Thursday, January 29, 2015

Obsesi Kita Untuk Merasa


Enam tahun yang lalu, aku tulis tentang kenapa kita selalu lupakan 'the nice people'. Susulan daripada entri itu, aku menerima komen ni:




"People always remember you for how you make them feel," dia tulis.

Bagi aku, the world revolves around 3 or 4 things, dan salah satu daripadanya adalah keinginan kita untuk 'merasa'. To feel.

Masa aku remaja, kengkadang aku tertanya kenapa kita idolakan pemuzik dan pelakon dan bukan orang yang menyenangkan kehidupan seharian kita melalui sumbangan mereka dalam sains, misalnya. Macam orang yang pertama sekali utarakan konsep Internet atau orang yang cipta peti sejuk. Ramai orang dalam dunia ni guna dua benda tu, tapi nama orang yang cipta pun kita tak tau (aku pun baru sedar ni yang aku pun tak tau). Tapi kalau kau tanya aku semua nama ahli boyband Backstreet Boys, dari umur 12 tahun, aku dapat jawab.

Jadi apa yang special sangat pasal pemuzik dan pelakon ni? Aku rasa sebab muzik dan filem dua medium yang mampu buat kita merasa, dan biasanya dua benda ni beri kita perasaan yang kita nak. Seolah-olah dapat hidup melalui watak-watak filem. To live vicariously.

And that is the key. 'Perasaan yang kita nak'. Bukan setakat nak merasa benda positif saja, macam rasa gembira atau inspired. Bila kita sedih, kadang-kadang kita nak layan cerita sedih, because misery loves company. Dan mungkin sebab kita kejarkan 'perasaan yang kita nak', hukuman solitary adalah hukuman paling berat. Stripped daripada kebebasan untuk mencari cara untuk merasa apa yang kita nak dan hanya ditinggalkan dengan perasaan yang kita ingin jauhi seperti kesunyian dan kebosanan. Cukup untuk buat orang gila dan nak bunuh diri.

Dan ada orang just nak rasa. Apa-apa pun boleh, asalkan rasa. Sebab sampai satu tahap dia dah desensitized terhadap banyak perkara sebab dah tengok banyak sangat violence. Tengok binatang kena dera atau bayi kena bunuh pun dah tak rasa apa-apa. Dah bertemu dengan segala jenis kesedihan sampai dah numb. Some of us just want to feel again.

Bila jadi dewasa ni, mungkin kau akan rasa disenchanted sikit dengan adulthood. Kau tertanya kenapa banyak benda dah tak rasa best macam masa kecik dulu. Kau mula bernostalgia, rasa teringin nak kembali kepada zaman tu. Sampai dial-up internet pun kau akan kenang dengan mesra.

Tapi kau pikir betul-betul. Apa yang kau rindu sebenarnya? Kau nak ke kembali kepada zaman dial-up internet? Aku memang tak nak. Aku tau yang aku rindu adalah aku pada zaman tu. Masa kita kecik, kita rasa macam hidup kita lagi best sebab banyak benda yang kita belum rasa. Jadi we have many firsts. First time makan itu ini. First time jatuh cinta, jatuh basikal. First time layan cerita blue. First time drive kereta. Dan perasaan masa experience semua ni memang intense dan addictive. Makin tua, makin susah kita nak jakun sebab dah rasa macam-macam. Makin kurang 'firsts'. Orang yang dulu kau rasa lawa gila masa kecik sekarang kau tengok, kau rasa biasa.

Dan sebab obsesi kita untuk merasa lagi, we resort to more 'extreme' things untuk merasa. Tak la extreme sangat, tapi kira extreme la berbanding masa kecik. Ada yang lompat dari satu relationship to another semata-mata kerana ketagih perasaan ketika bercinta. Ada yang kahwin (bukan sebab cinta, tapi sebab ingat perkahwinan tu boleh buat dia rasa complete). Ada yang ketagih travelling. Ada yang ketagih aktiviti yang memberi adrenaline rush. Makin dewasa, kita makin cepat bosan. Simple things just don't cut it anymore sometimes. And we're constantly on the lookout for newer, exciting things. Why? Because of the feeling it provides us.

Dunia kita berputar keliling obsesi kita untuk merasa. Obsesi kita untuk merasa special. Ada yang sumbatkan pendapat mereka ke atas orang lain kerana inginkan rasa pendapat mereka matter. Ada yang jatuhkan orang lain untuk nampak dia lagi hebat. Ada yang tinggalkan pasangan sebab dah 'tak rasa apa-apa', atau ada orang baru yang buat dia rasa lagi special. Mungkin sebab obsesi untuk merasa juga, ada antara kita yang ambil dadah kerana ketagihkan perasaan yang ia berikan.

Obsesi untuk merasa juga mempengaruhi cara kita berinteraksi dengan manusia lain. Bila ada orang good-looking atau popular berikan kita perhatian, this somehow makes us feel more special as opposed to orang lain berikan perhatian. Ego kita naik. Mungkin sebab ni orang asyik nakkan perhatian orang good-looking atau popular. Bukan sebagai trofi, tapi sebab it feeds our ego. Contohnya, dapat rasa powerful 'dapat' orang lawa atau handsome. Jadi, kita lagi buat effort untuk orang yang rupa parasnya elok, dan orang lain kita buat acuh tak acuh. In the end, semuanya sebab orang yang elok rupa paras ni buat kita rasa benda yang kita nak rasa.

Adakah kita spesis yang selfish dan hanya mementingkan keinginan kita untuk merasa? Mungkin apa yang aku akan tulis next berbunyi kasar, tapi cuba fikir: Bila kita cakap kita rindukan seseorang lepas dia meninggal, apa yang kita rindu?

"Aku rindu masakan dia. Aku rindu dia bawak aku ke sini situ. Aku rindu cara dia sayang aku. Aku rindu sebab he was a good friend who was always there for me dan selalu tolong aku", dan sebagainya. Perasan tak? Mostly benda yang arwah buat untuk kita, yang buat kita rasa special. You miss them for the way they made you feel.

Sama juga, bila kau dah berpisah dengan seseorang, kau rindu dia bila kau teringat perkara yang dia buat untuk buat kau rasa special. You miss them for the way they made you feel. Dan sebab manusia ni pelbagai ragam, bukan semua rindu benda yang buat mereka happy je. Ada yang rindu perasaan sedih. Mungkin kau rindu the fact yang kau seorang yang mampu buat dia rasa marah. Benda tu buat kau rasa powerful. Macam aku cakap, kadang-kadang kita hanya ketagihkan sesuatu perasaan.

Konsep dia simple je. Orang tak ingat apa kau buat untuk mereka atau cakap kat mereka. Orang ingat macam mana kau buat mereka rasa. Kau bagi la seribu ringgit ke beribu pick up lines kat crush kau, kalau kau tak buat dia rasa apa-apa, tak jalan gak. Dia ambik la duit tu, tapi kau still tak boleh beli cinta dia. Semuanya bergantung kepada bagaimana kau buat dia rasa. Rasa cantik. Rasa kacak. Rasa seksi. Rasa pandai. Rasa berguna. Rasa dicintai. Rasa special.

Isn't it scary then, how an individual or a thing can have so much power over you, once they make you feel what you want to feel?


Kalau kau tak jaga-jaga, orang atau benda tu boleh punahkan hidup kau.

10 comments:

honey bedazzled said...

true 100%

Anonymous said...

Sepanjang hidup aku, aku sendiri takboleh nak imagine kalau one day aku jatuh cinta, couple mcm org lain. Keluar dating, spend time sama2. Lpstu kahwin ke.

Hahahaha kadang2 aku pun pelik sbb aku dah biasa mcm ni kot. Mana2 pun aku sorang, kawan tu ada la tp kawan tk selalu ada dgn kita. Aku pun takde bff, dgn family tak rapat. Tp aku kerap gak la rindu masa2 lama. Paling aku nak jadi kanak2 balik. Masa aku rs takde beban, masalah etc.

Skrg aku dah berumur, takde benda lain aku nak achieve. Nak hepikan mak bpk aku jela. Tp rindu benda lama tetap rindu. Hihi

CAHAYA MATA said...

terus terfikir ; apakah selama 7 tahun aku dengan ex dulu tak ada satu pun yang buat dia "feel" dan ingat aku eh....? 7 tahun tu....!! hahahahahaa...

pun begitu dia tinggalkan aku juga.. haiihhh...

tapi bab rindu zaman kanak2--remaja sebab banyak benda "first" tu memang ngam arr.. aku pun rindu zaman "first-first" tu... hehehehehe... mesin masa please...!! :)

izzati abdullah said...

Rasa macam baru tersedar yang 'merasa' itu boleh timbulkan pelbagai perasaan . 101% betul !

Anonymous said...

thanks for writing. NLD

Fauzan Ahmad said...

random, bila aku baca tulisan kau, aku selalu ingat kau ni math prodigy

ok random

Anonymous said...

first time layan cerita blue?..kiranya kau pn layan jgk bnda tu.you shouldn't wrote that sentences over there.it can't help but just makes you looks like immorale citizen.

magenta said...

Anonymous: I'll write whatever I want. When describing something, I'll give examples that people can easily relate to, even if takda berkaitan ngan aku ke tak or whether aku buat ke tak. Thanks for your concern anyhow :)

magenta said...

honey bedazzled: well, it's not proven though :)

Anonymous 1:06pm: pada suatu masa pun aku tak dapat imagine berkahwin semua ni. Haha.

Cahaya mata: Haha masa 7 tahun tu ada lah kot rasa. Tipu lah tak teringat langsung..

Izzati: :)

Anonymous 2:37pm: Thanks for reading!

Fauzan Ahmad: I'm definitely NOT a math prodigy! Lol.

Fendi Rocka said...

jadi ini menjawab kenapa Shah Rukh Khan dan Jackie Chan dapat gelaran Dato