skip to main |
skip to sidebar
Aku pernah diberitahu bahawa tahap self-conscious aku lebih tinggi daripada orang obese. Aku pun tak tau kenapa, sebab aku sebenarnya tak memiliki self esteem yang rendah.1.Dilema dalam kapal terbang. Ni mungkin dilemma aku paling bodoh. Aku sebenarnya memang selalu naik kapal terbang dari kecik sampai sekarang, tapi perangai lagi jakun dari orang yang tak pernah naik kapal terbang. Kalau duduk dalam kapal terbang, aku mesti perhati apa orang lain buat dulu, pastu mimik dia. Dia guna tisu panas yang lembab tu untuk lap kat mana, makan macam mana, dia pakai remote (kalau kapal terbang tu ada skrin) macam mana. Sebab aku selalu imagine nanti mesti ada orang kat belakang gelakkan aku tak reti pakai remote tu kalau aku tekan-tekan pastu tak keluar apa. Kalau pikir nak makan roti bun dengan tangan ke sudu pun boleh buat aku berpeluh-peluh masa aku 19 tahun dulu (bangang!).2.Lokasi tandas. Cakap pasal kapal terbang, aku memang self conscious gila nak pergi tandas dalam kapal terbang. Ada dua sebab. Satu, aku selalu tak sure tandas tu kat depan ke belakang. Aku rabun jauh, so mesti takkan nampak sign occupied atau vacant. Aku syak ada kat depan dan belakang, tapi kot-kot lah yang kat depan tu tandas exclusive untuk business and first class je. Kang tak pasal-pasal kena sound dengan stewardess ke, buat malu je. So aku selalu tengok orang yang berdiri ni pergi belakang ke depan. Lagi satu aku selalu rasa bersalah nak mintak tumpang lalu kat penumpang sebelah kalau nak kena keluar pergi toilet.3.Tak suka buat orang tertunggu-tunggu. Sebelum pergi ke kaunter pembayaran, aku mesti dah siap anggar kena bayar berapa, dan dah keluarkan dompet dan duit siap-siap dalam tangan, walaupun ada tiga orang sedang beratur di depan aku. Semua sebab aku imagine dalam kepala muka-muka bengis yang sedang membenci aku diam-diam kalau aku lambat bayar walaupun selama 0.0001 saat.4.Bayar dengan wang kertas. Kadang-kadang aku ni rasa macam aku pekak, tapi check kat doktor okay je. Kalau aku makan dekat kedai mamak pastu dia tak guna cash register dan kira guna calculator je, pastu sebut harga and aku tak dengar, aku bayar dengan RM10 je. Pasal aku takut dia akan panggil aku pekak atau bodoh kalau suruh dia ulang 5 kali. Hasilnya aku ada sebaldi wang syiling masa di universiti, dan kawan-kawan aku suka pinjam syiling aku untuk guna pondok telefon.5.Hafal dialog. Ni memang perangai aku. Neurotic. Kalau nervous, gagap. Nak selamat, aku selalu hafal dialog imaginasi dalam kepala. Sebelum pramugari datang tanya aku nak makan fish ke chicken, aku dah hafal dalam kepala nak jawab, “chicken and rice please”, “do you have mango juice” “tea please”. Kalau kena beli wayang ticket, hafal. Kalau nak order makanan, hafal (sebab tu aku suka Sakae Sushi. Boleh order kat computer je). Aku memang pressure kalau kena buat keputusan on the spot. Minda aku jadi beku. Tapi tak seteruk masa kecik kot. Masa aku lapan tahun, siap tulis dialog imaginasi sebelum phone kawan nak cakap apa. Dua page tu! Lagi pathetic, aku pernah tak jadi beli nasik lemak kat makcik kantin pasal takut nak order nasik lemak kat dia.Susah jugak jadi orang yang terlebih banyak pikir ni. Banyak lagi sebenarnya benda yang buat aku self-conscious, tapi nanti aku sambung. Sekian, gadis Damansara yang jakun.
Masa Form 3, aku suka ponteng sekolah and tengok orang chat kat Hitz TV petang-petang. Biasalah, budak tak fun dan tak samseng, inilah aktiviti kalau ponteng sekolah. Baring atas sofa pastu tengok videoclip sexy-sexy sambil baca chat. Kat rumah subscribe Astro punya main channels je, camana nak tengok MTV. Cemburu dekat budak-budak kat chat tuh, deras je menchatting, macam waterfall turun kat kotak chat tu. Banyak sangat ke duit diorang ni? Satu SMS 50 sen tau. Dalam kepala macam-macam aku tak puas hati. Dahla dapat handphone, banyak pulak tuh kredit. Aku ni jangan mimpi nak dapat handphone. Cara type macam budak cacat akal pulak tu. Ni mesti tak cemerlang dalam pelajaran. Dahla ponteng sekolah (macam aku tak je), parents still sayang and belikan macam-macam. Ha, ni mesti dapat macam-macam lagi ni. Bilik mesti ada katil king sized. Mesti tak yah share dengan adik beradik. Terbawak-bawak pulak aku membenci.
Macam biasa lah, bila videoclip keluar kat sebelah tu, diorang mula kutuk atau puji lagu yang keluar. Sekali keluar videoclip Linkin Park, lagu apatah. In the End kot. Mulalah diorang "This song is so freaking rocks!", "LINKIN PARK IS RULZ!" dan macam-macam lagi. Aku dah tak tahan. Aku mintak pinjam handphone dari mak aku.
"Mak, nak pinjam handphone sekejap leh?"
"Nak buat apa? Jangan nak mengarut."
"Nak kena SMS kawan ni. Urgent. Tanya pasal homework."
Mak aku pun kasi pinjam. Aku pun register nick untuk chat Hitz. Lepastu dalam semua orang tengah puji-puji dan layan lagu tu, aku type "linkin park is crap" lepastu send. Puas hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Aku tak benci Linkin Park pun. Aku sebenarnya tak ada perasaan kat band tu. Aku just dengki. Lepastu aku kena maki bertalu-talu. Tapi yang favourite aku-
"HEY HOW DARE U SAY LINKIN PARK IS A CRAB"