Aku rasa kalau nak dikira jumlah guru dan pensyarah yang pernah mengajar kita dari tadika sehingga universiti, mesti sampai beratus-ratus. Tapi aku baru sedar, aku tak ingat ramai gila cikgu yang pernah mengajar aku. Nama cikgu yang aku ingat, kurang daripada 20 kot. Tapi ada jugak yang aku tak ingat namanya tapi ingat personalitinya (mungkin sebab dia cikgu yang kejam gila, takpun sangat baik). Anyway, ini di antaranya:
1 Puan Tan Ken Cing. Sebenarnya aku tak ingat nama sebenar dia, tapi aku ingat aku selalu panggil dia Puan Kencing (dan tak silap aku nama dia dekat-dekat dengan sebutan camtu) sebab aku benci gila dia ni. Dia ajar aku BI masa darjah 2. Sesiapa yang baca blog aku dari awal tahun mesti tahun aku suck gila dalam matapelajaran BI masa kecik. Masa aku kena oral test BI, dia tanya aku, aku pernah nampak rabbit warna apa in real life. Aku jawab pink sebab aku nervous sangat and aku nampak dia warnakan rabbit tu warna pink atas kertas. Pastu dia mula tanya macam-macam soalan untuk kantoikan aku sebab dia ingat aku saja kelentong dia. Last-last dia gagalkan lisan aku. Sejak tu aku dah fobia dengan ujian lisan. Dia juga suka campak buku latihan kami semua dalam longkang yang berisi air kotor sebab lupa nak cakap "Thank you" lepas dia dah mark.
2. Mr. Boh. Ok, aku decide untuk tulis nama samaran yang dekat-dekat dengan nama sebenar mereka. Ni cikgu BM aku masa darjah 3. Aku sayang gila kat cikgu ni. Dia adalah seorang tua yang suka senyum dan have fun. Dia pun suka aku, pastu dia lantik aku jadi penolong kelas. Pastu aku kena pecat sebab tak buat kerja dan bising. Dia pernah ketuk kepala aku sebab bising dalam kelas. Time tu aku malu aku kena ketuk dengan cikgu favorite aku. Tiap-tiap minggu kami akan adakan jamuan makan snek dalam kelas. Semua orang kena bawak sesuatu. Sumi jelly, biskut aiskrim warna warni, Apollo, macam-macam lah. Lepastu dia suka kasi homework banyak gila dan aku sorang je dalam kelas yang akan habiskan homework tu. Tu juga tahun aku dapat nombor 1 kat sekolah rendah dan agama. Mungkin sebab dapat cikgu yang best-best.
3. Miss Thanggg. Cikgu yang ajar aku Mechanics masa kat kolej. Dia cikgu yang suka buat orang rasa down gila. Suka compare students yang weak dan genius. Tak reti nak sebut minimum dan maximum. Dia sebut sebagai ‘minimen’ dan ‘maximen’. Pastu suka labelkan student yang biasa-biasa sebagai ‘weaker average students’ (aku la tuh, haha, dan juga 70% of the class). Yang lemah sikit (lemah tu bagi dia yang dapat gred B) sebagai ‘weaker students’. Afdal jika terma-terma tersebut diikuti dengan jelingan menyindir dan mulut frowning macam bulldog.
Ini yang dimaksudkan dengan 'frowning macam bulldog'.
Aku benci pergi kelas dia, dan suka mengumpat dia dengan seorang deskmate aku yang Miss Thang labelkan sebagai genius. Tengok, student genius dia pun tak suka dia. Deskmate aku ni suka cakap benda macam, "Kau tengok Miss Thang ni, buruk gila baju dia. Patutlah tak ada orang nak kahwin dengan dia", takpun, "Eeesh, apa dia pakai tuuuu??" Statement berikut agak kelakar sebab diutarakan oleh seorang lelaki kuat study berbangsa Cina.
4. Frau Aloe. Memang legend dia ni. Aku rasa satu campus kenal dia. Dia ajar aku bahasa Deutsch kat kolej. Sangat terkenal kerana ekspresi yang dia suka buat mata terbeliak diikuti dengan exclamation "Ayyo!!" Percubaan nak jadi Malaysian la tu. Dia suka berbasikal dari Klang ke Shah Alam tiap-tiap hari dan shower dalam toilet guna hos jamban setelah tiba. Mukanya ada sikit-sikit macam Red Indian sebab gemar berjemur. Suka pakai seluar macam seluar pajamas dan selipar macam Aladdin ke kelas.
Selipar Aladdin.
Aku selalu skor paper dia tapi dia suka kasi aku markah lisan yang antara terendah dalam kelas. Dia memang sangat pilih kasih. Dia juga tak suka beberapa classmates aku. Pernah sekali dia melukis kuda laut di atas papan putih dan kawan aku cakap kuda tu cute. Lepastu dia hentam kawan aku tak pasal-pasal. Dia cakap "Ye la, memang la cute, tapi sebab orang macam awakla spesis ini makin pupus. Haiwan cute bukan untuk dibela, mesti preserve, bla bla bla (dia cakap dalam Deutsch la)." Aku tengok muka kawan aku pun keliru kenapa dia kena dibebel. Padahal cakap kuda laut comel je.
5. Miss Masuda. Ok ni nama sebenar. Dia cikgu kelas darjah 5 masa aku study kat
6. Herr Kilat. Sebab nama dia ada sikit-sikit maksud macam kilat. Antara manusia paling pelik dan kejam aku pernah jumpa. Lecturer subjek Litar Semikonduktor kat uni dulu. Pandai membuat orang rasa tersangat bodoh. Malas aku nak ulas panjang-panjang pasal dia ni. Personaliti yang sangat menyakitkan hati. Tapi sebenarnya aku boleh lagi handle dia ni. Cuma aku rasa dia sangat kejam. Sampai anak dia pun tak suka dia. Kawan aku cakap dia bitter sebab dia tak dapat kerja gempak-gempak and jadi pensyarah je.
7. Encik Beras. Sebab nama dia mengingatkan aku kepada jenama beras. Cikgu Sensor masa practical dulu. Agak hot. Tapi dia dah kahwin. Aku akan ingat sampai bila-bila adegan dia tanggalkan tali pinggang dengan satu pergerakan yang sangat macho dan smooth masa tengah mengajar.
8. Puan Harrods. Dia ni Melayu tapi suka cakap pasal
9. Puan Zing. Ok, aku tak ingat nama dia tapi dia sangat kelakar dan random. Dia cikgu English aku masa kat kolej. Dia suka berjalan dan cakap dengan
10. Mrs Kap. Cikgu Kimia aku masa Form 4. Dia mengingatkan aku kepada Kylie Minogue sebab kaki dia cantik macamtu. Dia juga guru yang sangat cekap, sebabtu aku skor subjek dia dan minat Kimia. Dia suka perm rambut wavy-wavy, pastu mekap lembut, anting-anting panjang dan blaus feminin serta skirt sampai lutut yang flowy. Cuma satu je. Suara dia sengau macam Janice dalam Friends. Dulu kelas kami pernah underground dan dia kena turun tangga untuk ke kelas kami. Sebelum dia datang, kami akan berfoya-foya dan bising, lepastu ada seorang budak jaga kat tepi pintu untuk kasi amaran kalau cikgu nak datang dah. Budak tu akan kata, "I can see Mrs. Kap’s sexy long legs coming down the stairs!" Pastu semua orang pun berkejar-kejar untuk duduk di tempat masing-masing.
Dengan list ni aku sedar bahawa aku ada tendency untuk lebih mengingati guru yang kejam daripada guru yang baik. Tapi aku selalu ingat guru yang fun. Korang ingat tak cikgu sekolah rendah semua? Aku jugak selalu akan ingat dekat cikgu bahasa. Kenapa ya. Sebab aku nak jadi cikgu bahasa kot. Agaknya, cikgu yang kejam tu, orang lain pun ingat juga sampai bila-bila. Yang kejam tapi tak kejam terhadap aku, yang tu juga aku tak ingat.
Selamat Tahun Baru semua.
36 comments:
aku suka cikgu add math,sb klu aku tido dlm claz pown die xmarah.die paham.aku bosan..hahahhaha...
aku ingat cikgu first aku masa darjah satu.baik giler babx.huhu.
tp aku ada lecturer yang ala-ala Puan harrods, tak habis2 cerita pasal RMIt nyer di Aussie dan starbucks, starbucks dan starbucks.
Tapi lepas kawen dier dah mula tenang.haha
Aku rasa memang cikgu akan mempengaruhi jugak cara budak-budak skor dan belajar.
Cuma kadang-kadang cikgu-cikgu yang annoying sangat tu, aku buat tak layan je.
Selamat Tahun Baru!
hebat hebat ;]
cikgu beras : nama yang sangat janggal
i akan sentiasa ingat cikgu yang ajak adik I kahwin masa dia baru darjah 5. siap datang dekat padang depan umah I. constantly kacau her lagi.urgh! kami panggil dia mr brown. my sister was traumatised
aku rasa cikgu dulu2 suma best2 kan..
aku paling suka cikgu agama aku cause
cikgu tuh mak aku..
huahuahauhaua...
aku akan ingat dgn cikgu math moden aku
dia cabar aku, kalau aku dapat A dalam SPM dia nak makan kasut dia
dia mungkir janji!
cikgu beras? ko bia betul.aku dok line paling depan ok.setiap hr die pkai jaket denim hardrock. hot gile.pnah ade topi mexican skali
cikgu darjah dua sy lah yang palaing teruk,
tolak kepala murid dia yang x hafal sifir dua,
hohohohoho hapi nu yer.
sah2 pn harrods cikgu yg paling aku meluat sekali. Erk
Budak tu akan kata, "I can see Mrs. Kap’s sexy long legs coming down the stairs!"
budak ni paling kul.
aku suka guru chemistry dulu.
aku paling tak suka cikgu kaunseling masa sekolah menengah...dah la pakai bra 3 segi mcm cerita dulu-dulu tu...pastu siap suh aku g kaunseling dengan polis...tak memasal..
hurm...
ingat gak cikgu2 sekolah rendah...
=)
wah!nice description..i means u remember everything vivdly..ahahaha..kenangankan..hope that bakal2 chegu ni xdaklah jd terlalu grg sngat ye..but i dah terjadi guru yg grang coz budak2 primary school yg kat pedalaman ni sngat naaaaakalllllllll dan ssh nak dgr kata..
i take ur post as a motivation to improve my teaching skills..really hope to teach again..keep up this good writing miss magenta!really enjoy reading..
Sy suka cekgUu math mse f3!!
setiap abes ajar stu tOpik..
msti adew test!!
selagi xcpi 5-6/10 utk test dier..
die akn ulng smpi dpt..~
Cara mengajar yg sgt serOnOk!!~
saya cikgu.
hahahah.
tapi tak suka cikgu Art dulu. Dia andartu dan suka ajar budak lelaki saja.
angkat tangan tanya macam mana nak lukih, dia tak guide. dia jerling, dia p sembang2 kat budak2 lelaki!
Oh Adik Magenta,I loike this entry! Reminds me of my techers & lecturers when I was much younger :)Happy New Year 2009.
wah, Tuan pernah crushed dengan sorang cikgu praktikal.
Darjah 3 time tu. Siap gaduh-gaduh lagi dengan deskmate. Gaduh tumbuk2 tau.
Huhuhuhu
hey my abulic friend! how long have you been in abulia? i've been there since last year. (ok, i know, i know.... that' a lame one... last year, sure, it's 1st of january of a new year- everything is last year)
you may have seen me there 2 days or so ago.
Happy 2009! =)
Hi Magenta. I can relate to this entry very well since I am a lecturer huhuhu.
Sebagai cikgu adalah sangat tidak patut untuk melabel students lemah, genius dan sebagainya. Sepatutnya cikgu mesti memberi mereka galakan. Kalau students tak pandai mungkin salah dia (malas, tak beri tumpuan) atau cikgu itu sendiri tak reti mengajar (kes syok sendiri).
Tak ada istilah pelajar 'bodoh', cuma kadar 'pick-up' masing2 cepat atau lambat. Tu jer. Cikgu kene sensitif pasal kadar pick-up student diorang. Explain perlahan2 for the benefit yang lambat pick-up tu sampai diorang faham. That's your job as a teacher.
Buang2 buku dalam parit tu memang sangat kejam laa.. bende2 macam ni yang sebenarnya boleh mematikan minat seorang pelajar untuk belajar. Macam aku dulu sangat tak suka Maths sebab cikgu garang gila + selalu tak masuk kelas. Bila students fail dia salahkan kitorang plak yang malas belajar. Padahal dia selalu tak masuk kelas.
Sangat tak faham kenapa sesetengah orang tak suka jadi cikgu/pensyarah lepas tu mengajar sebab tak dapat kerja lain. Nak jadi cikgu mesti betul2 berminat untuk mengajar, baru ade kesan.
By the way, Miss Masuda sounds a lot like me hahaha.
Happy New Year to you too!
Magenta, selamat tahun baru:)
Anyway, aku cuma mahu minta pendapat kau ttg ini lah. http://theyogainstructordiaries.blogspot.com/2008/12/post-christmas-day-post-vpost-party.html
Jgn salah faham ya. Aku cuma mahu tahu apa yg kau fikir dan rasakan. Entahlah...bagi aku sarkastik tidak salah. Tapi ada hadnya. Tak begitu Magenta? Hope you dont mind to give out your point of view:)
hahahah...aku pun ade sorg lecturer mcm puan harrods tu.tp die study kat US...gaya ala2 same mcm ko cite..
x abih2 compare time die study kat US dlu..
"mase sy kat US dulu, bla bla bla..bukan mcm awak.."
Sy ske cikgu add math ms f4 & f5..garang tp klakar..
sape2 yg fail add math kene denda duk bwh meja..bygkn ade satu hari tu sorg je budak duk atas kusi n yg lain sme duk bwh meja..n cikgu tu still mengajar cam biasa..hehehe..
rindunyerrrr..
magenta,
kau ni...cikgu ajar kat depan tu bawak2 la mendengar sikit tu..kesian dia.
tapi..hehehe..part..hehe..cubit bontot naga..hehe..cubit..hehehe
klakar la you ni..hehehehe
i hated all my english teachers back in secondary school, even though i loved the subject.
they would always force me to go to this and that competition, boss me around and never helped me one bit, and when i won they would claim it was because of their sacrifices and blablabla, and asked me to donate the prize money to the school. and if i didn't want to, they'd call me ungrateful student lah itulah inilah.
like wtf wey? menyampah. i think this is the common syndrome in most sbps. teachers are everything; never question them.
yeah btol.. gua paling ingat cikgu yg 3 kali sebat gua depan perhimpunan rasmi.. huahuahuahua :p
holycrap. iqanabeera, did u go to tkc?
Sense 1
abulia
Meaning: A loss of will power
Hmmm... anything to do with your Svengalis..? :)
Hey! tak boleh jumpa la the Svengali post..
For a moment.. ingatkan ada kaitan dengan bulimia...nasib baik ada google.
cmne la agaknye budak2 akan igt kat aku...
ps: came across ur blog at fidah's
nak exchange link x??klau berminat email aku kat sini hafisha2@gmail.com
ni blog aku
http://hfzkhazali.blogspot.com/
aku paling ingat lecturer yang sorang ni ketika belajar di uni. dia sangat bagus dan ramai student yang suka dia termasuk aku (suka bukan sebab rupa paras atau fizikal dia). Sudahnya, aku telah masuk semua kelas tutorial dia walaupun sepatutnya aku hanya perlu ambil satu kelas sahaja. paling best, aku sangat cemerlang dalam exam (untuk paper dia saja..)
bovril lavigne, nope. ssp. lebih kurang lah kan? girls school memang macam tu agaknya.
errr bley tau herr kilat ni nama saper.. aku rasa cam dok satu blok j ngan dia dulu.. hahaha
Frau Aloe tu yang hippie tu ke? Rambut panjang? Aku main tibai je ni. Kalau betul la dia, aku pernah lunch dengan dia kat cafe rehek bawah pokok masa aku ponteng kelas, lepas tu dia cerita pasal bapak dia ada cancer. Aku kesian,aku bagi dia karipap terakhir aku.
Aku tak tahu apa jadi pada karipap tu.
another bdk ALG yg tk suka Miss Tang? How am I not surprised..hikkhikhik
Miss Tang masih dgn rambut kerinting dia lagi kah?
-another ALGian-
kehkehkeh.spe yang penah suke minah tu.minimen..kahkahkah.wat tergelak je bile bce.ms tang penyek.hahaha
Post a Comment