Saturday, May 31, 2008

Yes, People Do Really Change.


Hai, aku dah bosan dengan cokelat mahal.


Give me my comfort food, please. Aku mahu pakai Super Ring macam cincin tikam lepastu makan, masukkan perencah dalam Mamee Monster lepastu shake shake dan main katak yang lekat dekat sliding door (hadiah misteri dalam kotak Ding Dang).

Kalau dilihatkan orang lain, transformasi mereka sangat mengagumkan. Dari seorang idealis dan hopeless romantic, mereka telah menjadi seorang cynic yang bitter. All in 2 years.

Aku ada blog 2 tahun yang lepas. Disebabkan terlalu distracted dengan faktor luar, aku hanya post 5 entri. Dan dari entri ini aku dapat melihat bahawa aku telah berubah. Tak banyak, tapi berubah.

I'm less angry, more patient, less cynical and more tolerant. Dan sekarang aku tak terlalu distracted dengan faktor luar. I can sit still and type.

Dan walaupun sekarang adalah zaman aku overcritical of my surroundings (hey, siapa yang tak macamni in their 20s?), aku yakin suatu hari, aku akan berhenti kisah pasal orang di sekeliling.

I can feel it happening already. Kalau dulu semasa aku 18, aku boleh refuse untuk bayar dan bergaduh dengan manager kedai selama setengah jam over a cup of Pepsi that I did not order, sekarang aku dah malas nak gaduh. Aku bayar je. Sekarang kalau orang curi teksi aku atau potong line, aku dah malas create a scene. Lantak kau la Joyah.

Orang cakap pasal aku pun aku tak kisah. Sometimes I wish I was invisible. Dasarnya memang akan ada beberapa keldai keliling aku yang dengki, insecure dan bodoh di mana-mana aku pergi. Dan macam keldai juga, mereka tak paham bahasa.

Dunia asyik berubah. Kek Hiro dulu 15 sen sahaja. Sekarang dahlah 40 sen, makin kecil pulak tu.

Thursday, May 29, 2008

Freedom to Discuss Religion? Nada. Zilch.

Kenapa di zaman serba bebas serba canggih ini, aku merasakan aku perlu lebih berhati-hati tentang apa yang aku cakap atau tulis, takut-takut ada yang tersinggung atau tersalah paham? Dan aku rasa tak sedap hati apabila membaca semula entri ini, yang ditulis dalam nada separa serius dan separa joking sebab semasa membaca, para pembaca tak dapat mendengar nada aku dan aku bukan seseorang yang gemar menggunakan ikon smiley dalam penulisan. Jadi tak pasal-pasal nanti ada individu yang gagal menangkap sarcasm itu akan melabel aku sebagai konservatif yang judgemental. For reals.


Ini soalan aku: Di manakah terletaknya garisan di antara having an opinion dan being politically incorrect?


Pada satu fasa dalam hidup kamu, kamu akan tertanya tentang kewujudan kamu. Mungkin ia datang semasa umur kamu 20-an, mungkin 30-an. Tetapi kalau kamu tak pernah tertanya, aku tak tahu sama ada mahu kasihankan atau envy kamu. Kamu telah hidup dalam ignorance. Dan ignorance itu orang kata, bliss.


Dalam
Malaysia kebebasan untuk berbincang tentang agama tak wujud. Jikalau kamu mula untuk berbincang tentang agama, kamu akan mendapat 2 reaksi:


1) "Kau ni macam ustad/ustazah la." (disambung dengan ejekan dan hilai ketawa.)

2) "Kau macam baik sangat je nak nasihat orang."


Semua ayat ini tentunya datang dari pemikiran seseorang yang berfikir bahawa open minded bermaksud bersikap terbuka untuk berbincang tentang seks.


Aku rasa sesiapa boleh minat kepada agama, tak kisahlah dia seseorang agnostic atau seseorang yang warak.
Sebab agama adalah sesuatu topik yang menarik untuk dibincangkan, ia adalah suatu cawangan ilmu.


Semasa aku berumur 13 tahun, seseorang telah berkata aku akan masuk neraka. Semasa aku 14 tahun, apabila ayah aku diserang sakit jantung, seorang ahli keluarga aku telah berkata perangai aku lah penyebabnya. I wasn’t always a calm kid. Beberapa tahun lalu mungkin aku tak ada konsentrasi untuk duduk di depan laptop dan menaip. Yeah well, people change. I'm still a schmo. I'm just a much more considerate, mellower schmo.


Kalau aku ada ilmu agama, aku takkan duduk di dalam bulatan dan mengutuk orang. Kalau ada orang tak lancar baca Quran, aku takkan gelakkan dia. Sebagaimana aku takkan gelakkan orang yang tak fasih berbahasa Inggeris dan betul-betul ikhlas mahu belajar.


Religion is not black and white. Bukan "Kau akan masuk neraka!" atau "Aku akan masuk syurga!" seperti golongan 'holier-than-thou' mahu kita percaya. In fact, tak ada sesiapa yang tahu kita akan masuk syurga atau neraka kecuali Tuhan. Nabi S.A.W. sendiri telah berkata umatnya akan masuk syurga, walaupun dia telah berzina dan mencuri, selagi dia mati dalam keadaan beriman. Selagi ada iman sebesar biji sawi. Dan pernahkah kamu dengar tentang seseorang yang telah mati di
medan perperangan tetapi diseret dengan mukanya di atas tanah dan dihumbankan ke dalam neraka? Kenapa? Sebab niatnya salah.


Of course ada golongan yang mahu memutarbelitkan agama untuk kepentingan dirinya. Perang di atas nama agama? Perkara itu sudah tidak wujud. Biasanya untuk menyorokkan agenda sebenar – duit, nama, tanah.


Kalau diikutkan mentaliti zaman sekarang, tak ada sesiapa layak menasihati orang lain. Sebab pasti dibalas dengan "Kau macam baik sangat je nak nasihat orang lain." Macamtu tak ada seorang pun dalam dunia ini layak nasihat orang lain, sebab nabi-nabi sahaja yang maksom.
Where does that leave parents who are junkies and don’t want their children to go through what they went through?


Tentang hipokrasi: Adakah seorang yang pemakan riba yang membuat kerjanya secara terang-terangan lebih mulia daripada seorang pencuri yang membuat kerjanya secara sorok-sorok? Both steal money from people.


Tak bermakna kamu ada hak untuk preach what you don’t practice. Sebab orang yang mendakwah benda yang dia tak amalkan akan dikenakan azab lebih cepat dari orang yang tak beriman langsung.


Aku juga percaya bahawa semua orang bertuhankan sesuatu. Kalau bukan agama, sesuatu ideologi. Sebab fear is the greatest motivation of all. Segala-gala yang kita buat berdasarkan perasaan takut. Kerja kerana takut tak ada duit untuk makan.
Belajar kerana takut gagal. Kahwin sebab takut hidup sorang-sorang. Dan ramai di antara kita sebenarnya bertuhankan peer pressure. Kalau takut sembahyang di depan kawan-kawan kerana takut kawan akan ejek atau gelakkan, tak kah bermakna kita bertuhankan peer pressure? Ramai orang takut apa yang orang lain akan berkata tentang diri mereka.


Yeah, I’m not perfect. Neither are you. Kalau tak suka apa aku tulis boleh tutup window ini. Kalau rasa aku self-righteous tak payah baca. Kalau tak mahu baca pasal agama patutnya dah lama kamu berhenti membaca. Tak payah nak komen suruh aku berhenti discuss benda-benda berat macamni. Aku tak suruh kamu buat apa yang kamu sudah tahu. Aku hanya berani dakwah benda yang aku amalkan. Aku tak pernah cakap orang itu atau ini akan masuk neraka atau syurga. If you feel like I’m judging you, I’m sorry tapi aku tak nampak di mana dalam entri ini aku sedang menghakimi sesiapa. Aku pun tak suka dihakimi. Anggap sahaja aku berkongsi pendapat, just like any other entry on this blog.


Tak salah bagi aku untuk berbincang tentang agama. Yang salah adalah apabila seseorang yang belum sempurna ilmu agama untuk berdebat tentang agama.
Analogi: Mahukah kamu seorang pelajar perubatan first year untuk beroperasi atas jantung kamu? Tentu kamu mahu doktor yang sudah melalui internship and all that shit.

Tuesday, May 27, 2008

But Freedom of Speech Won't Feed My Children.

Edit: Aku dah masukkan #6.


Perkara yang aku rasa, bakal membuatkan anak kamu berterima kasih kepada kamu bila mereka dewasa kelak.


1) Mengajar mereka mengamalkan penjagaan gigi yang sepatutnya.

Aku ada beberapa kawan yang memberitahu aku bahawa mereka malu untuk senyum nampak gigi kerana gigi mereka tak cantik. Bila ketawa, mereka akan menutup mulut dengan tangan. Walaupun mereka cantik, mereka mengaku bahawa rasa segan dengan gigi mereka.


Gigi aku semuanya dicabut di rumah kecuali yang dua di depan kerana yang tu longgar sebab abang aku praktis taekwondo atas muka aku semasa aku berumur 8 tahun. Ibu bapa aku jarang belikan aku gula-gula atau apa-apa yang manis masa aku kecil, dan setiap kali gigi aku longgar, ayah aku akan suruh aku tolak gigi yang longgar dengan lidah supaya yang baru ada ruang nak tumbuh. Lepas dah cabut, dia suruh kumuh dengan air garam. Lepastu dia suruh tolak gigi yang baru tumbuh ke depan dengan lidah supaya gigi semuanya teratur.


2) Beri mereka nama yang decent.

Dengan decent, aku tak maksudkan nama seperti Maryssa Sofea Masyrin Rozella Danish binti Mohamad Yusof atau Daniel Joaqium Damien Danish bin Mohamad Faisal (Ini adalah gabungan nama-nama sebenar anak-anak artis di Malaysia). Apasal orang Melayu zaman sekarang suka tambah Danish di belakang nama anak-anak mereka? Ada sesiapa tahu? Bila aku dengar Danish aku teringat butter cookies. Dan janganlah namakan anak-anak sempena nama artis. 5 tahun lepastu, bila artis tu buat benda tak senonoh, siapa yang malu? Aku pasti semua ibu bapa di Amerika yang telah menamakan anak mereka Britney sedang menyesal.


Beri nama ala kadar lah.
What’s in a name you ask? A lot. Contohnya, kalau kamu namakan anak kamu dengan nama yang bermula dengan abjad A, secara tidak langsung kamu telah mendorong dia jadi pemimpin. Bayangkan dia di sekolah, kalau ada apa-apa aktiviti dalam kelas seperti membaca atau lompat tinggi semasa Pendidikan Jasmani ikut senarai nama, dia perlu start dulu. Begitu juga dengan abjad Z. Sentiasa berada dalam ketakutan kerana cikgu mungkin akan memilih nama dari bawah. Yang berada di tengah selalu selesa dalam kepompongnya. Mereka dapat melihat kawan-kawan mereka seperti Ali, Ah Beng dan Anand pergi dulu dan secara tak langsung dapat tips percuma. Bila giliran mereka, mereka dapat laksanakan tugas dengan sempurna dan lancar.


3) Memotong kuku mereka dengan elok (terutamanya untuk anak perempuan).

Perempuan kisah tentang tangan dan kuku mereka (aku rasa ada kena mengena dengan cincin dan jari). Bentuk kuku mereka bergantung sedikit kepada cara kuku mereka dipotong semasa mereka kecil. Jadi tak boleh potong senget atau terlalu dekat pada isi.


4) Merawat luka mereka dengan serta merta semasa mereka kecil.

Walaupun aku tak kisah sangat pasal hal ini, aku kenal juga beberapa orang yang sangat insecure dengan parut mereka. Ajar juga anak makan sayur dan buah sebab nanti parut akan cepat hilang dan kulit jadi cantik. Yang ini aku tak amalkan sebab aku tak suka makan bawang dan sayur. Sekarang baru nak berjinak-jinak makan sayur.


5) Ajar mereka jangan makan banyak.

Jaga-jaga. Kamu mungkin sayangkan anak kamu sangat sampai setiap kali dia mintak aiskrim dan Kek Hiro pun kamu pasti belikan, tapi jangan amalkan sehingga dia besar. Dari umur 10 tahun, tetapkan diet yang seimbang untuk dia. Ini sangat kritikal kerana ada kemungkinan besar jika dia makan banyak sejak umur yang dia mula baligh, susah untuknya hilang berat badan yang dia gain. Dan disebabkan kurang keyakinan diri, dia mungkin akan buat perkara gila seperti muntahkan makanan yang dia telah makan atau mengikat perut selama seminggu untuk hilangkan berat badan (apatah lagi di zaman di mana tengkorak berjalan seperti Kate Moss dan Gisele Bundchen dianggap seksi). Sebelum kamu kata aku gemuk dan cemburu akan mereka, aku pernah sekurus mereka sehingga aku berumur 20 tahun, ok? Dan betapa bencinya aku jadi kurus macamtu, aku telah minum buttermilk dan makan keju 70% fat tiap-tiap hari untuk menaikkan berat badan.


Tau-tau sajalah Malaysia ini negara yang mendiskriminasikan orang gemuk. Budak-budak mana paham pun konsep yakin diri dengan apa yang ada di dalam dan bukan yang luar.
Budak-budak mana paham konsep political correctness dan kejujuran mereka menyakitkan hati. Gemuk mereka panggil gemuk. Mereka tak cakap belakang-belakang macam orang tua. Ada kemungkinan besar mereka akan cakap depan anak kamu, di depan semua budak lain. So spare him/her the pain.


6) Melatih anak supaya lebih berdikari. (terima kasih Hali Munan)

Jangan buatkan semua benda untuk anak kamu dan ajarlah dia 'the main skills to survive' supaya apabila dia tercampak sorang-sorang di luar negara atau hostel di negeri lain, dia reti berdikari. Kalau perempuan, mereka tak payah menggadaikan maruah untuk menggatal dengan lelaki supaya laki buatkan semua benda dan untuk lelaki, tak jadi wimp yang tak reti nak setel bil-bil rumah pun.


But of course, ada lelaki yang suka perempuan yang lemah lembik dan menyuruh mereka membuat segala-galanya supaya mereka boleh menunjuk 'kekuatan' mereka. Bagi aku ini hanya menunjukkan laki itu mempunyai self esteem yang rendah dan desperate to prove his manliness.



Bagi lelaki yang tak reti buat apa-apa pula, mereka pun pasti ada kompleks suka didominasi. Kemungkinan besar ibu dan kakak mereka telah membuat semua keputusan untuk mereka dan bila sudah dewasa, mereka akan berkahwin dengan wanita yang bossy dan domineering.


7) Ajar anak kamu manners dan etika.

Tolong. Supaya mereka tak membesar dan menjadi orang yang berpangkat tinggi, banyak wang dan berbini muda tapi bila membuka mulut, cakap pakai main lepas dan apa yang keluar hanya menyakitkan hati orang lain. Inilah penyakit yang paling bahaya dan kalau tak diajar dari muda, risau mungkin terbawa-bawa sampai ke tua.

Monkey Dust



Seorang kawan hantar lagu ini pada aku kelmarin. First impression, macam lagu zaman dulu. Rupa-rupanya band yang agak baru. Pandai pula tu mereka menggunakan synthesizer. Entah kenapa, 2 hari kemudian, lagu ini masih berlegar di kepala aku. Haunting. Aku cari videonya.


Teringat The Sound Machine, karya Roald Dahl.



Lagu ni sesuai untuk babak filem di mana orang gila baru membunuh mangsanya. Lepastu orang gila itu akan menyapu mentega di rotinya dengan pisau yang sama yang dia telah gunakan untuk mengelar leher mangsanya.



Teringat Cotilde, si perempuan tua gila dalam cerita Nemesis yang telah membunuh anak gadis bawah jagaannya, Verity kerana tak tahan melihat gadis itu mencintai orang lain lebih darinya.



Satu hari nanti, aku mahu memandu di jalan raya yang lengang sambil mendengar lagu ini. Dan aku mahu pandu, pandu, pandu sehingga aku hilang di sebalik kaki langit.

Friday, May 23, 2008

Tagged

Aku telah di-tag oleh Melayu Minimalis dan Neem. Funny. Semasa Neem tag aku, aku sudahpun menulis entri ini (cuma tinggal nak publish saja) dan bercadang untuk tag dia. Kebetulan kami mahu tag 2 orang yang sama juga. Tema tag adalah 8 habits/ fakta tentang diri sendiri.


Baru beberapa hari lepas aku telah ber-YM dengan seorang kawan yang aku akan panggil The Stig tentang teori merapu yang mengaitkan nombor 8 dan Mahathir. The Stig telah memberitahu aku,


“1988 UMNO kena haram. 1998 dia sack Anwar. 2008 dia ciao UMNO. 2018? 8 8 8 8…big events.”


Aku copy paste ayat ni dari Wikipedia. In 2002 a tearful[48] Mahathir announced his resignation to a surprised UMNO General Assembly. He was persuaded to stay on for a further eighteen months, in a carefully planned handover that ended in October 2003.


“18 bulan. Ada nombor 8 lagi,” aku tambah.


Aku pikir kalau nak kaitkan aku dengan apa-apa nombor, aku nak nombor 7. Lepastu aku teringat dulu ada orang bergurau suruh aku cari nombor 666 di sebalik rambut adik aku sebab dia jahat sangat. Tapi apa yang aku mengarut ni? Cukup.


1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog
.


i) Tak suka rasa Coke dan Pepsi. Langsung.

ii) Tak kidal tapi pakai jam di tangan kanan. Menulis dan melukis pada sudut 90 darjah anti clockwise.

iii) Tak suka dihadiahi teddybear sebab nanti tak tahu nak buat apa dengan teddybear itu. Lebih suka kalau dihadiahi anak beruang dalam National Geographic sebab mereka kelihatan sangat comel.

iv) Paling minat movies yang ada unsur-unsur lawak bangang seperti Nacho Libre dan Harold and Kumar Go to White Castle. Juga suka lawak Din Beramboi seperti Berbalas Pantun dan Halaman Pertanian, dan sudah menghafal hampir kesemua skripnya.

v) Orang yang rapat dengan aku dalam real life cakap aku kelakar sebab aku suka cakap benda yang merepek dan gila, tapi entah kenapa dalam blog aku hanya reti berbunyi matang dan serius. Cewah, perasan.

vi) TV series yang aku paling minat adalah The Simpsons kerana aku membesar dengan kartun itu dan aku ada posternya. Lagi satu poster yang aku ada adalah poster Spongebob.

Betul, aku tak tipu.

vii) Seseorang yang boleh menggunakan PSPICE dan reti mentafsir patterns, nombor serta circuit yang kompleks tetapi hopeless when it comes to maps and directions.

viii) Selalu tidur pukul 3.30 pagi dan bangun pukul 9 pagi.


Jadi sekarang aku tag bloggers tersebut:

  1. 47
  2. Nurul Azreen
  3. Chen
  4. Ledisordre
  5. Easeart Jalil
  6. Zafwan Zakaria
  7. Asra Hales
  8. Lucius Maximus


Peraturan nombor 4 aku macam malas nak buat, aku akan inform orang yang aku rasa tak/jarang baca blog aku saja.

Wednesday, May 21, 2008

School Pride #3: Sambungan Kisah Seorang Budak Sekolah Harian.


Adakah ini yang dimaksudkan dengan 'produk fail'? (Kamu sedar kan aku sedang refer kat budak yang dekat belakang tu, bukan yang depan?)


Sebenarnya aku decide untuk memberi judul School Pride kepada kisah bersiri ini kerana kagum dengan semangat budak-budak lain mempertahankan reputasi sekolah mereka. Pada tahun lepas, aku telah menonton sebuah video YouTube yang berjudul ‘Pelajar (insert school name here) Terlampau’ dan apa yang betul-betul mengagumkan aku adalah untuk pertama kalinya, pemberi komen-komen video itu tidak berkata para pelajar itu memalukan bangsa, agama atau keluarga mereka, tetapi mereka melenting kerana pelajar terlampau itu telah memalukan nama sekolah tersebut. Wah, begitu kuat sekali school pride mereka.


Tak berapa lama dulu aku telah berkawan dengan seorang blogger lain. Aku bertanya dia dulu bersekolah di mana, dan dia bertanya aku balik. Lepas aku sebut nama sekolah aku, dia kata,

"My friends tell me (nama sekolah aku) girls are usually hot and smart and very bitchy."


Aku tanya dia, pernah ke berjumpa d
engan budak sekolah aku in real life? Dia jawab,

"Chinese girls, long straight expensive looking hair. Dressed to the nines. Seem very sure of themselves."


Aku gelak sebab dia telah describe seorang budak sekolah aku yang typical. Sebenarnya budak sekolah aku tak adalah lawa sangat, biasa saja. Yang membezakan mereka dengan budak sekolah lain disebabkan faktor wang. Aku rasa aku boleh ambil mana-mana gadis kampung pastu transform dia jadi lawa macam budak sekolah aku dengan mekap, haircut dan pakaian yang sesuai. Mungkin boleh jadi lebih lawa. Tapi kalau lawa tapi tak ada keyakinan diri dan tak reti nak bawa diri, tak boleh jugak.


Untuk demonstrasi betapa sikitnya Melayu di sekolah aku, mereka terpaksa gabungkan budak Melayu dari 8 kelas untuk adakan kelas Pendidikan Islam. Aku masuk kelas P.I. dengan budak Melayu golongan bourgeois. Masa kelas agama kena pakai tudung. Mereka semua mengenakan tudung ala Mak Datin, dengan bangs yang disikat elok-elok melitupi dahi. Sepanjang kelas agama mereka sibuk membetulkan selendang yang asyik terjatuh ke bahu dengan penuh self conscious. Aku tengok budak Cina pakai tudung dekat UIA tak kecoh pun. Ni nak pakai tudung betul-betul selama 40 minit pun resah. Pernah sekali aku terlupa bawa tudung untuk kelas agama. Aku pinjam telekong dari surau pastu pakai.


Tiap-tiap tahun ada aktiviti prom. Macam dalam filem Barat tu. Cuma kami buat di Mandarin Oriental dan menu utama adalah shark fin soup. RM100 per kepala. Masatu semua budak Tingkatan 3 dan ke atas akan mengenakan halterneck dress (aku tak paham kenapa diorang semua sekali pakai halterneck masa tu, pakat ke apa?) yang warna gelap dan kilat-kilat. Sehari selepas tu di sekolah, kami akan berkumpul dan bergosip tentang dress siapa paling seksi (Misalnya, dress J menampakkan seluruh belakangnya dan nyaris-nyaris nampak butt cracknya) dan siapa tidur dengan siapa semalam. Budak sekolah aku memang macamtu. Mereka tiru filem Barat habis. Kalau dalam filem Barat kata couples kena lose their virginity masa malam prom, mereka akan tiru bulat-bulat.


Ada
beberapa interracial couples. Paling common, lelaki India dengan perempuan Cina. Yang paling aku ingat, mereka kecoh kerana ada seorang budak perempuan Melayu batch aku bercumbu dengan budak lelaki Cina di kantin semasa beratur untuk membeli minuman. Aku pun kecoh gak masatu. Sebab orang buruk tak patut bercumbu di khalayak ramai. Just kidding. Eh, tapi betul apa. Kalau ada adegan kissing dekat wayang antara dua orang buruk, kamu nak tengok tak?


Lagi satu perkara yang orang kecoh-kecoh semasa zaman persekolahan aku; lesbian couple. Bukan sahaja lesbian couple, tetapi interracial lesbian couple. Mereka suap each other dan seorang akan duduk atas riba seorang lagi semasa waktu rehat. Mereka sering jalan berpegangan tangan. Dan juga compare saiz buah dada di dalam tandas semasa mahu menyalin ke dalam baju Pendidikan Jasmani. Ok, yang last tu aku dengar dari orang saja.


Aku tak aktif dalam persatuan di sekolah. Sebab itu aku graduate dengan gred D untuk kokurikulum. Ada sekali aku join calistenics, atau lebih dikenali sebagai cheerleading tetapi aku serik kerana aktiviti itu menguruskan lagi badan aku yang sediakala kurus. Dahla dapat kapten garang, suruh berlatih pada hari Sabtu dari pagi sampai senja di bawah matahari terik.
Kebetulan aku di antara 6 orang pelajar lain yang reti buat cartwheels, maka dia suruh kami berlatih extra pula. Dahla uniform buruk. Taubat aku tak join calistenics dah selepas Form 3. Dahlah pakai lagu I Will Follow You yang sekarang dipakai dalam iklan Digi. Iklan Digi itu menguatkan lagi kebencian aku terhadap lagu bodoh itu.


Tapi yang aku notice pasal budak-budak sekolah aku adalah ibu bapa mereka spoil mereka habis-habisan.
Pernah sekali semasa aku berumur 16 tahun, aku berkenalan dengan seorang budak dari sekolah jiran yang dapat kereta Alfa Romeo sebagai hadiah daripada bapanya. Aku tanya kenapa bapanya hadiahkan kereta itu.


“I got a D for my Add Maths.”

“So?”

“So I didn’t fail lah!”


Perkara begini memang punca utama aku frust semasa aku remaja. Ibu bapa aku hantar aku ke sekolah itu yang dipenuhi dengan budak-budak begitu tetapi tak memberi aku allowance selain daripada RM10 seminggu. Budak sekolah aku dapat sekurang-kurangnya RM300 sebulan, tak campur dengan duit beli makanan di kantin. Mereka guna duit itu untuk membeli pakaian yang mahal-mahal macam jenama British India yang sebenarnya buatan Malaysia tapi orang tak tau dan untuk membeli kopi yang berharga RM17 secawan. Mereka sedar akan dilema aku tapi masih mahu makan di Chilis atau yang seangkatan dengannya setiap kali keluar. Lepastu bila kesian dekat aku mereka ajak pergi mapley sebab kononnya lagi murah tapi sama saja. Nasi goreng RM7 dan milkshakes RM10.


Aku menjadi lagi frust sebab aku tau ayah aku punya gaji sebenarnya lagi tinggi dari gaji ayah mereka tetapi sebab ayah aku mahu aku mengajar aku tentang kehidupan, aku tak diberi allowance. Tetapi untuk seorang budak berumur 14 tahun, ini lesson yang sukar. Dan pada umur 22, selepas berkawan dengan anak petani dan nelayan yang pandai-pandai belaka, aku jadi lagi bitter. Teringat dekat budak Melayu sekolah aku yang keputusan SPM yang biasa-biasa sahaja walaupun sudah menghadiri 13 tuition (walaupun hanya ambil 9 subjek) tapi masih dapat pergi overseas kerana mak bapak kaya. Kemarahan meluak-luak memikirkan bahawa anak petani tersebut harus earn every cent, tetapi budak-budak sekolah aku ni kalau tak bekerja 20 tahun pun tak akan pokai.


Tu lagi satu pasal budak sekolah aku.
Mereka tak ada lah pandai sangat. Mereka ambil berbelas-belas tuition. Kadang-kadang satu subjek sampai ada dua tuition. Pendidikan Seni pun nak ambil tuition. Sejarah yang kena hapal je pun nak ambil tuition. So budak sekolah harian not spoon fed? Think again.


Aku teringat lagi cikgu Sejarah aku cerita anak murid dia dapat allowance lagi tinggi dari gaji dia. Allowance budak Form 2 itu RM800 seminggu. RM800 seminggu. Ini membuatkan mereka self-absorbed dan kurang sensitive terhadap perasaaan orang lain. Contohnya semasa berjalan dengan seorang kawan aku di pusat membeli belah sekitar tahun 2000 dan lagu Eminem berkumandang, kawan aku telah berkata,


"Eleh Eminem ni.
Macam dia sorang je miserable and gaduh dengan his Mom. I don’t get why kids yang ada divorced parents suka marah-marah. Get over it."


Kawan yang sama telah memberitahu aku dua tahun sebelum itu bahawa dia syak ibunya tak menyayanginya kerana telah memilih kakaknya dan bukan dia untuk pergi ke Bangkok untuk shopping sempena cuti sekolah. Dilema bourgeois. Contoh dilema bourgeois yang lain adalah memberitahu rakan-rakan bahawa mereka telah didera oleh ibu mereka kerana ibu mereka telah mengetuk kepala mereka dengan gagang telefon kerana mereka telah bergaduh dengan adik tentang siapa yang layak guna telefon dahulu.


Bunyi macam aku tak suka mereka. Memang dulu aku tak suka. Dulu aku cuma pikir aku akan berkawan dengan mereka sampai tamat sekolah menengah.
Beggars can’t be choosers, right? Bukan ada orang lain untuk kawan pun. But the weird thing is, I grew to love some of them in the past few years. Of course things have changed. Mereka masih mengharapkan allowance dari ibu bapa mereka. Itu belum berubah lah. Cuma sekarang kadang-kadang mereka yang pinjam duit dari aku instead of the other way round.


Tetapi aku terfikir tentang anak nelayan dan petani semasa bersama mereka, dan aku terfikir tentang mereka semasa bersama anak nelayan dan petani. Dan aku sedar, aku sangat bertuah kerana telah mempunyai peluang untuk bertemu kedua-dua golongan ini.
How I can truly appreciate one without knowing the other?

Monday, May 19, 2008

A Truly Judgemental Post.

I'm conservative, and I'm judgemental. So what? Most teens and 20-somethings I see on the internet call themselves liberals and claim that they don't judge people, yet all their posts are about passing judgement on groups of people that they barely know or mix with.


Well, at least one of us is not in denial.



Ah, we'll see if you're going to stick to your ideologies when you're in your mid 30s with 4 kids running around in your house. Then you'll be busy trying to divert your kids' attention away from the things you fought so hard for in your youth.



You're not letting your kids have your birth control pills? But she has always been a responsible 14 year old! Well, with or without your permission, she's still going to do it. What are you gonna do, ground her until she turns 18 and goes to college? Oh, so it's ok for you to have sex at 14 but it's not okay for her? (And yes, I know a few Malaysian girls who lost their virginity at 14. It happens.)



What? You're not letting your 13 year old wear a miniskirt and a halterneck ala Jamie Spears? Whatever happened to freedom to wear whatever she wants? It is her body, not yours, after all. Kan she only wants to wear a miniskirt to feel good about herself? What are you so afraid of?



You're not letting your kids smoke marijuana at all? Not even in his 20s? Whatever happened to 'knowing how to have fun'? Don't you trust him? He says he has willpower. He says he won't get addicted. But no, you have no faith in him. You still think you're special, that other teens aren't half as responsible as you are, you think you have such willpower, such intelligence, bla bla bla. And no, there's no possibility that your kids might be all those things.



That's why true liberals don't breed.



That's why parents usually don't try to advise other parents. In fact, people who usually try to give parenting tips are usually those who haven't had kids. Because they know that some kids will end up as whores and monsters anyway, regardless of how well you raised them. And some kids were destined to be good, even though they were raised by whores.



So think twice before dropping a comment deeming me a liberal, because I'm a judgemental conservative. Remember that. Judgemental conservative. Judgemental conservative. Repeat that 38267192 times.



Selamat Hari Wesak.

Saturday, May 17, 2008

Retorika

Sambil memberus gigi pada jam 9 pagi pada hari Sabtu.


Aku pandang sinki. Pandang lantai. Stared at the brownish stains that were beginning to form at the edges of the fountain tap. Ini baru seminggu tak cuci tandas ni. Dan aku mula berfikir,


Kalau seminggu tak cuci sinki, kesan kotoran akan mula tampilkan diri. Kalau seminggu tak sapu lantai, habuk dah mula melekat di tapak kaki.Tapi bagaimana dengan perkara yang kurang grafik/fizikal?


Bagaimana dengan makanan yang disumbatkan dalam mulut tiap-tiap hari tanpa berfikir dua kali? Makanan yang tinggi kolestrol, minuman manis? Aku tak dapat melihat atau merasa apa-apa kesannya lagi. Tapi mungkin dalam 30, 40 tahun, perbuatan ini akan menghantui aku, sistem aku akan berhenti secara tiba-tiba tanpa warning.
My insides could look a garbage site for all I know, and I still wouldn’t have a clue. Sebab yang luarannya nampak elok lagi dan semuanya masih berfungsi.


Do we only abstain from the things that look, smell and taste repulsive?


Bagaimana dengan orang yang memakan riba yang sama haramnya dengan bangkai, tetapi sebab perbuatan riba tak sefizikal memakan bangkai, jadi orang tak kisah. Tak nampak = tak menjengkelkan?


Bagaimana dengan hati yang keras? Dengan orang yang mengumpat saudara mara, yang seumpama makan daging mereka? Apa yang berlaku jika kamu teruskan perkara ini, tanpa rasa menyesal atau tanpa fikir tentang betul dan salah? Adakah kamu tak kisah kerana perbuatan mengumpat itu kurang grafik daripada cannibalism?


How do we cleanse the heart? Jikalau kesan kotoran di tandas ini dibiarkan sebulan tanpa dicuci, mungkin kesannya tak akan dapat ditanggalkan – meskipun dengan detergen yang kuat dan berus. There will always be a light brownish stain there, because you didn’t clean it soon enough.


Bagaimana dengan hati yang dibiarkan berbulan-bulan, bertahun-tahun tanpa dibersihkan?


Jadi pada pagi Sabtu, sambil memandang diri sendiri di dalam cermin, aku tertanya-tanya bagaimana rupanya hati aku, kerana aku tau walau aku dapat melihatnya sekarang ini sekalipun, aku masih tak akan nampak the stains yang aku pasti sangat wujud. Dan aku tau stains ini tak wujud di hati aku sahaja.


Selepas itu, aku mencari detergen dan berus dan memulakan proses pembersihan tandas.

Wednesday, May 14, 2008

House S04E15

Selepas episod itu tamat, aku rewind video itu dari minit 35:45 sehingga tamat dalam lebih kurang 7 kali. Then I watched it while crying. And I'm not the sappy kind. It wasn't sadness. And I wasn't the type to cry over something I watched on a screen.


Entahlah. Tapi aku rasa aku tak pernah rasa macam itu dalam seumur hidup aku. I don't know what kind of an emotion it was. But I don't think I've ever experienced that kind of a feeling over something that was real or made up. House selalu buat aku rasa benda yang aku tak pernah rasa. Weird. It could also mean I've only lived a short period and there are many things that I've never felt yet.



I just wondered if anyone watches House too? Probably not. Everyone seems to prefer Grey's Anatomy. Anyway, if you've followed House from Season 1 sehingga episod ini, did you feel it too?

Tuesday, May 13, 2008

School Pride #2: Kisah Seorang Budak Sekolah Harian.

Menurut komen-komen yang aku terima dari entri School Pride #1, kebanyakan pembaca aku dari sekolah asrama. Jadi aku akan berkongsi pengalaman aku sebagai seorang budak sekolah harian. Dan mungkin, mungkin, kamu akan fikir sekolah di asrama tak ada lah teruk sangat.


Aku bersekolah di sebuah sekolah harian di Selangor. Sekolah aku agak popular di Petaling Jaya, terutamanya di kalangan budak Cina. Entri ini mungkin akan menyinggung sesetengah kaum atau pihak, terutamanya yang pernah bersekolah di sekolah aku. Take note, ini cerita sebelum tahun 2002. Aku dah tak ambil tahu apa yang berlaku di sekolah aku.


Budak perempuan di sekolah aku tak suka pakai pinafore. Mereka lebih gemarkan baju kurung yang sendat dan jarang. Pinafore panas, kata mereka. Kemudian mereka akan membuat slit di tepi kain mereka yang biasanya terbelah sehingga ke atas lutut. Butang baju kurung biasanya akan dicabut untuk mendedahkan leher dan sebanyak mana cleavage yang mampu untuk seorang budak 13 tahun. Mereka akan sengaja tak memakai singlet atau camisole supaya budak lelaki akan melihat bra half cup hitam yang mereka pakai di bawah baju kurung jarang mereka. Lengan baju kurung akan dilipat hingga ke siku. Yang perempuan akan memakai platforms yang bertumit 2 inci berjenama Sparx, yang lelaki akan memakai kasut Adidas bewarna putih atau yang ada jalur hitam. Tag nama akan dibleachkan. Rambut juga biasanya dibleachkan atau diwarnakan, tetapi apabila ditanya oleh guru displin akan dijawab, "But this is my natural hair color!" walaupun memang sah bukan. Telinga tak sah kalau kurang dari 2 subang on each ear, lagi afdal kalau ada stud di lidah dan di bahagian-bahagian yang tak dapat didedahkan di compound sekolah.


Mereka gemar membawa beg Eastpak ke sekolah, dan kadang-kadang Jansport. Untuk membawa baju Pendidikan Jasmani, mereka suka gunakan beg kertas Guess dan yang seangkatan dengannya. Bawa saja baju PJ sekadar untuk menunjuk beg kertas berjenama supaya orang tahu mereka membeli belah di sana, tetapi tak mahu main sports, nanti berpeluh-peluh dan busuk. Bila tiba waktu Pendidikan Jasmani, yang lelaki akan pergi bermain bola, yang perempuan akan duduk di tangga sambil mengusya si lelaki lepastu mengkategorikan yang mana leng chai dan yang mana tidak. Lepas bosan, mereka akan bergosip sesama sendiri dan mencipta rumor-rumor yang bakal menjatuhkan maruah dan merosakkan reputasi musuh mereka.
Perempuan di sekolah aku hampir semuanya stock "I LOVE YOU!... di depan kamu dan,


..bitch," selepas kamu beredar. Mereka sanggup memakan kawan mereka sendiri dalam usaha mempopularkan diri mereka.


Sekolah aku tak ramai budak Melayu. Dalam kelas aku yang ada 42 pelajar, ada tiga sahaja budak Melayu. Semua budak Melayu ini pun bukan Melayu tulen, tapi ada kacukan. Trend ini ketara di kelas Sains Tulen lain. Kadang-kadang ada seorang dua budak FELDA yang genius, tetapi biasanya mereka akan meninggalkan sekolah aku untuk ke asrama selepas mendapat keputusan PMR. Di kelas-kelas aliran akaun dan IT pula ada dalam 6-7 budak Melayu dalam satu kelas, biasanya anak kepada ibu bapa golongan bourgeois.
Dalam kelas-kelas berikut akan ada seorang token Indian yang biasanya famous for being outspoken or outrageously funny. Dan dalam kelas arts stream pula trend dia terbalik, di mana akan ada 30 budak Melayu, 3-4 budak India dan 5 budak Cina.


Ada
ramai racists di sekolah aku. Mungkin tak berbeza sangat dengan negara kita, cuma di sekolah aku mereka tak pernah berselindung. Biasanya di kantin aku lihat mereka berpecah belah mengikut kaum, dan di kelas mereka bertegur sapa sekadar as acquantainces, not friends. Di kantin juga sering ada pergaduhan di antara samseng Melayu dan samseng India, juga antara samseng Melayu dan samseng Cina. Mereka membaling dan memecahkan pinggan di atas kepala masing-masing, tapi yang suffer? Penjaga kantin dan pembasuh pinggan yang berbangsa Indonesia.


Sebelum Tingkatan 4 aku hanya bergaul dengan budak Cina di sekolah, dan yang Melayu selepas kelas. Ada juga kumpulan lelaki yang ada Melayu dan India dalam cliquenya di sekolah aku, tetapi cara mereka bergurau agak ekstrim bagi aku, tetapi jika mereka dapat menerima, siapalah aku untuk complain? Contohnya yang Cina akan memanggil yang India 'you black motherf*cker!' dan yang Melayu 'you incestuous bastard' tapi kelihatan kedua-dua Melayu dan India itu dapat ketawa dan menerima jenaka itu. Mungkin mereka tersangat desperate untuk diterima, mungkin mereka mahu berlagak macho dan open minded, mungkin aku yang tak cukup open minded untuk menerima jenaka seperti itu, who knows?


Tapi sepanjang aku berkawan dengan rakan sekelas yang berbangsa Cina, aku jarang merasa barrier di antara kami. Kami bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Masa Tingkatan 1 aku mendapati ada sesetengah budak yang racist suka ignore aku dalam perbualan mereka dengan sengaja bercakap Mandarin atau Cantonese (taktik yang tak ada lah berbeza sangat dengan employer yang meletakkan kriterion pandai bercakap Cina tetapi tak mention apa-apa tentang Bahasa Malaysia sebagai kriterion utama dalam iklan kerja dalam suratkhabar). In fact, aku begitu selesa bercakap dengan mereka di kelas sehingga apabila tiba masa untuk aku meminta diri untuk pergi ke kelas Pendidikan Islam atau sembahyang, mereka akan berkata,


"Haha, sometimes I forget you’re Malay lah."


Mungkin ini suatu advantage bagi aku. Mungkin tidak. Sebab mereka selalu sangat terlupa aku bukan Cina, mereka biasanya cakap lepas depan aku. Tetapi insiden yang tak dapat aku lupakan adalah kata-kata seorang budak ini semasa kami sedang berbual tentang rancangan Who Wants to be a Millionaire.


Kami sedang berbual dalam sebuah bulatan semasa Pendidikan Jasmani. Aku sorang saja budak Melayu dalam bulatan itu.


"Wei, did you see or not yesterday’s Who Wants to be a Millionaire? Damn stupid wan lah I tell you, that fella!"

"Ya hor, the 100 ringgit question oso he cannot get right!"

"Eh, you notice or not wan ah, when got Chinese in the show surely the question become so susah wan?"

"Ya lah! When Malay always the question kacang-kacang wan!"


3-4 orang sudah mula memandang aku dan kemudian sesame sendiri. Seperti aku juga, mereka juga sudah mula berasa kurang selesa. Nampaknya seorang budak Cina tu masih tak notice cue untuk stop.


"Because the Malays are so stupid lah!" dia berkata sambil ketawa berdekah-dekah, disambut dengan ketawa nervous oleh pengikut-pengikutnya yang bodoh. Tiga perempat dari kumpulan itu tidak ketawa. Mereka nampak seperti sangat ill at ease dan semuanya memandang aku. Budak Cina yang Membuat Racist Remark Tadi (BCMRRT) tiba-tiba sedar akan keadaan ini dan memandang aku. Muka dia pucat dan kelihatan seolah-olah telah menelan seekor ikan emas. No one said a word. Aku berdiri dan beredar dari situ.


Sekarang, perkara menarik yang berlaku sejurus insiden tersebut. Separuh dari kumpulan itu bangun meninggalkan BCMRRT dan datang memujuk aku, satu persatu. Mereka datang dan memberitahu aku mereka sorry di atas pihak kawan mereka yang sebangsa dengan mereka dan bahawa mereka tak memihak kepada dia. Aku pandang balik pada kumpulan tadi, sudah berpecah. BCMRRT sedang duduk bersama tiga orang kawan yang lain sahaja.


I learnt a very important lesson that day. Mungkin insiden ini cukup untuk membuat kamu menguatkan lagi semangat racist kamu. Mungkin kamu rasa justified untuk membenci mereka selepas mendengar tentang insiden ini. Tapi yang lagi penting bagi aku adalah ini: Yang membuat racist remark itu, seorang. Dalam 2-3 orang ketawa. Yang lainnya semua tak menyokong penyataan dia. Dalam setiap bangsa kamu akan berjumpa orang seperti ini. Mari kita focus terhadap yang positif, yang majoriti instead of yang minoriti dan suka divert perhatian kepada dirinya dengan ayat-ayat perkaumannya.


Aku juga belajar dari sekolah menengah bahawa aku ini berbeza, dan jarang sekali aku akan berasa seperti aku benar-benar fit in.


Inilah kisah tentang sekolah aku yang aku rasakan bagaikan mimpi ngeri juga. Sebenarnya banyak lagi aku mahu ceritakan, tetapi entri ini dah cukup panjang. Tapi kalau ada sesiapa berminat untuk mendengar tentang kisah sekolah harian lagi, mungkin aku akan buat sambungan. Kalau tak, we’ll just leave it at that.

Monday, May 12, 2008

Fwd: Panduan Kamu untuk Mencari Gadis di Kuala Lumpur

Edit: Senarai ini outdated gila. Sila jangan ambil senarai ini sebagai panduan. Tapi kalau kamu mahu buat senarai baru, sila forward kepada emel aku juga?



Aku tak ingat pada tahun berapa emel ini disebarkan melalui forward, tetapi tak silap aku tahun 2004, jadi mungkin senarai ini dah tak applicable. Kalau memang dah tak boleh dipakai lagi, ada sesiapa yang mahu membuat senarai baru? Pereka senarai ini pun aku tak tahu siapa. Aku teringat kembali kepada senarai ini pun kerana telah diforward oleh teman lelaki aku semalam. Mungkin kamu pernah melihat senarai ini, mungkin tidak, jadi aku akan terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan berkongsi dengan kamu di blog ini sekadar suka-suka kerana bagi aku, senarai ini agak lucu.


(Maaf, terjemahan aku mungkin kurang tepat- aku tak berapa pandai dalam translation.)


Bergantung kepada jenis gadis yang kamu cari:


1) Gadis remaja yang gemar mendedahkan kulit dan suka menari sehingga pagi serta paling likely untuk menerima seorang Mat Rempit sebagai teman lelaki - Shadows (Bangsar).


2) Gadis berkelas yang gemar bergaun baldu dan pandai menari (bukan sebarang tarian, tetapi salsa) – Q-Ba di Westin Hotel (Bintang Walk).


3) Gadis dari sekolah antarabangsa (gadis Mat Salleh/ gadis Jepun/ gadis berwajah eksotik/ gadis kaya) yang suka minum – Mezza (dahulu dikenali sebagai T-Club Bangsar).


4) Wanita bekerjaya yang sedang mencari cinta – Bar Flam (Bangsar).


5) Gadis ‘beragama’ yang suka main carom dari Bangsar Gospel Centre – Coffeebean/ Starbucks atau mana-mana kedai kopi yang menghidangkan kopi dengan harga purata RM10 secawan (ini bermaksud semua kedai kopi di
Lucky Gardens terkecuali) (Bangsar).


6) Minah rempit hardcore atau sebaliknya; gadis bertudung – Mapley di depan food court yang sebelum ini dikenali dengan nama Jolly Green Giant (Bangsar).


7) Gadis yang gemar keluar yang lelaki yang sudah berkahwin/ lelaki yang mahu jadi wanita – Red Chamber (Bangsar).


8) Gadis Malaysia yang suka bercakap dengan accent British/ American/ Aussie/ Rojak dan perasan mereka BBC/BBI/BBM serta sedang mencari teman lelaki yang berambut perang dan minum ‘Snake Bite Black’ – Finnegans (Bangsar).


9) Gadis Malaysia yang suka bercakap dengan accent British/ American/ Aussie/ Rojak dan perasan mereka BBC/BBI/BBM serta sudah menjumpai seorang teman lelaki dari Finnegans – Telawi Street Bistro (Bangsar).


10) Wanita yang kelihatan seperti lelaki yang suka wanita yang kelihatan seperti wanita – Seasons Pool Club (Bangsar).


11) Wanita seperti Paula Malai Ali – The Social (Bangsar).


12) Gadis Mat Salleh bersama teman lelaki/suami Mat Salleh (yang juga ada teman wanita berkulit tanned dari Beach Club/Thai Bar,etc) – La Bodega (Bangsar).


13) Gadis yang ada teman lelaki yang kaya dan suka wain merah yang mahal – Grappa/ Wine Bar Heritage Row.


14) Gadis yang ada teman lelaki miskin dan mahu merasa makanan barat – McDonalds/ Burger King Bangsar.

15) Gadis suka berparti yang perasan mereka sangat ‘happening’ sehingga mereka tak kisah berpeluh di dalam bangunan usang (apa terjemahan untuk firetrap dalam BM? Haha.) selama 4 jam – Passion.


16) Gadis hip-hop yang mengenali seseorang yang mengenali seseorang yang sedang mengadakan jamuan harijadi atau parti pissup supaya mereka boleh elak cover charge – Nouvo/ Sangria.


17) Gadis yang gemar pill-popping dan teman lelaki khayal dadah mereka – Atmosphere/ Carlos.


18) Gadis yang gemar pill-popping yang tak mahu keluar dengan ‘playaz’ tetapi tiba-tiba mendapati diri mereka sedang
cuba menarik perhatian ‘playaz’ – Bliss.


19) Feng Tau chicks (aku tak tahu maksud Feng Tau, ada sesiapa tahu?) – Tak pasti, tetapi mungkin di old Emporium atau K Club.

20) Gadia Capati yang sudah bertunang dengan salah satu daripada saudara mereka atas arahan ayah mereka – Dhol, Bangsar.


21) Gadis lawa yang gemar pill-popping dan suka berpakaian menjolok mata bersama teman lelaki mereka yang kononnya samseng – TBR KL.


22) Model-model yang lawa atau model wannabes bersama kawan-kawan mereka yang cheeky yang sudi memegang gelas minuman untuk mereka – Velvet.


Harap tak ada sesiapa rasa tersinggung dengan senarai ini yang bertujuan humor kerana senarai ini direka berdasarkan stereotaip (oleh itu kebenarannya boleh dipersoalkan atau didebatkan).


Aku mahu tambah lagi satu:


23) Lelaki peghak yang teringin untuk pergi ke mana-mana tempat yang tersenarai di atas selepas membaca senarai ini dengan tujuan untuk mencari teman wanita jangka masa panjang walaupun tak pernah dengar atau menjejakkan kaki di 3/4 tempat yang tersenarai di atas - Losersville.

Friday, May 9, 2008

School Pride #1

Kawan-kawan aku sejak 3-4 tahun ni semuanya pernah bersekolah di asrama dan bila mereka bercerita dengan zaman persekolahan mereka, akulah orang yang akan duduk paling dekat dengan yang sedang bercerita dan yang akan ketawa paling kuat. Lepastu rerakan yang lain akan berlumba-lumba untuk bercerita tentang sekolah mereka pula, dan aku tak habis-habis akan mempersoalkan segala peraturan sekolah mereka. Topik yang aku paling minat? Ragging di asrama.


Mereka bercerita tentang senior-senior yang menyuruh mereka mengambil air, menyuruh mereka basuh baju dan memaksa mereka membuat macam-macam. Mereka bercerita dengan penuh berseloroh sambil tersengih macam kerang busuk yang dibiarkan di luar selama seminggu.


"Pastu dia suruh ko amikkan air, ko kena amikkan la. Kadang-kadang ada gak budak ludah atau letak taik hidung dalam air tu sebab bengang," kata kawan #1.


"Weh, tak leh gak dowh, kalau kat sekolah aku senior tuh suruh ko minum air tu sebelum bagi kat dia," sampuk kawan #2.


"Alah, minum je lah, air liur aku sendiri. Lagipun aku minum sikit je, dia minum semua," jawab kawan #1. Kami gelak beramai-ramai.


Aku tak habis-habis akan bertanya macam-macam. Kalau prep sampai pukul 11, korang berehat bila? Kalau petang kena main sports, korang tak tido petang ke? Mereka gelakkan aku.


"Ko ingat prep tu semua orang study ke? Aku tido je."


"Aku dengar budak asrama laki selalu kena tumbuk dengan cikgu, betul ke?"


Mereka buat muka tak impressed. "Alah, biasalah tu," mereka jawab.


Lepastu masuk cerita hantu asrama. Semua asrama, aku discover, mesti ada hantu special punya. Aku tak percaya hantu. Aku cakap je macamtu, mesti semua mahu convert aku.


"Weh, ko tak leh cakap macamtu, ko jangan cabar hantu-hantu ni," ujar kawan #3.


"Alah, aku percaya lah jin, orang bunian, ilmu sihir, setan semua tu. Hantu aku nak percaya buat apa. Bukan ada dalam Quran suruh percaya hantu pun. Ada ke?" aku jawab.


Mereka geleng kepala, seolah-olah aku telah murtad Melayu.


"Aku rasa ayah ko tak kasi ko percaya hantu sebab kalau ko tak percaya hantu, nanti dia takkan kacau ko," kawan #4 cuba mencari penjelasan yang rasional kenapa aku tak percaya hantu. Yang lain mengangguk perlahan-lahan, seolah-olah puas hati dengan penjelasan ini.


"Aku dengar cerita korang ni macam suffer habis lah kat asrama," aku ejek mereka.


"Mana ada, best dowh, kat asrama la ko belajar macam-macam...," salah seorang akan menjawab dengan senyuman meleret. Kemudian aku lihat wajah mereka akan berubah kepada sesuatu ekspresi yang hanya boleh digambarkan sebagai wistful dan fikiran mereka seolah-olah melayang jauh. Aku selalu nampak ekspresi ini di wajah budak-budak asrama apabila mereka menceritakan zaman persekolahan mereka, seolah-olah perasaan itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata supaya seorang budak sekolah harian seperti aku memahami.


Kadang-kadang aku pun sedikit cemburu mendengar cerita asrama mereka, tentang persahabatan yang akrab, suka duka mereka di sana yang tak ada unsur-unsur corny atau cheesy langsung dan kisah-kisah warden dan cikgu yang bengis (dan juga baik).


Di saat itu, aku akan lupakan semua cerita buruk yang aku pernah dengar tentang kehidupan asrama – tentang pelajar yang terpaksa masuk ICU kerana dipaksa merokok walaupun ada asthma, pelajar perempuan dan tabung uji, pelajar yang pecah gegendang telinga kerana dilempang oleh guru, pelajar terlampau, kes di mana pelajar kurang pandai tidak diberi mengambil peperiksaan kerana mahu kelulusan 100% supaya reputasi sekolah dijaga dan juga kes yang seangkatan dengannya.


Bukan aku nak menghakimi budak asrama. Aku sebenarnya jumpa ramai budak asrama yang best sejak kebelakangan ini. Mungkin dulu itu hanya defense mechanism aku kerana budak asrama biasanya sudah ada preconceived perception terhadap aku semata-mata kerana aku dari sekolah harian. Aku ingat lagi suatu hari daripada 2 bulan aku menetap di matriks, di dalam kuliah, aku terdengar suatu suara di belakang aku yang mengutuk budak sekolah harian dan bagaimana budak asrama lagi pandai dalam pelajaran dan berdikari. Biasalah, percakapan tipikal budak lepasan SPM.


Aku hanya toleh belakang sekali untuk memandang wajah mereka selama 2 saat.
Long enough for me to capture their faces in my mind. Sebab itu, 2 minggu selepas kuliah tersebut di dalam kelas tutorial, semasa mereka datang pada aku untuk copy jawapan tutorial kimia aku, I remembered them.


Memang orang akan selalu menghakimi dan menstereotaip kamu berdasarkan sekolah dan negeri asal kamu. Perkara ini susah nak escape. Dan aku perlu jujur, bahawa aku memang ada banyak pengalaman buruk dengan sesetengah pelajar dari asrama tertentu (terutamanya seorang budak asrama ni yang suka berpuak-puak, curi sabun baju orang lepastu top up dengan AIR, slam pintu, suka pinjam duit orang lepastu lambat bayar, jatuhkan baju orang dalam lumpur lepastu tak nak angkatkan, rosakkan harta orang lepastu tak nak mengaku, tak puas hati sebab orang lain tak payah belajar macam dia untuk skor dalam exam, tukar undi orang supaya dia dilantik untuk sesuatu pangkat dalam persatuan - hahaha eh sori, terbawa-bawa pula).


Tapi selain daripada itu, aku rasa budak asrama dan budak sekolah harian tak ada lah berbeza sangat.
Semua ada their fair share of produk berjaya dan 'produk fail!', bak kata kawan aku.

Wednesday, May 7, 2008

Ini Akan Berlalu, dan Juga Engkau.

If you know me in real life, you will know that as depressive as I may seem sometimes, I hate being miserable. And I tend to run away from things or people who will make me even more so. Lari ke orang yang mampu membuat aku ketawa dan gembira, tak kiralah sementara.


"You’ve been busy eh?" asked 47.

"Not really. Why?"

"Nah, your latest post. I think somehow, cats are your default subject. When you have nothing else to talk about," he replied.

"Yeah. I don’t know why lately, ilham tak datang. I feel kinda disoriented and confused."


Actually, that’s a lie. I know exactly why. But I guess I’m not ready to come to terms with my denial. I’ve never gave much thought to muses and ilham, at least till now. Because I think I’ve met something, or someone, that’s the opposite of a muse. What do you call this?


My thoughts are still flowing as freely as usual. I still have plenty to write about. Yet, this ‘thing’ is somehow stopping me from doing it. He makes me think he’s the pathetic one, the one being manipulated, yet in reality I’m the one. He makes me sleep at 5 a.m. and when I finally manage to sleep, he makes me dream in photographs. Yang membuatkan aku bangun pagi keliru dan pening. Aku tak suka rasa keliru. I hope to God you’re just a phase.


Bila aku tak suka, aku lari.
Lari ke luar negeri. Atau luar negara. Aku lebih rela jadi miskin daripada sedih. Orang tuduh aku penakut yang suka lari dari masalah. Habistu apa yang aku patut buat?


Wait for it to get worse, wallow in self pity, lepastu welcome sympathy with open arms?


Orang tak ada maruah saja buat macamtu. Macam bini yang kena dera pastu tak nak tinggalkan suami. Sayang konon. Sampai bila kau nak hidup dalam denial?


Orang yang ketagih drama, ketagih simpati, ketagih kesedihan. Mengaku saja lah. Kamu tak mungkin ada keberanian atau kekuatan untuk meninggalkan semua itu.


Yesterday I went to the university. It reminds me a lot of UM. Aku pergi ke kafeterianya dan order Mee Wantan. Lepastu aku makan sorang-sorang. Semua orang pandang aku. For a young girl to eat alone in public here is like committing a crime here. Tapi, peduli apa aku?


Sebenarnya aku ada interview sebelum itu. The only thing I was thinking of during interview was, "Please, let me through so I don’t have to apply for a prolonged stay here every 3 months.."


Don’t tell me I sound old. Everytime you tell me I sound matured, aku pergi ke cermin dan cuba console diri aku dengan thoughts seperti , "I still look 18. Siapa kisah how old I sound? The important thing is how old I look."


I have a right to feel confused occasionally juga kan? I have a right to be the way I am? Walaupun I’m all wrong? I know I have this right. So why do I feel like I have to explain myself? Kenapa aku masih terasa? Why do I always feel a need to defend myself? Ini hak aku. Kamu tak pernah melalui apa yang aku lalui. How can you write about life if you’ve never lived alone? Hidup tanpa balik ke pangkuan ibu bapa tiap-tiap minggu, bulan atau tahun? How can you? Kamu ingat hidup berdikari itu hidup dengan teman-teman sebaya di hostel atau apartment di zaman universiti?


Aku boleh dengar dia kata,


"You really sound so young when you’re asking me these questions."


Screw you old man. Aku buat senarai.


2 paket muffins.
1 A&W rootbeer 1.5 ml.
1 kotak soyabean.
1 kotak air mango Delite.
2 paket Chachos Cheesy Cheese.
1 Pringles perisa Sour Cream and Onion.


Aku pikir lagi. Teringat zaman kanak-kanak. Teringat biskut ais jem dan ais krim 10 sen dalam tiub.


2 Twisties perisa kari.

1 paket Sumi jelly. (kalau ada)


Aku mahu Burger Ramly dan Big Mac. Tapi, mana ada jual benda-benda itu di sini?
Aku beri senarai itu kepada dia dengan duit dan berkata, "Nah, buy me these things. You can keep the change."


Lepas dia balik, aku buka botol rootbeer dan simpan dalam peti sejuk (aku alergik dengan minuman berkarbonat). Malam ini, selepas semua gasnya sudah escape, aku akan minum. Aku simpan Sumi jelly dalam freezer. Lepas itu aku buka Pringles dan Chachos. Binge eating, it’s not for everyone. Only those blessed with a high metabolic rate.