Saturday, February 28, 2009

Lost in Translation

Ada satu pagi tu tengah elok-elok aku bersarapan sorang-sorang kat kantin, datang seorang kawan join. Lepas setengah jam, datang pulak kawan-kawan dia dan dia pelawa dorang join meja kami tanpa tanya izin aku. Aku tak ada masalah dengan tu. Cuma, lepastu satu meja huru hara dan kecoh bertutur dalam bahasa Cina. Annoying-crazy-pig lah.


Aku benci bila orang bertutur dalam bahasa yang aku tak paham depan aku. Kurang ajar tau tak. Bukannya kamu tak reti nak bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukannya aku suruh kamu cakap bahasa Melayu pun. Same goes to orang Kelantan or orang Sarawak yang cakap depan aku dalam dialek dorang. Walaupun aku paham dialek mereka, kalau dah cakap pekat-pekat pastu cepat-cepat, sapa nak paham. Macam nampak sangat nak kasi orang tak paham. Kalau dah buat perangai camtu, jangan melenting kalau orang cakap kamu berpuak-puak.



Jangan putar belitkan apa yang aku nak sampaikan eh. I have nothing against orang Kelantan ke Sarawak. Dua orang daripada kawan rapat aku orang Kelantan, dan aku selalu pergi Sarawak.



Kalau ada yang cakap aku extreme, kamu suka kalau kamu kena satu projek dengan bangsa lain, tak kiralah bangsa apa, pastu dorang discuss dalam bahasa yang kamu tak paham?



Aku tak paham kenapa ada orang camni. Memandangkan masa aku kat sekolah ke uni semua, kawan-kawan aku yang berbangsa lain semua bercakap dalam bahasa yang aku paham, walaupun mereka tak fasih dalam bahasa tu.



Ini bukan isu racism ke apa. Ini soal kekurang ajaran. Etika bergaul. Kamu datang join aku kat meja aku, kamu cakap bahasa yang aku paham. Sama macam kalau kamu datang rumah aku, kamu bukak kasut walaupun kamu terbiasa berkasut dalam rumah. Simple.



Lainlah kalau aku yang pergi join group kamu masa korang tengah berbual.



Jadi kesimpulannya lepas aku habis makan, aku terus blah tanpa cakap bye kat budak-budak tu tanpa menghiraukan wajah tergamam mereka.
Tak kuasa aku nak polite dengan orang yang rude. Lepastu untuk melepaskan geram, aku beli karipap banyak-banyak dan hentam sorang-sorang depan library. Kadang-kadang aku memang rasa makan sorang-sorang tu lagi aman.

Monday, February 16, 2009

Kenapa Kita Selalu Lupakan Mereka?

Why do we always forget them? You know, 'the nice people'.


Ex-schoolmate (sekolah rendah) aku meninggal beberapa minggu lepas. Mereka tak tahu punca kematian dia. Apparently dia mati disebabkan kepenatan. Ya, kepenatan. He was 23. Mereka kata dia bekerja terlalu keras dan hanya tidur 3-4 jam sehari. Aku ingat nama dia. Selain daripada tu, aku hanya ingat yang "he was a nice guy". Itu saja yang aku dapat cakap tentang orang yang aku tak berapa ingat sangat. They were all nice.



Apparently, bukan aku seorang yang tak ingat. Jadi aku tertanya, kenapa kita selalu tak ingat orang yang baik? Dan dia ni betul-betul baik. Aku tengok dekat website memperingati dia, macam-macam kerja sukarela dia buat. Dia kerja dengan underpriviledged kids, dia kerja dekat institusi mental, UNICEF Malaysia, ahli persatuan Kristian yang aktif dan macam-macam lagi. He was smart- dia graduan dari suatu universiti terkenal di UK dan seorang Mensa.



Kadang-kadang kita tak teringin nak kenal mereka langsung, kadang-kadang kita rasa semua orang baik tu membosankan. Tapi kita selalu ingat mereka yang jahat, yang liar. Kononnya mereka lebih sensasi. Lebih seronok dunia mereka. Walaupun mereka buli kamu di sekolah dulu. Walaupun mereka tak pernah sumbangkan apa-apa pada masyarakat, hanya buat perkara-perkara outrageous dan post gambar-gambar tersebut di Facebook. Kita stalk mereka di Facebook, bercerita dan bergosip tentang mereka dengan kawan-kawan kita. Ramai kawan-kawan aku yang masih buat begitu, dan kalaulah hidup aku pun tak serabut sangat, mungkin aku juga akan buat perkara yang sama. Bercerita tentang mereka, dan teringin memasuki dunia mereka. Selebriti-selebriti dalam dunia kita.



Macam obsesi kita dengan hidup selebriti. Norman curang dengan Abby, kita semua tahu. Aku pun sibuk nak google lepas dengar pasal dorang. Aku tertanya kenapa aku, kenapa kita, macam ni? Kenapa aku tak curious nak tahu pasal hidup pencipta microchip ke, pencipta Internet ke. Haha. Padahal semua tu aku guna tiap-tiap hari. Rasanya mereka lagi relevan dengan hidup aku. Ciptaan mereka mengubah kualiti hidup aku tiap-tiap hari. Kalau Britney Spears atau Lindsay Lohan masuk rehab bukan memberi kesan pada hidup aku pun.



Tiba-tiba aku tertanya, kenapa aku tak pernah dengar ayat macam, “J tu baik gila, semester lepas dia volunteer kat rumah orang tua.”


(Kalau ada pun mesti tak ada sambutan. Terus ada orang tukar topik.)



Tapi selalu dengar,



“S tu tah apa-apa. Last night she got so drunk and flashed all the guys her boobs.”



(Mendapat sambutan hangat.)



Anyway, macam tulah. Bila orang baik yang kita tak berapa rapat sangat dengan meninggal, kita cakap, “he was a nice guy”. Bila yang outrageous dan liar ni meninggal, kita cakap, “he was so full of life”.



Yang membawa kepada satu lagi soalan- apa maksud ‘ada life’? Kenapa kalau ada orang letak gambar party semua, kita cakap mereka “full of life”? Selebriti semua “full of life, full of glitter”? Kenapa kita kata mereka yang devote their life to their work; katalah seorang doktor, yang dulunya pelajar tekun dan kemudian bekerja, on call 24 jam dan buat research pasal kanser dalam masa lapangnya tu tak ada life? Social life= life as a whole?


We live in a very superficial world.



Aku mula pikir bahawa ramai di antara kita yang berfikir hidup untuk menyumbangkan kepada kebaikan masyarakat itu tak dikira sebagai hidup. Mereka yang hidup untuk diri sendiri itu dikatakan mempunyai kehidupan.


Dan kenapa kalau orang yang baik kalau buat jahat sekali, orang ingat sampai bila-bila? Why do we tend to remember the nasty stuff more? Yang baik tu tak memberi impak besar ke? Selama ni orang buat baik, kita ambil for granted ke?



Peringatan untuk kita, kalau kita mati esok, satu hal juga kalau ibadat tak cukup, lepastu buat baik dengan orang pun tak. Ex-schoolmate aku menjadi reminder kepada aku bahawa aku telah banyak membazir masa dalam hidup aku tanpa menolong sesiapa in a big way.



The truth of the matter was, his death did affect me even although I don’t remember anything much about him. Aku pun tak tahu fasa apa yang aku sedang lalui, tapi aku rasa tak berminat langsung tentang apa-apa kecuali apa yang sedang berlaku di depan mata aku.

Sunday, February 8, 2009

Tak Mungkin Akan Memenangi Pingat Ibu Terbaik.


"Anak saudara aku suka paksa aku tengok Ultraman, Ben10 dengan Tomtombak dengan dia. Kalau aku taknak, dia complain kat akak aku pastu aku kena marah dengan parents aku. My parents always side with my nephew," kawan aku merungut pada aku.



"Adik aku dulu masa kecik, kalau pergi supermarket, mesti meraung sampai dapat kalau nak something. Mak aku ugut nak tinggalkan dia je kat kedai tuh. Terus dia takut pastu tak nak dah. I’m gonna do the same thing to my kids. Hahaha," sahut kawan yang lagi satu pula.



"I don’t know, you know. My kids are very well behaved. They’ll usually discuss with me first and if we don’t allow them to buy it, they’ll put it back at the shelf," kata seorang lagi, ibu muda kepada 4 orang anak.



"Adik aku suka baring atas lantai pastu menangis kalau nak snack. Mak aku selalu belikan je."



"So kalau anak kau buat perangai camtu, kau belikan tak?" aku tanya.



"I guess so. Malulah kalau orang pandang. Kau?"



"Aku pun akan belikan dekat diorang. Pastu bila balik rumah nanti, aku akan bukak paket tu depan diorang pastu makan satu-satu and tak offer kat diorang langsung. Padan muka. Lepastu confirm diorang takkan mintak lagi," aku jawab.