Friday, January 16, 2009

There’s Nowhere to Go but UP


Kamu percaya tak, ramai orang rasa kosong kerana mereka dah dapat segala yang mereka mahukan? Dan mereka tak tahu hendak mahukan apa lagi. Dan mereka berasa lagi sedih kerana mereka tak paham kenapa mereka masih belum tenang dan gembira walaupun dah memiliki semuanya.

Kadang-kadang sebab terlalu senang memperolehinya. Kadang-kadang sebab cepat sangat memperolehinya. Bila dah jadi jadi kaya, mahu jadi lagi kaya. Bila dah jadi cantik, mahu lagi cantik.
Bila dah jatuh cinta, mahu lagi high. Bila dah high, nak lagi high. There’s no way to go but up. Nowhere to go but up. Tapi what’s above cloud nine?

Ayah aku membesarkan aku dengan satu-satunya cara dia tahu- by denying everything I wanted. Aku nak sticker merlip-merlap, tak boleh. Nak marker pen yang kalau conteng atas marker pen jadi warna lain, tak boleh. Junk foods were once in a blue moon. Nak keluar, tak boleh. Aku bosan hingga terpaksa menghiburkan diri sendiri. Aku ajar diri sendiri melukis, menulis, membaca, buat cartwheels, split, segala perkara domestik. Aku belajar bagaimana nak gembira tanpa orang lain. Ayah aku pikir, kalau dia tak beri apa yang aku nak, aku akan berhenti mahukan benda tu. Memang betul pun. Budak-budak selalu mahukan benda yang budak lain ada. Marker pen warna-warni, stickers, yoyo, semua tu jadi trend sekejap je. Lepastu benda lain pulak jadi trend.

Jadi bila aku masuk kolej pada umur 17, aku jadi gila. Gila junk food. Aku makan di McD dan KFC yang berdekatan dengan hostel aku tiap-tiap hari selama 2 minggu. Kadang-kadang aku makan kat dua-dua tempat dalam satu malam.
Orang lain culture shock datang bandar. Mereka mula pergi clubbing, mula pakai seksi, mula beli compact powder. Aku culture shock junk food dan benda-benda merapu. You wouldn’t believe how freaking high I’d get eating a Big Mac or buying coloured pens when I was 17. Teruja macam anak dara yang baru kahwin semasa minggu pertama bulan madunya.

Sampai harini aku high makan junk food. Aku percaya sebab lama sangat memendam keinginan aku. Dan aku percaya untuk gembira untuk jangka masa yang lama, aku perlu pendamkan apa yang aku mahukan untuk jangka masa yang lama dan get it bila the timing is right. Macam fasa kejar-mengejar di permulaan suatu perhubungan. Lagi lama, lagi susah nak dapat, lagi thrilling. Dan lagi lama aku akan appreciate orang itu. Di mana keseronokannya kalau kita terus dapat segala yang kita mahukan?

Sebab tu juga aku rasa semua superstars yang mula berkecimpung dalam bidang lakonan pada usia yang terlalu muda akan jadi mental apabila hendak mencecah 20-an. Drew Barrymore, yang mula jadi famous pada umur 5 tahun sebab filem ET- dia mula minum alkohol dan ambil kokain pada umur 9 tahun. The Olsen twins- salah seorang ada eating disorder semasa remaja. Lindsay Lohan, Britney Spears- semua terpaksa masuk rehab. Ramai lagi. Aku rasa sebab tu lah- dapat terlalu banyak benda yang bagus dalam masa yang singkat. Mereka mungkin runsing kenapa masih belum tenang dan gembira. Mungkin mereka pernah berpikir, kalau dah ada rupa, fame dan duit, tentu gembira. Tapi akhirnya mahukan lebih. Pernah jumpa penagih dadah? Macam tu lah. Mula-mula rasa macam pot tu dah gempak gila, dah cukup. Lepastu nak heroin pulak. Then what? Hanya mula spiral into self-destruction saja. Bila dah tak tahu bagaimana nak lebih, mereka reka drama dalam dunia mereka. Seolah-olah mendapat perhatian yang lebih dapat menggembirakan diri mereka. Duit pun tak dapat kembalikan zaman kanak-kanak yang dah hilang.

That brings to the question- kamu tahu ke apa kamu mahu? Kamu pasti ia dapat menggembirakan kamu? Kamu rasa kamu akan gembira tak kalau kamu lebih cantik, lebih kaya, lebih famous? Aku pun dulu pikir macamtu. Yang aku akan lebih gembira kalau lebih cantik dan kaya. Di luar boleh berubah, tapi yang dalam tak tentu boleh. Lepastu aku mendapati perkara yang dapat menggembirakan aku memerlukan aku untuk mengorbankan wang. Sungguh ironi. But that’s another story.

Siapa kata kita hanya akan gembira apabila kita dah cukup kaya, good looking, ada banyak asset untuk menunjuk-nunjuk, banyak peminat? That race will never end. Mungkin kamu dah gembira, cuma belum sedar lagi saja. Perkara yang orang lain semua mahukan, tak tentu sesuai untuk kamu. Mungkin semua orang mahukan Haagen Dazs, jadi kamu pikir tentu Haagen Dazs yang terbaik dan paling bagus. Tapi mana tahu aiskrim potong akan lebih menggembirakan kamu? Mana tahu aiskrim potong lagi menepati citarasa atau deria rasa kamu? Bunyi macam analogi untuk cari pasangan pula, tapi bukan, ini analogi yang boleh diaplikasi dalam semua aspek. So screw other people, what do you really want?

55 comments:

Anonymous said...

tq magenta..

That brings to the question- kamu tahu ke apa kamu mahu?

aku mahu hanya ketenangan hati menempuh kehidupan..bila hati tenang dan semua kerana Allah, sume hal jadi mudah..really!!!!

material itu semua sementara je..fitrah anak cucu Adam..xkan puas..bile dah puas..jemu pulak!!!

tapi...aku xkan penuh jemu bace ko nyer entri..

keep up!!!!!

tokencat said...

menariknya mcmana konsep kehidupan yg sgt basic boleh sering dilupakan semua org. seakan-akan konsep usaha tangga kejayaan.

Z said...

aku nak duduk lama-lama dalam bubble bath dgn endless suply of pancakes.ah...

Izuan said...

buat masa ni, aku hanya nak tamatkan pelajaran... langsaikan hutang PTPTN dan pinjaman kereta.. lepas tu beli rumah pulak.. dan kene kerja keras untuk bayar pinjaman rumah.. bagi aku kalau takde hutang tu adelah definisi kaya yang sebenarnya.. tapi bagi orang yang tak kaya macam aku nih kenalah juga buat pinjaman..

ketagih junk food pun ade gak tapi taklah ekstrim macam kau.. adelah masa2nya aku mengidam KFC atau McDonald's.. dan bila mengidam mesti nak pergi beli jugak huhu..

MariaFaizal said...

Married with kids, my duties are endless till I RIP. Just before that, I need to make sure that my children have enough education (life or on paper) & if I could, I'd give the whole world to them.

Single VS Married with kids - We'd see things from totally different perspectives (as our purpose of life is no more about oneself but others )

Take care Mag.

Anonymous said...

That's prove:

"Demi masa, manusia sentiasa berada dalam kerugian" - Surah Asr : 1-2

"Demi masa, manusia sentiasa berada dalam KERUGIAN"

"Demi MASA, manusia sentiasa berada dalam KERUGIAN"

Firdauz takes five said...

ais krim potong > Haagen Dazs

period.

when it comes to ice cream, i'm always right

(but now i want to be more right, lagi betul dari semua yang betul)

how ah, how ah

Hadi said...

simplicity is the best policy yo.

peace.

Matematis Muda said...

tadi bila aku buka peti ais nampak ais krim potong terus teringat kat entri kao yang ni haha
bagaimana segala kerumitan duniawi ini dinisbahkan kepada ais krim potong sahaja
kool!

C.E.@ said...

isu aku dulu:wang...aku ingt ada wang kita gembira.but at the end of the day,all u want is to be loved and to love.

just sumtin i've xprience b4...

Amin Ahmad said...

all you need is love, love...love is all you need - john lennon :)

Z said...

*supply, typo, ish sorry mag

Anonymous said...

Baru jumpa blog kamu daripada blog Jebon.
Hai Magenta!
Saya Meganadan.

Well anywayz, I know perfectly what I want.
But the thing is, you see; the list just keeps coming.
Same as others.
They now what they want.
But they just can't realize when to stop.

One example, my dad knew how many kids to produce, how much profit he has to make to raise his children & etc.
But what he can't realize is, how evil & retard can his son be.

Orang boleh tau berapa jauh mereka boleh jadi kaya, mereka tahu mengapa mereka ingin menjadi sangat lawa & mereka faham tak menjadi salah utk menjadi lebih famous.
Mereka juga ada rights utk menjadi alcoholic-abuser, drud-addict & how to maintain their lives as one unhealthy pornstar.

But the thing is, can they realize their limits?

Tak kesah lah org yg dapat apa benda secara senang.
At least dia tak menyusahkan ovari org lain sudah..

Well that's what I think.

It's not how beautiful the lie is, it how far can you percieve things as they are jer.
Bak kater member saya, kebenaran berdarah.

:}

Bloody truth!

Adexx Boxx said...

perfect thought from you...

lebih baik susah dapat pendam lama2..bila dapat hargai gila2...
atleast we struggle so hard for the certain thing life rather than senang2 dapat pastu tak tau nak appreciate macam mana...

Hazriqpedia said...

hebat

the artist and i said...

aku mahu kenal diri aku.



Masa kecik aku selalu kena pakai baju kakak aku.

Dan mak aku pernah mengaku dia agak pilih kasih di antara anak-anak.

Aku yang tengah.

Yang lain sama ada kesayangan mak atau arwah papa.

Bila dah tua, aku dah terbiasa kurang meminta.

Kurang shopping

Kurang dari segi keinginan material. Walau kadang2 hati membuak.


Cuma sekarang, nak cari diri sendiri.

:)

Anonymous said...

btul..aku dulu pn jrg dpt apa aku nak..yelh,keluarga besar, ayah gaji kecik..knalh tolak ansur..tp bila aku ada duet sndr skrang, aku berusaha dptkn apa yg aku nk..tp aku plg tak suka bila ada yg mcm xpuas ati dgn apa yg aku ada skrang..aku geram nk ckp yg korg bukn tau apa yg aku selama ni..ms aku memendam rs dulu, ada korg kisah ke psl aku?..tp mls nk lyn,ikut diorg lh nk ckp apa..kita mmg xkn dpt puaskn ati sume org, tp biarlh aku berusaha sndr utk puaskn ati aku sndr..sekurang2nya aku x mntk2 dr org laen..aku usaha sndr..dan aku hargai apa yg aku ada skrang

theblabber said...

betul kata hadi, tp kita mmg selalu nak sesuatu yg lebihkan? as if bila lebih dari org, kita dah hebat.

im vague sometimes, tatau apa yang aku nak. yg pasti aku tak pernah puas. tak boleh org lain lebih. aku pun nak try.

pathetic kan aku? Erkk

Nadrah Mustafa said...

I want to find myself. My absolute, dear self.

Anonymous said...

jawapan stereotype.lumrah manusia.bile dah dapat ape yang die mahukan..die nak lagi dan lagi dan lagi.bila dah sampai penghujung, baru dia rasakan sepi :)

sugarshay said...

sy mau turun berat badan!tapi if dah jadi kenyataan nanti..sy akan turun dan turun lagi....so,sebab tu sy abaikan niat sy dan biar kan laa jadi macam ni...ahahaha!

p/s : bace first paragraph of this entry, teringat plak cite "Seven Pounds"....ermm~

p/s yang kedua : sy baru bace blog kamu dan saya suka!

Basirah Borhanuddin. said...

manusia mmg camtuh.
lumrah. plg nak dlm hidup, TIME mungkin.
we always neglect time, tak gune wisely.
taknak rase menyesal kowt.
kalo bole taknak sebot, "kalau and kalau" again. huhuu.

Anonymous said...

money is everything. but easy come, easy go.

haha. kau mengalami culture shock yang hampir sama dengan aku. salah satunya, aku makan maggie banyak-banyak bila masuk university. sebab parents aku tak bagi makan maggie masa kecil. heh

Anonymous said...

senang je mende ni.

Islam dah suruh penganutnye berSEDERHANA dalam semua aspek.

Khalifah dulu2 pon lepak je bersederhana.Mande ade rumah besar2
macam pemimpin sekarang.

Persoalannya.Sejauh mana kita mampu melawan nafsu kita yang sentiasa mahukan lebih2?

Sume sebab nafsu.

Anonymous said...

Bagaimana kalau kita tidak letak kegembiraan sebagai satu subjek dalam fikiran kita?

Kita biarkan saja kegembiraan itu berlaku secara natural dalam proses kita membuat apa yang 'sebenar' kita hendak buat. Dalam hidup.

Apa-apa saja. Terpulang. Hal ini sangat individual.

Anonymous said...

don't be fat and ugly

Anonymous said...

aku jarang bermewah - mewah. tapi kadang2 aku beli hadiah untuk diri sendiri selepas sekian lama bekerja keras. confirm puas hati sebab aku tahu aku layak untuk dapat hadiah itu. macam tu baru seronok.

unicorn said...

lepas bace entry ko nih, aku rasa aku perlu bermuhasabah...tsk

Murlak_s said...

nice giler!! cayalah!!

bravo.. tapi, org yang baca, pastikah akan insaf? atau insaf setakat 5 min, 2 hari atau seminggu?

itu persoalan lain.. tapi.. yang penting ur msg is soo clear.. salute!!!

Anonymous said...

piah zadora kutuk kau.. cuba kau baca entry last..

magenta said...

Dah baca tadi. Aku rasa dia minta pendapat tu, bukan kutuk.

Anonymous said...

LOL..mane ade piah kutuk magenta, piah just bagi tau ape pandangan die on topic yang magenta tulis. pandangan piah takde kene mengene langsung dengan diri magenta.

Anonymous said...

anonymous ni tak baca betul2 entry piah zadora yg dia maksudkan..asal nampak entry piah zadora dia terus ingat kutuk, padahal minah tu kasi pendapat...piah zadora ni kadang2 reflective jugak.

Anonymous said...

This is my first time reading your blog, and I have to say this post caught me off-guard. It also kind of tugged my heart a bit.

I've read similar concepts before.

I think it's human nature that we are insatiable. So, we always chase our dreams to have everything under the sun, and possibly even more. But like you correctly point out, it's ironic that sometimes in that chase, we have truly lost what we have hoped to gain in the first place:happiness.

Thanks for this kind reminder. May I am already happy, It is just that I don't know it yet.

You have a good day.

thoyol said...

nice post!!

Aku nak syurga selepas mati. Tapi aku tak pernah betul-betul usaha ke arah itu..

Haih..

Aku percaya yang mati itu boleh datang tiba-tiba jadi tak guna untuk memendam rasa. Get what we want and enjoy it while we can.

:)

magenta said...

Ramadhan: Good luck on your quest. And thanks. :)

Tokencat: Orang sekarang dah tolak hidup simple sebab mereka suka menyusahkan diri sendiri.

Z: It's 6.30am and I'm hungry for pancakes. Hehe. Pancakes gebu gebu yang ada Hershey syrup atas dia. No need to apologize. I pun selalu buat typo.

Izuan: Yeah, aku rasa orang banyak duit pun berhutang. Nak beli modal selalu kena buat loan.

MariaFaizal: Most of hardly live the way we want to. We want to please our parents, then our partners, then our kids. And our friends.

Fariz Bakar: Emmm yeah.

Firdauz: You greedy bastard. Haha.

Hadi: That's right yo. Peace out.

Matematis Muda: Wahhh. Aku terharu hahaha.

CE@: Yeah tapi kalau nak kahwin pun love won't survive on its own. Punca utama perceraian adalah duit. Just something I've learned too. Huhu.

Pewaris Reformasi: Haih, John Lennon. Dia terlalu idealistik bagi aku.

Terror-rst: Hai Meganadan! Life is a gamble. You do something but you never quite know how it will turn out.

Adex: Hehe dunno about perfect, but thanks. Yes, exactly. Tu yang aku nak utarakan.

Hazriq Ishak: Terima kasih.

Ms Weed: Kita sama kot. Introspektif.

Ann: Aku belajar dulu either kita puaskan hati orang lain or kita puaskan hati diri sendiri. Dan aku pilih yang kedua sekarang. Sebab orang lain takkan pernah puas hati dengan semua yang kita buat.

Miezi: Tak pathetic, cuma tu sifat yang membuat kamu human. Sometimes kita just nak rasa diri kita worthy.

Jumping Jane: Welcome to the club :)

NoName: Nice. Rhyming. Hehe.

Sugarshay: Best tak 7 pounds? Nanti aku download. Thank you!

Batchiwa: Tu la pasal. Perkataan kalau tu macam setan menghasut. Haha.

Farouq: Money is not everything, but it is something. Something important. Aku suka makan maggi goreng Indomie sekarang. Perencah dia sedap.

Hac01: Orang paling kaya dalam dunia sekarang ni pun mengamalkan simplicity. Dia tak ada bodyguard dan rumah dia tak ada pagar.

Perayau: Tak boleh sebab...kita tak boleh stop dari berfikir.

Miab0011: Lol. Well I dunno if I can remain thin after I have kids.

Anas: Ohh best. Aku pun suka buat perkara sama. Bagi hadiah kat diri sendiri. Sapa lagi nak bagi hadiah yang exactly apa kita mahukan kan?

Unicorn: Tsk, tsk.

Murlak_s: Hehe tak kisahla insaf ke tak insaf, tapi aku just nak people pikir pasal hidup mereka. So many people live their lives without being aware of themselves..

Baca betul betul & Youknowho: Haha are you the same person? Yupe. Piah can be reflective sometimes.

D: Exactly. You have a good day too.

Thoyol: Easy come, easy go. Sebab tu aku suka memendam rasa. Tapi kalau aku akan mati cepat, aku still akan memendam rasa. Pasal banyak benda yang aku nak tu benda yang tak betul. Haha.

Anonymous: Maybe it's time to stop eating shit. One question: Why do you type like a prepubescent kid yang copy paste lyrics hiphop to look smart and kewlz? lol.

Anonymous said...

heck no.

Anonymous said...

Well don't you know we've been served with shit just by living here in Malaysia?
There's no good food for you unless you pay well.
There's no good live unless you pay more.
There's no getting away from cops unless you bribe them more than a hundred.

I want everything better for my children.
I don't fucking care they'll be brought up as one spoilt lil brat.
I want everything the best for them.
Hey, who doesn't right?

magenta said...

Hey, chill man. Things are worse elsewhere, trust me. Give your kids good education, and they'll be fine.

Anonymous said...

anonymous nak rasa penkek tanah kat haiti ni..baru belajar nak bersyukur..lempang kang naya ja..

rock n' troll said...

First time aku dapat makan KFC pun masa aku 13 tahun. Bukan sebab bapak aku strict (sebenarnya memang ultra strict dan garang, but that's a whole 'nother story) tapi sebab kita orang susah. Jangan kata pen kaler kaler, benda basic pun susah nak dapat. Hari-hari makan ikan kering.

Oh well. Like the philosopher Jagger once said, 'You can't always get what you want'. Ye lah, aku ni dah le hensem, slim, putih, tinggi, funny, popular, supermodel keliling pinggang. Kalau childhood aku tak Dickensian, tak adil la Tuhan.

Nurul Nadia Abdullah said...

oh..sangat menginsafkan...menimbulkan persoalan dlm diri saya...apa yang kamu mahu dlm hidup ni??bahagia,kaya,ada pakwe hensem??hmm...sumer ni mmg lumrah hidup,maklumlah,manusia lemah macam kita x pandai nak bersyukur,slalu tamak akan keduniaan tanpa memikirkan what come after this..apa yang penting,kerjasama(nyanyi lagu wonderpet jap)...apa yang penting,kita kenalah slalu bersyukur,kerana setiap yang datang kepada kita adalah dripadaNYA...

zur@ said...

glad i read ur post. huhu. nicely said.

the thing bout life, we might not always got what we want, and the only way to live peacefully is to make peace with what u've got.

kesimpulannyer, manusia takkan penah puas hidup didunia ni. that's the reason its temporary.

Anonymous said...

Eleh. Ikan kering skang ni bukan main mahal lagi. Org kaya je mampu beli. Org miskin beras pun belum tentu mampu lagi skang ni.

Jagger, philosopher? Hak tuih.

Haha.

SyAhiRah LaLAla said...

masih tak tahu apa yg i mahu.apakah? tolong magenta tolong! isk.

Datin Paduka Nunu said...

really nice blog!

;))

Anonymous said...

so true.
sampai sekarang aku sendiri memang tak sure apa yang aku nak. masih biol mencari-cari

H. said...

i like this post.my parents used to deny me all those things too.except for junk food.their policy is:you want it,you earn it.

sarahistheone said...

bila ada everything tak puas. am i right or wrong to think that perhaps why brad-angie pitt ramai mengumpul anak atas reason not any single benda material dah boleh puaskan hati them. and to some people raising kids give them some kind of unexplainable pleasure. (maybe macam i addicted to bela kucing kot? dah ada anak i don't know how lah. takkan nak pakaikan anak loceng. ahahaha)

Anonymous said...

hmm, first time reading your blog (= this one is sooooo trueeeeeee.

i kinda sit back and relax while reading this. and somehow i was like aah. sebelum ni perasan things like these happened in life. tp just skipped budget tak important. but actually it is important to care about it (= thanks magenta!

Ophe said...

yaa.. kita kadang-kala terkabur dengan gambaran indah yang diberikan. Sentiasa mahu menjadi ekor keretapi berbanding kepala keretapi. Kita tidak pasti apa sebenarnya yang kita mahukan... ermmm

Anonymous said...

"I asked God to give me happiness.
God said, No.
I give you blessings, Happiness is up to you."
- unknown

Anonymous said...

hye magenta..

i just read your blog and i love it..
i dont know u actually but your blog linked with my friend's friend i guess..
well very impressive..

hope you dont mind that i'm reading your blog,k?

magenta said...

Anonymous: Thanks =) I don't mind at all, glad to have new readers

[hamster cupcake] said...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.