Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Mati.


Permulaan hari yang agak mengejutkan bagi aku yang masih tak dapat tidur walaupun sudah pukul 6.51 am. Bersedia untuk overload status Facebook tentang kematian King of Pop.



Born to amuse

To inspire
To delight
Here one day
Gone one night

- Gone Too Soon, Michael Jackson

Tuesday, June 9, 2009

Lelaki Idaman?

Biasanya kalau cakap pasal lelaki idaman ni, perempuan baya aku akan include 'ada sense of humour' dalam senarai dia. Biasanya lah. Sebab dia patut dah matang and tau lelaki setakat ada rupa dan tak ada personaliti boleh jadi sangat membosankan, dan siapa tak suka orang yang kelakar?


Dan biasanya 'ada sense of humour' tu ada pada tangga pertama atau top 5. Baru-baru ni aku sedar kriterion ini ada defect sikit.


You don't want a guy with a sense of humour. You want a guy with your sense of humour.


Cuba kalau kamu jenis yang sukakan dry humour, dan dia sukakan lawak Jackass. Atau dia rasa korek hidung, sendawa dan kentut depan kamu tu kelakar (kamu memang bernasib malang la kalau jumpa laki macamni)? Sedih juga kalau kamu buat lawak dan dia tak paham. Atau setiap kali dia buat lawak, kamu tak sedar dia buat lawak. Sedih, sedih.

Susulan.

Mungkin benci adalah perkataan yang ekstrim dan perasaan yang patut dihindari, tapi aku orang biasa. Aku benci sesetengah perkara, dan aku sangat sukakan benda lain. Aku cuba taknak benci, kadang-kadang terbenci gak.

Aku tak pernah berjumpa sesiapa yang tak pernah membenci, mungkin mereka memanggilnya dengan nama lain (strongly dislike, menyampah, meluat, eee tak sukeee, jijik) tapi bagi aku semuanya membenci.

Dan isi yang aku ingin ketengahkan hanya memang dah terbukti secara saintifik tentang keburukan inbreeding, kalau nak buat jugak, bukan masalah aku. Memang ada yang lahir sempurna tapi bagi aku, ia satu risiko yang kalau boleh, patut dielakkan. Dan bila risiko itu membabitkan nyawa, memang aku ada perasaan ekstrim tentang perkara itu. Sebab ini bukan tentang ibu bapa saja, ini tentang bayi itu dan masa depannya. Tau tak, ia juga boleh menyebabkan anak yang lahir tu kemandulan dan alergi kepada pelbagai benda? Mungkin kita lihat dia elok, tapi benda macam mandul boleh nampak ke? Kenapa anak perlu suffer sebab kesalahan ibu bapa?

Memang tak haram. Beranak lepas umur 40 juga tak haram. Tapi kenapa ramai yang tak buat? Memudaratkan? Melahirkan anak hasil inbreeding tak memudaratkan bagi bayi itu? Bila cakap tentang risiko, memang aku tak berani nak cuba nasib aku memandangkan ia membabitkan nyawa orang lain juga.

Memang kadang-kadang kamu bernasib baik, tapi kalau kamu tak bernasib baik? Lagi satu aku pikirkan, cuba kalau kahwin sepupu kita lepas ayah kita dah meninggal. Cuba kalau pakcik kita yang lepaskan kita tu masa bernikah, bapak mertua kita jugak. Pelik, pening kepala aku pikirkan. Satu waris.

Bagi aku, komen 'Fuzzy A' kat bawah sangat bernas.