Tuesday, January 6, 2009

Hahahahaha.


Walaupun ada yang bersependapat, nampaknya ada juga tak berpuas hati dengan entri ‘Obsesi Masyarakat Dengan Kulit Putih’. Daripada tulis komen anonymous mengutuk di entri aku hinggalah tulis entri di blog sendiri. Mungkin sebab terkena kat batang hidung sendiri kot.


Aku quote satu entri dari blog 'Piah Zadora wannabe' (yang aku tau pun siapa penulis sebenarnya disebalik pseudo nickname dia):


Aku cukup menyampah kalau ada sesetengah orang macam hidup dalam penafian yang bercakap, kulit putih tak semestinya cantik.

Bodo la lu.. come on la...Kulit putih memang bonus. Kau tengok la amoi-amoi kat luar pintu pejabat kau sekarang, even mata sepet, even hidung takde la mancung, tapi disebabkan putih, macam-macam pesen baju dia boleh sarung. Kau tengok kalau ada perempuan chubby atau senang cakap, gemok la...tapi fluffy gile. Putih gebu. Nak bergaya pun takde masalah. Orang akan cakap gemok comel. Cuba kalauMemang la aku tak nafikan kalau kulit kau gelap, kau pun boleh lawa. Tapi kalau kulit kau gelap, hidung kau nak kena mancung. Mata kau nak kena besar. Bibir nak kena cantik. Kalau tak, kau tengok la Brandy tu. negro mata sepet bibir tebal hidung lebar. Kalau itu kau cakap lawa, memang la idup kau pathetic.

Hak tuih!


(Siap ludah tu, lol!) Kenapa aku rasa seperti penulis entri ini orang yang sama yang meninggalkan komen anon mengutuk di entri aku?


Brandy Rayana Norwood (born February 11, 1979), known professionally as Brandy, is an American R&B singer-songwriter, record producer, fashion model, actress, television personality, and film producer. (Source: Wikipedia)


Ya, Brandy adalah seorang fashion model yang sangat terkenal pada tahun 90-an dan popular dengan siri TV Moesha (yang memang famous gila kat US dulu). Mungkin kamu bitter kerana walaupun dia hitam, bermata sepet dan berbibir tebal dan berhidung lebar, dia masih dianggap sangat cantik oleh berjuta-juta manusia, boleh mengaut untung daripada kecantikannya dan menjadi sangat terkenal.


Adakah berjuta-juta manusia di dunia yang berasa Brandy ini cantik manusia yang pathetic, hidup dalam penafian serta bodoh? Adakah manusia yang berasa Brandy buruk ini pandai?


Sebagaimana ada orang tak rasa Brandy tu tak cantik, ada juga orang yang rasa Lucy Liu tak cantik. Lain orang lain taste, tak? Bukan kamu sendiri kata, kalau semua manusia sama, kosonglah neraka. Aku pernah pergi ke beberapa negara di mana perempuan yang dianggap hotstuff di Malaysia tak dipandang langsung oleh lelaki lain dan perempuan yang dikutuk buruk di Malaysia menjadi buruan. Adakah mereka yang tak bersependapat dengan kamu bodoh juga? Wahai kawanku, taburkan serbuk kepandaian kamu kepada kami agar kami yang bodoh ini dapat menjadi bijaksana macam kamu juga.


Kamu yang pandai ini sudah tentu tahu entri ini bukan bertujuan untuk memaksa semua orang bersetuju bahawa Brandy itu cantik, tapi supaya kamu faham tak semestinya kami yang tak bersetuju dengan definisi cantik kamu itu bodoh, pathetic serta in denial. Apa-apa pun, aku memang tak suka perempuan yang mengutuk fizikal perempuan lain tanpa sebab. Semua wanita ada hak untuk berasa cantik, selagi tak melebih-lebih dan menjengkelkan orang dengan tahap perasan mereka.


Dan seperti semua orang tau pun, Tuhan tak tengok warna kulit, tapi warna hati kamu. Ada juga sahabat Nabi berbangsa
'Negro mata sepet bibir tebal hidung lebar' yang kamu rasa hina sangat tu, dan mereka dipandang sangat mulia oleh Allah kerana pengorbanan yang mereka buat di atas nama Islam.


p.s.: Bibir tebal dengan mata sepet tak sexy ke? Aku ingat sexy.


p.p.s: Pelik kan blogger yang cakap tak nak orang baca blog dia, tapi mengutuk orang dalam blog. Sah-sah lah blog macamtu ada orang akan datang, sebab semua orang suka tengok drama online. Lagi pelik kalau kata nak privasi dekat blog tapi pergi komen kontroversi dan mengutuk penulis di blog yang tersohor supaya orang akan klik dekat profile dia.

73 comments:

Hazriqpedia said...

yeah. betul ;]
girl have it own beatiful even hitam or whatever.

the Constantly Dramatic One said...

Bibir tebal and mata sepet memang sexy. Also...kesian kan minah tu. Mesti dia hitam legam and hating herself.

Poor bitch.

MariaFaizal said...

I feel pity for 'Piah Zadora wannabe' as she's the one who lives in denial.So shallow!!!

.. said...

*standing ovation sambil idon kembang2 wlpn mancung*

eheh.

Murlak_s said...

setiap org ada taste memasing.. tapi x bleh dinafikan, dominan manusia suka org kulit putih..tapi, mari kita tgk dari sudut lain plak..

1) kulit putih, tapi perangai mcm setan, tonggak, suka mencarut, x reti tutup badan, dedah sana dedah sini, x jaga maruah.. hurmmm.. ada org suka?

2) kulit itam, hodoh cemana pun.. tapi menghormati org lain, baik hati, suka menolong, humble.. xde org suka ke?

aku saje bg contoh extreem.. apa yang aku nak kata, even kulit putih, blum tentu bagus.. kan? sape agree? sila angkat tangan!! yeah.. chow..

unicorn said...

biasa laa tu...sesetengah org hanya rasa pendapat dia sahaja yg betul..mane2 yg x sependapat dgn mereka, mcm2 laa label yg dikenakan..duduk, baca dan diam.kalo x setuju, kritik la secara bijak dan membina

Hadie said...

hahaha... tumpang gelak juga lah..

cetek sungguh mereka.

:D

Unknown said...

diorang ada problem dgn self-esteem kot. sepatutnya kenalahh appreciate diri sendiri dan rasa diri sendiri cantik kan? tp janganlaa to the extent that people will say u are 'perasan'

p/s: kerana dirimu begitu berharga :-) *courtesy of loreal*

Lik said...

AHA, betul semua perempuan ada hak nak cantik maybe org tu hitam tapi dia baik ke, kaki panjang ke badan solid ke , than maybe org tu putih cantik gebu tapi hidung ketepek semua , bla bla. tuhan kasi ada kekurangan dan kelebihan . aha , minah tu semangat je "hak tuih" tanpa berfikir -.-

fynn jamal said...

mungkin dia bukan peminat rockstar bernama david bowie, maka dia tidak tahu betapa terrer nye supermodel Iman dari somali (hitam logam mato ceper) menambat hati that once-a-hot-hunk.

mungkin juga dia tidak kenal tyrese. supermodel cum actor.

mungkin dia tidak minat moesha. juga america's got talent.

dengan ideologi begitu, pasti dia lebih benci sang mata sepet, hitam dan gemuk.

seperti queen latifah. atau oprah.

mungkin juga dia tidak kenal diri dia sendiri.

mungkin dia biasa2. jadi dia mengata2.

for the sake of self boosting.

sarahistheone said...

kucing bunny I kaler belang-belang hitam, kucing snowy I putih macam kapas.


i selalu manjakan snowy tapi dia tak appreciate pun. huhu sedih. so i pun manjakan bunny.

-----

ok, be serious, well, sebab semua orang lain-lain, so each and everyone of us lebih kat situ sikit, kurang kat situ sikit.


katakan putih sekalipun, cantik ke whatsoever, hatinya kurang bersih, selalu cari salah and what not, mesti ada orang terjengkel. dan orang tak suka lalu menjauhkan diri.


benci-membenci (kulit hitam etc..) dan sentiasa tidak puas hati tentang apa pun perkara akan end up in self destruction. so, if the person writing that is prone to that behaviour (sedar atau tak sedar), dia sendiri sahajalah yang rugi kerana telah membuang masa sendiri.


i call that negative energy. it brings people down, but at the end, dia sendiri yang lemas. so people like this, better tak payah layan sangat.



orang hitam ramai hot lah. and muka ada flaws tu adat, Tuhan nak suruh jangan bongkak.

sarahistheone said...

kulit putih memang bonus, but calling orang yang rasa kulit hitam cantik is bodoh? baseless lah accusation macam tu

Anonymous said...

Come on la..kau cuba imagine orang hitam pakai baju bright pink ke biru terang..tak ke buruk. Kau tengok shoplifters tu. Kalau yang putih sarung baju lagi lawa dari yang hitam.

magenta said...

Anonymous- Kamu sorang je kot rasa macamtu. Aku tengok tak kisah sapa yang peragakan, semua sold jugak. Mungkin kamu cemburu kerana mereka lebih bijak membuat duit dan kreatif daripada kamu.

Kesian kamu, walaupun dilahirkan tak buta, tapi masih buta sampai tak dapat melihat kecantikan dalam banyak perkara.

Tak susah ke tiap-tiap bangun tidur, ada je benda nak tak puas hati? Haha.

Anonymous said...

hahaha... *nk tumpang ketawe* sungguh cetek akal makcik 'wannabe' 2...menghina org kulit gelap n kate kami ni x cnk...same menhina ciptaan tTuhan x cntk lah..hadoi...peliknyeee...

penyelamat dunia said...

bongok nya haha, diaorang nih tak tahu ke kulit putih bukan makna kulit cantik tapi kulit putih maknanya kulit dia putih. kulit hitam bukan makna kulit buruk tapi kulit dia hitam. suka hati kami lah nak suka mana satu kans.

betol dowh mata sepet bibir tebal sexy. macam aku. wahkugekahukga.

Paan Ovrtd said...

Yang mengutuk tu jenis cemburu iri hati la tu... manusia... apa ada hal...

Mr. Ombak said...

kecantikan itu hak milik setiap insan

Anonymous said...

ala, yang putih boleh jadi hitam, yang hitam bley jadi putih.

Aku tetap pilih gula perang gak!
Sedap tau bancuh ribena dengan gula perang.

Z said...

tiba-tiba teringat lagu duet yang femes nak mampus si Brandy dengan Monica dulu - The Boy is Mine.

aku rasa diorang hot gila dalam vid clip lagu tu.

farizzet said...

mentang mentang aku putih dan hensem kacak rupawan, selamba kutuk org kat belog sendiri...






lawak tak kelakar.

Mat Not said...

seorang kawan aku kata, dalam diri seorang perempuan walau sehuduh mana pun mesti ada juga yang cantek. kalau tak muka dia, hang tengok rambut dia, kalau masih tak cantik hang tengok tapak tangan dia, kalau masih tak cantik juga hang tengok kuku dia. mesti cantek punya. so.... konklusinya... cantek la kalau dah ada yang cantek... bodo.. khiakkkkkkk tuihtuihtuihtuih..

Rahimin Idris said...

"kucing hitam ke, kucing putih ke, kalau kamu boleh tangkap tikus, kamu kucing yang baik." -- mao tze dong.

aku kalau surf, mana2 blog sempat singgah dan baca, aku baca je. mudah saja, kalau suka baca la, kalau tak suka, tak payah kutuk2. bukan dapat apa pun. dapat dosa je.

Hazriqpedia said...

ahahaha.
hitam legam pakai pink? ok shj.
pink bukan dicipta untuk anda shj.
;]


so; keluar dari rumah tgk dunia puas puas. sapa duk umah mmg tulis org kulit hitam x lawa. mungkin sbb die x tgk next top model kowt. ahahaha. even iklan silky white clear and fairness pun cakap black and beatiful ;]

eryzal zainal said...

mag : tu azam taun baru dia...biaq pi arr~!

Anonymous said...

cantik itu subjektif..
yang putih itu cantik, yang hitam itu menawan..orang kulit sawo matang cam kite kat malaysia nih manis ape..kan manis tuh xjemu mata memandang...
so then, walau ape warna kulit kita pun, ynag dpandang tetap HATI...

Sue Anna Joe said...

Email me your YM can ah? sueannajoe@gmail.com

Thanks.

And I know which blog you're talking about. :)

Amak said...

mak aih. bibir aku tebal. terasa sial..

iqanabeera said...

my 2 best friends are very very veryyy fair-skinned girls. memang selalu lah jugak mereka sendiri mengutuk orang2 yang kulit gelap. and memang selalu lah jugak i jadi the butt of their jokes. although i think i'm quite fair-skinned to begin with. but whatever lah kan.

i have a preference for dark-skinned men. i think it's hot. and thus, my best friends never approve any guys that i date. aih.

Luqman said...

*clap*clap*clap*

tepuk dada tanya selera.

anak kambing mengembeekkk,
anak lembu buuu,
kalau da minat ayam,
chicken chop juga aku order.

haha. tgk Russell Peters better cmni.

eza erneza said...

*ngeh*


dari dulu sampai sekarang suka tgk org kulit putih. tapi btl jugak, org kulit pth ni kalau pakai apa je nampak cantik.


dulu aku jeles dgn kakak aku coz dia d lahirkan dgn kulit seputih amoi2. tapi aku lak ala2 sowo matang gitu. nak pth tak jadi sgt. nak itam pon tak jd sgt. tengah2 la. bak kata iklan silky girl sowo matang ke coklat.(btl ke??)


siapa yg ada kulit pth ni satu bonus la. btl. aku ckp jujur la, aku mmg suka tgk org kulit pth. pakai apa pun cntik. dan kalau boleh aku pun nak kulit pth mcm akak aku. atau lebih pth dari akak aku tau amoi2.


tapi hakikat tak bole ubahkan. kalau dah d takdir ada kulit hitam atau pth terima jela.


aku hitam. tapi suka gak melawa mcm amoi2 gitu. hua. aku pedulik hapa kan.


apapun hargai jelah kulit anda.


eh, cerita soal warna kulit pun bole macam nak berperang ek. *ngee*


noami cambell pon itam gak tapi jadi model. sebab berbakat.

Anonymous said...

mungkin 'Piah Zadora wannabe'ni puteh mulus orangnya tapi walaupun putih tader saper puji dia chantek... tu pasalla.. hahaha... putih atau hitam atau tak berwarna.. terima la kenyataan Tuhan tak pandang benda2 tu semua.. dia test jer letak kaler memacam tu..

enamoly. said...

seyes lawak babe.HAHAHA. adeh. naomi campbell hitam legam tp hot nak mmpos.abaikan je propaganda2 jepun utk jatuhkan tanah melayu ini

Dzulhafizi Dzainal Abidin said...

colour pon leh jadi kayu pengukur?

only people with no rationality and immature je yg boleh buat interpretation macam tuh...

dunia dah berubah, semua bergantung kat effort kita, bukan sifat luaran...

aku sokong Luqman, tgk Russell Peters lagi best...open-minded and humorous...hahaha

Anonymous said...

mungkin piah zadora wannabe ni tak pernah gi oversea.. duduk dlm rumah tak keluar lansung. dok tgk muka sendiri je. aku bajet mesti de hot gila.. shesshh.

Anonymous said...

lek aa..kaler je pon..ko itam ke, ko putih albino ke,makan nasi gak, minum air gak..

mati masok kubur gak. takde pon beze kubur orang kulit puteh ngan kulit gelap. talkin pon bace yang same je..takde plak talkin orang kulit puteh lagi best..dan takde plak talkin orang kulit gelap jadi lain..

kan? dah, banyak lagi mende penting kat dunia ni. orang palestine putih2, kene bedil tiap2 ari, apa cerita? jom tolong doa, lagi baik.

Iced Latte said...

Sebenarnyer Piah tur berkulit gelap gak dan muke dia ader iras Brandy sket kalau tgk dr belakang cermin kereta...

Kuey san said...

cantek adalah subjektif pada individu.

lain mata, lain penilaian.

contohnya,

fasha sandha...org kata cantek. sy kate x. ahhahahhaa..

ok, sape rs putih itu cantek, angkat tangan.

sape kate hitam itu cantek, angkat tangan.

haaa.. win-win situation. :P

'berperang' pasal wane kulit..adoiii laa...

apa kata pasni magenta wat topic org pendek vs org tinggi.

hehehe..

ps: chup x nak gaduh dgn fanatic fasha sandha. ;P

me said...

la selama ni aku rasa model kulit itam HOT ble pakai baju bright pink! ade gak org rase huduh haha..taste manusia memang xsama dan xkan sama..

heretic preacher said...

hidup dgn prejudis, hati penuh kudis!

Si Jambi Darat said...

kecantikan tu hanya pinjaman sahaja..
tp hitam manis tu menawan apa..
agak sengal juga kenyataan piah hak tuih tu..
semua manusia cantik.bukan dari segi rupa n fizikal je..

inam kitites said...

adu larr..kulit putih mmg larr cantek sebab bonus..
tapi acu cuba piki plak kalu kulit tuh diconvertkan ker hitam legam dalam phtshp..jwpan nyer 2 jer.."sweet" atau "eiiuww"

puteh hanya kiut dan hitam hanya sweet..itu jer..

dan aku akui mmg budaya kita obses ngn kulit putih dari baby sampai ke aki..

Jebon said...

Magz, siapa piah zadora wannabe ni? Selamba betul dia kutuk aku.

Sebenarnya,kalau gelap tapi hidung mancung, mata besar, bibir cantik, pun tak semestinya elok. Contoh terdekat : Syed Husni. Elok ke tu? Tapi teman wanita dia orang Sepanyol yang cantik.

Bibir tebal dengan mata sepet sexy.

Dan aku bila meludah tak pernah bermula dengan 'hak'.

Black Mamba said...

kah kah kah! menarik-menarik! aku yang buat blog, tak pasal-pasal anonymous lain kau heret sekali.

Kesian kau ni.

tsk tsk tsk.

Ingrid Dients said...

Mungkin dia "hak" sbb dia tersedak air liur sendiri dulu.

Meh sini blog minah tu. Biar aku piah zedora dia balik.

Piah Zadora ni pun satu. She took what you do for fun and turned it into a sport. Damn it. I should've beat her to it. Hahahaha.

Anonymous said...

aku rasa memanglah kau cakap macam tu magenta.tp bila kejadian mcm ni blaku kat aku.aku rasa kau mcm salah sikit kot.sebab:

1.aku keluar ngan membe aku bkulit glap,xde laki pon ngorat dia.dia cntik,body lawa.then skarang dia tgh cari produk putih sbb even membe aku yg lain ada jrawat tapi putih,yg tu gak yg kene ngorat.bukan sekali jadi cmni.it was like everytime keluar ok.

2.then,sebab org slalu nak putih slalu mlayu la kan.yela.our nature's colour utk mlayu kuning kan.n coklat.bukan yg tlalu gelap.so org cari produk pemutih sebab nak mereka diterima as well as mlayu lain.

aku rasa kalau kau gelap gila mcm bontot kuali pon mesti kau pegi cari pemutih.ala magenta..kamon..!hahahahahahahhahahahahahaahhahahaha

the artist and i said...

idung tak mancung, terasa jugak wehh!


hahahaha..

Anonymous said...

"p.s.: Bibir tebal dengan mata sepet tak sexy ke? Aku ingat sexy."

i agree. John Legend, Ne-Yo and Tyson Beckford. mata sepet cute and bibir tebal sexy. so cute and sexy at the same time. :)

broken_nigina said...

"Pelik kan blogger yang cakap tak nak orang baca blog dia, tapi mengutuk orang dalam blog."

auch,terasa.
lol.
bagi gua secara peribadi,semua orang ada hak nak menyuarakan pendapat dan bertindak balas terhadap apa yang dibaca adalah perkara normal.
dikecualikan untuk yang bagi komen kurang ajar cari gaduh di blog orang.

farizzet said...

iqa, date me instead.

Anonymous said...

magenta, aku kulit gelap.



makcik aku citerw, mak dulu suka kutuk orang gelap,



aku kuar gelap. parents aku dua-dua putih. entahlah, orang kata balasan tuhan.


takde family aku hitam tau.


sedeyh, uwaaaa

Mr Blur said...

haha gile maut sindiran anda itu. dan aku setuju.
cantik/huduh itu subjektif.
so janganla kasik generalize.
jgn la ckp manusia yang itam/mata sepet/bibir tebal/idung lebar buruk dan kutukan2 yg sewaktu dengannya.
c'mon.
Tuhan da bg sempurna fizikal. watpa kita mau kutuk ciptaan Tuhan.
lain la kalo perangai huduh.
^^,
nice blog tho. keep on blogging
^^,

Anonymous said...

Liya Kebede pun lawa.

cranberry said...

To Anonymous,

Ko kata orang kulit hitam pakai baju color striking tak cantik. Rihana tu hitam pun, dia pakai baju2 striking nak mampus, ok aje aku tengok. Banyak je orang ikut trend dia.

Aku pelik kenapa orang Asia (termasuk East Asia yang memang dah putih sejak azali) kemaruk sangat nak kulit putih, macam salji konon. Yang orang Barat nak kulit gelap2, kalau putih sangat pucat katanya, padahal memang dah dilahirkan putih melepak. Sanggup berbikini di taman sekitar kampus bawah matahari terik melampaui 33 darjah celcius. Aku pun malas keluar rumah kalau dah panas sangat camtu.

Just a thought.

Anonymous said...

sebabnya malaysians suka kulit putih. cuma golongan minoriti yang baru pandai menghargai kulit mereka sahaja yang berteriakan seperti mahu malaysians mengikut pendangan mereka. kulit putih memang bonus. btw, aku tetap rasa obsesi kepada kulit putih nonsense. kepada yang berkulit gelap, terima je lah ketidakadilan dunia. setiap orang ada keistimewaan sendiri.

lain latar masyarakat, lain lah obsesinya. posting kau kali ni memang kebudak-budakkan betol.

tak payah sibuk-sibuk lah sebut nama orang kulit gelap yang lawa. orang kulit putih yang lawa tak tersebut. haiz~

Anonymous said...

aku ni kulit cerah jugak tapi tak melepak.tapi aku cukup benci dgn org yg obses terhadap putih. salah sorg adalah makcik aku, sbb kulit die mmg putih melepak tahap zizie ezette tu.
die selalu komen2 ckp muka aku hampir sama dgn die cuma aku gelap.so kurang menarik.perasan lawa betul.aku rasa dia buta warna.kalau kulit mcm aku pun dia dah kata gelap, aku tak tau la kalau beyonce tu maybe dia kata legam la kot.anak kedua dia pun dia asyik banding2kan je dgn anak 1st sbb yang 1st tu melepak, yg 2nd tu putih biasa2 je.

aku tak paham ada jugak org mcm ni. aku yang tak tergolong dlm golongan gelap pun turut benci org yg ada 'ideologi putih itu lawa' mcm ni.oh please la.

saodah said...

selagi name manusia,
takkan bersyukor.
yg puteh nak kulit tan..

yg gelap nak kulit puteh.
yg gemuk nak kurus. yg kurus nak gemuk.

yg kerinteng nak lurus. yg lurus nak kerinteng.

tapi kalau kate kulit gelap cantik tu pathetic, cam tak skolah agame je.

shallow gile.

kesian cik ludah. amik 20sen g bli gule2.

Anonymous said...

say NO to shallowness

Anonymous said...

biase la.orang putih nak gelap.orang gelap nak putih.mat salleh siap cipta sun tanned,orang asia cipta fair cream.lumrah alam :)

moral of d story : biar putih hati jangan takat putih kulit tapi hati hitam.i mean bukan hitam sebab asap rokok,tapi hitam sebab penuh hasad dengki

Anonymous said...

farouq ni mcm cibai je.

Najatun Khairiyah said...

kulit gelap lawa pe.

cam aku.
contoh terdekat.

p/s:jgn bunuh aku.tolong!

Ferdows said...

Aduh Magenta, aku baru 2 minggu tak datang sini (blog kau)
Gila aku terlepas cerita 'panas-panas' ni!
Hahaha
Aku dah baca komen anon tuh semua. Tapi still tak dpt cari hint blog dia:P
Tak pe lah, manusia ni macam2.
Tapi, bak kata Lucius, kadang seronok layan betapa ceteknya pemikiran org2 mcm ni. Hahahaha
Sumpah aku gelak je. Happy New Year Magenta!:)

Anonymous said...

perbuatan anti-cibai hanya memperbodohkan diri sendiri. haha
bila mana pendapat aku mencerahkan pandangan kau yang memakai shades tengah malam. digest it bro. haha

amadshuqur said...

oit magenta. aku nak kutuk kau nih.... sebab aku pun nak org masuk dalam blog aku..... hahahaha.... (^&^^%$%$#$#@)*)*^&*&%&^)okeh aku dah kutuk kau.... apa lagi kawan2... aku dah popular... masuk lah blog aku... hahahaha poyo lah piah zadora wannabe

amadshuqur said...

oit magenta. aku nak kutuk kau nih.... sebab aku pun nak org masuk dalam blog aku..... hahahaha.... (^&^^%$%$#$#@)*)*^&*&%&^)okeh aku dah kutuk kau.... apa lagi kawan2... aku dah popular... masuk lah blog aku... hahahaha poyo lah piah zadora wannabe

thoyol said...

aku suka chinese look, member aku suka jenis hitam gelap. aku sendiri berkulit gelap, member aku berkulit cerah.

Pedulikan satu suara sumbang Magenta.. Beauty is in the eyes of beholder.

:)

Datin Paduka Nunu said...

hi, mag...i'm a new fren!

kulit gelap ke putih ke sama je...semua ade kelebihan & kekurangan...Tuhan dh wat elok dah semua..just bsyukur..

who is 'piah zadora wannabe' anyway??

daa!

persimmon said...

hehe..menarik topiks ini..aku prefer itam..sbb aku kategori itu..hitam itu menawan..tp dont judge people by skin color..lalalala

Hidayah said...

salam..saya datang dari post yang dipanjangkan pandangan dari laman web lain http://www.rediesh.com/renungan/usah-dipersoalkan dan saya datang pada post asal pemilik post isu ni.ingin juga saya meletakkan komen untuk dikongsi bersama.

salam..
alhamdulillah..posting yang menarik.
menambahkan kesyukuran apa yg Allah bagi pada saya.
saya ni berkulit gelap kerana ikut genetik ayah,
dan mak saya berkulit putih
saudara mara sebelah mak kebayakkan semua yang berkulit putih.apepun saya bersyukur dikurniakan cukup sifat(tak cacat).dan hari demi hari saya semakin dapat menerima seadanya diri saya,hari demi hari semakin saya mengenal Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.bukankah itu lebih utama mengenal Allah dari sibuk membezakan kulit? siapa yang bagi nikmat kulit tu? jawab,siapa? pada sesiapa yang memandang rendah dan mengutuk orang maka suatu hari nanti tak mustahil Allah tarik nikmat kulit korang,gebu tapi kulit panau,tompok sana tompok sini,bintik merah sana sini,muke kena asid,nak ke??

isu ni tak jadi masalah pada diri sebenarnya,sebab kita mesti bersyukur diatas nikmat yang Allah berikan.
kejadian manusia adalah dari tanah,tanah dari setiap pelusuk muka bumi Allah,maka hasil lah berbagai warna kulit kerana tanah itu berbagai warna.tanah liat,tanah keras,kerak tanah? apalagi..nak tahu lanjut kena tanya pelajar jurusan kejuteraan awam,sebab mereka ni kaji tanah untuk buat struktur bangunan huhu.

sebab apa saya kata isu ni tak jadi masalah?
sebab isu ni ditimbulkan oleh manusia,terutama dalam menjaga kecantikkan diri,menjaga nikmat Allah berikan memang dituntut tapi perlulah ada batasannya.janganlah sampai dah gelap sehabis boleh nak tukar jugak kulit putih, memang tak masuk akal.pendek cerita,nak jaga kulit atau wajah,kita jaga seperti kita dilahirkan dulu punyai pipi yang lembap,tak berminyak,tak berjeragat,menjaga warna kulit seperti warna kulit asal kita,bukan menukar warna kulit asal,nampak tak beza? jika samar-samar lagi,saya beri contah-kulit asal sederhana gelap,jagalah kulit jangan sampai jadi hitam legam,itu je,kalau beli pencerah muka untuk kembali cerah seperti kulit asal,bukan OVER sampai menghilangkan warna kulit asal.

lagi satu,disebabkan manusia lagi yang buat meraka yang berkulit gelap rasa rendah diri,pandang sebelah mata pada mereka yang kulit gelap. kita semua makhluk Allah,Allah tak pandang rupa,tapi Allah pandang iman dan ketaqwaan kita.ingat ni sampai bila-bila,ingat sampai korang menghembuskan nafas terakhir!

sedikit pengalaman,pada mereka yang berkulit gelap,orang kulit putih tak berapa memahami sebab mereka tak mengalami betul tak,hehe. saya pun sama je macam korang,dulu rasa down jugak dengan saudara mara kebanyakkan berkulit cerah,gebu.tambah pula dapat mak yang menitikberatkan soal kulit sebab mak kulit putih kan dari saya,jadi bising jugak mak suruh pakai bedak,(tak suke pakai bedak sebab tak biasa)saya kata kat mak,ape nak herankan memang dah gelap,nak putih mak kene kawin dengan orang yg kulit cerah,tapi mak pilih ayah jugak(kadang rasa geram tu yang mengomel kat mak-ni waktu tak matang dulu)mak saya kata,nampak cerah sikit(hakikatnya saya yang tak jaga kulit,selalu main dekat panas so nampak tambah gelap,mak saya tetap terima saya seadanya,bersyukur dapat saya :)),waktu saya lahir dulu mak cerita,lepas lahir terus tanya nurse anak saya cukup sifat ke? terharu saya,mak tak tanya pun warna kulit anak saya ape.saya rasa kalau mak anda sama gelap mesti tak berapa bising ye tak? haha.xpela pengalaman hidup manusia berbeza-beza untuk kita ambil pangajaran kerana Allah berfirman dalam quran,setiap kesenangan dan kesusahan kami pergilirkan untuk dijadikan pengajaran..

apapun,hari demi hari kita mengenal diri,mengenal Pencipta kita,jadi isu rasa down atau rendah diri semakin hilang dalam diri saya,tampil seadanya dengan berkeyakinan,barulah orang tak pandang sebelah mata pada anda.jangan fikirkan sangat apa yang orang kata,bersabarlah,bukan semua orang berpandangan sama,bila orang mengata,bersabar dan kita doakan moga orang itu mendapat hidayah dari Allah.bersyukurlah diri anda diuji,itu tandanya Allah sayang pada kita,jika anda ambil ujian itu secara positif anda akan lihat diri anda semakin kuat dan semakin meningkat iman anda pada Allah.ingat setiap apa yg Allah jadikan,tak ada yg sia-sia.sebab tu kita sendiri yg kena berfikir dan mengkaji setiap kejadian Allah. bayangkan sume orang sama je,kulit sama,prangai sama,muke sama?,seronok ke..fikirkanlah..

sebut tentang fikir ni,saya nak kongsi sebuah ayat renungan

[Fahami bersama]
“Sedarilah wahai soleh,bahawa berfikir itu bukan sahaja dapat melenyapkan kelalaian dan meningkatkan perasaan takut bahkan juga dapat membasmi kejahatan dan menambahkan kebaikkan yang berupa rahmat iaitu mewarisi pahala. Oleh sebab itu,fikir itu wajib ke atas orang-orang yang beriman. Ini kerana, mereka tidak akan mendekati Allah kecuali dengan fikir.”

p/s-kak,bagi kawan akk yg down tu bace ape yg sy coretkan ni ye.kim salam kat dia.ketehuilah diri dia bertuah mendapat warna kulit yg unik,bertuah diuji oleh Allah dengan warna kulit,moga dia tabah dan ambil ujian dari sudut positif.

fara said...

sye 100% setuju dengan "Laman Hidayah"...moga kita dapat memuhasabah diri tentang ini....

Brownhot said...

eh anonymous,aku kesian tgk ko ba,yelah aku tahu lah miss world byk yg kulit gelap,cth terdkt miss venezuela n miss puerto Rico,brapa kali berturut2 mng.Msti ko sbg org kulit putih terasa giler babi n geng 'putih' ko x mng...yelah klu ada pun 1000 dlm 1 je.Aku nasihatkan ko baik ko minta ampun kt ALLAH sblm ko kena campak dlm neraka sbb mnghina ciptaan DIA.

Anonymous said...

eiii putih2 ni senang nampk jerawat la.. geli..
haha oh kulit I actually putih. nth macam mana, mungkin selalu berjemur jadi sawo matang. ahah suka gila! RASA NK GELAPKAN TERUS! yes.. sbb bila sapu loseyen ke kan, pergh berkilat. sexy oo. putih2 ni.. i sendiri geli tgk diri sendiri. sbb tu i suka berjemur. btw..mari tgk JLO. perghh, sexy

Anonymous said...

eiii putih2 ni senang nampk jerawat la.. geli..
haha oh kulit I actually putih. nth macam mana, mungkin selalu berjemur jadi sawo matang. ahah suka gila! RASA NK GELAPKAN TERUS! yes.. sbb bila sapu loseyen ke kan, pergh berkilat. sexy oo. putih2 ni.. i sendiri geli tgk diri sendiri. sbb tu i suka berjemur. btw..mari tgk JLO. perghh, sexy