Saturday, September 24, 2011

Ketuanan Mat Salleh


Perkara #1

Baru-baru ini aku sedar bahawa trend colour blocking sudah buat comeback. Bagi mereka yang taktau apa colour blocking, aku akan demo dengan gambar ni:


Aku takda komen pasal trend ni, pasal aku memang tak kisah. Tapi yang aku rasa kelakar sebab orang India dah lama pakai combo warna camni, tapi semua orang kutuk je.


Dulu kalau ada orang pakai warna camni, mesti orang Melayu kutuk "macam keling". Tapi bila Mat Salleh buat colour blocking jadi trend untuk Spring, tiba-tiba orang yang pakai camni dilabel sebagai fashionable. Gila power Mat Salleh, boleh buat orang Melayu junjung benda yang dorang hina dulu.


Perkara #2


Beberapa tahun lalu, aku ditegur kerana menggunakan term 'blacks' untuk refer kepada orang kulit hitam semasa membuat pembentangan. Ada budak tegur aku kata term yang aku guna tu dianggap sebagai penghinaan kepada orang kulit hitam, dan aku patut menggunakan term 'African Americans'. Walaupun aku tak setuju, aku senyum je, angguk dan teruskan pembentangan aku sebab nak habis cepat-cepat. Tapi aku bengang sebab:

1) Seperti Maddox pernah cakap, kau konfiden sangat ke orang kulit hitam tu dari America? Mana tau dia British American? Ke Jamaican?

2) Asal kau ingat term 'blacks' tu menghina? Dorang bitau kau ke? Aku pernah baca ada mamat kulit hitam cakap dia prefer dipanggil 'blacks' dari African Americans sebab kau bajet orang kulit hitam ni sensitif sangat ke?

3) I'm sure kau tak rasa panggil orang kulit putih as 'whites' tu menghina, jadi asal kau rasa panggil orang kulit hitam as 'blacks' tu menghina? Mungkin insecurity kau sendiri yang anggap hitam tu hina yang buat kau fikir term tu negatif.

4) And lastly....kau guna term 'keling' setiap masa, tetiba kau nak lebih2 politically correct bila orang guna term 'blacks'? 'Keling' is so much much racially insulting than 'blacks', tu kau tak kisah lak. Dalam negara Asia ni, kita lebih banyak jumpa orang India dari blacks, tapi kau decide lagi penting kau jaga hati blacks dari orang India? Kena tunggu orang America bagitau kita respecting Indians is cool dulu kot.

Aku pun tak paham kenapa tetiba orang sekeliling tetiba peka terhadap being politically correct dengan blacks, adakah sebab Mat Salleh tengah sibuk menyebarkan ideologi equality antara whites and blacks? Aku lagi tak paham kenapa orang Melayu happy gila Obama jadi presiden sebab kononnya menyimbolkan something positif, walaupun sebenarnya tak ada kena mengena dengan kau pun atau affect kau. Tapi kalau ada orang India atau Cina nak jadi PM kat Malaysia, mesti riot.


Perkara #3


Orang yang complain pasal Raya semakin boring bila dorang semakin tua memang dah jadi kebiasaan . Yeah, I get it. It doesn't feel as special anymore. Tapi trend sekarang aku notice something yang bagi aku, agak pelik. Orang Melayu tetiba sambut and excited pasal Krismas. Aku rasa menyampah gila bila dengar orang kata sambutan Krismas lagi meriah daripada Raya,
pastu bragging pasal buat Secret Santa dalam ofis la apa la. Ok, kau nak sambut perayaan yang tak ada kaitan dengan kau, punya pasal kau, tapi kena ke kecoh gila kat Twitter and Facebook weh. Lagi menyampah bila dorang guna sambutan tu sebagai peluang untuk tunjuk kat orang lain bahawa mereka sangat accepting dan open minded. Orang camni bajet je open minded tapi kau cakap kau nak sambut Deepavali ke Ghost Festival ke, mesti dorang gelakkan kau, padahal perayaan tu lagi berkaitan dengan budaya Malaysia daripada Krismas.


Mat Salleh kat Facebook aku pulak complain Christmas tak best macam masa kecik-kecik. Tapi kat Malaysia orang Melayu jakun lak sambut Krismas and kutuk Raya. Aku memang rasa kutuk Raya boring tu dah jadi cam trend. Cuma aku rasa kejakunan terhadap Krismas ni pelik macam orang yang pergi negara omputih pastu jakun dengan snow and cakap musim sejuk tu musim favourite dorang. Gila, aku benci gila musim sejuk dulu. Dahla kena asyik pakai losyen, bil heater pun tinggi. Tak best langsung.


Tapi I guess omputih boleh buat semua benda pelik atau biasa jadi cool. Haih, aku tak paham kenapa orang kita perlukan approval dan validation dari omputih untuk sesuatu menjadi 'in'. Amazing sungguh, walaupun negara kita 'tak pernah dijajah', ketuanan Mat Salleh masih hidup kat sini.

36 comments:

Anonymous said...

Terima kasih update blog.
Rindu gila.

Anonymous said...

Terima kasih update blog.
Rindu gila.

Anonymous said...

Writing skill yang macam selalu. Tetap tak menghampakan. All the best Magenta. :)

Anonymous said...

rasa macam jumpa pakwe yang dah 2 tahun tak jumpa. happy gila u dah update blog. rinduuu

AxraZa said...

well said. kita berkongsi sentimen yang sama. cuma saya tak tau nak luah camne.. :)

Anonymous said...

Hi magenta

kat tempat aku belajar, yang blacks tu tak kisah pun orang panggil diorang blacks.

siap boleh panggil niger niger lagi.

cuma, among dioranglah.

sebab diorang je tahan bau masing masing.

and sebenarnya, mat salleh yang blond pun sama je. saving sangat air.

and, sebenarnya, yang white pun banyak sangat flaws.

*aku suka dengan obsession mat salleh yang kau tulis.

Anonymous said...

its been so long, ive missed your writing.

Nadiah Azli said...

Ketuanan Mat Salleh kat sini pun hebat jugak. Tu yang hilang identiti diri. Samurai pun dah tak cool dah. Kene tunggu citer "The Last Samurai 2" keluar kut. Baru boleh cool balik.

Siapa nak bangga sangat dgn matsalleh, silalah.

*mmg terasa la lama nya Magenta menghilang.

Unknown said...

diorang kadang2 nak jadi hero berdasarkan isu.

bila isu blacks timbul, diorang kelam kabut nak tonjolkan diri tau pasal isu black.

bila obama naik, semua nak piece of hype yang berlaku. konon nak jadi org yang educated baca times setiap masa

bila pakai color terang2, cepat sangat diorang nak jadi Calvin Klein.

nak menjadi hero dalam arus idea.

sedangkan dalam hati sendiri mereka berkata, Ya Ampun.. kaler baju..macam keling!

semuanya balik mcm kau ckp. it is politically correct. amma...rombek nallareke

desperate ruumate said...

part keling tu aku sangat setuju. wadehel.

aku keturunan melayu-india ni terasa habis. shit.

Anonymous said...

yay! you're back!

ohyestheydid! said...

awesome post...spot on ! :D

crazee_tangerine said...

Magenta's back! YAY!!

And yes, sangat setuju dengan sebab 1).

And black, is beautiful yaww.

Anonymous said...

thx update blog. rindu gila nak dengar kau berleter. hahahahha.

tulisan al-Maududi banyak kasi eviden usaha-usaha penjajah ni buat supaya walaupun diorang dah "lepaskan" sesuatu negara, tapi still kena jajah.

1. serapkan orang tempatan ke sistem pentadbiran diorang.

2. terapkan sistem pendidikan (ini paling berkesan sebab apa2 kita akan refer pada ideologi, teknologi, ilmu etc etc)

3. create undang-undang

4. pecah dan perintah, asingkan rakyat ikut kaum, i.e penempatan, sistem sekolah dan ekonomi

dan banyak lagi yang aku dah tak ingat.

Moose said...

good to have you back magenta. lol-ed hard reading this post. you never fail to crack me up.

Anonymous said...

first time jumpa blog ni trs aku tgk balik tulisan2 lama kau

great work, keep it up!

BlueIceCube said...

you are back!! you have definitely been missed :-)

H said...

Yes. Terima kasih kerana kembali.

Fuzzy A! said...

Sebenarnya, all my black friends said that the term black is not offensive. But they're from Nigeria and Kenya and a couple from Guinea-Bisauu, though. As far as I know, it's the same in the States. =/

Tolong update lagi. Tak pun tumblr.

Heysátan said...

luv ya, magenta!

beautiful_rose said...

ni masalah orang kita,mudah terikut-ikut.dah ludah jilat balik.alah macam kitaran...

Anonymous said...

aku rindu penulisan ko

Pisey said...

Setuju angguk-angguk.

gdsjht said...

Great writing, Magenta. Miss you.

tsunade sue said...

dimana dikau selama ini? :p

SyAhiRah LaLAla said...

hello magenta! my idol :D

the artist and i said...

hey you!!

hahaha..

satu lagi kalau kalau Mat Salleh peluk Islam.. uihhh..kecoh!!

kecohmasukislam said...

"satu lagi kalau kalau Mat Salleh peluk Islam.. uihhh..kecoh!!"

Memanglah kecoh...mana tak kalo mamat Salleh tu hensem.

Kalo masuk Islam memang tak sah kalau tak lalui saat yang mengerikan lelaki mat salleh.

Imam pun tak sabar, dah asah pisau. Bagi sedara baru benda tu mesti dipotong baru sah masuk islam.

Tak sabar tunggu masa mat salleh tu kena sunat sebelum hari perkahwinan.

Selalunya mereka cuba mengelak dari dipotong, mcm2 helah malu dipotong.

Tu yang kecoh tu, kalau mat salleh tu nak kena kejor, kena ikat, tangkap mcm lembu nak kena sembelih..hehe

kecoh..

aljambz said...

cc : Ultras Pavillion

Ong Bak II said...

Ya rajin2la update blog.

Nanti saya bagi komen pedas/lucu/life saving... hehe

Ramai peminat awak kerinduan.

Lagi skg, ni kan musim rindu..ombak..dah rm10 juta kutipan!

Itu baru pompuan je yg tgk.

Ong Bak II said...

Ya rajin2la update blog.

Nanti saya bagi komen pedas/lucu/life saving... hehe

Ramai peminat awak kerinduan.

Lagi skg, ni kan musim rindu..ombak..dah rm10 juta kutipan!

Itu baru pompuan je yg tgk.

Cool Duud.. said...

"tulisan al-Maududi banyak kasi eviden usaha-usaha penjajah ni buat supaya walaupun diorang dah "lepaskan" sesuatu negara, tapi still kena jajah."

Dude... al-Maududi ni sape? Sape la duk bace buku al-Maunah..eh dudi ni..

apela al-Maududi tu tahu. Dia lagi teruk kena jajah dgn mat salleh.

Ko bace buku the Dogs of God lagi bagus. Hah kat situ ko tahu kenapa mat salleh dtg bunuh orng melay melaka, iraq etc. Semua org mat salleh kat dunia ni bunuh. Punya jahat mat salleh.. but they do it because they can. Why they do it hah.. tu kena tunggu lagi satu post dari magenta..hehe

miza&tummy said...

Agree with #no3!ade yg sbok nak beli chrismas tree...even half of my family are christian...xde la truja sgt!

Anonymous said...

i miss your writings. please update :)

SueGinola said...

Magenta,
Dimanakah kao menghilang??

faisalzain said...

Setuju sangat dengan Musim Sejuk tu. bukan best pon. dah la kering. masuk shopping kompleks berpeloh2 dalam baju sebab pakai tebal2.