
First crush aku adalah sangat special. Walaupun berlaku 13 tahun lepas. Aku kata special, sebab aku ingat dia sampai sekarang. Tapi ex aku, bila aku cuba nak recall, aku sedar bahawa aku dah terlupa birthday dia, nama penuh dia dan muka dia macam mana pun aku ingat samar-samar je. Ok, sebenarnya ada sikit aku ingat. Ex aku sangat skinny pastu kepala dia nampak besar. Dan disebabkan aku neurotik pasal proportionality, aku sebenarnya lega masa kami break up. Aku pikir, "Nasib baik he's not the one. Kalau tak tiap-tiap hari aku akan terjaga tidur dan benda perkara pertama yang aku pikir bila pandang dia adalah: "Holy crap, besar sial kepala dia ni." Yelah, ada orang anal pasal bau. Ada pasal gigi. Ada pasal kulit. Aku anal pasal proportionality kepala dan badan.
Nasib baik crush aku punya kepala dia dengan badan dia ratio 1:1. Kira sesuai la. Takda la kepala macam bola ping pong ke bola keranjang. Walaupun aku bukan seorang yang superficial, tapi kebetulan first crush aku adalah dari segi rupa, sangat divine. Dari umur 11 tahun kau dah tau mamat ni destined to grow up to be a heartbreaker. Tambah pula dengan muka macamtu, dia rajin main bola so badan dia pun best.
Macam mana aku nak describe dia? Macamni lah, kami ni yang baru 11 tahun dan masih belum acquired hormon kami fully, kalau main game kalau ada event then kena pusing roda tu untuk dapat hadiah, hadiah pertama adalah dapat cium dia (malangnya aku tak menang). Cuma rambut je slack, tapi aku rasa dia tau kot rambut dia slack so dia pakai topi tiap-tiap hari. Life is fair. Kalau muka dan badan dah cantik, rambut kau mesti buruk. Ini tahun 1996 dan dia 11 tahun. If you looked good back then and at that age, kau amazing. Masatu orang tak reti nak cabut kening betul-betul. Pelakon komedi bersiri Friends masih pakai eyeshadow biru dan lipstick brown. Belum ada whitening dan tanning artificial secara berleluasa. Orang baru reti nak buat rambut macam Sonic Hedgehog.
Kita panggil dia 'S'. 'S' sebab nama dia start dengan huruf S dan sadly, he was an ass. Dia panggil semua perempuan 'bitch' tapi mereka masih menggedik dengan dia dengan rela. Dari sini kita dah dapat lihat S akan membesar jadi seseorang yang sexist dan tak reti respect women, tapi aku ada feeling bahawa dia akan bertemu ramai perempuan yang "You don't even have to remember mah name in the morning".
Twist di sini adalah S suka aku. Macam dalam movie Hollywood, aku adalah nerd. Aku selalu skor papers aku, aku baca buku masa rehat, dan clique aku terdiri daripada budak-budak Asia. Seperti nerd sejati yang pasti allergic dengan something, aku allergic dengan minuman bikarbonat, so masa rehat aku akan minum air tin jus strawberry dengan pose macam aku sedang minum something cool, macam Mountain Dew. Masa tu Mountain Dew tengah top pasal ada basketball superstar berlakon dalam iklan dia. Masa science fair, aku buat eksperimen paling kompleks dan skema di antara semua classmates aku. Pasal warna apa yang serap paling banyak haba. Siap beli watercolor, test tubes dan thermometer tu. Manakala S pulak buat eksperimen sejauh manakah dia dapat menendang bola across the field. Konon-konon Fizik la, sports science, sesaran, acceleration lah dia kata.
Aku tau S suka aku. Salah satu sebabnya masa kat elementary school dia suka trip aku masa aku lalu depan dia nak pergi buang sampah. Masa masuk middle school, dia ditakdirkan duduk depan aku dalam kelas. Tiap kali aku bend bawah meja nak ikat tali kasut, dia akan bend sama dan pandang aku bawah meja sambil senyum. Sampai sekarang aku ingat benda tu, sebab sekarang aku rasa sweet gila pulak. Walaupun masatu aku ingat dia agak creepy gila buat camtu. Sekarang ni tak ada sapa teringin nak tengok aku ikat tali kasut dah.
Jadi kami selalu stealing glances at each other. Masa time Physical Education, aku selalu nak cepat-cepat run laps supaya akan banyak masa nak usya dia main bola nanti. Disebabkan S jugak, aku mula mencukur bulu kaki walaupun tak ada bulu kaki pada umur tu sebab aku kena pakai shorts untuk PE. Cinta memang buta. Dan sebagai stalker berjaya, aku selalu usya dia main bola keranjang petang-petang depan rumah aku. Dan bila aku pulak main bola keranjang secara pasif dengan geng nerd Asian aku, dia pulak yang usya.
So satu hari kawan karib S bagitau aku bahawa dia suka aku depan kawan-kawan aku. What happened next ada banyak sebabnya, sampai sekarang aku tak tau kenapa aku cakap macamtu. Salah satunya mungkin sebab kawan karib dia adalah seorang budak perempuan yang cantik dan popular dan aku tersipu-sipu yang dia datang cakap dengan aku. Being 11, aku tergamam, malu dan sebelum aku sedar apa-apa, aku jawab, "S? Ewww."
Sebab kedua mungkin aku rasa S out of my league. Over the next few years I was gonna use this excuse to escape starting something I was scared of, but were they really? Sampai sekarang aku pun tak pasti aku sedang bermain dalam liga mana. Aku ni tak layak main dalam Liga Perdana ke?
Kau tau perasaan suka sangat kat seseorang, sampai kau angau kat dia siang malam, pastu usya dia setiap chance yang kau dapat (zaman sekarang ni orang stalk Facebook dengan Twitter je kot, antisosial betul), siap lukis-lukis nama dia kat tingkap masa hujan sebab ada wap air tuh, pastu kau fantasize kau Neve Campbell dan dia Scott Bailey, pasal kau 11 tahun dan tahun tu drama Party of 5 memang tengah panas dan macam mengujakan betul cause 11 year olds aren't supposed to watch it, then bila saat yang kau nanti-nantikan tiba, kau blew it all away pasal kau kononnya nak kontrol macho depan kawan-kawan kau padahal kau sebenarnya ada inferiority complex? Dan perkara tu membuahkan jangka masa setahun yang sangat awkward antara kau dan dia, dan dalam kepala kau akan selalu terngiang-ngiang benda tu, walaupun nothing happened, dan kau tau 11 year olds bounce easier than others, lagi-lagi orang macam dia, tapi tu jugak yang kau chose to remember. Sebab walaupun kau dah tak ada perasaan kat dia setahun lepastu, kau sedar bahawa 13 tahun later, kau masih ada complex tu.
Well, I hope you'll never know that feeling.