Tuesday, June 23, 2015

Kenapa Aku Tak Suka Puji Paras Rupa Orang Perempuan


  
1. Sebab ramai orang anggap nilai diri dan likeability perempuan berkadar langsung dengan rupa mereka.

Kadang-kadang kita tak sedar, tapi kita sendiri bersalah buat benda ni. Contoh, bila kau keluarkan ayat-ayat macam ni:

a) "Bodoh ke apa laki tu ceraikan bini punya lawa macam Scarlett Johannson/ Nora Danish/ Cheryl Cole?" 

atau 

"Bangang gila Andrew Garfield cheat on girlfriend lawa and seksi gila macam Emma Stone! Mana nak dapat lagi woi!"

Dan benda yang aku paling tak boleh blah, masa Brad Pitt curang dengan Angelina Jolie, masyarakat maafkan dia pastu kasi ayat memahami macam, 

"Alah, Angie kot. Dia jauh lagi lawa dari Jen. Patutla Brad Pitt pilih dia. Kalau aku pun." 

Bila skandal yang Fasha Sandha dengan Nora Danish dengan apatah nama laki tu, ramai pulak, 

"Eh, aku tak paham kenapa dia tinggalkan Nora untuk Fasha. Nora jauh lagi lawa kot!"

Bila selebriti pregnant pastu nampak selebet sikit, aku pernah nampak perempuan sendiri yang cakap,

"Buruknya [nama selebriti]. Siap ada misai. Untungla suami masih sayang."


Apa punya logik ni? Tempoh kadar relationship tu berkait dengan rupa perempuan tu ke? Kalaulah senang macam tu, takda lah perempuan lawa kat dunia kena cheated on atau kena dumped. Tapi realitinya, kau lawa ke, buruk ke, dedua pun kena je. Sebab ada benda lain yang penting gak selain rupa. 


b) "Entah, aku tak rasa [nama artis perempuan] lawa sangat pun. Tak tau asal dia famous/ tak tau asal orang rasa dia lawa." 

Oh, baru aku tau lawa tu tak subjektif. Baru aku tau semua orang kena sama taste ngan kau. Baru aku tau orang yang lawa je layak famous. Yang kelakar, rajin, berbakat dan pandai tu semua tak layak famous.

Aku selalu nampak orang, termasuk perempuan sendiri, melenting bila orang puji artis perempuan yang dorang rasa tak lawa. 

"I pernah nampak dia in real life, biasa je. Erm, tak buruk la.." *gelak bitchy*

Biasanya orang macam ni dia selalu gak insecure terhadap diri sendiri. Kalau perangai dah dengki macam tu, memang lah kau rasa tak best pasal diri sendiri. Kau judge rupa orang dengan standard yang punyalah tinggi, patutlah kau paranoid orang rasa kau tak lawa. Padan muka kau sendiri lah.


c) "[Nama ahli politik perempuan] makin gemuk/ tak lawa/ pakai tudung selekeh." 

Kalau ada ahli politik perempuan je, mesti sibuk komen pasal rupa dia. Kalau ahli politik laki, kena attack pasal rupa bila dorang buat benda yang bodoh gila je. Kalau ada celebrity perempuan yang utarakan hal penting dalam news, komen-komen yang keluar mesti pasal baju dia ke atau apa-apa yang berkaitan dengan rupa dia.

d) "Sapa girlfriend/ bini baru dia? Lawa tak? Lawa dari yang lama tak?" 

Aku perasan kalau kawan aku kena dumped for whatever reason (even for reasons yang tak berkaitan dengan rupa), soalan pertama yang dia tanya pasal partner baru ex dia mesti pasal lawa ke tak. Kalau lagi lawa daripada dorang, dorang mula rasa insecure dan mesti rasa kena dumped sebab tak cukup lawa. Kalau kurang lawa, dorang mesti ada rasa confused pastu kawan-kawan dorang mula comfort dengan ayat, "Takpa, aku rasa kau lagi lawa." Samalah kalau perempuan kena tinggal dengan laki. Walaupun salah laki tu ke, mesti ada jugak yang nak salahkan rupa dia. "Ha, tu la, tak jaga badan lepas kahwin." 


Tapi siapa yang patut dipersalahkan? Perempuan memang kebanyakannya diprogram dari kecik untuk rasa nilai diri dorang bergantung kepada rupa paras dorang. Kalau budak kecik perempuan, kena puji lawa. Eh, cantiknya baju. Eh, comelnya muka. Yang budak laki pulak, selain daripada kena puji comel, kena puji tangkas, pandai, kuat, tinggi. Jadi, berterima kasihlah kepada ibu bapa kau kalau dorang tak berapa pentingkan fokus atas rupa paras ni.

Senang cerita, kalau aku ada anak perempuan, aku takkan puji dia lawa selalu. Sebab aku rasa orang terlalu fokus on rupa paras, even dari kecik. Aku sebenarnya tak berapa gemar sangat budak-budak fokus on cara pakai mekap atau baju cantik dari kecik. Masa kecik lah kita boleh pakai benda merapu macam baju and seluar tak matching and get away with it. When we can be carefree. Budak-budak patut enjoy being kids, bukan pikir pasal masyarakat punya standard of beauty masa kecik.

Kau laki ke, perempuan ke, you are worth more than your looks. Tipulah good looks tu bukan suatu advantage (tapi ni cerita lain, another post maybe). Bukan nak suruh kau tak kisah pasal rupa langsung. Tapi in addition to belajar dressing kemas-kemas dan lain-lain, kenalah fokus pasal benda dalaman gak.


2. Sesetengah perempuan suka pancing pujian.

Rasanya kita semua dah dewasa dan tau beza antara yang betul-betul insecure dan yang sedang memancing pujian. Kalau tetiap minggu pergi melacurkan insecurities atau meraih simpati, semua orang pun boleh detect kita tengah memancing pujian. Contoh orang pancing pujian bertalu-talu:

Aku: Tapi you lawa.
Dia:  Ye lah tu.
Aku: (oh, maybe dia insecure kot) Serious la.
Dia:  Asal lak you rasa I lawa?
Aku: *kasi sebab*
Dia:  Alah, you tu, [insert nama perempuan lain yang dia rasa biasa-biasa je] pun you rasa lawa!
Aku: *diam, mula rasa tak selesa*
Dia:  You rasa siapa lagi lawa, I ke [insert nama perempuan-perempuan lain]?
Aku: (ok, ni bukan insecure ni, ni dah mengada. Menyesal, rasa nak tarik balik pujian) Entah.
Dia:  Nampak sangat puji tadi tak ikhlas.

Which brings me to my next point...


3. Ramai orang tak reti handle pujian.

Bagi yang tak tau macam mana nak react bila dapat pujian, here's a tip: Kau cakap thanks, and you move on. End of story. Tak kisah lah kau rasa kau tak layak dapat pujian tu, atau kau takut orang ingat kau perasan kalau kau terima je pujian tu. Stop overthinking. Peduli orang rasa kau perasan ke apa. No one really cares. Accept it and move on.

Pujian ni sebenarnya benda yang positif. Jangan pulak kau turn it into something yang negatif to feed your narcissism. Jangan drag it on sampai jadi meleret macam dalam point aku dalam nombor 2 tadi. Seriously, kau akan buat tukang puji tu rasa tak selesa. Pujian ni memang rare, sebab nak puji orang tu takes guts. Sebabtu bila kau dapat pujian, kau patut appreciate it.

Jadi, kalau kau jenis yang tak selesa dapat pujian (mungkin 90% of the population), cuba pikir yang orang yang puji kau pun tak selesa atau tak biasa beri pujian tapi buat gak, so that you can feel good about yourself. Tapi kalau kau deny berkali-kali, secara tak langsung kau dah bagitau dia bahawa pendapat dan pujian dia tak penting dan kau tak percaya dia sebab in the end, kau nak percaya apa yang kau nak percaya je.

Kalau orang asyik nafikan pujian aku, aku tertanya gak, dia nak apa? Lagi-lagi jenis yang asyik panggil diri sendiri buruk padahal ramai orang kata dia lawa. Dia nak orang kata dia paling lawa dalam dunia ke? Ini lah dia orang tak bersyukur. Dok cakap buruk, percakapan tu macam doa, tau tak? Kang betul-betul jadi buruk baru tau.


4. Aku tak suka layankan insecurity perempuan pasal rupa paras.

Ada tak benda lagi membuang masa dan tak mendatangkan apa-apa faedah daripada insecure pasal rupa paras? Dahla rupa paras ni bukan benda yang kau usahakan (ok maybe a little, with some makeup), dia anugerah dari Tuhan. Kau dah hidup lama dengan muka kau, still tak dapat terima muka sendiri? So kenapa expect orang terima kau seadanya then?

Semua perempuan insecure pasal looks dorang. Mesti ada something punya. Kau tengok je la America's Next Top Model ke, GNTM ke, model apa-apa, dah jadi model pun insecure. Kalau dah manusia tu, mesti insecure punya. Tak kisahla lawa macam mana. Model-model pun memburukkan yang lain untuk feel better about themselves. Semua atas dasar insecure.

Perempuan yang upload selfies pastu dapat beribu-ribu likes pun insecure and ingat dorang tak cukup lawa. Memang never-ending. Ini realitinya. Kau takkan pernah puas. Kau akan selalu rasa tak cukup. Mak pak kau rasa kau lawa, partner kau rasa kau lawa, kawan-kawan kau rasa kau lawa, semua kau tak nak percaya. Kau degil nak percaya diri sendiri je. Mana kau tau kau je yang betul? 

You will never get over your insecurities unless you allow yourself to.

And insecurities are toxic. They consume you. Segala validation tak cukup untuk kau. Kau nak lagi, dan lagi. Bila kau dalam relationship, kau burden partner kau dengan insecurities. Dia asyik nak kena bagitau kau dah cukup lawa, cukup pandai, cukup apa-apa. Memang partner kau sepatutnya make you feel good about yourself. Kalau korang saling share insecurities dan saling make each other feel good, that is. Tu simbiosis. Tapi bila kau sorang je yang insecure? Kau jadi bagaikan parasit.

Kau pernah in a relationship atau friendship where lagi sorang tu asyik insecure? Susah, I tell you. Sebab dia hanya pikirkan diri dia, dia tak pikirkan perasaan kau. Kau yang asyik kena ceriakan dia, make them feel good. Dia tak pikir kau pun insecure, sebab kau jarang cerita pasal insecurities kau. Dia hanya pikirkan nak validation dia. Jadi bagi dia, pergi mampos dengan validation kau. Dia tak sedar it's tiring asyik nak kena buat dia rasa best bila dia tak beri apa-apa sangat pun kat kau. Bila kau ungkit, dia cakap kau tak ikhlas. Dia tak pikir sifat dia yang asyik down dan insecure tu pun buat orang lain down atau tak selesa. Dia tak pikir yang dia sakitkan hati kau sebab setiap kali kau cuba ceriakan dia dengan puji dia, dia asyik nafikan pujian tu, seolah-olah kata-kata kau tak bermakna. Sekarang kau bayangkan kawan dengan orang macam tu sampai bertahun-tahun.

Jadi dengan sebab itu aku nyampah dengan orang yang lacurkan perasaan insecure dia. It's always about them, them and them. Dia selalu rasa dunia owes it to them to make them feel good, tapi tak sedar perangai mereka tu selfish. Dan bila kau cuba make them feel good by complimenting them, your compliments fall on deaf ears. Sebab dorang nak percaya apa dorang nak percaya je, which is themselves and themselves only.

The reality is all of us feel like shit at some point, but we choose not to layankan sangat perasaan tu. Because trust me, dengan layankan perasaan tu, kau akan buat orang sekeliling rasa tak best jugak.

Kita manusia. Kita semua insecure about something, and nakkan validation about something. When it comes to ourselves, kenapa kita kena fokus on benda yang tak best? Kenapa kita tak boleh fokus on benda yang best dan yang menggembirakan kita?


At the end of the day, aku tak boleh ubah mentaliti yang masyarakat dah program dalam diri kita sejak entah bila. Ada yang akan tetap rasa nilai diri dia bergantung kepada rupa paras dia, judge nilai diri orang berdasarkan rupa paras semata-mata lepastu insecure dan sedih. Tapi ingat, if that's the case, you're partly responsible for your own insecurities and pain. Janganlah complain pasal tak boleh keep up dengan masyarakat punya standard of beauty kalau kau sendiri pun jenis yang suka dan judge orang berdasarkan rupa paras semata-mata.