Tuesday, August 24, 2010

About a Boy


Al-Fatihah buat arwah Mohamad Faiz bin Taufik or as I know him, Jipo.


Jipo adalah manusia paling segala dalam dunia aku- paling baik, paling sihat, paling bijak, paling tabah, paling kelakar.

Masa dia terpaksa tinggal di hospital, dia mengumpamakan stay itu macam “pergi holiday tempat tak best, jadi terpaksa duduk dalam bilik dan browsing ja”. That was how positive he was. Masa rambutnya mula gugur disebabkan chemotherapy, dia kata, “I’ve always wanted to try this style, dulu rebonding dah try, now GO BOTAK!"
Even selepas 3 rounds of painful chemotherapy dan operation major membelah dada pun Jipo masih retained his good humour. Bila kawan dia nampak gambar dia kat Frankfurt dan tanya kenapa dia berada di situ, dia menjawab, “Aku operate. Ko ingat aku gi main itik kat Frankfurt mcm korang ke? Lawak pi Frankfurt main itik...macam kat Malaysia takdak je hahaha.”

Macamtu lah dia sampai akhir. Masih buat aku and orang lain happy. Masih ingat lawak-lawak dia yang unik, benda-benda yang orang lain tak terpikir. Sepanjang ada cancer dia masih spread his humour, suka tulis status atau share benda-benda unik atau lawak. Teringat dia mempersoalkan lagu tiga kupang.

“Lagu 3 kupang, saku penuh padi (sing a song of sixpence, a pocket full of rye), 6 ekor burung, masuk dlm kuali (4 & 20 blackbirds, baked in a pie)...nape bukan "24 ekor burung"? Exchange rate leh ubah-ubah...bilangan burung dalam pie tidak, hehehe...tetiba tak puas ati, padahal penat2 org dahulu kala translate ke malay”

Dan status facebooknya yang lain never failed to make me smile-

“It's a bit sad+angry everytime I watch BBC or CNN weather forecast because they left out Kuala Lumpur. There's enough space between Bangkok and Singapore on that map, even for a Haiku!”

“Sometimes before I went out to buy groceries, I checked the time and world cup match schedule...just to avoid the "freak-who-don't-watch-football-or-maybe-trying-to-rob-a-supermarket-during-world-cup" look from the cashier/customers”

fb ni pressure tul, yela2 aku change profile pic!
"XXX and 30 other friends changed their profile pictures"
fb hidden msg:"how about you, loser? done anything interesting lately?"

Perit terpaksa mendengar kisah arwah di mana selepas menghadapi 3 rounds of very painful chemotherapy dan major operation belah dada, cancernya telah merebak ke seluruh badannya dan menyerang saraf tunjangnya hingga dia lumpuh, memakan semua organ dalamannya dan kemudian perlahan-lahan menyerang peparunya. On his last days setiap nafasnya seperti menarik balik nyawa ke dalam badan, dan setiap suap makanan terlalu menyakitkan dan memenatkan sehingga dia pengsan. Tapi dia masih mahu makan dan minum. Masih senyum kepada kawan-kawan yang datang melawat sehari sebelum pemergiannya walaupun nak bukak mata pun susah akhir-akhir tu. He was in so much pain doctor terpaksa memberi morphine dan ubat pelali, dan badannya tak mampu menerima oksigen sehingga kukunya jadi ungu walaupun diberi oksigen maximum dosage.

Dengar kisah dia terlantar lumpuh, teringat bagaimana dia lah orang paling particular pasal kesihatan yang aku pernah kenal. Asyik pergi gym, rollerblade, jogging, berbasikal. Punyala jaga kesihatan, makan pun jaga, subscribe Men’s Health. Tak pernah merokok, tak hisap shisha walaupun rumah yang dia dok dengan housematesnya dulu ada bong shisha. How my friend took such good care of his health, begitu dia jaga amanah dia dengan Tuhan. It could happen to anyone.

Bila dah terjadi aku tertanya diri aku, kenapa aku yang rapat dengan dia? Aku sedar orang cam aku ni banyak kekurangan nak dibandingkan dengan dia, kenapa aku yang dia sanggup be friends with, care for? Rasa bertuah sangat. Dari seorang kawan di UiTM sehingga seorang kawan yang aku dah anggap macam abang di Germany. Dari zaman happy, main-main SMS tahun 2003 hingga zaman aku manic depression pada 2008 sehingga tak dapat makan dan tidur berhari-hari. Allahyarham datang makan sama-sama nak make sure aku makan, tolong datang kemas rumah. Hinggalah pada akhir tahun 2009 dia bagitau pasal sakit belakang sampai takleh sujud, berus gigi dan tidur sebelum dia di-diagnosed dengan barah. Dia ingat dia sakit high blood pressure. Tahun 2010 semasa dia tengah battle cancer pun dia masih teringat kat aku walau di benua lain-lain, kalau dia jumpa benda best, mesti terus message habaq “ha yang ni best, hang mesti suka”. MasyaAllah.

Baca balik log-log YM lama,

aikaisme (12/27/2007 9:35:30 PM): hahahaha
aikaisme (12/27/2007 9:35:36 PM): kepo la ang ni

aikaisme (12/27/2007 9:35:37 PM): ahahaha

Jipo (12/27/2007 9:35:46 PM): kepo kat ang ja

Jipo (12/27/2007 9:35:52 PM): sbb ang kepo gak

Jipo (12/27/2007 9:36:12 PM): -ve + -ve jadi +ve
Jipo (12/27/2007 9:36:26 PM): -ve x -ve jadi +ve

aikaisme (12/27/2007 9:36:59 PM): hahahaha

aikaisme (12/27/2007 9:37:01 PM): jahat

aikaisme (12/27/2007 9:37:10 PM): aku dh setahun kot tak sebar rumor


(Ni lah lawak skema budak electrical engineering. Kami tak mengumpat masa ni, saja kecoh pasal bapak kawan kami masuk paper. Jipo jenis tak mengata orang. Aku, mungkin lain cerita). Dan,


Jipo (1/25/2008 6:39:13 AM): nape akaun frenster takda?
aikaisme (1/25/2008 6:40:35 AM): aku delete
Jipo (1/25/2008 6:40:48 AM): nape?..kena ban ke
aikaisme (1/25/2008 6:40:57 AM): haha takdela
Jipo (1/25/2008 6:41:30 AM): patut la featured frens aku kurang sorg..aku igt frenster bengong ke ape
aikaisme (1/25/2008 6:42:11 AM): haha skg nak ganti ngan sape
Jipo (1/25/2008 6:42:52 AM): haha..ntah..biar je dulu..busy nak exam..(ceh mcm penting je..padahal leh amik je sesapa)

Aku check friendster tadi. Last dia aktif tahun 2009. He never really did replace that slot. Sedih rasa. Bila dah takda, macam-macam teringat. Nasib dia sempat poskan 2 DVD penuh dengan gambar kami semua dan videonya kat aku tahun lepas, lepas hard disk aku crash. Senyum tengok video arwah time sihat, time happy, gelak kuat-kuat (trademark dia). How I miss you. This is how I choose to remember you. Al-Fatihah.




Tambahan: Teringat bagaimana arwah betul-betul tak suka menyusahkan orang; masa orang risau dia sakit cancer, boleh pulak dia mintak maaf sebab buat orang risau! Pastu rasa guilty sebab suruh mak dia masak bekal 3 hari sebelum balik Malaysia (masa dia undergoing treatment kat Germany) walaupun masatu dia dah tak larat sangat sebab chemo. Last sekali, teringat masa kawan dia suruh demand meja lagi besar kat hospital sebab meja dia dah penuh dengan barang (memang meja tu kecik gila). Dia jawab "Takyahla, buat susah makcik cleaner mop pagi-pagi ja." Kawan aku yang sangat considerate, sangat penyabar. Dalam kesakitan pun dia utamakan orang lain. Tak pernah sekalipun dia complain pasal takdir dia.

57 comments:

Anonymous said...

Takziah & Alfatihah.

that was a very moving piece that you wrote for/about your friend.

not9to5

Dayana said...

alfatihah. moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Unknown said...

Innalillah wa inna ilaihi raji'un ..
My sincere condolence to Arwah's family .. May Allah place him with His most beloved .. Amin ...

norshakeela said...

Al-fatihah. Walaupun tak kenal rapat tapi dulu skulmate mcam terasa pulak.

susudalambotol said...

Al-Fatihah. Sedih baca penderitaan dia melawan sakit. Dari begitu, lebih baik Allah ambilnya semula dari dia terus derita :'(

phoenix said...

salam takziah..
i didnt know either of u..but after reading ur blog,i'm sure he's a great person who have such a good fren..
sorry for ur lost.

Moose said...

Al-Fatihah. I heard about the news from my junior's FB status.

Dammit said...

Inspiring. Thanks for sharing. Semoga perjalanan dia di sana dipermudahkan. Amin :)

the artist and i said...

tahziah dan alfatihah

Verdict said...

takziah. alfatihah.

anda sgt kuat utk menulis ttg dia.

moga dalaman jua kuat.

Haq Mohaidin said...

alfatihah

Pumpkin Peroz said...

al-fatihah~

penyelamat dunia said...

al-fatihah.

he is an inspiration. he represents positivity and innocence which is certainly not an easy feat considering how dark and cynical the world and its inhabitants could be. us human beings should all learn how to think like he did. the fact that someone like him has existed should remind us how beautiful humanity could develop into and motivate us to contribute.

and this is coming from a stranger who only knew him through stories told by one of his closest friends who he treated and took care of like a sister. she has talked about him a lot ever since i have known her, even before he was diagnosed, each and every time in a positive light.

Atiqah Ahmad said...

takziah dan al-fatihah.

even tak kenal arwah but i know he was a great man. hampir menitis air mata baca entry ini. :(

elek engin said...

Wow besaq betui kawan hang ni mcam kingkong pegang tower tu dari jatuh. or itu superman ke..

Hang pun elektrikal engineer juga ke..hmm mesti pandai maths ni kan..

weeii said...

Weeeii apa sedih2 ni.. dia bukan ke mana..

everyone is dying. It is just a matter of fast or slow je.

What good is life? In the end everyone must die!!!!

Firdauz takes five said...

=(

these days, all the good people die from cancer kan?

i rasa i penah baca comments dia, he was an avid reader of this blog kan?

(and i think, in one of those comments, you actually referred me to him, about something. about perempuan pusing2 tu kot. not sure. lupa. but his nick seems familiar)

kalau i pandai kan, one day i nak hasilkan a single and universal vaccine for cancer.

and kalau i pandai lagi, one day i nak buat time machine and meet ur friend jipo and bagi dia vaccine tu.

(but to be honest, u already lagi pandai dari i. u made ur friend an inspiration, for me)

Firdauz takes five said...

=(

these days, all the good people die from cancer kan?

i rasa i penah baca comments dia, he was an avid reader of this blog kan?

(and i think, in one of those comments, you actually referred me to him, about something. about perempuan pusing2 tu kot. not sure. lupa. but his nick seems familiar)

kalau i pandai kan, one day i nak hasilkan a single and universal vaccine for cancer.

and kalau i pandai lagi, one day i nak buat time machine and meet ur friend jipo and bagi dia vaccine tu.

(but to be honest, u already lagi pandai dari i. u made ur friend an inspiration, for me)

honey bedazzled said...

eh u also know faiz? wow dunia kecik.

Superman's Girlfriend said...

Sedihnya bila yang rapat meninggalkan kita. Innalillah.

Anonymous said...

takziah

see....sebenarnya banyak benda yang elok-elok boleh dicakapkan dan diingati tentang orang yang sudah pergi, tetapi ramai pulak yang memilih untuk mengeji.

Kuey san said...

Takziah.

Dari-NYA kita datang, kepada-NYA kita kembali.


al-Fatihah.


ps: Thanks for sharing, Magenta. U did the rite thing when u decided to write and post the entry. People read, sympathize and recite al-Fatihah.

cik diy said...

alfatihah...

salam takziah...

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada...

I miss Jipo too said...

Tak tau nak komen ape,sbb apape I say will make me cry. Rindu sgt kat Jipo, walaupun kenal dari jauh je. I love his writings, so honest, so funny, yet so innocent, rasa boleh connect with a side of me I never show. Tiap2 hari tgk gambar profile dia, tak tau ape yg I expect. Rasa happy plus deep loss plus sedih tak visit dia the day before he died even though I already had a feeling and we already planned to go. I siap masak utk bukak posa awal that day..nasi beriani, nak bekal bawak for parents dia. Nak amik gambar dia bukak mata and senyum for you to see on Thursday. And because I knew somehow, they get better before they go forever. But my two guys tido and tak dpt bangun. I hate it when my intuition is right about something like this. But this is the way fate went..my last memory of him was a painful one. But I try to imagine it was different, that he was awake and smiling. Tiap2 kali ingat baca fatihah..at least he will still benefit from my remembrance.

LailaAlfisyahr. said...

Seriously, walaupun tak kenal arwah, orang pun rasa tersentuh sangat.

Alhamdulillah, dia tinggalkan kenangan manis untuk kawan-kawan dia semua :)

Anonymous said...

Al-Fatihah buat arwah. Takziah untuk keluarga dan sahabat handai

Envious said...

I wish when I die you will write my eulogy too.

I can think of no one better! Hehehe. Because you write so good.

Of course I dont expect you to write just the nice things about me.

Just the truth, which so happens just nice things! haha.

But how will you know when Im dead?
Now that is a good question.

No disrepect of course to the dear departed. But seriously I have written eulogies for others and it did cross my mind who would write one for me?

A good one.

ubisetela said...

Takziah...
This post made me laugh & cry (walaupun x kenal arwah).
Semoga arwah tenang disana.
*AlFatihah*

Jasmin Hassan said...

Al fatihah.
Ur so lucky to have known someone so wonderful. I hope you'll be strong. He went in Ramadhan and I think his family n people who knew and loved him can somehow take comfort in that.

Take care.

Anonymous said...

takziah.

hidup mati di-tangan Tuhan.

al-fatihah.

B.

Fuzzy A! said...

This post makes me want to step back and review my life, see if I'd leave behind as good a eulogy as your friend did.

You made me wish I'd known Allahyarham.

Condolences on your loss.

Heysátan said...

takziah.

theblabber said...

mag,
arwah really a reflection of a good friend of mine, except that no body knows he's suffering kecuali me, doc and Allah (as per him)

mari doakan my kawan tu terbuka hati nk buat chemo because he's still in early stage.

i can't bear another loss of a good friend tho.

to u mag, be strong and alfateha to arwah. ada hikmahnya Tuhan introduce kita to these people. Let's us go figure 'why'.

Bart said...

al-fatihah. reading this made me feel wanna cry. be strong weh!

AZ said...

Makes me review back my life, if ever I am half of the man that he was. Your friend is such an inspiration. Thank you for telling us his story. Condolences on your loss.

Al-Fatihah.

wani ezryl * said...

i'm touched reading this. tho i din know him. dia adalah sorang yang awesome.
al-Fatihah.

[hamster cupcake] said...

mane jumpe kawan2 macam ni???
saye mahu jugee..
saye terfikir..
apekah sye yg x hargaai kwn2 sye..
sbb tu sye x rase org sprti ini wujud sebenarnye..
buat sye mahu hargaai semua kawan kawan saya..
takut bile dia tiada barulah sye sedar rupenye die lah kawan seperti die..

Suiko said...

Al-Fatihah kepada arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.

Chras Dini Sabewa said...

al fatehah,,,salam kenal, kunjungi blog aku ya

cimöt said...

salam..
terharu+sedeyh bce post nih..i know how u feel..everytime thinking of dat person u'll cry n cry..just like won't stop especeli anything u do related to dat person..takziah n al-fatihah buat arwah..may Allah bless him always..

taufiq shariff said...

Serious aku sebak masa baca pasal dia tenat kat wall fb dia.
Mmg dh nekad ni pi visit weekend tu, tp x sempat. Haihhhh, sedih gak..... :(

Re: yup gambar profile tu aku yg ambik masa pi jln berlin dgn arwah

Ayyman Rahim said...

Takziah. Al-fatihah. Sedih entri ni -_-

Ayyman Rahim said...

Takziah. Al-fatihah. Sedih entri ni -_-

miya said...

tk tipu saya mmg menitiskan air mata.
Al fatihah.

Miss Yaty said...

al-fatihah..
takziah..smoge beliau d tmpt kn d tmpt org beriman..amiin.

Anonymous said...

Took me time to read the whole article, the article is great but the comments bring more brainstorm ideas, thanks.

- Johnson

envious said...

thanks johnson..

Anonymous said...

orang macam ni jarang jumpa..

magenta said...

Terima kasih atas takziah and Al-Fatihah korang semua.

Anonymous said...

hari tu Taufiq Syariff komen untuk arwah.

hari ni Taufiq Syariff dah pergi bersama arwah.

esok mungkin, aku pula.

semoga roh kedua insan ni dicucuri rahmat. amin.

Nabilah Rashid said...

takziah & al-Fatihah.
nothing to say except,Allah loves him more.
hes a real inspiration.

SHAHIRAH TERMIDI said...

al-fatihah. I feel like crying reading this.

Anonymous said...

alfatihah~
speechless

Ingrid Dients said...

Sedih dan rindu gila kat Jipo. Padahal tak kenal rapat pun. Bila nak approach bulan Ramadan je rasa sedih sgt.

jasa ekspedisi said...

mampir nich dari jaksel...

buy viagra online said...

hahaha... I enjoyed to read... boy of pics looking very smart....

Obat Tradisional Gondok said...

waduhh keren bangetz tuh,,,bisa memegang menara.