Thursday, July 23, 2009

First Crush.



First crush aku adalah sangat special. Walaupun berlaku 13 tahun lepas. Aku kata special, sebab aku ingat dia sampai sekarang. Tapi ex aku, bila aku cuba nak recall, aku sedar bahawa aku dah terlupa birthday dia, nama penuh dia dan muka dia macam mana pun aku ingat samar-samar je. Ok, sebenarnya ada sikit aku ingat. Ex aku sangat skinny pastu kepala dia nampak besar. Dan disebabkan aku neurotik pasal proportionality, aku sebenarnya lega masa kami break up. Aku pikir, "Nasib baik he's not the one. Kalau tak tiap-tiap hari aku akan terjaga tidur dan benda perkara pertama yang aku pikir bila pandang dia adalah: "Holy crap, besar sial kepala dia ni." Yelah, ada orang anal pasal bau. Ada pasal gigi. Ada pasal kulit. Aku anal pasal proportionality kepala dan badan.



Nasib baik crush aku punya kepala dia dengan badan dia ratio 1:1. Kira sesuai la. Takda la kepala macam bola ping pong ke bola keranjang. Walaupun aku bukan seorang yang superficial, tapi kebetulan first crush aku adalah dari segi rupa, sangat divine. Dari umur 11 tahun kau dah tau mamat ni destined to grow up to be a heartbreaker. Tambah pula dengan muka macamtu, dia rajin main bola so badan dia pun best.



Macam mana aku nak describe dia? Macamni lah, kami ni yang baru 11 tahun dan masih belum acquired hormon kami fully, kalau main game kalau ada event then kena pusing roda tu untuk dapat hadiah, hadiah pertama adalah dapat cium dia (malangnya aku tak menang). Cuma rambut je slack, tapi aku rasa dia tau kot rambut dia slack so dia pakai topi tiap-tiap hari. Life is fair. Kalau muka dan badan dah cantik, rambut kau mesti buruk. Ini tahun 1996 dan dia 11 tahun. If you looked good back then and at that age, kau amazing. Masatu orang tak reti nak cabut kening betul-betul. Pelakon komedi bersiri Friends masih pakai eyeshadow biru dan lipstick brown. Belum ada whitening dan tanning artificial secara berleluasa. Orang baru reti nak buat rambut macam Sonic Hedgehog.




Kita panggil dia 'S'. 'S' sebab nama dia start dengan huruf S dan sadly, he was an ass. Dia panggil semua perempuan 'bitch' tapi mereka masih menggedik dengan dia dengan rela. Dari sini kita dah dapat lihat S akan membesar jadi seseorang yang sexist dan tak reti respect women, tapi aku ada feeling bahawa dia akan bertemu ramai perempuan yang "You don't even have to remember mah name in the morning".


Twist di sini adalah S suka aku. Macam dalam movie Hollywood, aku adalah nerd. Aku selalu skor papers aku, aku baca buku masa rehat, dan clique aku terdiri daripada budak-budak Asia. Seperti nerd sejati yang pasti allergic dengan something, aku allergic dengan minuman bikarbonat, so masa rehat aku akan minum air tin jus strawberry dengan pose macam aku sedang minum something cool, macam Mountain Dew. Masa tu Mountain Dew tengah top pasal ada basketball superstar berlakon dalam iklan dia. Masa science fair, aku buat eksperimen paling kompleks dan skema di antara semua classmates aku. Pasal warna apa yang serap paling banyak haba. Siap beli watercolor, test tubes dan thermometer tu. Manakala S pulak buat eksperimen sejauh manakah dia dapat menendang bola across the field. Konon-konon Fizik la, sports science, sesaran, acceleration lah dia kata.



Aku tau S suka aku. Salah satu sebabnya masa kat elementary school dia suka trip aku masa aku lalu depan dia nak pergi buang sampah. Masa masuk middle school, dia ditakdirkan duduk depan aku dalam kelas. Tiap kali aku bend bawah meja nak ikat tali kasut, dia akan bend sama dan pandang aku bawah meja sambil senyum. Sampai sekarang aku ingat benda tu, sebab sekarang aku rasa sweet gila pulak. Walaupun masatu aku ingat dia agak creepy gila buat camtu. Sekarang ni tak ada sapa teringin nak tengok aku ikat tali kasut dah.


Jadi kami selalu stealing glances at each other. Masa time Physical Education, aku selalu nak cepat-cepat run laps supaya akan banyak masa nak usya dia main bola nanti. Disebabkan S jugak, aku mula mencukur bulu kaki walaupun tak ada bulu kaki pada umur tu sebab aku kena pakai shorts untuk PE. Cinta memang buta. Dan sebagai stalker berjaya, aku selalu usya dia main bola keranjang petang-petang depan rumah aku. Dan bila aku pulak main bola keranjang secara pasif dengan geng nerd Asian aku, dia pulak yang usya.



So satu hari kawan karib S bagitau aku bahawa dia suka aku depan kawan-kawan aku. What happened next ada banyak sebabnya, sampai sekarang aku tak tau kenapa aku cakap macamtu. Salah satunya mungkin sebab kawan karib dia adalah seorang budak perempuan yang cantik dan popular dan aku tersipu-sipu yang dia datang cakap dengan aku. Being 11, aku tergamam, malu dan sebelum aku sedar apa-apa, aku jawab, "S? Ewww."



Sebab kedua mungkin aku rasa S out of my league. Over the next few years I was gonna use this excuse to escape starting something I was scared of, but were they really? Sampai sekarang aku pun tak pasti aku sedang bermain dalam liga mana. Aku ni tak layak main dalam Liga Perdana ke?



Kau tau perasaan suka sangat kat seseorang, sampai kau angau kat dia siang malam, pastu usya dia setiap chance yang kau dapat (zaman sekarang ni orang stalk Facebook dengan Twitter je kot, antisosial betul), siap lukis-lukis nama dia kat tingkap masa hujan sebab ada wap air tuh, pastu kau fantasize kau Neve Campbell dan dia Scott Bailey, pasal kau 11 tahun dan tahun tu drama Party of 5 memang tengah panas dan macam mengujakan betul cause 11 year olds aren't supposed to watch it, then bila saat yang kau nanti-nantikan tiba, kau blew it all away pasal kau kononnya nak kontrol macho depan kawan-kawan kau padahal kau sebenarnya ada inferiority complex? Dan perkara tu membuahkan jangka masa setahun yang sangat awkward antara kau dan dia, dan dalam kepala kau akan selalu terngiang-ngiang benda tu, walaupun nothing happened, dan kau tau 11 year olds bounce easier than others, lagi-lagi orang macam dia, tapi tu jugak yang kau chose to remember. Sebab walaupun kau dah tak ada perasaan kat dia setahun lepastu, kau sedar bahawa 13 tahun later, kau masih ada complex tu.


Well, I hope you'll never know that feeling.

39 comments:

jipo said...

w'pon ko tulis panjang lebar aku still xleh nk lupa perenggan pertama tu dan associate dgn satu episode dlm Friends:
Chandler date pompuan yg kepala besar gila.."her head is so big,when she sneeze i swear i could see her brain"

pastuh dekat2 ending credit mmg nampa kepala dia besar nk mampos...

bwahahahaha

magenta said...

AHAHAHAHAHA i love you chandler binggggggg.

inilah rintihan orang yang tak dapat tidur malam dan seterusnya terjaga sampai pagi walaupun esok kena bangun awal.

Bart said...

kalau S baca blog ni macam mana? aiyok aiyok.

penyelamat dunia said...

bebudak umur 11 zaman sekarang takde cannih de. kanak-kanak sekarang one night stand je fuck and move on haha.

Zaini said...

"Tiap kali aku bend bawah meja nak ikat tali kasut, dia akan bend sama dan pandang aku bawah meja sambil senyum."


ini mmg suwit.

Fuzzy A! said...

Chandler Bing is the reason I stayed on watching Friends for 10 seasons even though towards the end of high school bebudak konon cool kat skolah kata eew bila aku kata aku tengok Friends.

It's rather awesome that you still remember your first crush and awesomer that there's a story to tell. And the bawah meja part memang adalah moment awwww-so-sweet.

P/S: Despite the last sentence and the first, aku adalah manusia lelaki yang straight... I think.

Blog Diva said...

hi..love reading ur blog. entah nape.. i rasa your writings sama mcm jebon; anak mat nor tu.. tapi dia dah lama tak update.

Moon~~ said...

nice entry..buat aku ingat first crush aku..

Anonymous said...

suka sgt dengan entry ni.

aku try nak recall siapa first crush aku, malangnya tak dapat.

aku cepat lupa.

sangat sweet ada orang tengok kita ikat tali kasut.

tak pernah ada orang buat macam tuh kat aku.

Shuhada Shah said...

aku tau perasaan tu magenta
bila saja jalan keluar kelas semata nak tengok dia praktis bola

adoi.
thanks
was written beautifully

Moose said...

i love party of 5 back then. neve campbell and scott bailey. gosh, i'm old. anyway, i think any 1st, 1st love ke, crush ke, 1st break-up ke, hard to let go.
:)

47 said...

my first crush was my neighbor. sungguh girl-next-door type kan?

i used to go and play under this tree in front of her house for hours, just so that whenever she stepped out i could ask her to join me..and she actually did join me

my parents went mad, thinking all i do was playing outside for hours instead of being in the house doing my homework.

they din know i did it all in the name of love LOL

farizzet said...

entri ni pasal perasaan lampau yg tak hilang2. kontradik dengan neem punya entri baru2 ni. dia kata cinta zaman sekolah tu memang la sweet, best, dan tiada tanggungjawab. cuba bebende yg best dan sweet ditambah dengan keserabutan duniawi pekerjaan dan tekanan untuk kawin, sweet tu hanya 5% saja penumbang ke arah kebahagiaan rumah tangga.

sorry, menyimpang jauh atau terlalu kedepan?

NeemoNeemo™ said...

Aaa...sungguh Western kisah ini.

My first infatuation is waktu umur 18.

Umur 21 baru ada 1st crush.

alya said...

i totally know that feeling..
baca blog u sampai tersengih - sengih teringat kisah sendiri..
but then i was 16 lah kan.. lambat sikit..
sanggup keluar pegi toilet selalu cos nak usha dia..
cis.. damn..
kalau kantoi dengan ny friends that i was looking at him memang malu giler, outomatic blushing tak boleh nak tahan - tahan..
rasa nak tumbuk - tumbuk dinding sebab malu..
kelakarnye kalau ingat
sekarang dah jadi kawan pun kitorang..

alya said...

i totally know that feeling..
baca blog u sampai tersengih - sengih teringat kisah sendiri..
but then i was 16 lah kan.. lambat sikit..
sanggup keluar pegi toilet selalu cos nak usha dia..
cis.. damn..
kalau kantoi dengan ny friends that i was looking at him memang malu giler, outomatic blushing tak boleh nak tahan - tahan..
rasa nak tumbuk - tumbuk dinding sebab malu..
kelakarnye kalau ingat
sekarang dah jadi kawan pun kitorang..

ASYRAF A said...

alamak sedih gila entri nih.
"S? Eww."
was a hell big mistake

Firdauz takes five said...

ecehceh magenta

jiwang la u ni!

=P

(but i do love this writing so much. ahaks)

Anonymous said...

ada kawan aku amik pisau dan toreh nama awek sbb crush...angau lah tu mcm tulis nama pada tingkap.

hehehehehehe

first crush aku pada 6 or 7 tahun.
dengan anak tan sri isa samad.

kami main naik basikal turun bukit dan aku injured.

sweet dia rawat aku, walau suar aku koyak dan malu2.

Ara said...

aww...1st crush stories~~
*dua2 siku dok atas bantal dan menopang muke sambil meniarap atas katil ala2 kt slumber party gitu*

;-D ;-D

yaknowho said...

My first crush was Michaeangelo from the Ninja Turtles.

iqanabeera said...

This happened with my first crush toooo. The eww-not-him thing.



Sampai sekarang I feel like kicking myself for doing that. In fact, I still do it now. Happens ALL THE TIME. I think I'm just too scared to date the popular boys so I dismiss all of them as uninteresting jocks.

-_-"

Anonymous said...

'Tapi ex aku, bila aku cuba nak recall, aku sedar bahawa aku dah terlupa birthday dia, nama penuh dia dan muka dia macam mana pun aku ingat samar-samar je.'


tba2 buat aku terpikir...dan haah...aku mcm terlupa juga

Anonymous said...

nice post.i had my 1st crush around 11 years old too.he sat behind me in class.

we were good friends till suddenly he hates me like i am a disease or something!no strong reasons.

we haven't had a decent conversation even tho we do see each other occasionally for gatherings and around hometown.

sad but yeah,life goes on.

The sleeper said...

panjang gile. the truth is. i hate words. tp curious sngt to knoe what u talkin bout. so focused to the last line. merangkap the summary of ur entry.
"Well, I hope you never know that feeling."
p/s: i wish i never know that feeling. ssshhhh... aiyok aiyok kezambo!

cik nurulain said...

like everybody else, i pon sengih baca entry nih, igt my first crush. *ngee*

yaknowho said...

pop girl=alex?

tipo said...

S nampak sangat tak de pengalaman dengan pompuan. Tapi tak pe lama2 S tahu lah. Memang pompuan macam tu. Bila darah gemuruh terus mencebik mulut tak mahu walaupun sebenarnya dia mahu. Mahu tapi malu..mcm tulah.. sebab tu lelaki yang dah pengalaman sikit dia tak ambil kira sangat verbal signal. Yang penting lirikan mata. Dan body signal. Boleh lihat dari matanya jika go or no go.. verbal signal boleh menjadi confusing jadi kena tgk bahagian wanita yang tak boleh menipu. Gelekan hips selalunya pompuan tak dapat dikawal..sebab tu shakira kata hips dia dont lie...

the artist and i said...

darjah 5.

nama dia Azrin Husin.

Try cari facebook tadak.

:D

nads said...

hihi. my first crush pun mase 11 years old.to someone a year older. man nobody knew i had this crush on this particular guy.ego tak leh blah.i thought he was the most good looking guy at sekolah agama. selalu tunggu dier buat one round kayuh basikal kat depan block.haha. takleh lupe.it went on until sekolah menengah cos we went to the same skool.slalu usha dier from kelas kat atas time dier pj.haha. but i never had the guts to approach him biase la stok malu2.rugiinyerr..haha.wat a memory.:)

Azean Azman said...

First Crush aku pun mula huruf S..

Aku jatuh cinta first time nampak dia teruja naik beskal bawah tangga rumah.. dan aku ingat lagi fikiran dalam otak aku ketika itu..

"Aku masih kecil lagi ni sudah jatuh cinta??.. gatalnya aku ni?Kalau mama dan kakak aku tau, habis aku! "

alfina said...

so sweet.cant be bothered to remember my first crush though

Iron Butterfly said...

this is so original and sweet.

why ah people always freakout when a person they thought way out of their league like them?

then they settle for a lesser candidate.

what a waste. *Sigh

LD said...

i really like this story! (:

Perempuan Pemimpi said...

aku nak nangis baca entry ni. aku rasa ni entry ko yang paling sweet.

Aisyah Sharif said...

heee... awak berjaya bg sy cills ble bce ni.

chills mcm ble kte first time ckp dgn org yg kte ade huge crush waktu mentah2 dlu.

tgn sejuk, perut kecut sume.

i love this...

especially dle dia bend dan senyum kt bwh meja 2.

I was like literally imagining if i were u.

tbe2 dpt chills.

haha.

what a piece of writing can do to us.

congrats.

awk brjaya buat sy follow awk .
haha.

n said...

so sweet :)

Anonymous said...

i wonder if u sekolah kat oversea dulu?

Pisey said...

Hahaha. Aww kak. I pity myself sekolah rendah sekolah perempuan semua. First crush on my first day in school when I was 13. He's married to a beautiful wife and got a baby already.