Friday, May 15, 2015

Terima Kasih Yahoo Messenger


The year was 2009, dan seorang lelaki, H, tengah menunggu aku di dalam kereta dia di depan rumah aku. As usual, aku lambat 5-10 minit, tapi aku tau dia akan tunggu dalam kereta sambil dengar lagu. 


Tapi bila aku menuju ke arah kereta dia kali ni, aku nampak dia tengah berbual dengan seorang perempuan muda yang tengah dukung seorang bayi. Ada budak laki dalam lingkungan umur 10 tahun tengah berdiri sebelah perempuan tu. Perempuan tu nampak macam tengah panik. Bila aku datang, muka dia seolah-olah lagi panik. Aku dengar jap perbualan dorang. Perempuan tu tengah cerita pasal bagaimana suami dia suka dera dia and dia tengah lari daripada suami dia. Budak kecik tu pula menyampuk lebih-lebih at exactly the appropriate moments, untuk meyakinkan kami bahawa mak dia bukan tengah mereka-reka cerita. Aku terus masuk kereta and capai steering lock. I was scared. I was raised to be paranoid of strangers. Orang selalu kena mugged on my street. Hell, aku even paranoid dengan sesetengah pengemis. Aku selalu rasa they're part of some shady syndicate.


But my date, H, grew up in a small town where people knew each other, jadi dia tak lah suspicious of semua orang macam aku. Sebabtu gak aku langsung tak terkejut bila H nak tolong this so-called damsel in distress. Aku pulak dah curiga dengan perempuan tu dari saat pertama aku nampak dia. 


And secara tiba-tiba, ada mamat muda random manatah appear out of practically nowhere and tegur perempuan tadi. Leher penuh tatu. Aku mengaku, I judged him for it. Aku terus genggam steering lock dengan erat and capai handphone untuk call polis in case apa-apa. I even started praying to God. For some reason, laki tu pandang aku dengan penuh marah, tapi menyapa perempuan tu dengan penuh mesra. Perempuan tu pulak layan dia macam dah kenal lama. Dia mintak untuk pinjam handphone H untuk call kakak dia. H keluar dari kereta. Mamat bertatu and perempuan tadi pandang each other dengan cuak. Mungkin dorang tak expect H to be so tall. You see, H is 6"1. Laki tu cakap dia dok area situ and dia selalu nampak aku. Masalahnya, aku tak pernah nampak dia.


Perempuan tu pun call kakak dia and bagitau dia kat mana. Bila dah bagitau lokasi, aku lagi lah paranoid. Rasa cam dia tengah call member-member dia untuk datang belasah and rob us. Aku rasa masa tu gak H dah rasa tak sedap hati gila, sebab dia terus buat alasan dah lambat and kena pergi somewhere. Perempuan tu mula merayu dekat H untuk tunggu sampai kakak dia datang. Dah macam orang gila aku tengok. Aku pun tak tau asal kami kena tunggu, since dah kawan dia, si mamat bertatu yang rupa macam gangster boleh teman dia. Jadi kami pun blah.


As soon as kami blah, handphone H berbunyi tak henti-henti. 'Kakak' dia fon H untuk tanya dia kat mana and macam-macam lagi. H explained dia dah tak ada kat situ, tapi kakak tu insist gak nak tau dia kat mana. H pun hung up. Tapi 'kakak' tu sambung call dalam 20 kali. Walaupun lepas kami asyik receive the calls and hang up. Finally, aku sedar minah ni takkan give up. Jadi aku pick up handphone H and cakap,


"Wei lei hei pin tou ah?"


Aku hampir tergelak sebab 'kakak' tu tetiba jadi confused as hell. Mungkin dia tak expect ada perempuan cakap Cantonese jawab handphone H. Tapi dia tanya gak aku kat mana. Aku jawab dengan nada yang marah,


"Lei gong mey ah? Lei hei pin tou ah?"



Sebenarnya aku tak tau pun aku tengah cakap apa tu. Aku belajar dari audibles Yahoo Messenger je. 



Kalian bolehlah cuba kalau ada telemarketer ke apa call and korang malas nak layan. Tapi kalau orang tu reti Cantonese, nasib ah.


Oh yeah, the phone calls stopped immediately after that. Terima kasih Yahoo Messenger.


p.s.: 5 tahun lepas insiden tu berlaku, aku cerita kat bapak aku. Dia terus kata, "Lain kali buat-buat macam pura-pura kenal mamat yang tatu tu and tanya if nama dia Jason ke whatever name you made up. Kalau dia cakap ya, tipu lah tu."

7 comments:

Pisey said...

Hahaha 😂 mei kuan xi!

Nama Saya Fateh said...

hahahahaha. The "p/s" one is the best thing yg aku nak try nanti.

Unknown said...

hi magenta! nice story to share. yup p/s one is the best thing to try on

Anonymous said...

Hahaha,good one!Mungkin kalau kakak tu banyak tengok TvB drama hongkong,mesti dia boleh faham apa you kata tho.Btw,welcome back? :S.Hope to hear MOAR from you soon!*been waiting for 5 years long*Salaam.

magenta said...

Pisey: I had to google that!

Fateh: Sila sila cuba. Lepas cuba bagitau results dia haha.

Ummi Zara: Hi Ummi and thanks!

Anonymous: Wassalam. Thanks and yeah, 5 years is a long time! But the years seem to pass just like that.

Dayana said...

lol. you and your yahoo messenger thing. what do we call those things back in the days anyways?

magenta said...

Dayana: Haha yahoo audibles!