skip to main |
skip to sidebar
Perkara #1
Baru-baru ini aku sedar bahawa trend colour blocking sudah buat comeback. Bagi mereka yang taktau apa colour blocking, aku akan demo dengan gambar ni:
Aku takda komen pasal trend ni, pasal aku memang tak kisah. Tapi yang aku rasa kelakar sebab orang India dah lama pakai combo warna camni, tapi semua orang kutuk je.
Dulu kalau ada orang pakai warna camni, mesti orang Melayu kutuk "macam keling". Tapi bila Mat Salleh buat colour blocking jadi trend untuk Spring, tiba-tiba orang yang pakai camni dilabel sebagai fashionable. Gila power Mat Salleh, boleh buat orang Melayu junjung benda yang dorang hina dulu.
Perkara #2
Beberapa tahun lalu, aku ditegur kerana menggunakan term 'blacks' untuk refer kepada orang kulit hitam semasa membuat pembentangan. Ada budak tegur aku kata term yang aku guna tu dianggap sebagai penghinaan kepada orang kulit hitam, dan aku patut menggunakan term 'African Americans'. Walaupun aku tak setuju, aku senyum je, angguk dan teruskan pembentangan aku sebab nak habis cepat-cepat. Tapi aku bengang sebab:
1) Seperti Maddox pernah cakap, kau konfiden sangat ke orang kulit hitam tu dari America? Mana tau dia British American? Ke Jamaican?
2) Asal kau ingat term 'blacks' tu menghina? Dorang bitau kau ke? Aku pernah baca ada mamat kulit hitam cakap dia prefer dipanggil 'blacks' dari African Americans sebab kau bajet orang kulit hitam ni sensitif sangat ke?
3) I'm sure kau tak rasa panggil orang kulit putih as 'whites' tu menghina, jadi asal kau rasa panggil orang kulit hitam as 'blacks' tu menghina? Mungkin insecurity kau sendiri yang anggap hitam tu hina yang buat kau fikir term tu negatif.
4) And lastly....kau guna term 'keling' setiap masa, tetiba kau nak lebih2 politically correct bila orang guna term 'blacks'? 'Keling' is so much much racially insulting than 'blacks', tu kau tak kisah lak. Dalam negara Asia ni, kita lebih banyak jumpa orang India dari blacks, tapi kau decide lagi penting kau jaga hati blacks dari orang India? Kena tunggu orang America bagitau kita respecting Indians is cool dulu kot.
Aku pun tak paham kenapa tetiba orang sekeliling tetiba peka terhadap being politically correct dengan blacks, adakah sebab Mat Salleh tengah sibuk menyebarkan ideologi equality antara whites and blacks? Aku lagi tak paham kenapa orang Melayu happy gila Obama jadi presiden sebab kononnya menyimbolkan something positif, walaupun sebenarnya tak ada kena mengena dengan kau pun atau affect kau. Tapi kalau ada orang India atau Cina nak jadi PM kat Malaysia, mesti riot.
Perkara #3
Orang yang complain pasal Raya semakin boring bila dorang semakin tua memang dah jadi kebiasaan . Yeah, I get it. It doesn't feel as special anymore. Tapi trend sekarang aku notice something yang bagi aku, agak pelik. Orang Melayu tetiba sambut and excited pasal Krismas. Aku rasa menyampah gila bila dengar orang kata sambutan Krismas lagi meriah daripada Raya, pastu bragging pasal buat Secret Santa dalam ofis la apa la. Ok, kau nak sambut perayaan yang tak ada kaitan dengan kau, punya pasal kau, tapi kena ke kecoh gila kat Twitter and Facebook weh. Lagi menyampah bila dorang guna sambutan tu sebagai peluang untuk tunjuk kat orang lain bahawa mereka sangat accepting dan open minded. Orang camni bajet je open minded tapi kau cakap kau nak sambut Deepavali ke Ghost Festival ke, mesti dorang gelakkan kau, padahal perayaan tu lagi berkaitan dengan budaya Malaysia daripada Krismas.
Mat Salleh kat Facebook aku pulak complain Christmas tak best macam masa kecik-kecik. Tapi kat Malaysia orang Melayu jakun lak sambut Krismas and kutuk Raya. Aku memang rasa kutuk Raya boring tu dah jadi cam trend. Cuma aku rasa kejakunan terhadap Krismas ni pelik macam orang yang pergi negara omputih pastu jakun dengan snow and cakap musim sejuk tu musim favourite dorang. Gila, aku benci gila musim sejuk dulu. Dahla kena asyik pakai losyen, bil heater pun tinggi. Tak best langsung.
Tapi I guess omputih boleh buat semua benda pelik atau biasa jadi cool. Haih, aku tak paham kenapa orang kita perlukan approval dan validation dari omputih untuk sesuatu menjadi 'in'. Amazing sungguh, walaupun negara kita 'tak pernah dijajah', ketuanan Mat Salleh masih hidup kat sini.