Wednesday, September 22, 2010

Wabak Pasif Agresif


Salah satu perkara yang ramai orang (termasuk aku) suka buat ialah express rasa tak puas hati atau bengang terhadap seseorang melalui mana-mana medium social network macam Facebook atau Twitter. Bila pikir balik aku sedar yang perangai ini agak bodoh dan pointless. Pastu kawan-kawan kita pulak comment “Yeah you tell him girl” dan “Haha, aku pun pernah kena camni..” Lepastu ada berbelas-belas komen yang meluahkan perasaan benci terhadap manusia macam tu, yang menyokong ‘keberanian’ kita, yang mengapi-apikan kita. Apa kita dapat sebenarnya? Dapat tunjuk berani depan orang?

Jenis-jenis status pasif agresif:

1. “Hey WDA 7##9, kaw memang pemandu babi lew, kalaw aq jumper kaw lagi, siap la!!!1! Dah lew amek setengah jam nak parking....ingat aku xde kejew kew??”

Mula-mula, kau tulis dekat Facebook atau Twitter. Memangla kau berani tulis number plate dia kan, pasal dia tak ada dalam friend list kau. Apa motif? Bukan dia dapat baca pun.

2. “kepada abu haziq (bukan nama sebenar) aku dapat fb msg ko yang tanya asal aku tak approve ko lagi, friend list aku full, paham tak bangang???”

Status ni memang aku pernah nampak. Dia actually sebut nama mamat tu dalam FB dia, memanglah kau berani, pasal dia tak boleh view status kau. Satu aku rasa sebut nama ni agak keterlaluan la, pasal number plate kereta mungkin orang malas nak cari, tapi nama orang boleh search je. Pastu tak aci lah kan mamat tu tak boleh defend diri dia sebab dia bukan dalam friend list kau. Lagi satu, asal kena buat status? Reply through inbox je tak boleh?

3. “Tak paham kenapa ada manusia yang suka makan tak habis..cuba fikirkan kanak-kanak yang kebuluran.. sesungguhnya Tuhan bencikan pembaziran..”

Sekali pandang macam innocent kan? Macam nasihat atau general statement. Tapi cuba kalau taktik ni digunakan untuk sound seseorang bila tengah bengang. Macam kau ada seorang kawan dalam group tu yang memang tak habiskan makanan, semua orang notice. Pastu satu hari kau bengang dengan dia and buat status macamtu. Semua orang tau kau direct kat dia, dia pun tau, kawan-kawan kau pun tau. Tinggal kau tak sebut nama je. Tapi kalau dia balas balik nanti orang kata dia gelabah. Tambah lagi ramai orang yang unsuspecting pergi ‘like’ status tu sebab diorang ingat memang nasihat umum, padahal niat kau tak murni langsung.

Agak kejam kan. Pedih tu kalau jadi mangsa status macamtu. Kau react kena judged, kau tak react pun kena judged.


Cakap pasal perli dalam nasihat ni, korang tak rasa pointless ke? Aku rasa kalau kau nak nasihat orang and expect dia berubah, kau takkan nasihat dia sambil perli. Kau sendiri makan ke nasihat kalau dah kena kutuk? Memang tak ah kan. Imagine,

“Kenapa ada orang yang suka belanja beratus-ratus untuk baju bila duit tu boleh tolong mangsa banjir Pakistan? Dahla selfish, boros lak tu”

Kau ingat lepas orang tu baca tu, dia nak kata “Oh, selama ni aku telah terlalu boros. Mulai sekarang aku takkan belanja beratus-ratus lagi untuk baju. Aku akan derma ke Pakistan sekarang gak”

Yeah right. Most likely dia akan response macamni: “Sibuk gila minah ni. Suka hati la aku nak spend untuk apa, duit aku. Suka-suka hati je panggil aku selfish. Kau tu entah derma ke tak untuk Pakistan, kecoh je lebih”


Oh well. Siapalah aku untuk judge kan. Aku sendiri seorang manusia pasif agresif yang kronik. Seorang anonymous blogger yang tulis nasihat sambil perli, sebab aku tak berani sound depan-depan. Tapi honestly aku cakap, memang sesetengah entry dalam blog ni tak ada niat nak nasihat orang langsung, saja aku nak release kemarahan aku macam dalam entri aku kutuk roommate yang macam sial. Dalam hati aku memang macamni je:

You made me go through hell. Nah sekarang rasakan, rasakan! Tengok orang yang komen, semua benci orang cam kau! Aku harap ko terasa, huh!

Macamla orang tu baca blog aku pun kan. Honestly aku cakap memang aku pikir nak release kemarahan je masa buat entry tu, tak ada pun dalam hati aku terpikir, “Harap kau bawak berubah la lepasni”

Malah,

“Peduli apa aku kau nak berubah ke tak. You’re not my problem anymore sebab kita dah tak tinggal sama-sama muahaha”

Aku memang tak matang dulu. Sekarang pun masih tak matang, tapi ada la improvement sikit.

Aku rasa memang kebanyakan orang Malaysia macam aku, sebab memang ramai orang buat status tak puas hati atau kutuk orang secara subtle supaya identity orang yang dikutuk tak diketahui.

Oh well, we are a repressed society.

78 comments:

wannurfazrini said...

totally truth and agree :)

Dammit said...

Haha, boleh tulis macam-macam lagi pasal status dekat facebook ni. Tapi, semua orang perlukan attention walaupun diorang taknak admit. Status fb pun boleh jd escapism.

Anonymous said...

its a therapy. sbb xleh nk luahkan marah tu pd 'org' itu...terpaksa membebel2 kat FB. at least dpt lepaskan geram yg terbuku di hati. walopon 'org' tu xtau kita marah dia.


*errrr...usually aku mrh bos/offcmt/stranger je dlm status FB aku. sebabnye, mereka tidak berada di dalam frenlist aku. muahahahha. bengang dgn kawan....of course tidak diluahkan di FB demi sebuah persahabatan. kannnn ~wink~wink~

Anonymous said...

its a therapy. sbb xleh nk luahkan marah tu pd 'org' itu...terpaksa membebel2 kat FB. at least dpt lepaskan geram yg terbuku di hati. walopon 'org' tu xtau kita marah dia.


*errrr...usually aku mrh bos/offcmt/stranger je dlm status FB aku. sebabnye, mereka tidak berada di dalam frenlist aku. muahahahha. bengang dgn kawan....of course tidak diluahkan di FB demi sebuah persahabatan. kannnn ~wink~wink~

Anonymous said...

HAHAHAHH. Totally agreee ! Aku adalah salah sorang yang akan spam twitter gila babi bila marah. Entah. Rasa puas walaupun hakikatnya tak mendatangkan hasil.

Anonymous said...

HAHAHAHH. Totally agreee ! Aku adalah salah sorang yang akan spam twitter gila babi bila marah. Entah. Rasa puas walaupun hakikatnya tak mendatangkan hasil.

penulis.sahaja said...

klik like.

Natasha said...

alamak magenta...

honestly speaking, i pun slalu letak kat status marah2 mcm tu. hehehehe. good entry though.

Anonymous said...

you think malaysians je yang ada problem nie? take a look at the facebook status of other people in other countries. lagi subtle. lagi memerli.
we are all the same, sweetheart..

Mr Joker said...

Beb... gua suka lu punya taip-taip...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Luca DK said...

eleh..

tulis lu tulis entry ni pun sebab nak attention gak.

"totally truth and agree :)"

tu je ayat yang dinanti-nanti.. kembang idung orang kata lu memang betul dan genius.

Anonymous said...

ahh mag. did u read my mind all these while?

satu lagi:

encik (insert nama boifren), bila kita boleh pergi dating? winduuuu.

status cam harem. tulis kat wall orang tuh terus takleh ke?

magenta said...

To all: Harap tak ada yang terlalu terasa, aku lagila teruk kot, aku tulis blog pasif agresif. No need for harsh words, aku tulis entry ni pun nak gelakkan perangai diri sendiri.

Luca De Ketiak: Terasa pedih cabai kat ketiak ke? Har har har. Entry ni bukan pasal attention pun. Tapi kalau nak gak cakap pasal attention, jom analyse:

1. Aku tulis untuk 1 blog, update sekali sebulan.
2. Kau tulis untuk 4 blog.

So, sapa lagi nak attention? lol.

farizzet said...

itu bukan pasif agresif, itu silent retaliation. atau diam2 gunung berapi.

magenta said...

Anonymous 2:15am: Half of those in my fb friend list aren't Malaysians or even Asians. Mungkin 1/8 je kot buat, very small minority. But I could be wrong. Can hardly take 200 to represent the whole of Western society.

Topeng Perak: Terima kasih Ultraman.

Farizzet: Bukan silent pasal menulis juga satu bentuk menyuarakan pendapat.

alfina said...

click 'like'button.

kau boleh bunuh aku berkali-kali, macam phoenix aku akan bangkit semula. said...

hmm..nothing is right and nothing is wrong. kau perasan tak? semua benda yang kita buat ni memang akan ada yang suka dan tak suka. jadi hal-hal posting status tu aku rasa lebih kurang jugak la. so, why bother?

aku rather 'kau hidup dengan cara kau dan aku hidup dengan cara aku ' instead of 'aku lebih baik dari kamu' attitude. eventhough kau cakap kau pun sama macam diorang aku dapat rasakan yang kau pun sama purpose macam mereka yang tulis status merapu ni.

pada aku, posting kau takde masalah pon sama gak macam posting status tu.

jadi, lantak lah. kalau terbaca ke apa ke buat bodoh je.

ops..tgk...aku pun dah ter'aku lebih baik dari kamu' attitude.

ini membuktikan 'teori nothing is right and nothing is wrong' tadi.

magenta said...

Aku disagree. Walaupun aku tak deny aku serupa macam orang lain dalam hal ni, membuatkan orang terasa atau lukakan hati orang memang wrong. Terpulang kepada individu tu, mana lebih penting-

Being right or being kind.

Sanggup ke kita sakitkan hati orang lain semata-mata untuk buktikan kita betul? Itu point aku.

Lyn said...

setuju.

at the very least, be fair la.
xpayah nak jatuhkan org lain semata2 nak angkat diri sendiri.

Tuhan lebih tahu kita ini siapa sebenarnya.

terima kasih magenta. aku suka isu ini. :)

N@d0x $i k0d0x said...

i pinjam u punye kate2 sbb ramai yg buat status mcmtu. sometimes status mcmtu sgt annoying

wonderpitt said...

sebulan sekali entri. rasa macam dapat gaji!

kadang2 depressed kalau status tak ada orang nak like atau comment. rasa macam tak diterima masyarakat.

kau boleh bunuh aku berkali-kali, macam phoenix aku akan bangkit semula said...

hmm aku tau dan faham apa point kau. aku cuma rasa sekarang ni dah terlalu banyak tikam belakang/depan. jadi benda ni dah jadi biasa dan kadang-kadang status-status merapu tu bukannya orang baca sangat pun. pasal masing-masing dah sibuk nak post bermacam-macam pujangga dekat wall sendiri untuk tarik perhatian orang lain.

aku cuma rasa dengan membiarkan kegilaan ini mereka akan tersedar sendiri di kemudian hari dek kerana kegilaan ini telah tersebar dengan lebih banyak sehingga memakan diri.

anyway aku suka baca blog kau. tulislah banyak-banyak lagi.

Ayyman Rahim said...

KANNNNNNN? U fikir apa yang I selalu fikir, seriously. Ni kira macam berani cakap belakang-belakang and depan depan tak. Btw i really love ur blog!

imejiner said...

magenta:


hahaha eyh, kadang2 kita pun suka nak tulis status dengan harapan someone yang sebenarnya kita nak tujukan status kitatu react pada kita. nonsense.

oh, bos wa memang kaki perli. memang makan dalam siapa yang terkena, sekali tu wa perli dia, terasa habes dia. hah, taw pun terasa. ingat takde hati.

haih manusia. =]

Luca DK said...

peh!

stalker!

annakin said...

kau pun.kalo tak takde de kau tengok orang balas balek komen kau ape.

m just sayin.

magenta said...

adik annakin sayang, lain kali sebelum komen baca sampai habis. nampak tak aku tulis berperenggan pasal aku pun sama?

"Oh well. Siapalah aku untuk judge kan. Aku sendiri seorang manusia pasif agresif yang kronik. Seorang anonymous blogger yang tulis nasihat sambil perli, sebab aku tak berani sound depan-depan."

"Salah satu perkara yang ramai orang (termasuk aku)..."

lainkali baca sampai habis ye sebelum komen, jangan cepat melatah. kang kantoi spm sebab tak pandai jawab comprehension.

m just sayin.

Anonymous said...

i like the way u reacted pada komen yang menghentam diri kau. macam best giler!! unlike some blogger yang famous amous tapi bila orang komen negatif sikit, melenting sampai keluarkan post yg panjang lebar semata-mata nak hentam balik komen negatif yang cuma satu baris tu.

Keep it up. Be yourself. I like ya!!

magenta said...

Anonymous: I like anonymous yang tak komen negatif haha.

Annakin: lols sorry babe didn't mean to scold you.

theblabber said...

haha..
was about to say the same thing about the way ko balas komen.
and jarang anon komen positif kan?

p/s: kadang2 aku rasa tulis status kat twitter lagi best kot (pasal takde orang kenal).

fatimah said...

magenta: hahahah...aku suke blog ko! 2 thumbs up! hahahahahhahaahha...still rase nak gelak bace previous comment ni.. ;D

Alan said...

takpe bro. biasa lah. kalau takde orang2 cam tu, tak fun pulak. penuh dengan orang perfect2 je. susah jugak.

Anonymous said...

fatimah: when u said previous comment, which comment did u mean?

magenta: bila nak update blog? i am waiting very intently. update lah

CarrotLover said...

Salam. Your blog best lah. Tapi follow button tak ada pulak. Hehe.

CarrotLover said...

Salam. Your blog best lah. Tapi follow button tak ada pulak. Hehe.

kucingsiam said...

hi there!
i love this post and nak spread kat orang -.o yes, THROUGH facebook. hehe let us all think twice b4 posting any statuses. :D

crazy_labelle said...

haha... satu lg yg jenis suke2 tuka relationship status... attention seeker.... sekali dua tuka bole la org layan... ni stiap hari due tiga kali org kate "who care"

tp mmg best bile tgk from a serious relationship to single... haha...

Anonymous said...

agree with u.
kenapa perlu sakitkan hati orang untuk buktikan kita betul kan?
aku pernah buat mcm tu dulu,tapi akhirnya,aku gak yang sakit hati.
sebab kita bukan hakim dan mahkamah dunia ni tak adil.
sekarang aku mungkin macam kau,lebih matang sikit dari dulu.sebab sekarang dah tak mau buat macam tu sebab dah rasa.

SyAhiRah LaLAla said...

been there,,done that too :P but it's kind of therapy jgk kot (or is it jz me?) hehs. hello magenta :)

Nuruddin Abu Bakar said...

Pasif aggresif hmm..cik magenta memang selalu analitikal.

good entry and ingat tajuk lagu placebo =]

the artist and i said...

ternampak status students pun fun juga. :D

Anonymous said...

mengata dulang, paku serpih
mengata orang dia yang extravaganza.

magenta said...

sapa yang termakan cili dia yang terasa pedas. hahah orang lain rilek je.

pembaca said...

kenapa dah tak tulis? hah? hah?

Asam Makruh said...

ego lebih lancar dalam internet.

azka said...

bagi aku add yg mana kenal je, sbb diorg dh kenal perangai kita, tak serabut itik.

salam

erm said...

kengkadang some reply and took it as a sport

sibuk giler skang(ayat penyata) haha

Ekspresi Ruang said...

well-said.
sebab tu aku pk 2 3 kali kalau nak tulis status dalam fb. semua orang nak perhatian semua orang, enough said.

Shu said...

perfecto ... saya suka entry ni.

Drama Mama said...

hahahaha! setuju! FB status cenggitu boleh buatkan orang gaduh sesama sendiri...not good not good! let's use it for the betterment of our society! cewah. haha!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Nabilah Yusuf said...

This also :)

Loyar Lawa said...

skrng sye mcm niehh dok memarah orng kat fb.. huahuhuahua

Anonymous said...

kenapa dah lama tak tulis? rindu woh na bace. huu T___T

Anonymous said...

please blog again.

MK yorke said...

terbaik . like mcm dlm FB. hahaha.

Anonymous said...

Kenapa lama hilang :(

alquinin said...

sebenarnya bagus jugak kau tak update selalu. bila nak menulis barulah menulis. kalau selalu sangat update tapi merapu buat apa, ye tak?

Unknown said...

BERHEMAH DALAM MEGUR
‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlh kamu kepada Allh dan taatlh kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilh ia kepada (kitab) Allh dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allh dan hari kemudian. Itulh yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.” Firman Allh dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pndpt itu mcetuskan perpecahan di antara mereka.
Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pndpt dan mempunyai pandangan yang berlainan adalh sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang mjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telh mgingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan megaskan, ‘‘prasangka itu tidak mdatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pndpt atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Janganlh kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mcabar.
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan megur orang yang melakukan kesalhan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allh.
Firman Allh dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud; “Serulh (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlh mereka dengan cara yang lebih baik.”
Sesungguhnya Rasulullh s.a.w telh mgingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga megaskan, ‘‘Siapa sj di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlh dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlh dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlh dengan hati. Namun, ini adalh keimanan paling lemah.” Islam telh mggariskan dalam membuat teguran, kita haruslh berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi mjelaskan sesuatu perkara.
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh mjayakan sesuatu teguran itu ialh, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mcari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur. Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga myebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Unknown said...

Semua itu tidak akan myelesaikan masalh sebaliknya hanya akan mgeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allh.
Ini kerana kegagalan untuk mgawal perasaan kita berhujah akan myebabkan berlaku tuduh-muduh yang kesudahannya akan mcetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulh bertentangan dengan firman Allh dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mgingatkan, ‘‘Dan berpegang teguhlh kamu sekalian dengan tali (agama) Allh dan janganlh kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allh kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allh mjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allh itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telh berada di jurang neraka, maka Dia myelamatkan kamu daripadanya. Demikianlh Allh merangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mdapat petunjuk.” Hakikatnya, Islam tidak hanya mgajar etika megur umat seagama tetapi Islam juga mgajar kita bagaimana cara megur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalhannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allh kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; ‘‘Berbicaralh kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” Jika dengan Firaun pun Allh perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allh tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mgikut perasaan semata-mata.
Rasulullh s.a.w bersabda, ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mdatangkan keburukan, maka dia hendaklh tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sj yang dia mahukan’'.
Justeru jadikanlh firman Allh dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya; “Dan hendaklh ada di antara kamu segolongan umat yang mgajak kepada kebajikan dan myuruh kepada makruf dan mcegah dari kemungkaran dan mereka itulh orang-orang yang beruntung.
“Dan janganlh kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulh orang-orang yang akan mdapat azab yang berat.”

Lyntuq said...

Kepd Lynx

Knpla ko tlis pnjng2 kat blog mgenta ni.
Ap yg ko tlis tu dh banyk dpt kt blog lain.

Ini blogla tmpat orng bgi pendpt.
Tk pyahla bawa Allh pda blog2 ni.
Bnyk lgi hal yg Allh tumpukan, gempa bmi kt nz, prng kt aghnistn.

Kalau kta nk bace ktb dh lama kta bce kitb.

Ni kita nk bace tulisn mgentala.

So out of tpik. Mcm tu baik tk yah fcebuk atau blog. Memng tu guna fcebuk dn blog, stu sexual revolution. Dulu kwn satu kini kawn seribu.

Tula linkli tk yah tunjuk pndai.

Unknown said...

kalau aku salah aku minta maaf, tapi owner blog ade hak untuk approvekan atau x kan, so kalau dia approvekan ko fikirkan la sendiri k. skali lagi aku noob internet, so maybe ape aku cakap ni salah pasal owner blog ley approvekan ke x.

Unknown said...

owh ya, ko cakap sal dulu kawan 1 now kawan beribu kan, ko fikir la maksud kawan, rakan , sahabat k. quality over quantity.

Lyntuq said...

ok aq maafkan. Mmg bnyak org mcm u ni kat internet ni. Cut and paste je. Semoga berjaya mendapt pasangan mlalui fcebuk mcm Haris Iskandar tu... dia nmpk beaty queen fhm Jazemin Lim tu advertise rupa kat fcebuk terus dia add. Jazemin pun responsela ok je..tk prasaan..Harith tu gemuk dn botk muahaha... until too late hehe... mne nk cari gmbr brad pitt?

I nak jugak add tpi semua beuty queen dh taken up lh..

hmm...nmpknya kena tunggu erra fazira go back into the merketla.

Unknown said...

-sy bukan jenis cut and paste tanpa baca
- petikan tu x boleh dipotong sbb sume berkaitan
-no into facebook @ x de facebook
-kalau nak tanye nape x de facebook jawab dulu kenapa wajib ke kene ade facebook
-kalau nak kata tempat bersosial, i got my phone
-sini bukan tempat flaming orang kan, so kalau pepe email je
-kalau nak email i can give it to you so kita boleh musyawarah
-kalau nak baca kitab, x boleh baca sorang, seumpama belajar bergurukan setan
p/s pepe kalau rasa nak cakap next time email je k, x baik penuhkan kat sini dengan komen yang x de kaitan kan
p/s/s mail me wafie@rocketmail.com

teddybearhijo~ said...

wendu post dr kamo. =)



always be silent reader.

Sue Anna Joe said...

Miss you and your entries. <3

Lyntuq said...

knp takde fcebuk? Hbis klau tkde
fcebuk camne nak dapt kenalan?
skg org bersosial pkai fcebuk.

Klau ade yg interesting bru guna
phone/skype. Dgr suara.

Mms gmbr lgi hot lgi hot. Klau tk
hot nnti phone pun tk angkt lagi.

Jdi wajib ade fcebuk klau tdk kawhin
sepupujelah hehe.

Nnti dpt anak pun no 50 je kat kelas.

Ktb tu jgn pecya 100%. Sape cetak sape yg tulis kena kaji.

Leps tu uji kebnrannya. Klau kta cut and paste je takut hnya mngulang dongeng org lain je.

Lebih baik guna aqal sendri.

Klau ade musykilan ble tnya kat sini.
Aq boleh bgi jawapan jgn berguru ngan setan.

Mgenta oto approve je. Tk menyushkan dia.

Dia kan sibuk final year skg tk de
mase nak bca komen.

Jdi bila kucing tkde tikus bleh la
berlri lri kt sini hehehe...

Apa2 soaln aq garenti jawab...

Farah Izaty said...

http://www.youtube.com/watch?v=fseyyYRpv64

jgn maen2 dah ada org buat vlog lg utk entry ni. Enjoy hahaha

aqingintau said...

ala mane komen aq ni? Knp tk lulus?

magenta said...

farah izaty: thanks for the link :) memang enjoyyy

aqingintau: komen apa? semua dah lulus.

lyntuq: wrong, wrong and wrong. aku tak busy, aku bukan final year and aku tak auto approve comments tanpa baca dulu.

lynx said...

lyntuq: "skg org bersosial pkai fcebuk.

Klau ade yg interesting bru guna
phone/skype. Dgr suara."

Mms gmbr lgi hot lgi hot. Klau tk
hot nnti phone pun tk angkt lagi.

Jdi wajib ade fcebuk klau tdk kawhin
sepupujelah hehe."


nampak cam mmg guna facebook untuk mencari perempuan je. kalau berkawan kena pandang
-"rupa paras ke"?
-"harta ke"?
-"suara ke"?

kalau orang 2:-
"hodoh"
"bisu"
"x menepati kreteria ko"
"x style"
ko x nak kawan ke, or x nak angkat call ke?

@magenta: semoga berjaya mengharungi segala dugaan hidup ini dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup.

lyntuq said...

Lynx,

Mmgla fcebuk untuk cari perempuan je..kat kolej US tu. Semua gambr student pompuan mark zukerberg letak dlm facbuk..

Leps tu smua plajr lelaki disuruh rate gmbr peljr pompuan hot ke tak hot.

Yg hot tu tentu rmai peminat nak bwa keluar dating. leps tu status relationship tunjuk sama ade pompuan tu availble ke tidk. Tula
bace kitb je. Sesekali beli dvd Social Netwrk tgk mcm mana fcebuk digunakan di US.

Tpi pompuan pun suke. Tkla perlu iklan kat paper.. segan. Kat fcebuk ltak gmbr je ramai mamat yg akan contact.Mamat kat luar tu tahu pompuan yg letak gmbr kat fcebuk tu memang tunggu di hubungi..tst.. hehe.

Biasela, pompuan pun nak lelaki yg hensem je. Klau bisu atau hdoh cam Hunchbck of Notredam, cepat marah2 kerna tk cukup hensem.

Sebnarnya bukan maslah bisu atau hodoh. tpi kemahiran berkomunikasi. Pilihan anda juga terbatas kepda kumpulan hidup anda. Jika mamat yg contct anda semua pakai kopiah make tu jela pilihan anda, hndak atau tdak.

Ko bleh buat eksperimen. Satu fcebuk akaun gmbar tak bertudung dan satu akaun bertudung dn tgk jenis mamat mane yg dtang. Tpuk dada , jgn tpuk kuat2, tnya selera...

Unknown said...

ok kalau ko kawen dgn orang handsome or cantik, bile dah x cantik or handsome nak cerai ke?

ades cakap pn x gune hehe, so ikut ko la ye cam ne ko nak. yang penting gf aku bukan aku kenal dari facebook and bukan jugak sepupu aku. ko lak cam ne? kenal kat facebook ke hehehe :P, kalau 2 buat ko happy ske hati ko la ye. x perlu la pertikaikan nape orang x de facebook and x perlu la nak mengata orang x de facebook ini and itu. itu hak masing2 kan. pepandai la guna facebook tu untuk ape k. and ko x kan percaya sume yang orang letak gambar 2 adalah deorang sendiri? tah2 gambar orang lain kan. so fikir2 la ye

Anonymous said...

When will you post again ? Been looking forward to this !

SyAhiRah LaLAla said...

2 thumbs up!

miza&tummy said...

nak tmbh satu status :

Apek tu panggil saya amoy cantik...die buta kah??

Obviously nak suh kwn2 die komen...eyh awak mmg cantik...

damn funny...haha...im not belittle people image,but it just too...buat2 accidentally!

beautiful.disgrace said...

Magenta! Bila nak menulis balik? Adoi!