Mungkin senario zaman kanak-kanak yang sering aku mainkan dalam kepala aku adalah masa aku 8 tahun dan aku tengah sarung kasut sekolah di depan pintu rumah. Lepas tu aku akan ingat perasaan aku masa tu. Soalan yang aku selalu tanya Mak aku- "Mak, asal saya kena pi sekolah agama? Kakak takyah pi pun."
Kakak aku masa tu Tingkatan 1. Dah graduate sekolah agama tahun sebelumnya. Rutin aku pulak pergi sekolah rendah sampai tengahari. Balik kejap, rehat sejam, lepastu pergi sekolah agama pulak sampai pukul 6pm. Balik rumah kena buat homework. Perasaan aku tiap-tiap hari? Penat. Menyampah. Tak sabar nak jadi dewasa. Nak nampak dewasa, buat benda yang orang dewasa boleh buat.
Apa yang aku teringin masa aku 13 tahun? Nak pakai kosmetik. Beli baju pilihan sendiri. Nak ada boyfriend muka macam ahli boyband kegemaran aku. Nak tengok movie SX18 dan SG18 di wayang. Bapak aku dulu tak kasi aku tengok wayang. Takut aku pergi dengan laki pastu hanky panky.
Nak masuk I Need House kat MidValley. Nak belajar skateboard macam Avril Lavigne (Manalah aku tau dia akan membesar jadi seorang douchebag). Nak cuba smoking, making out, dadah. Nak hidup penuh drama macam cerita 90210.
Nak masuk universiti, pastu nak enjoy keluar tak balik malam. Nak drive. Nak kerja, earn duit sendiri. Nak ada rumah sendiri supaya boleh bela kucing bebanyak. Paling penting, takyah pergi sekolah dah. My shallow, shallow desires. Keinginan aku agak boring. Perasan tak, tak ada langsung teringin nak tolong dunia? Kah kah kah.
Lepastu aku masuk 25. Mula sedar di dunia selebriti 25 ni tua. Yang popular semua sekitar 16 tahun ke awal 20-an. Mula concerned pasal umur. Kalau dulu aku mekap nak nampak tua, sekarang aku mula sibuk nak cuba pakai krim anti-aging.
Tiba-tiba, semua perasaan yang aku rasa masa aku 15 rasa macam bodoh. Perasaan cemburu kat Britney Spears dulu sebab boyfriend aku masatu minat kat dia. Bila Britney mental breakdown dan cukur kepala, aku mula nampak dia sebagai seorang manusia yang ada perasaan dan vulnerable. Aku mula sedar betapa bodohnya aku 'hating' terhadap orang yang aku tak kenal.
Dulu, consumed dengan insecurity dan teringin nak nampak macam selebriti itu ini. Tak sedar yang semua orang akan dimamah usia. Constantly being replaced by younger, prettier ones.
Dan aku mula selesa dengan diri sendiri. Taknak tukar muka dengan orang lain dah. Semua articles dan list redundant di internet seperti "Things You Learned in Your 20s/30s/etc? Corny, but true. At some point, kau terima je muka kau. Diri kau.
Semua benda yang aku teringin nak buat masa remaja? Kenapa aku nak sangat? Tetapi obsesi, insecurity dan nafsu aku terhadap benda-benda tu pada masa tu rasa best sangat.
Nak drive sangat? Drive lah sampai puas dalam traffic jam KL yang indah. Nak tengok sangat SX movies? Ha, tengoklah sampai muntah sekarang, tak ada siapa peduli dah. Nak keluar malam tak balik pagi? Jarang aku buat dah. Tak ada idea nak buat apa kat luar tu. Tapi pergi tengok wayang? Sampai sekarang aku rasa thrill dia.
Tapi paling kelakar adalah nak kerja, earn duit sendiri. Oi Magenta 13 tahun, kau gila. Tak tau ke heaven gila bila tanggungjawab kau hanya pergi sekolah je. Balik rumah makanan dah terhidang. Kalau sekolah tu monotoni, apalah kerja.
Jadi bila aku tengok budak zaman sekarang terkejar-kejar nak jadi dewasa, aku paham. Aku tak complain, aku tak geleng kepala sambil mengeluh, "Kids nowadays." Aku cuba tak judge mereka kalau suka KPop, Twilight atau apa-apa yang dianggap 'lame' oleh orang dewasa. Sebab aku masih ingat perasaan obsesi, insecure dan bernafsu terhadap benda-benda tu memang best. Siapalah aku untuk memperlekehkan keinginan mereka?
Tapi sebenarnya layak ke aku rasa disenchanted dengan adulthood? Selain dari sedar yang aku dah tak nak benda yang sama aku nak masa remaja, teruk sangat ke hidup aku sekarang? Betul ke hidup aku sekarang lagi susah? Bila aku pikir balik, rasanya tak sanggup jugak nak melayan kebosanan pergi sekolah dari 7am sampai 6pm sebagai seorang dewasa. Belajar tentang 9-10 subjek yang langsung aku tak peduli pasal. Mungkin juga aku semakin malas as I get older, jadi semua benda rasa macam lagi susah.
I'm alive, and I live by my own rules. Aku boleh makan aiskrim for dinner, dan boleh tengok movies all day long on Sundays. Satu-satunya penghalang apa aku nak buat adalah apa yang masyarakat akan kata, dan aku boleh pilih untuk tidak kisah. Work is hard, but at least you get paid. Kalau ada orang marah aku, aku boleh lawan balik. If somebody crushes my dreams, I'll just get new ones. If somebody crushes my hopes, I'll just renew them.
Like a waterfall in slow motion, Part One
2 years ago
5 comments:
Have been reading your blog since I was in highschool
Never gets old
Thank you for entertaining us with your earneast, sometimes sarcastic but most of the time relatable
Keep on writing more ! :))
Welcome back Magenta. Selamat berpuasa :)
Now i have something worthy to read in blogsphere
welcome back~!
harap2 boleh tulis banyak lagiiiii
saya pun, sekolah rendah dan sek agama sama mcm sis... tp lg advance bila pukul 8-0 kena g kelas mengaji.. kelas bukannya mngaji dirumah org.. dan tersangatlah penat, hahs
Post a Comment