Friday, October 6, 2017

Idealis


I entered his world when he was 37.

Masa tu dia dah ada dua anak, cuma bezanya aku hadir dalam hidup dia masa dia dah selesa sikit. Hidup yang dia bina sedikit demi sedikit sejak dia datang ke Malaysia dalam bot ketika dia berusia 10 tahun. Aku pernah dengar dia cakap pasal pengalaman tu sekali je dalam seumur hidup aku, dan dia cerita pun sebab nak menerangkan kat mak aku kenapa dia tak makan telur kuning. 

"We were on the boat so long, we ran out of food, except for eggs. So we had to eat raw eggs. I couldn't look at egg yolks or anything yellow for years without feeling nauseated," dia cerita. 

Tapi tu cerita untuk hari lain. Cerita hari ni pasal aku dan bapak aku.

Mak bapak aku dedua percaya akan konsep anak pembawa rezeki. Mak aku selalu mengingatkan aku yang bapak aku naik pangkat lepas aku lahir, dan beberapa tahun selepas aku dilahirkan, kami berjaya pindah daripada rumah kami masa tu yang dipecah masuk hari-hari sebab penagih dadah suka curi makanan daripada peti sejuk kami. Juga rumah sama yang seorang penagih dadah meninggalkan 'souvenir' darahnya di atas bantal selepas ditembak polis.

Naik pangkat bermakna bapak aku dapat luangkan lebih masa dengan kami dan dia kurang stress. Mak dengan adik-beradik aku cakap dia start mellow down lepas aku lahir, dan mereka berteori sebab rupa dan perangai aku paling sama dengan bapak aku. Dan sebagai typical middle child, aku selalu, unashamedly, dahagakan validation parents aku. Bila bapak aku balik daripada kerja, aku cepat-cepat lari sambut dia kat pintu dengan senyuman paling lebar, walaupun aku tengah makan atau buat homework masa tu. Kalau dia cakap dia penat lepas kerja, aku offer nak urut kaki dia. Aku cuci kereta dia on weekends sejak aku 7 tahun. Masa sekolah rendah, aku hafal surah-surah dalam Muqaddam dan recite depan dia malam-malam sebab aku nampak benda tu buat dia happy. Bila kami sekeluarga pergi muzium masa cuti sekolah, aku bawak buku nota dan catit semua benda yang aku nampak kat muzium tu. Bapak aku happy tengok aku buat macam tu dan selalu suruh abang aku jadi macam aku. God, I was such an annoying kid. Patutlah abang aku selalu buli aku.

Bila aku kena tulis karangan 'The Person I Admire the Most' kat sekolah, aku mesti tulis pasal bapak aku. Mak aku akan kumpul semua karangan tu, dan akan tunjuk kat bapak aku. Tu antara cara aku komunikasi dengan bapak aku pasal perasaan aku terhadap dia, sebab sebenarnya, kami semua rasa kekok untuk cakap pasal feelings. Cara kami berkomunikasi macam aku cerita tadi lah. Aku repot dia apa aku achieve kat sekolah ke memana, atau tolong dia. Kami tak pernah ada personal talks. Dia punyalah rimas dengan benda-benda personal sampai kami tak dibenarkan wish dia happy birthday.

Kau tau macam ibu atau bapa yang terlalu sibuk untuk kau, tapi kau tetap asyik pergi kat mereka, tanya boleh tolong atau teman tak? Ha, macam tu lah. Dan aku percaya, sebab tu, lama-lama mereka balas balik affections aku. Bila aku start masuk sekolah rendah, baru lah dia mula bagi aku masuk dunia dia. Bila dia pergi pejabat atau hutan masa hujung minggu, atau pergi jumpa kawan-kawan dia, kengkadang dia bawa aku. Antara memori indah yang aku simpan ialah bapak aku bawak aku pergi jumpa kawan dia yang ada kedai buku dan dia bagi aku pinjam sebanyak buku yang aku nak, tiap kali aku datang. Ada lagi seorang kawan dia yang ada kedai runcit dan selalu offer apa-apa yang aku nak daripada kedai dia, tapi bapak aku selalu tak bagi aku terima. Dia selalu nasihatkan aku, jangan ambil barang free sebab nanti pakcik tu rugi dan dia juga perlu duit untuk survive. Jadi sebagai budak 7 tahun, aku terpaksa reject Paddle Pop pelangi daripada pakcik tu walaupun hati aku meronta-ronta nak. Selain daripada tu, cara kami bonding adalah dengan explore benda-benda baru. Dia bawak aku masuk hutan, dan lepas keluar hutan kami akan bukak kasut dan check kalau-kalau ada pacat masuk dan cabut pacat sama-sama. Pernah sekali dia bawak aku tengok mayat untuk medical students. I was so fascinated. Bila pikir balik, macam pelik jugak bapak aku buat macam tu masa aku 7 tahun, tapi sekarang aku sedar dia hanya nak kongsi hidup dan benda-benda yang dia minat dengan aku masa tu. Dan sekarang aku sedar kau boleh berusia 40 ke atas dan masih ada sifat kebudak-budakan dalam diri kau, yang kau akan tunjuk dekat orang tertentu dan terpilih sahaja.

Dan sebab dia nampak diri dia dalam diri aku, dia juga nampak kelemahan dirinya dalam aku. Perangai cepat baran (tapi cepat cool off), perangai degil dan idealistik. Aku rasa pertama kalinya dia sedar aku macam tu masa kami ramai-ramai balik kampung mak aku masa Raya. Masa tu, aku berusia 9 tahun. Aku suka gila balik kampung mak aku sebab dia cam dunia yang berbeza gila daripada hidup aku di bandar. Masa aku kat kampung je lah aku bebas nak meronda dan main dengan kawan-kawan aku sampai Maghrib. Sebab kampung mak aku jenis bebetul kampung, sampai tak ada jalanraya sebab tak ada siapa ada kereta. Mak bapak aku pun tak payah la risau aku kena langgar kereta ke apa. Kampung mak aku kecik, dan hampir semua penduduk kampung tu related dengan kami. Salah satu keluarga yang aku dengan rapat dengan ialah keluarga arwah pakcik aku. Aku rapat dengan anak-anak arwah pakcik aku ni. Aku tak tau mereka dah ada berapa adik-beradik sekarang, tapi masa tu ada dalam 7 orang, dan bini arwah pakcik aku ni penagih dadah. Kita panggil makcik ni, makcik A. Beberapa orang anak dia drop out sekolah untuk tanggung keluarga, dan aku paling rapat dengan dua adik-beradik yang paling dekat usia dengan aku, Z dan W.

Sebelum aku sambung, aku nak terangkan, masalah dadah ni benda biasa dan berleluasa di kalangan saudara mara aku. Aku tak pandang benda tu sebagai aib keluarga aku, tapi realiti kami. Close childhood friend aku (pakcik aku yang sebaya dengan aku) bebaru ni pun baru masuk pusat serenti. Aku tau mungkin benda ni tak normal bagi orang lain, tapi perkara ni just another realiti dalam hidup aku. Sebab aku tau, kalau mak aku tak break the cycle dan pergi ke bandar, kalau aku lahir kepada dia (sebagai orang lain?), aku pun mungkin cenderung hidup ke arah tu.

Anyway, aku rapat dengan Z dan W. Z budak perempuan yang sebaya dengan aku dan W ni adik lelaki dia yang 7 tahun dan suka tag along. Bila dah lelama spend time, walaupun kau baru 9 tahun, kau akan mula tertanya kenapa hidup dia lain gila daripada kau. Kenapa diaorang takyah pergi sekolah? Taknak pergi sekolah ke? Kenapa gigi dia reput? Mak dia tak suruh berus gigi sebelum tidur ke? Kenapa dia tak pakai selipar pergi bendang? Dan sebab aku 9 tahun jugak, aku berani tanya terus soalan-soalan ni semua. Bila aku tau dia tak pergi sekolah dan teringin nak pergi sekolah, dan tak ada berus gigi atau selipar, dan mak dia biasa hilang berhari-hari tak balik rumah, 9-year-old me was shocked by all of it. Mungkin untuk pertama kalinya, privileged bubble aku dicucuk berkali-kali. 

Malam tu, aku buat perangai SJW dan cerita semua tu kat mak aku dan merayu dia untuk pujuk bapak aku untuk ambil W sebagai anak angkat. Rupanya mak aku dan orang kampung dah lama tak puas hati dengan perangai Makcik A dan tolong aku pujuk bapak aku. Dan itu lah pertama kalinya aku nampak bapak aku pandang muka aku dengan ekspresi yang sangat pelik. Masa tu aku tak paham apa maksud riak wajah dia. Semacam kesian dan kecewa. Tapi sekarang aku paham, tu kali pertamanya dia nampak aku ada salah satu kelemahan dia, perangai idealistik, dan dia nampak aku akan dikecewakan dalam hidup berkali-kali sebab ada perangai tu. 

Dan dengan suara yang perlahan, dengan cara sebagaimana seorang bapa mat salleh menerangkan kepada anaknya yang Santa Claus tidak wujud, bapak aku cuba menerangkan kat aku yang walaupun ye, W patut pergi sekolah, dan ye, hidup kita lagi senang daripada keluarga W, kita tak boleh senang-senang je nak ambik anak orang daripada mak dan keluarga dia. Yang dalam hidup ni akan ada banyak perkara tak adil, tapi aku tak boleh masuk campur dengan cara tu. Dia cakap kita boleh tolong dengan cara lain. 

Bapak aku tak mention pun pasal dia sendiri kesempitan wang masa tu. Semua tu, sekali dengan cerita pasal macam mana dia juga idealist masa kecik, aku dengar masa aku dah dewasa dan daripada orang lain atau daripada status Facebook dia bila dia bernostalgia.

Over the years, aku nampak that 'look' berkali-kali bila dia pandang aku, dan aku paham it's the look someone gives you when they see you repeating or about to repeat their mistakes, and they remember the pain that it caused them. But they have to let you commit those mistakes anyway, because how else were you supposed to learn?

My idealistic tendencies and occasional naivety have caused me some pain and brought me some blessings. It explains why I'd join tons of contest even though I'd only win a few, why I used to aim for things that others tell me I have no chance for or why I'd care about certain causes more than I should. It also caused me a few failures and countless disappointments, especially when it comes to my tendency to idolize mere mortals. 

Aku suka ingat balik pada hari tu, sebab aku rasa hari tu aku rasa bapak aku cuba ajar aku an important lesson about the harsh realities of life kat aku dengan cara yang paling gentle yang dia reti. Dan aku akan teringat betapa untungnya aku, sebab bapak aku masih rasa dia kena protect aku daripada the harsh realities of life masa aku 9 tahun.

Sebab masa dia lebih kurang umur aku masa tu, dia dah kena naik bot demi cari kehidupan yang lebih baik dan face the harsh the realities of life.

No comments: