Friday, January 16, 2009

There’s Nowhere to Go but UP


Kamu percaya tak, ramai orang rasa kosong kerana mereka dah dapat segala yang mereka mahukan? Dan mereka tak tahu hendak mahukan apa lagi. Dan mereka berasa lagi sedih kerana mereka tak paham kenapa mereka masih belum tenang dan gembira walaupun dah memiliki semuanya.


Kadang-kadang sebab terlalu senang memperolehinya. Kadang-kadang sebab cepat sangat memperolehinya. Bila dah jadi jadi kaya, mahu jadi lagi kaya. Bila dah jadi cantik, mahu lagi cantik.
Bila dah jatuh cinta, mahu lagi high. Bila dah high, nak lagi high. There’s no way to go but up. Nowhere to go but up. Tapi what’s above cloud nine?


Ayah aku membesarkan aku dengan satu-satunya cara dia tahu- by denying everything I wanted. Aku nak sticker merlip-merlap, tak boleh. Nak marker pen yang kalau conteng atas marker pen jadi warna lain, tak boleh. Junk foods were once in a blue moon. Nak keluar, tak boleh. Aku bosan hingga terpaksa menghiburkan diri sendiri. Aku ajar diri sendiri melukis, menulis, membaca, buat cartwheels, split, memasak, segala perkara domestik. Aku belajar bagaimana nak gembira tanpa orang lain. Ayah aku pikir, kalau dia tak beri apa yang aku nak, aku akan berhenti mahukan benda tu. Memang betul pun. Budak-budak selalu mahukan benda yang budak lain ada. Marker pen warna-warni, stickers, yoyo, semua tu jadi trend sekejap je. Lepastu benda lain pulak jadi trend.


Jadi bila aku masuk kolej pada umur 17, aku jadi gila. Gila junk food. Aku makan di McD dan KFC yang berdekatan dengan hostel aku tiap-tiap hari selama 2 minggu. Kadang-kadang aku makan kat dua-dua tempat dalam satu malam.
Orang lain culture shock datang bandar. Mereka mula pergi clubbing, mula pakai seksi, mula beli compact powder. Aku culture shock junk food dan benda-benda merapu. You wouldn’t believe how freaking high I’d get eating a Big Mac or buying coloured pens when I was 17. Teruja macam anak dara yang baru kahwin semasa minggu pertama bulan madunya.


Sampai harini aku high makan junk food. Aku percaya sebab lama sangat memendam keinginan aku. Dan aku percaya untuk gembira untuk jangka masa yang lama, aku perlu pendamkan apa yang aku mahukan untuk jangka masa yang lama dan get it bila the timing is right. Macam fasa kejar-mengejar di permulaan suatu perhubungan. Lagi lama, lagi susah nak dapat, lagi thrilling. Dan lagi lama aku akan appreciate orang itu. Di mana keseronokannya kalau kita terus dapat segala yang kita mahukan?


Sebab tu juga aku rasa semua superstars yang mula berkecimpung dalam bidang lakonan pada usia yang terlalu muda akan jadi mental apabila hendak mencecah 20-an. Drew Barrymore, yang mula jadi famous pada umur 5 tahun sebab filem ET- dia mula minum alkohol dan ambil kokain pada umur 9 tahun. The Olsen twins- salah seorang ada eating disorder semasa remaja. Lindsay Lohan, Britney Spears- semua terpaksa masuk rehab. Ramai lagi. Aku rasa sebab tu lah- dapat terlalu banyak benda yang bagus dalam masa yang singkat. Mereka mungkin runsing kenapa masih belum tenang dan gembira. Mungkin mereka pernah berpikir, kalau dah ada rupa, fame dan duit, tentu gembira. Tapi akhirnya mahukan lebih. Pernah jumpa penagih dadah? Macam tu lah. Mula-mula rasa macam pot tu dah gempak gila, dah cukup. Lepastu nak heroin pulak. Then what? Hanya mula spiral into self-destruction saja. Bila dah tak tahu bagaimana nak lebih, mereka reka drama dalam dunia mereka. Seolah-olah mendapat perhatian yang lebih dapat menggembirakan diri mereka. Duit pun tak dapat kembalikan zaman kanak-kanak yang dah hilang.


That brings to the question- kamu tahu ke apa kamu mahu? Kamu pasti ia dapat menggembirakan kamu? Kamu rasa kamu akan gembira tak kalau kamu lebih cantik, lebih kaya, lebih famous? Aku pun dulu pikir macamtu. Yang aku akan lebih gembira kalau lebih cantik dan kaya. Di luar boleh berubah, tapi yang dalam tak tentu boleh. Lepastu aku mendapati perkara yang dapat menggembirakan aku memerlukan aku untuk mengorbankan wang. Sungguh ironi. But that’s another story.


Siapa kata kita hanya akan gembira apabila kita dah cukup kaya, good looking, ada banyak asset untuk menunjuk-nunjuk, banyak peminat? That race will never end. Mungkin kamu dah gembira, cuma belum sedar lagi saja. Perkara yang orang lain semua mahukan, tak tentu sesuai untuk kamu. Mungkin semua orang mahukan Haagen Dazs, jadi kamu pikir tentu Haagen Dazs yang terbaik dan paling bagus. Tapi mana tahu aiskrim potong akan lebih menggembirakan kamu? Mana tahu aiskrim potong lagi menepati citarasa atau deria rasa kamu? Bunyi macam analogi untuk cari pasangan pula, tapi bukan, ini analogi yang boleh diaplikasi dalam semua aspek. So screw other people, what do you really want?

Thursday, January 8, 2009

Kisah Benar dan Mungkin Juga Anafora.


Lebih kurang sedekad lalu, seorang wanita yang mental telah menembak 3 anaknya sendiri hingga mati di tepi jalan.



Kemudian, sebagai attempt untuk meng-cover kesalahannya, dia telah menembak lengan kirinya. Kemudian dia memanggil polis dan berkata bahawa ada seorang mamat yang tidak dikenali telah menyerang dia dan anak-anaknya.



Kenapa dia tembak lengan dia, kamu tanya? Sebab dia berfikir, kalau dia menembak diri sendiri, orang lain automatically takkan suspect dia yang telah membunuh anak-anaknya sendiri.



Kenapa lengan, kamu tanya? Sebab just cukup alasan untuk menangis (sebab kononnya meratapi kematian anak-anaknya, padahal menangis sebab sakit), supaya boleh play the victim dan sebab menembak lengan tak akan menyebabkan kematian. Dia perlu nampak seperti ditembak juga, jadi dia pilih lengan kiri. Sebab dia tak left handed.



It has to hurt just enough for other people to believe that it wasn't her that committed the crime.



Apa yang House suka cakap tu? Oh yeah, -
everybody lies.


Ada masanya manusia lemas dengan spiderweb of lies that they have woven themselves, dan mula bertindak dengan tergesa-gesa untuk throw people off track. Mereka tak sedar kelakuan mereka itu, sungguh predictable.

Tuesday, January 6, 2009

Hahahahaha.


Walaupun ada yang bersependapat, nampaknya ada juga tak berpuas hati dengan entri ‘Obsesi Masyarakat Dengan Kulit Putih’. Daripada tulis komen anonymous mengutuk di entri aku hinggalah tulis entri di blog sendiri. Mungkin sebab terkena kat batang hidung sendiri kot.


Aku quote satu entri dari blog 'Piah Zadora wannabe' (yang aku tau pun siapa penulis sebenarnya disebalik pseudo nickname dia):


Aku cukup menyampah kalau ada sesetengah orang macam hidup dalam penafian yang bercakap, kulit putih tak semestinya cantik.

Bodo la lu.. come on la...Kulit putih memang bonus. Kau tengok la amoi-amoi kat luar pintu pejabat kau sekarang, even mata sepet, even hidung takde la mancung, tapi disebabkan putih, macam-macam pesen baju dia boleh sarung. Kau tengok kalau ada perempuan chubby atau senang cakap, gemok la...tapi fluffy gile. Putih gebu. Nak bergaya pun takde masalah. Orang akan cakap gemok comel. Cuba kalauMemang la aku tak nafikan kalau kulit kau gelap, kau pun boleh lawa. Tapi kalau kulit kau gelap, hidung kau nak kena mancung. Mata kau nak kena besar. Bibir nak kena cantik. Kalau tak, kau tengok la Brandy tu. negro mata sepet bibir tebal hidung lebar. Kalau itu kau cakap lawa, memang la idup kau pathetic.

Hak tuih!


(Siap ludah tu, lol!) Kenapa aku rasa seperti penulis entri ini orang yang sama yang meninggalkan komen anon mengutuk di entri aku?


Brandy Rayana Norwood (born February 11, 1979), known professionally as Brandy, is an American R&B singer-songwriter, record producer, fashion model, actress, television personality, and film producer. (Source: Wikipedia)


Ya, Brandy adalah seorang fashion model yang sangat terkenal pada tahun 90-an dan popular dengan siri TV Moesha (yang memang famous gila kat US dulu). Mungkin kamu bitter kerana walaupun dia hitam, bermata sepet dan berbibir tebal dan berhidung lebar, dia masih dianggap sangat cantik oleh berjuta-juta manusia, boleh mengaut untung daripada kecantikannya dan menjadi sangat terkenal.


Adakah berjuta-juta manusia di dunia yang berasa Brandy ini cantik manusia yang pathetic, hidup dalam penafian serta bodoh? Adakah manusia yang berasa Brandy buruk ini pandai?


Sebagaimana ada orang tak rasa Brandy tu tak cantik, ada juga orang yang rasa Lucy Liu tak cantik. Lain orang lain taste, tak? Bukan kamu sendiri kata, kalau semua manusia sama, kosonglah neraka. Aku pernah pergi ke beberapa negara di mana perempuan yang dianggap hotstuff di Malaysia tak dipandang langsung oleh lelaki lain dan perempuan yang dikutuk buruk di Malaysia menjadi buruan. Adakah mereka yang tak bersependapat dengan kamu bodoh juga? Wahai kawanku, taburkan serbuk kepandaian kamu kepada kami agar kami yang bodoh ini dapat menjadi bijaksana macam kamu juga.


Kamu yang pandai ini sudah tentu tahu entri ini bukan bertujuan untuk memaksa semua orang bersetuju bahawa Brandy itu cantik, tapi supaya kamu faham tak semestinya kami yang tak bersetuju dengan definisi cantik kamu itu bodoh, pathetic serta in denial. Apa-apa pun, aku memang tak suka perempuan yang mengutuk fizikal perempuan lain tanpa sebab. Semua wanita ada hak untuk berasa cantik, selagi tak melebih-lebih dan menjengkelkan orang dengan tahap perasan mereka.


Dan seperti semua orang tau pun, Tuhan tak tengok warna kulit, tapi warna hati kamu. Ada juga sahabat Nabi berbangsa
'Negro mata sepet bibir tebal hidung lebar' yang kamu rasa hina sangat tu, dan mereka dipandang sangat mulia oleh Allah kerana pengorbanan yang mereka buat di atas nama Islam.


p.s.: Bibir tebal dengan mata sepet tak sexy ke? Aku ingat sexy.


p.p.s: Pelik kan blogger yang cakap tak nak orang baca blog dia, tapi mengutuk orang dalam blog. Sah-sah lah blog macamtu ada orang akan datang, sebab semua orang suka tengok drama online. Lagi pelik kalau kata nak privasi dekat blog tapi pergi komen kontroversi dan mengutuk penulis di blog yang tersohor supaya orang akan klik dekat profile dia.