Wednesday, September 22, 2010

Wabak Pasif Agresif


Salah satu perkara yang ramai orang (termasuk aku) suka buat ialah express rasa tak puas hati atau bengang terhadap seseorang melalui mana-mana medium social network macam Facebook atau Twitter. Bila pikir balik aku sedar yang perangai ini agak bodoh dan pointless. Pastu kawan-kawan kita pulak comment “Yeah you tell him girl” dan “Haha, aku pun pernah kena camni..” Lepastu ada berbelas-belas komen yang meluahkan perasaan benci terhadap manusia macam tu, yang menyokong ‘keberanian’ kita, yang mengapi-apikan kita. Apa kita dapat sebenarnya? Dapat tunjuk berani depan orang?

Jenis-jenis status pasif agresif:

1. “Hey WDA 7##9, kaw memang pemandu babi lew, kalaw aq jumper kaw lagi, siap la!!!1! Dah lew amek setengah jam nak parking....ingat aku xde kejew kew??”

Mula-mula, kau tulis dekat Facebook atau Twitter. Memangla kau berani tulis number plate dia kan, pasal dia tak ada dalam friend list kau. Apa motif? Bukan dia dapat baca pun.

2. “kepada abu haziq (bukan nama sebenar) aku dapat fb msg ko yang tanya asal aku tak approve ko lagi, friend list aku full, paham tak bangang???”

Status ni memang aku pernah nampak. Dia actually sebut nama mamat tu dalam FB dia, memanglah kau berani, pasal dia tak boleh view status kau. Satu aku rasa sebut nama ni agak keterlaluan la, pasal number plate kereta mungkin orang malas nak cari, tapi nama orang boleh search je. Pastu tak aci lah kan mamat tu tak boleh defend diri dia sebab dia bukan dalam friend list kau. Lagi satu, asal kena buat status? Reply through inbox je tak boleh?

3. “Tak paham kenapa ada manusia yang suka makan tak habis..cuba fikirkan kanak-kanak yang kebuluran.. sesungguhnya Tuhan bencikan pembaziran..”

Sekali pandang macam innocent kan? Macam nasihat atau general statement. Tapi cuba kalau taktik ni digunakan untuk sound seseorang bila tengah bengang. Macam kau ada seorang kawan dalam group tu yang memang tak habiskan makanan, semua orang notice. Pastu satu hari kau bengang dengan dia and buat status macamtu. Semua orang tau kau direct kat dia, dia pun tau, kawan-kawan kau pun tau. Tinggal kau tak sebut nama je. Tapi kalau dia balas balik nanti orang kata dia gelabah. Tambah lagi ramai orang yang unsuspecting pergi ‘like’ status tu sebab diorang ingat memang nasihat umum, padahal niat kau tak murni langsung.

Agak kejam kan. Pedih tu kalau jadi mangsa status macamtu. Kau react kena judged, kau tak react pun kena judged.


Cakap pasal perli dalam nasihat ni, korang tak rasa pointless ke? Aku rasa kalau kau nak nasihat orang and expect dia berubah, kau takkan nasihat dia sambil perli. Kau sendiri makan ke nasihat kalau dah kena kutuk? Memang tak ah kan. Imagine,

“Kenapa ada orang yang suka belanja beratus-ratus untuk baju bila duit tu boleh tolong mangsa banjir Pakistan? Dahla selfish, boros lak tu”

Kau ingat lepas orang tu baca tu, dia nak kata “Oh, selama ni aku telah terlalu boros. Mulai sekarang aku takkan belanja beratus-ratus lagi untuk baju. Aku akan derma ke Pakistan sekarang gak”

Yeah right. Most likely dia akan response macamni: “Sibuk gila minah ni. Suka hati la aku nak spend untuk apa, duit aku. Suka-suka hati je panggil aku selfish. Kau tu entah derma ke tak untuk Pakistan, kecoh je lebih”


Oh well. Siapalah aku untuk judge kan. Aku sendiri seorang manusia pasif agresif yang kronik. Seorang anonymous blogger yang tulis nasihat sambil perli, sebab aku tak berani sound depan-depan. Tapi honestly aku cakap, memang sesetengah entry dalam blog ni tak ada niat nak nasihat orang langsung, saja aku nak release kemarahan aku macam dalam entri aku kutuk roommate yang macam sial. Dalam hati aku memang macamni je:

You made me go through hell. Nah sekarang rasakan, rasakan! Tengok orang yang komen, semua benci orang cam kau! Aku harap ko terasa, huh!

Macamla orang tu baca blog aku pun kan. Honestly aku cakap memang aku pikir nak release kemarahan je masa buat entry tu, tak ada pun dalam hati aku terpikir, “Harap kau bawak berubah la lepasni”

Malah,

“Peduli apa aku kau nak berubah ke tak. You’re not my problem anymore sebab kita dah tak tinggal sama-sama muahaha”

Aku memang tak matang dulu. Sekarang pun masih tak matang, tapi ada la improvement sikit.

Aku rasa memang kebanyakan orang Malaysia macam aku, sebab memang ramai orang buat status tak puas hati atau kutuk orang secara subtle supaya identity orang yang dikutuk tak diketahui.

Oh well, we are a repressed society.

Tuesday, August 24, 2010

About a Boy


Al-Fatihah buat arwah Mohamad Faiz bin Taufik or as I know him, Jipo.


Jipo adalah manusia paling segala dalam dunia aku- paling baik, paling sihat, paling bijak, paling tabah, paling kelakar.

Masa dia terpaksa tinggal di hospital, dia mengumpamakan stay itu macam “pergi holiday tempat tak best, jadi terpaksa duduk dalam bilik dan browsing ja”. That was how positive he was. Masa rambutnya mula gugur disebabkan chemotherapy, dia kata, “I’ve always wanted to try this style, dulu rebonding dah try, now GO BOTAK!"
Even selepas 3 rounds of painful chemotherapy dan operation major membelah dada pun Jipo masih retained his good humour. Bila kawan dia nampak gambar dia kat Frankfurt dan tanya kenapa dia berada di situ, dia menjawab, “Aku operate. Ko ingat aku gi main itik kat Frankfurt mcm korang ke? Lawak pi Frankfurt main itik...macam kat Malaysia takdak je hahaha.”

Macamtu lah dia sampai akhir. Masih buat aku and orang lain happy. Masih ingat lawak-lawak dia yang unik, benda-benda yang orang lain tak terpikir. Sepanjang ada cancer dia masih spread his humour, suka tulis status atau share benda-benda unik atau lawak. Teringat dia mempersoalkan lagu tiga kupang.

“Lagu 3 kupang, saku penuh padi (sing a song of sixpence, a pocket full of rye), 6 ekor burung, masuk dlm kuali (4 & 20 blackbirds, baked in a pie)...nape bukan "24 ekor burung"? Exchange rate leh ubah-ubah...bilangan burung dalam pie tidak, hehehe...tetiba tak puas ati, padahal penat2 org dahulu kala translate ke malay”

Dan status facebooknya yang lain never failed to make me smile-

“It's a bit sad+angry everytime I watch BBC or CNN weather forecast because they left out Kuala Lumpur. There's enough space between Bangkok and Singapore on that map, even for a Haiku!”

“Sometimes before I went out to buy groceries, I checked the time and world cup match schedule...just to avoid the "freak-who-don't-watch-football-or-maybe-trying-to-rob-a-supermarket-during-world-cup" look from the cashier/customers”

fb ni pressure tul, yela2 aku change profile pic!
"XXX and 30 other friends changed their profile pictures"
fb hidden msg:"how about you, loser? done anything interesting lately?"

Perit terpaksa mendengar kisah arwah di mana selepas menghadapi 3 rounds of very painful chemotherapy dan major operation belah dada, cancernya telah merebak ke seluruh badannya dan menyerang saraf tunjangnya hingga dia lumpuh, memakan semua organ dalamannya dan kemudian perlahan-lahan menyerang peparunya. On his last days setiap nafasnya seperti menarik balik nyawa ke dalam badan, dan setiap suap makanan terlalu menyakitkan dan memenatkan sehingga dia pengsan. Tapi dia masih mahu makan dan minum. Masih senyum kepada kawan-kawan yang datang melawat sehari sebelum pemergiannya walaupun nak bukak mata pun susah akhir-akhir tu. He was in so much pain doctor terpaksa memberi morphine dan ubat pelali, dan badannya tak mampu menerima oksigen sehingga kukunya jadi ungu walaupun diberi oksigen maximum dosage.

Dengar kisah dia terlantar lumpuh, teringat bagaimana dia lah orang paling particular pasal kesihatan yang aku pernah kenal. Asyik pergi gym, rollerblade, jogging, berbasikal. Punyala jaga kesihatan, makan pun jaga, subscribe Men’s Health. Tak pernah merokok, tak hisap shisha walaupun rumah yang dia dok dengan housematesnya dulu ada bong shisha. How my friend took such good care of his health, begitu dia jaga amanah dia dengan Tuhan. It could happen to anyone.

Bila dah terjadi aku tertanya diri aku, kenapa aku yang rapat dengan dia? Aku sedar orang cam aku ni banyak kekurangan nak dibandingkan dengan dia, kenapa aku yang dia sanggup be friends with, care for? Rasa bertuah sangat. Dari seorang kawan di UiTM sehingga seorang kawan yang aku dah anggap macam abang di Germany. Dari zaman happy, main-main SMS tahun 2003 hingga zaman aku manic depression pada 2008 sehingga tak dapat makan dan tidur berhari-hari. Allahyarham datang makan sama-sama nak make sure aku makan, tolong datang kemas rumah. Hinggalah pada akhir tahun 2009 dia bagitau pasal sakit belakang sampai takleh sujud, berus gigi dan tidur sebelum dia di-diagnosed dengan barah. Dia ingat dia sakit high blood pressure. Tahun 2010 semasa dia tengah battle cancer pun dia masih teringat kat aku walau di benua lain-lain, kalau dia jumpa benda best, mesti terus message habaq “ha yang ni best, hang mesti suka”. MasyaAllah.

Baca balik log-log YM lama,

aikaisme (12/27/2007 9:35:30 PM): hahahaha
aikaisme (12/27/2007 9:35:36 PM): kepo la ang ni

aikaisme (12/27/2007 9:35:37 PM): ahahaha

Jipo (12/27/2007 9:35:46 PM): kepo kat ang ja

Jipo (12/27/2007 9:35:52 PM): sbb ang kepo gak

Jipo (12/27/2007 9:36:12 PM): -ve + -ve jadi +ve
Jipo (12/27/2007 9:36:26 PM): -ve x -ve jadi +ve

aikaisme (12/27/2007 9:36:59 PM): hahahaha

aikaisme (12/27/2007 9:37:01 PM): jahat

aikaisme (12/27/2007 9:37:10 PM): aku dh setahun kot tak sebar rumor


(Ni lah lawak skema budak electrical engineering. Kami tak mengumpat masa ni, saja kecoh pasal bapak kawan kami masuk paper. Jipo jenis tak mengata orang. Aku, mungkin lain cerita). Dan,


Jipo (1/25/2008 6:39:13 AM): nape akaun frenster takda?
aikaisme (1/25/2008 6:40:35 AM): aku delete
Jipo (1/25/2008 6:40:48 AM): nape?..kena ban ke
aikaisme (1/25/2008 6:40:57 AM): haha takdela
Jipo (1/25/2008 6:41:30 AM): patut la featured frens aku kurang sorg..aku igt frenster bengong ke ape
aikaisme (1/25/2008 6:42:11 AM): haha skg nak ganti ngan sape
Jipo (1/25/2008 6:42:52 AM): haha..ntah..biar je dulu..busy nak exam..(ceh mcm penting je..padahal leh amik je sesapa)

Aku check friendster tadi. Last dia aktif tahun 2009. He never really did replace that slot. Sedih rasa. Bila dah takda, macam-macam teringat. Nasib dia sempat poskan 2 DVD penuh dengan gambar kami semua dan videonya kat aku tahun lepas, lepas hard disk aku crash. Senyum tengok video arwah time sihat, time happy, gelak kuat-kuat (trademark dia). How I miss you. This is how I choose to remember you. Al-Fatihah.




Tambahan: Teringat bagaimana arwah betul-betul tak suka menyusahkan orang; masa orang risau dia sakit cancer, boleh pulak dia mintak maaf sebab buat orang risau! Pastu rasa guilty sebab suruh mak dia masak bekal 3 hari sebelum balik Malaysia (masa dia undergoing treatment kat Germany) walaupun masatu dia dah tak larat sangat sebab chemo. Last sekali, teringat masa kawan dia suruh demand meja lagi besar kat hospital sebab meja dia dah penuh dengan barang (memang meja tu kecik gila). Dia jawab "Takyahla, buat susah makcik cleaner mop pagi-pagi ja." Kawan aku yang sangat considerate, sangat penyabar. Dalam kesakitan pun dia utamakan orang lain. Tak pernah sekalipun dia complain pasal takdir dia.

Friday, May 14, 2010

Hipocrisy #2: Menegur


Bila beramai-ramai, tiba-tiba seseorang akan berkata, “Aku bukanlah nak mengata ke apa, (ayat permulaan tipikal bila seseorang nak mula mengumpat) tapi aku rasa tak baiklah X buat macam tu dekat Y”. Diakhiri dengan muka konon-konon tak sure dan serba salah supaya lakonan diterima oleh para pendengar.


Tahniah, anda telah berjaya merasmikan opening untuk sesi mengumpat X.

Yang lain pun tiba-tiba buat muka concerned padahal dalam hati semua pakat gembira dapat peluang nak mengumpat si X, sebab mungkin mereka jugak secretly dengki dengan X.

Sesi mengumpat diakhiri dengan senyuman pura-pura concerned yang sebenarnya senyuman puas kerana gembira dapat meluahkan segala ketakpuasan terhadap X, menghasut orang lain dan masih nampak seperti seorang kawan yang caring dan bermoral tinggi.

Kalau betul-betul concerned, cakap direct je kat kawan kamu. Tu kalau niat kamu memang nak dia berubah atau rasa apa yang dia buat salah, tegur dia, bukan mengumpat dia dengan kawan-kawan yang lain. Kalau tak berani atau rasa bukan hak untuk kamu untuk masuk campur, diam je.

Yang aku tak paham, kalau nak mengumpat, kenapa kena buat-buat macam sesi usrah mengenangkan kerosakan akhlak generasi muda? Masing-masing menggunakan peluang tu untuk menceritakan keburukan X, bagaimana mereka lebih bagus dari X. Dan tak ada manfaat pun sebenarnya. Pasal konon nak menegur, tapi si X tak tau apa-apa. Nak mengumpat, mengumpat jelah.

Tau apa yang lagi keji dari mengumpat? Mengumpat tapi buat-buat macam tengah berbuat sesuatu yang mulia.

Wednesday, April 28, 2010

5 Perkara Bodoh yang Boleh Membuatkan Aku Rasa Teragak-agak.


Aku pernah diberitahu bahawa tahap self-conscious aku lebih tinggi daripada orang obese. Aku pun tak tau kenapa, sebab aku sebenarnya tak memiliki self esteem yang rendah.



1.Dilema dalam kapal terbang. Ni mungkin dilemma aku paling bodoh. Aku sebenarnya memang selalu naik kapal terbang dari kecik sampai sekarang, tapi perangai lagi jakun dari orang yang tak pernah naik kapal terbang. Kalau duduk dalam kapal terbang, aku mesti perhati apa orang lain buat dulu, pastu mimik dia. Dia guna tisu panas yang lembab tu untuk lap kat mana, makan macam mana, dia pakai remote (kalau kapal terbang tu ada skrin) macam mana. Sebab aku selalu imagine nanti mesti ada orang kat belakang gelakkan aku tak reti pakai remote tu kalau aku tekan-tekan pastu tak keluar apa. Kalau pikir nak makan roti bun dengan tangan ke sudu pun boleh buat aku berpeluh-peluh masa aku 19 tahun dulu (bangang!).


2.Lokasi tandas. Cakap pasal kapal terbang, aku memang self conscious gila nak pergi tandas dalam kapal terbang. Ada dua sebab. Satu, aku selalu tak sure tandas tu kat depan ke belakang. Aku rabun jauh, so mesti takkan nampak sign occupied atau vacant. Aku syak ada kat depan dan belakang, tapi kot-kot lah yang kat depan tu tandas exclusive untuk business and first class je. Kang tak pasal-pasal kena sound dengan stewardess ke, buat malu je. So aku selalu tengok orang yang berdiri ni pergi belakang ke depan. Lagi satu aku selalu rasa bersalah nak mintak tumpang lalu kat penumpang sebelah kalau nak kena keluar pergi toilet.


3.Tak suka buat orang tertunggu-tunggu. Sebelum pergi ke kaunter pembayaran, aku mesti dah siap anggar kena bayar berapa, dan dah keluarkan dompet dan duit siap-siap dalam tangan, walaupun ada tiga orang sedang beratur di depan aku. Semua sebab aku imagine dalam kepala muka-muka bengis yang sedang membenci aku diam-diam kalau aku lambat bayar walaupun selama 0.0001 saat.


4.Bayar dengan wang kertas. Kadang-kadang aku ni rasa macam aku pekak, tapi check kat doktor okay je. Kalau aku makan dekat kedai mamak pastu dia tak guna cash register dan kira guna calculator je, pastu sebut harga and aku tak dengar, aku bayar dengan RM10 je. Pasal aku takut dia akan panggil aku pekak atau bodoh kalau suruh dia ulang 5 kali. Hasilnya aku ada sebaldi wang syiling masa di universiti, dan kawan-kawan aku suka pinjam syiling aku untuk guna pondok telefon.


5.Hafal dialog. Ni memang perangai aku. Neurotic. Kalau nervous, gagap. Nak selamat, aku selalu hafal dialog imaginasi dalam kepala. Sebelum pramugari datang tanya aku nak makan fish ke chicken, aku dah hafal dalam kepala nak jawab, “chicken and rice please”, “do you have mango juice” “tea please”. Kalau kena beli wayang ticket, hafal. Kalau nak order makanan, hafal (sebab tu aku suka Sakae Sushi. Boleh order kat computer je). Aku memang pressure kalau kena buat keputusan on the spot. Minda aku jadi beku. Tapi tak seteruk masa kecik kot. Masa aku lapan tahun, siap tulis dialog imaginasi sebelum phone kawan nak cakap apa. Dua page tu! Lagi pathetic, aku pernah tak jadi beli nasik lemak kat makcik kantin pasal takut nak order nasik lemak kat dia.


Susah jugak jadi orang yang terlebih banyak pikir ni. Banyak lagi sebenarnya benda yang buat aku self-conscious, tapi nanti aku sambung. Sekian, gadis Damansara yang jakun.

Monday, April 12, 2010

Ketam Sedap Apa.


Masa Form 3, aku suka ponteng sekolah and tengok orang chat kat Hitz TV petang-petang. Biasalah, budak tak fun dan tak samseng, inilah aktiviti kalau ponteng sekolah. Baring atas sofa pastu tengok videoclip sexy-sexy sambil baca chat. Kat rumah subscribe Astro punya main channels je, camana nak tengok MTV. Cemburu dekat budak-budak kat chat tuh, deras je menchatting, macam waterfall turun kat kotak chat tu. Banyak sangat ke duit diorang ni? Satu SMS 50 sen tau. Dalam kepala macam-macam aku tak puas hati. Dahla dapat handphone, banyak pulak tuh kredit. Aku ni jangan mimpi nak dapat handphone. Cara type macam budak cacat akal pulak tu. Ni mesti tak cemerlang dalam pelajaran. Dahla ponteng sekolah (macam aku tak je), parents still sayang and belikan macam-macam.
Ha, ni mesti dapat macam-macam lagi ni. Bilik mesti ada katil king sized. Mesti tak yah share dengan adik beradik. Terbawak-bawak pulak aku membenci.


Macam biasa lah, bila videoclip keluar kat sebelah tu, diorang mula kutuk atau puji lagu yang keluar. Sekali keluar videoclip Linkin Park, lagu apatah. In the End kot. Mulalah diorang "This song is so freaking rocks!", "LINKIN PARK IS RULZ!" dan macam-macam lagi. Aku dah tak tahan. Aku mintak pinjam handphone dari mak aku.


"Mak, nak pinjam handphone sekejap leh?"

"Nak buat apa? Jangan nak mengarut."

"Nak kena SMS kawan ni. Urgent. Tanya pasal homework."


Mak aku pun kasi pinjam. Aku pun register nick untuk chat Hitz. Lepastu dalam semua orang tengah puji-puji dan layan lagu tu, aku type "linkin park is crap" lepastu send. Puas hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Aku tak benci Linkin Park pun. Aku sebenarnya tak ada perasaan kat band tu. Aku just dengki. Lepastu aku kena maki bertalu-talu. Tapi yang favourite aku-

"HEY HOW DARE U SAY LINKIN PARK IS A CRAB"

Saturday, March 27, 2010

Ini Memang Kes Tak Sedar Diri.

Aku selalu dengar lelaki mengeluh kalau nampak seorang wanita yang hot sedang berjalan dengan teman lelakinya yang kurang sikit dari segi rupa,

"Asal lah awek lawa selalu suka kat mat rempit muka camtu"

takpun,

"Dah takda laki lain ke sampai kena kapel dengan muka tongkang pecah tuh"

Memang aku dah lama perasan ramai orang lelaki sangat tak puas hati kalau perempuan lawa ada teman lelaki yang tak hensem.

Ironinya, aku selalu juga notice statement seperti di atas biasanya datang daripada lelaki yang tak hensem ataupun muka biasa-biasa saja yang teringin bertemanwanitakan perempuan lawa.

Sunday, March 14, 2010

Racism Itu Beyond Perkauman.

Aku baru jumpa entri yang menarik dan thought-provoking. Di sini.

"... what right do you have to be pissed off when people judge you because of the way you look in the first place? i'm not saying those people have the right to judge you i'm just saying you're an idiot. and if you are gonna be judgmental just because people are judgmental towards you then i guess this vicious cycle of idiocy will perpetually spin till the milky way pours itself into a cereal bowl of apocalypse.

it's kinda like somebody who would be surprised if they see some arabs behaving badly because arabs are supposed to act all islamic and decent because the prophet was arab not realizing that it was also the arabs that wanted to kill the prophet back in the days.

it's been said too many times don't judge a book by it's a cover, what i wanna say is if you judge a book by it's cover don't bitch when you are judged by your cover."

Wednesday, February 17, 2010

Generasi Lembik

Tweets, status Facebook dan sesetengah blog meyakinkan aku tentang suatu perkara: kita generasi lemah dan tak bersyukur. Generasi Y. Y didn't I get this, Y didn't I get that.


Semua benda nak complain, complain, complain. Bitch, bitch, bitch. Whine, whine, whine. Weh, bosan lah. Bukannya tak boleh complain langsung. Tapi agak-agak lah nak complain pasal apa.



Aku paling bosan dengar orang complain parents tak kasi duit cukup. Lagi-lagi kalau orang masih study, sewa parents tanggung takpun still dok dengan mak bapak, makan minum semua beres. Dah tu banyak pulak duit nak buat rambut style macamtu macamni, baju belambak, kadang-kadang kereta pun parents belikan. Apanya parents tak kasi duit? Kalau ye pun semua tu duit PTPTN, yang kau bengap sangat spend macam takyah nak kena bayar balik dengan interest kenapa? Ni bawak DSLR, kata duit tak cukup. Unless kau makan nasik ngan kicap, then baru boleh kau complain. Apa, kau ingat zaman ni tak ada orang makan nasik ngan kicap lagidah? Tu budak-budak kampung tuh ada je dulu-dulu makan nasik ngan kicap masa kecik-kecik, pun boleh study sampai dapat scholarship, kau tak layak complain kot.



Budak-budak perasan One Tree Hill ke The Hills ke the OC (aku tak tau cerita yang mana pasal budak-budak kaya penuh dilemma) lagi pelik kot. Ni dah tak ada benda nak sedih dah pun dia nak sedih. Parents dia kerja siang malam nak belikan dia Macbook, kereta and macam-macam lagi, dia dok bitching kat kawan-kawan dia yang parents dia selalu tak endahkan dia, asyik tinggalkan dia ngan orang gaji. Terpaksa amik dadah cause I depressed , you. Wah, sedihnya hidup. Tak ada masalah pun nak buat masalah.



And come on man, you gotta stop playing 'my parents are divorced' card. That's so overplayed. Macam broken record. Seriously, once or twice, aku emphatise. Kalau dah 10 kali, wow, good luck in finding a life partner than will tahan hearing you whine about how hard your life was.



See this is what I don't get. The kids yang complain pasal parents diorang divorce, tak lalui apa-apa kesusahan kot. Both of their parents still keep in touch with them, duit semua cukup. Diorang tak pernah rasa kemiskinan tuh. Parents diorang penat-penat struggle supaya anak makan cukup, baju lawa, dapat study sampai university. Budak-budak ni selalu dapat elaun dari parents. Aku dapat RM10 seminggu sampai Form5, I'm not complaining. Ni dapat RM50, dia kata sikit. Bukannya kau kena recycle baju tiap-tiap minggu. Kalau makan kat rumah, lauk ada lebih dari 1 jenis, kan? Pastu kadang-kadang parents ni rasa bersalah sangat, sampai kasi anak macam-macam hadiah. Duit. Visits. Kau tak bersyukur. Sebabtu you don't see how good you've got it. Kau ingat kalau parents kau macam kawan-kawan kau yang lain, hidup kau akan perfect? Kalau kau dapat parents yang tak cerai tapi dera anak, camana? Yang tak divorce pastu makan duit anak, camana? Yang tak cerai tapi kau tau cheating on each other? Wake up. Kalau sesiapa yang patut complain, it should be the struggling parent yang tengah sedih kena cerai pastu kena bela anak. Tak ada masa nak bersedih-sedih. Tak dapat nak amik cuti kerja nak bersedih ke, nak kunci diri dalam bilik sambil makan sebesen aiskrim ke, melarikan diri ke Thailand ke, spend duit untuk retail therapy ke. Duit tak boleh nak dibazirkan suka-suka. Ni ada anak nak kena tanggung ni- kau. Tak ada Twitter nak whine. Tak ada blog. So actually kau complain kenapa? Aku pun tak paham.



Women in the olden days were hardcore. Rilek je beranak 9 tak yah pakai drugs. Segala sakit dia tahan je, dia tak cerita kat siapa-siapa. Rilek je pergi bertanam dalam panas terik pastuh balik masak (nenek aku). Masak 3 kali sehari pulak tuh, demam pun masak. Hal anak semua dia bereskan. Suami balik dia kerjakan. Rumah dia kemaskan. Generasi kuat.



Sekarang ni kalian yang pergi kerja naik kereta, kerja dalam aircon menghadap computer pun dah complain. Complain pasal boss, pasal colleagues. Kerja rumah heavy sangat. Kena hire maid. Kena hantar daycare. Kena makan luar. Semua tak larat.



(Harituh aku nampak tweet lawak. Dia complain pasal hari Ahad. Tak tau nak makan apa- terlalu banyak choices.)



Lagi satu, orang yang ada masalah betul-betul tak kecoh kot. Kau ada dengar orang kena rogol pergi kecoh kat Twitter, Facebook dan blog "Weh, aku kena rogol! Aku kena rogol!"? So the next time kau terpikir nak whine pasal kenapa kau tak dapat sesuatu, jawapan dia senang je- sebab you didn't work for it. Kita generasi lembik. Sekarang ni bukan susah nak buat duit kot. Pikir-pikirkanlah. Mak bapak kau bukan nak ada kat dunia ni sampai kau mati (unless kau mati dulu lah). Tak ada gunanya kau asyik whining pasal benda bodoh, orang pun tak suka dengar. Lainlah kau ni celebrity macam Lindsay Lohan ke apa.