Sunday, July 27, 2014

Entitled to be Loved

Aku rasa penipuan paling besar pasal cinta ialah benda paling susah dalam cinta adalah untuk mencari seseorang untuk cintai kau.

Mungkin satu hari kau akan sedar yang banyak orang mampu cintakan kau. Dan antara semua tu, kau akan cinta sekurang-kurangnya seorang balik. End of story, you live happily after? Alangkah indahnya bagi semua kalau semua kisah cinta semudah itu.

Aku rasa benda paling susah pasal cinta ialah mencari seseorang yang kau boleh sayang, dan dia tak take advantage of kasih sayang kau. 

It's human nature for us to take things for granted and walk over people who are nice to you. Orang buka pintu untuk kau, kau buat muka toya. Waiter hantar kau minuman dan kemas meja lepas kamu habis makan, kau tak berterima kasih. Ok, tak berterima kasih tak apa, tapi dalam hati ada perasaan "aku bayar untuk servis ni, jadi aku tak payah memudahkan kerja atau rasa grateful kepada kau". Perasaan yang kau berhak untuk tak bersyukur, dan apa yang orang lain buat untuk kau, sebabnya adalah kau berhak untuk mendapatnya.

Perasaan lelaki yang terbiasa isteri masak untuknya setiap hari. Perasaan perempuan yang terbiasa laki bagi allowance banyak setiap bulan. Perasaan anak yang terbiasa ibunya membasuh pakaiannya setiap hari. Dahlah tak berterima kasih, minta lebih-lebih pula. Perasaan kita yang dah take people's kindness for granted. Siapa kata kita takkan buat perkara yang sama terhadap cinta seseorang terhadap kita?

Tak familiar ke situasi ni- boss kau asshole kat kau, dok marah-marah kau. Kau takut dengan dia, jadi kau baik je dengan dia. Cakap dengan dia sopan je. Balik rumah, mak berleter sikit je dah kau lawan balik. Sebenarnya antara boss dengan mak kau, siapa yang lagi sayang kau? Sama juga dengan orang yang tension dengan client, pastu lepaskan geram kat pasangan. Tak tahu ke, orang yang sayang kita ni, bila kita sakit hati, dia pun turut rasa benda yang sama sebab dia sayang dekat kita.

Susah ke untuk berterima kasih kat orang yang tetiap hari berjasa kat kau? Susah sebenarnya. Tapi buang lah perasaan kau berhak untuk mendapat itu ini, dan perasaan bahawa itu tanggungjawab mereka untuk memberinya. Memang ibu bapa ada tanggungjawab untuk jaga dan tanggung nafkah kamu, tapi mereka tak perlu (=kalau tak buat, tak mati pun). Ada je mak bapak luar sana yang lari je tinggalkan anak tanpa hiraukan tanggungjawab mereka. Kita semua ada tanggungjawab untuk be nice to each other, tapi ramai je assholes kat luar sana. Jadi hargailah orang yang baik kat kau.

Jadi kalau kau bertemu dengan seseorang yang cintakan kau (family, friends, spouses, etc), janganlah take advantage of them or take them for granted. Cinta tu bukan sesuatu yang kau berhak untuk dapat, tapi sesuatu yang orang nak bagi. Sebab kalau kau pikir, kau dah bertuah sangat dapat jumpa someone to love, who loves you back. Why would you break their heart by treating them cruelly? 

Friday, July 11, 2014

Dewasa Ini

Mungkin senario zaman kanak-kanak yang sering aku mainkan dalam kepala aku adalah masa aku 8 tahun dan aku tengah sarung kasut sekolah di depan pintu rumah. Lepas tu aku akan ingat perasaan aku masa tu. Soalan yang aku selalu tanya Mak aku- "Mak, asal saya kena pi sekolah agama? Kakak takyah pi pun."

Kakak aku masa tu Tingkatan 1. Dah graduate sekolah agama tahun sebelumnya. Rutin aku pulak pergi sekolah rendah sampai tengahari. Balik kejap, rehat sejam, lepastu pergi sekolah agama pulak sampai pukul 6pm. Balik rumah kena buat homework. Perasaan aku tiap-tiap hari? Penat. Menyampah. Tak sabar nak jadi dewasa. Nak nampak dewasa, buat benda yang orang dewasa boleh buat. 

Apa yang aku teringin masa aku 13 tahun? Nak pakai kosmetik. Beli baju pilihan sendiri. Nak ada boyfriend muka macam ahli boyband kegemaran aku. Nak tengok movie SX18 dan SG18 di wayang. Bapak aku dulu tak kasi aku tengok wayang. Takut aku pergi dengan laki pastu hanky panky.  

Nak masuk I Need House kat MidValley. Nak belajar skateboard macam Avril Lavigne (Manalah aku tau dia akan membesar jadi seorang douchebag). Nak cuba smoking, making out, dadah. Nak hidup penuh drama macam cerita 90210.

Nak masuk universiti, pastu nak enjoy keluar tak balik malam. Nak drive. Nak kerja, earn duit sendiri. Nak ada rumah sendiri supaya boleh bela kucing bebanyak. Paling penting, takyah pergi sekolah dah. My shallow, shallow desires. Keinginan aku agak boring. Perasan tak, tak ada langsung teringin nak tolong dunia? Kah kah kah.

Lepastu aku masuk 25. Mula sedar di dunia selebriti 25 ni tua. Yang popular semua sekitar 16 tahun ke awal 20-an. Mula concerned pasal umur. Kalau dulu aku mekap nak nampak tua, sekarang aku mula sibuk nak cuba pakai krim anti-aging.

Tiba-tiba, semua perasaan yang aku rasa masa aku 15 rasa macam bodoh. Perasaan cemburu kat Britney Spears dulu sebab boyfriend aku masatu minat kat dia. Bila Britney mental breakdown dan cukur kepala, aku mula nampak dia sebagai seorang manusia yang ada perasaan dan vulnerable. Aku mula sedar betapa bodohnya aku 'hating' terhadap orang yang aku tak kenal.

Dulu, consumed dengan insecurity dan teringin nak nampak macam selebriti itu ini. Tak sedar yang semua orang akan dimamah usia. Constantly being replaced by younger, prettier ones. 

Dan aku mula selesa dengan diri sendiri. Taknak tukar muka dengan orang lain dah. Semua articles dan list redundant di internet seperti "Things You Learned in Your 20s/30s/etc? Corny, but true. At some point, kau terima je muka kau. Diri kau.

Semua benda yang aku teringin nak buat masa remaja? Kenapa aku nak sangat? Tetapi obsesi, insecurity dan nafsu aku terhadap benda-benda tu pada masa tu rasa best sangat.

Nak drive sangat? Drive lah sampai puas dalam traffic jam KL yang indah. Nak tengok sangat SX movies? Ha, tengoklah sampai muntah sekarang, tak ada siapa peduli dah. Nak keluar malam tak balik pagi? Jarang aku buat dah. Tak ada idea nak buat apa kat luar tu. Tapi pergi tengok wayang? Sampai sekarang aku rasa thrill dia.

Tapi paling kelakar adalah nak kerja, earn duit sendiri. Oi Magenta 13 tahun, kau gila. Tak tau ke heaven gila bila tanggungjawab kau hanya pergi sekolah je. Balik rumah makanan dah terhidang. Kalau sekolah tu monotoni, apalah kerja. 

Jadi bila aku tengok budak zaman sekarang terkejar-kejar nak jadi dewasa, aku paham. Aku tak complain, aku tak geleng kepala sambil mengeluh, "Kids nowadays." Aku cuba tak judge mereka kalau suka KPop, Twilight atau apa-apa yang dianggap 'lame' oleh orang dewasa. Sebab aku masih ingat perasaan obsesi, insecure dan bernafsu terhadap benda-benda tu memang best. Siapalah aku untuk memperlekehkan keinginan mereka?

Tapi sebenarnya layak ke aku rasa disenchanted dengan adulthood? Selain dari sedar yang aku dah tak nak benda yang sama aku nak masa remaja, teruk sangat ke hidup aku sekarang? Betul ke hidup aku sekarang lagi susah? Bila aku pikir balik, rasanya tak sanggup jugak nak melayan kebosanan pergi sekolah dari 7am sampai 6pm sebagai seorang dewasa. Belajar tentang 9-10 subjek yang langsung aku tak peduli pasal. Mungkin juga aku semakin malas as I get older, jadi semua benda rasa macam lagi susah.

I'm alive, and I live by my own rules. Aku boleh makan aiskrim for dinner, dan boleh tengok movies all day long on Sundays. Satu-satunya penghalang apa aku nak buat adalah apa yang masyarakat akan kata, dan aku boleh pilih untuk tidak kisah. Work is hard, but at least you get paid. Kalau ada orang marah aku, aku boleh lawan balik. If somebody crushes my dreams, I'll just get new ones. If somebody crushes my hopes, I'll just renew them.

Thursday, July 3, 2014

Realiti

What is 'reality' to you?

Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak slowly berhenti jadi egocentric sekitar umur 7 tahun dan mula memahami bahawa realiti mungkin berbeza daripada apa yang mereka bersedia untuk menerima. 

(Pada masa yang sama juga mereka akan mula memahami dan menerima pendapat orang lain.)

Aku taktau bila aku start betul-betul paham bahawa realiti aku berlainan daripada orang lain. Even daripada orang sekeliling aku. Tapi yang pasti, bukan masa aku 7 tahun. More like 23 tahun.

I mean, aku tahu di keliling dunia ni ada perperangan, orang yang kebuluran, kefakiran dan sebagainya. Tapi aku tak paham pasal realiti mereka. 

Tahun lepas, aku tolong edit suatu buku compilation tentang cerita-cerita daripada penduduk di Palestin. Kebetulan, seorang daripada penulis tersebut juga sedang belajar di universiti yang sama dengan aku sekarang. Rawan was 19, dan mendengar drones dan bom-bom meletup di luar rumahnya was a normal thing to her. Normal to watch her friends and neighbours die or get severely injured. Despite all that, dia masih dapat excel dalam pelajaran. Masa aku jumpa dia tahun ni, she looked like any other hijabi in UK. You couldn't even tell that she has gone through all that shit. Melalui biasiswa yang unik, dia dapat melanjutkan pelajaran dan escape Palestin for a while. But Palestin was still her reality.

Sebelum kami diperkenalkan, Rawan digambarkan sebagai seorang yang pelik sebab dia seorang yang pendiam dan antisocial. Tapi kalau kau paham realiti seseorang yang pernah melalui semua trauma tu, kau akan paham kenapa dia 'pelik'.

Betul ke dia pelik? Mungkin bagi dia, kau yang pelik.
 
Aku pernah terbaca laporan daripada seorang penyelidik pasal budak-budak dari Trobriand Islands yang sangat miskin sampai memakai pensil yang diikat pada tali sebagai rantai sepanjang masa supaya pensil mereka tidak dicuri. Punyalah dorang value pensil dorang tu. Dan aku akan ingat sampai bila-bila apabila penyelidik itu cerita yang dorang sampai tercekik-cekik nak tulis di sekolah sebab pensil tu dah jadi pendek sangat setelah berkali-kali diasah. Betapa peliknya realiti aku dibandingkan dengan realiti mereka.

Mungkin dalam hidup kau, ada that kid di sekolah yang pendiam, tak bercampur dengan orang. Atau for some reason, budak yang tak macam budak-budak lain. Jadi dia kena ejek atau kena buli. Bagi budak-budak, being 'different' adalah suatu kesalahan. Masalahnya, bila dah tua ni, masih ada orang yang pikir being different is a crime. Unless different kau tu the right kind of different. The cool kind of different. Tapi tak ramai orang paham, kadang-kadang ada sebab orang tu lain daripada orang lain. Kita tak tahu apa yang dia lalui kat rumah. Their inner struggles.

Mungkin parents dia dera dia. Mungkin dia kena tolong bapak dia jual burger every night. Mungkin pakcik dia rogol dia. Mungkin dia dilahirkan psychopath. Atau battling dyslexia. Who knows? Kadang-kadang, hidup kita terlalu normal sampai tak dapat membayangkan hidup orang lain boleh tak normal. 

Sebabtu aku rasa kadang-kadang elok jugak bercampur dengan semua jenis orang. Kalau tak boleh bercampur pun, baca je. Sebab bila selesa atau terbiasa sangat dengan realiti sendiri yang sebenarnya terhad gila, kau hilang perspektif. Unintentionally, kau jadi tak bertimbangrasa. Terlepas cakap benda yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Kau jadi egocentric, macam kanak-kanak.

Aku dah tak dapat kira berapa kali aku jumpa orang yang ingat semua orang pikir macam dorang, pastu pelik bila orang lain tak pikir macam dorang. Orang yang ingat semua orang nak benda yang sama. Orang yang ingat cara dia je betul, cara orang lain pelik.

Contohnya, orang yang ingat semua orang nak jadi kaya, famous atau nak pasangan good looking lepas tu judge others on what they own. Sebagai seseorang yang tak ada smartphone sampai umur aku 27, dulu aku memang muak kena judge sebab benda yang aku tak ada. Percayalah, bukan semua orang nak benda yang sama. Ada orang umur 60-an pun tak paham benda ni. Dan aku dah jumpa banyak sangat orang yang complain pasal keluarga mertua dorang sebab 'pelik'. Lain daripada keluarga dorang sendiri. Too affectionate. Too kenegerian. Too this, too that. Semuanya berasaskan sebab kita rasa cara kita sendiri yang paling betul, dan semua orang mesti nak apa yang kita nak. Tapi realiti kau belum tentu realiti orang lain.

We have to accept that we're from different backgrounds and experiences, and with different needs and wants. That we actually live in our own little world, far removed from the reality of others.