataan yang ego kut.

tapi akal yang tua (or matang?) buat kita senyap tak melawan dan acah-acah steady (or malas layan).





Fnd Rocka said...

sukw kritikan drpd pujian

magenta said...

Cahaya Mata: Hmm memula susah la kot, lelama okay je.

LilyD: Hehe thanks Dandelion :p

Ladynoe: Maybe kadang2 malas nak layan bila dah tua ni sebab dah tau nak prioritize mana yang penting untuk dilayan and mana yang menyemak je haha.

Fendi Rocka: First time dengar orang macamni haha