skip to main |
skip to sidebar
Bila seorang tukang dengar bertemu dengan seorang lagi tukang dengar.
When a listener meets another listener.
Aku: Apa benda paling pelik yang kau pernah buat?
Dia: Bla bla bla (bercerita). Kau pulak?
Aku: Entah, tak ingat.
Dia: Ler. Ingatkan kau tanya tadi sebab nak cerita.
Aku: Huh?
Dia: Ye lah, kan orang selalu macamtu. Diorang tanya kau soalan supaya kau tanya diorang balik, then diorang boleh cakap pasal diri diorang balik...
Aku: ...padahal masa diorang tanya kau tuh, diorang tak minat pun nak tau apa kau nak respon pun, kan? Dalam hati diorang mesti macam, cepat ah tanya aku balik! Tanya aku balik! Aku tak sabar nak cakap pasal diri sendiri nih!
(Gelak kejap)
Aku: Sama je macam orang yang bila kau cerita masalah kau, pastu diorang tak sabar nak divert balik attention kat diorang balik. Padahal kau tengah sedih nih. Baru nak cerita pasal kucing kau mati ke, kau baru break up ke, diorang dah mula, "Aku pun dulu masa kucing aku mati bla bla bla", tak pun- "Masa aku break dulu lagi teruk..."
Dia: Last-last kita yang kena comfort and dengar cerita dia.
Aku: Padahal kita kot yang baru break, kisah dia break tuh 4 tahun lepas. Tapi kita lak kena dengar dia cerita ngan panjang lebar.
(Sama-sama gelak sekejap, pastu berhenti gelak dengan sudden dan awkward untuk berfikir)
Aku tertanya kalau dia pun tengah fikirkan apa yang aku tengah fikirkan. Yang aku sangat gembira dapat finally berjumpa dengan someone yang tidak self-absorbed. Yang kisah pasal apa aku nak cakap dan apa yang aku fikirkan. Yang tak perasan dunia ini tidak berputar sekeliling dia. Yang tidak delusional bahawa semua orang berminat gila nak tau apa yang dia fikirkan dan nak cakapkan. Sebab hampir semua orang yang aku kenal bersifat begitu. Ironinya, aku tak pernah kisahkan apa yang mereka ceritakan. Tapi sekarang, aku sangat kisahkan apa yang dia cakapkan. Aku mahu tahu segalanya. Sepertimana Pete Doherty obsesikan Carl Barat dan mahu tahu every single thought.
New Yorkkkkkk
Concrete jungle where dreams are made offffffff
There's nothing you can’t dooooo
Now you're in New Yorkkkkkkk
Di hujung talian, aku dapat mendengar dia tersenyum jugak. Selamat tahun baru.
Aku tak kisah kalau laki dapat gaji yang lebih daripada perempuan untuk kerja yang sama. Atau laki mahu membayar setiap kali makan. Atau nak bukakkan pintu untuk aku. Aku takkan hentakkan kaki sambil menjerit pada lelaki itu, "Kau ingat aku cacat ke apa? Aku boleh bukak pintu sendiri lah!"
Kalau itu maksudnya being the weaker sex, aku content dibelanja makan, ditanggung dan dibukakkan pintu dan macam-macam lagi. Aku tak kisah kena belajar memasak dan benda-benda domestik, aku tak pernah merungut. Aku tak rasa ada apa-apa salah kalau ditakdirkan menjadi ibu atau seseorang yang nurturing. Aku tak kisah pasal feminists. As long as ada kebebasan belajar, bekerja, should I want to, oklah tu.
Apparently sesetengah perempuan confuse being a feminist dengan sisterhood. Apa-apa lah. Let me tell you about sisterhood.
Aku, sebagai seorang perempuan, kenal kaum aku. Semua advantages dia, semua keburukan dia. Women might be the fairer sex, tapi jangan lupa, ramai lelaki dalam history tumpas sebab 'le p*ssy'. Bill Clinton, misalnya.
Aku juga bukan seseorang yang refuse nak kutuk gender sendiri atas alasan sisterhood. That's bullshit. Aku boleh kutuk laki, dan aku boleh kutuk perempuan. Aku tak paham this ideology yang kalau aku kutuk kaum sendiri, aku betray kaum aku? Tak ada kaum atau bangsa atau apa-apa pun dalam dunia ni yang sempurna. Kalau kaum aku ada masalah, aku akan cakap kaum aku ada masalah. Aku takkan pretend macam perempuan ni tak ada cacat cela sambil meloncat-loncat menjerit "Girl POwer!". Sama macam kalau kau kutuk bangsa sendiri. Kalau dah obvious ada masalah, semua orang pun nampak, apa guna kau dok mendebik dada hoo hah hoo hah sini sana kaum kau terbaik? Tak bermaksud kaum atau bangsa tu lemah pun. Cuma kau aware ada masalah, dan kau willing nak cari solusi.Ini masalah kaum aku: sisterhood tak wujud. Kalau wujud pun, rare. Hanya apply pada kawan-kawan sendiri. Kadang-kadang kawan sendiri pun ditindas sebab lelaki. Women always want to do the right thing. Mereka tau apa yang mereka patut buat. Tapi in this day and age, the desire untuk feel wanted overcome segalanya. When it comes to men, women are almost always stupid. And they don't like to hear it, but that's the truth.
Sebab itu kau tengok perempuan sanggup buat macam-macam untuk laki. Sanggup pakai produk yang memudaratkan, muntah makanan balik, risk being pregnant, tindas perempuan lain, sanggup lose a friendship, untuk apa? Kau ada dengar laki muntahkan makanan untuk pikat perempuan? Jarang kot. Kau tengok iklan slimming pills cirit-birit kat suratkhabar, ada model lelaki?
Men know women would still want them even when they're ugly, fat, old and bald. Saham selalu ada. Sebab perempuan diprogram dari kecik oleh mak mereka, yang diprogram oleh nenek mereka, yang diprogram oleh moyang mereka untuk make them feel worthless unless mereka cantik. Sebabtu perempuan cantik pun ada inferiority complex, masih perlu validation setiap masa oleh lelaki bahawa mereka seksi, cantik. Kau tak pernah dengar perempuan perlukan validation mereka pandai. Atau mereka rasa inferior sebab rasa bodoh sampai hendak pergi library tiap-tiap hari. Perempuan telah diprogrammed to constantly desire to feel wanted. Melenting apabila dipanggil sex object, tetapi sedaya upaya berusaha remind men they are one by talking about or showing off their 'assets'. Desire to please men tu boleh overcome semua desire lain. Especially the desire to be considerate to other women.
Sebab tu ramai perempuan perlukan validation yang mereka cantik dan seksi oleh ramai lelaki dan bukan seorang saja. Macam aku kata pada kawan aku, dah kahwin ke dah ada bf ke, ada yang masih perlukan validation oleh lelaki lain. Kena rasa bahawa mereka 'berbaloi'.
Apa kaitan dengan sisterhood? Kau perasan tak, laki yang tiba-tiba jatuh cinta atau 'berkapel' mesti tiba-tiba jadi hotstuff. Padahal masa single tak ada pun perempuan nak gila-gila ngorat. Bila dah kapel, tiba-tiba ramai yang menggatal. Dari yang sudah berpunya, yang belum berpunya, yang mengorat semua orang, even yang preach about sisterhood. Teori aku? Perempuan-perempuan yang mengorat ni insecure sebenarnya. Mereka rasa, kalau mereka dapat merampas, mereka 'menang'. Mereka lagi berkuasa. Lagi lawa.
Realitinya kau tak menang apa-apa. Kau mungkin lagi sedih kalau kau tau apa yang laki itu fikirkan. Kalau betullah kamu seorang perempuan yang sayangkan perempuan lain, hormat relationship orang lain. Hormat perempuan yang lagi satu tu, even though she is a stranger to you. Sebab kau kenal kaum dia, kau pun perempuan. Don't preach about sisterhood if you can't respect other women. Kau suka kalau perempuan lain menggatal dengan laki kau?
Aku tak kisah kalau ada orang nak tuduh aku tak ada spirit sisterhood. Aku tak pernah bergaduh dengan perempuan pasal laki. So fine, maybe aku tak pandai berpura-pura mesra cium pipi bila jumpa semua tapi belakang ngumpat-ngumpat and ngorat balak minah tu. So aku 'kutuk' kaum sendiri kat blog. Aku probably lebih banyak loyalty terhadap kaum sendiri daripada mereka yang berbuih-buih mulut dan bengkak jari meng-claim they have that spirit.
You can say you love your sisters and all that, tapi apa gunanya kalau your actions say otherwise?
Kadang-kadang bila aku tengah jalan, aku rasa macam aku dalam monochrome, hanya black and white dan orang lain semua dalam 32-bit color. Lepastu aku macam slow je, dorang semua macam a blur, sebab dorang bergerak cepat sangat kot, takpun otak aku macam tengah slow dan semua movement dorang macam too much untuk peripheral vision dan minda aku proses.
Lepastu bila orang lain bercakap, aku hanya dengar a faint whirring sound, then aku macam ada out of body experience, aku nampak diri aku senyum secara automatik dan angguk dalam agreement, padahal aku tak dengar pun dorang cakap apa. Aku memang suka ada bakat ni, bakat block apa yang orang lain cakap, especially bila ia membosankan. Lepastu aku rasa macam semua movement dan reaction aku macam robotik dan mekanikal. Someone said I code-switch too often when I talk. Aku rasa aku suka buat camtu masa blog jugak. Tapi inner voice aku rasa benda tu macam annoying. My inner voice is so annoying.
Kadang-kadang aku bangun awal lepastu lepak atas lantai yang sejuk tu dan tak buat apa-apa selama 30 minit. Fikir pun tak.
Lepastu orang ajak aku buat apa semua aku tak ada mood, orang message ke sms semua aku tak berdaya nak reply. Dalam otak aku macam nak reply, patut reply, shouldacouldawoulda tapi macam penat sangat untuk sinaps-sinaps aku travel ke jari jemari aku, jadi aku fikir, esok aku buat. Last-last aku tak buat apa pun, aku just space out. Tolong maafkan aku. I can't seem to function properly right now.
Aku semakin antisosial. Anti So Sial (ASS).
Aku selalu rasa macam nak muntah, dan kepala aku selalu rasa ringan. Kadang-kadang aku tersenyum, nampak macam orang gila sikit, sebab kadang-kadang tak ada sebab untuk aku senyum, contohnya bila sedang memandang sebatang pokok yang hodoh.
Tapi aku selalu, selalu, rasa macam sekarang ni. Mengantuk dan letih yang amat sangat. Walaupun aku tak buat apa-apa sehari suntuk. Jadi aku akan tido. Aku tak ingin diselamatkan. You be good. Joo be goode. Johnny b. Goode. Esok hari Sabtu. Selamat hari Sabtu.
Aku sedang mengamalkan abstinence. Abstention dari berfikir. Huhu.
Sejak kebelakangan ni, kepala aku selalu rasa ringan, seperti baru berbekam (walaupun aku tak pernah berbekam), macam antara tidur dan jaga, realiti dan mimpi. Macam aku terperangkap di antara dua universe. Semuanya gara-gara mengejar naga. Technically mengejar naga membawa maksud suatu teknik menghisap dadah, tapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Kamu sedang mengejar suatu high yang kamu tak pasti wujud atau tidak, sebab kamu ketagihkan perasaan yang ia beri kamu. Mengejar naga itu suatu kegilaan sebenarnya, sebab naga tidak wujud. Kamu tahu ia tidak wujud, tapi kamu kejar juga. Haih, sumber infatuasiku yang elusif. Dia macam kegilaan dalam waras. Waras dalam kegilaan. Perasaan high yang naga berikan tu terlalu kuat hinggakan kamu dapat ketepikan macam-macam. Macam logik. Moral. Norm. Routine.
Aku harap aku dapat kembalikan aku yang dulu, dan kekuatan untuk tulis seperti biasa dengan panjang meleret dan kerap seperti biasa. Dan tidak lagi meracau perkara yang hanya aku boleh paham.Kamu tahu apa mereka kata.
Jangan mengejar naga, sebab naga itu tidak wujud.
Dear Ruffles perisa Cheddar dan Sour Cream,Apa khabar? Sudah lama kita tak bersua. Rasa macam eternity :( I miss you SOOOO much.Love,magentap/s: Kirim salam kat Cheetos. Tapi awak masih kegemaran saya ;)