Friday, December 18, 2009

Cinta Bambaataa

Bila seorang tukang dengar bertemu dengan seorang lagi tukang dengar.

When a listener meets another listener.


Aku: Apa benda paling pelik yang kau pernah buat?


Dia: Bla bla bla (bercerita). Kau pulak?

Aku: Entah, tak ingat.

Dia: Ler. Ingatkan kau tanya tadi sebab nak cerita.

Aku: Huh?

Dia: Ye lah, kan orang selalu macamtu. Diorang tanya kau soalan supaya kau tanya diorang balik, then diorang boleh cakap pasal diri diorang balik...

Aku: ...padahal masa diorang tanya kau tuh, diorang tak minat pun nak tau apa kau nak respon pun, kan? Dalam hati diorang mesti macam, cepat ah tanya aku balik! Tanya aku balik! Aku tak sabar nak cakap pasal diri sendiri nih!

(Gelak kejap)

Aku: Sama je macam orang yang bila kau cerita masalah kau, pastu diorang tak sabar nak divert balik attention kat diorang balik. Padahal kau tengah sedih nih. Baru nak cerita pasal kucing kau mati ke, kau baru break up ke, diorang dah mula, "Aku pun dulu masa kucing aku mati bla bla bla", tak pun- "Masa aku break dulu lagi teruk..."

Dia: Last-last kita yang kena comfort and dengar cerita dia.

Aku: Padahal kita kot yang baru break, kisah dia break tuh 4 tahun lepas. Tapi kita lak kena dengar dia cerita ngan panjang lebar.

(Sama-sama gelak sekejap, pastu berhenti gelak dengan sudden dan awkward untuk berfikir)


Aku tertanya kalau dia pun tengah fikirkan apa yang aku tengah fikirkan. Yang aku sangat gembira dapat finally berjumpa dengan someone yang tidak self-absorbed. Yang kisah pasal apa aku nak cakap dan apa yang aku fikirkan. Yang tak perasan dunia ini tidak berputar sekeliling dia. Yang tidak delusional bahawa semua orang berminat gila nak tau apa yang dia fikirkan dan nak cakapkan. Sebab hampir semua orang yang aku kenal bersifat begitu. Ironinya, aku tak pernah kisahkan apa yang mereka ceritakan. Tapi sekarang, aku sangat kisahkan apa yang dia cakapkan. Aku mahu tahu segalanya. Sepertimana Pete Doherty obsesikan Carl Barat dan mahu tahu every single thought.



New Yorkkkkkk

Concrete jungle where dreams are made offffffff
There's nothing you can’t dooooo
Now you're in New Yorkkkkkkk



Di hujung talian, aku dapat mendengar dia tersenyum jugak. Selamat tahun baru.

22 comments:

the artist and i said...

:)

aku rasa paling cute dan naif apabila terjadi perbualan antara aku dengan pelajar aku.

pelajar aku : ms weed, why dont u have a baby, at least.

ms weed : i'm 'busy'. no time.


pelajar : hurmm.. ms weed, its wonderful to have a baby y know..


(dalam hati aku tau dia nak suruh aku tanya dia esok dia besar dah nak kawen bajet nak anak berapa kasi nama apa)

ms weed : ok.

(setelah tak tahan)

pelajar : u dont want to ask me how many kids i planned for my future?

ms weed : i dont think i am interested on that particular topic

pelajar : eeeee....u so badddd..


ms weed : hahahaha.

sarahistheone said...

honey so sweet k!!!

erm said...

kalau nak share kat sini kene marah tak?

pffffffftttttt

Anonymous said...

walaupun kamu tidak kenal saya, saya juga tidak knal kamu, tp saya ingin link kan blog kamu d blog saya. seronok membaca blog kamu. moga moga kamu mengizinkan.

*p/s: ye kadang-kadanng orang yang meluahkan lupa atas kewujudan org yang mendengar kerana terlalu asyik dengan citer diri sendiri. kot. pendapat saya sahaja

sleepmonger said...

hai, selmat tahun baru :)

Pisey said...

aku hanya mahu senyum di akhir pembacaan ini.

=)

yaknowho said...

Does he know u have this blog?

Matematis Muda said...

hanya mampu tersenyum

Ayyman Rahim said...

Haha terasa, I selalu buat cengginiiii! :p

penyelamat dunia said...

mesti cute si Dia nih, ala-ala chris brown mixed with johnny depp and a sprinkle of jessica alba

Vermouth & Viola said...

sweet and cute =)

tekateki said...

lol... mcm bace teka teki ni.

u kena terangkan by paragraphla..

terbang sana sini...hmmm

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Anonymous said...

belajar banyak

crazee_tangerine said...

betul tu magenta....

Anonymous said...

update la.

Scofield said...

Finish already.. 2 days..

Scofield said...

Finished already.. 2 days Nonstop

Qayyum Haziq said...

Macam mana la orang boleh fikir jauh jauh, dalam dalam.. Kompleks betul

Happy Valentine said...

Happy Valentine to Magenta...
the box of chocolate will have
to wait, I guess :)

diy said...

hehe tegelak sorang2 aku bace post nie..remind me of me and my bestfren,kitorang same2 jenis tukang dengar, tapi bile due2 jumpe..due2 ekor mulot tak benti becakap sampai mengah2 :)