Tuesday, December 9, 2014

Zaman Kanak-kanak yang Dijahit dari Mimpi-mimpi


Bila kau hidup dalam zaman social media ni, kadang-kadang kau boleh rasa macam ada 'invisible competition' where ramai yang berlumba nak sajikan facade tentang hidup siapa yang paling perfect. As a result, orang yang berlumba tadi, termasuk sesetengah orang lain yang nampak pun, depressed sebab tak dapat attain standards yang mereka sendiri set melalui social media mereka. Kadang-kadang aku wonder if orang zaman dulu pun dibelenggu perkara ni. Beza kita dengan mereka, dulu kau balik rumah, kau tak pikir pasal hidup orang lain sangat. Mungkinlah. Sekarang, kita balik rumah, kita go on Twitter, Instagram, Facebook untuk tengok hidup orang, pendapat orang. So we're constantly feeling like we're being judged or that we have to do something, have some 'thing' or be somebody.

Mungkin sebab benda macam ni, aku terbaca artikel minggu lepas tentang keluhan seorang ibu tentang benda-benda yang dia tak dapat bagi anak-anak dia yang membuatkan dia rasa bersalah. Naluri ibu bapa, kau mesti nak bagi segalanya yang terbaik bagi anak-anak kau. Kalau tak mampu pun, you will work hard to make it work. Antara perkara-perkara yang dia kata dia tak mampu bagi tu adalah bawak anak dia pergi Disneyland dan buatkan anak dia birthday party Pinterest.

To be honest, aku pun tak sure kenapa dua perkara tu ada dalam list dia. It could be social media. Parents lain upload kat Facebook party Pinterest, dia pun rasa sedih tak dapat buat. Takpun tengok relatives pergi Disneyland atau ingat Disneyland idaman semua kanak-kanak.

Jadi aku kenang balik zaman kanak-kanak aku and cuba ingat balik what I enjoyed most. And I hope this comforts some parents, because my best memories aren't the most expensive or most picture-perfect ones.

Aku paling happy bila dapat balik kampung mak aku. Dapat lepak kat bendang bawah pokok kelapa. Kadang-kadang nampak ular sawa lalu kat sawah. Usually jumpa kulit ular je. Pernah sekali tengah lepak dengan kawan-kawan, abang aku gaduh dengan kawan dia pastu dia baling kelapa kat kawan dia. Kena kat kepala sorang budak perempuan ni, berdarah teruk.

Main tangkap berudu dalam plastik clear dalam parit depan rumah nenek aku sebab ingat berudu tu ikan bilis. Pastu dengan bangganya pergi tunjuk hasil tangkapan aku kat mak aku and suruh dia gorengkan. Nasib tak kena lempang.

Mandi dalam parit dengan kawan-kawan, biarpun kena marah everytime aku buat macamtu. Masa aku 10 tahun, aku perasan konon Baywatch ah mandi dalam parit. Padahal tu parit bahan kumbahan penuh taik. Nasib tak kena penyakit kulit ke apa.

6-7 hour drive balik kampung dengan adik-beradik yang asyik carsick and nak muntah. Lagi dia nak muntah, lagi kena ejek. My favourite part is bila kami bising bila nampak gerai jual dadih tepi jalan and suruh bapak aku stop and belikan dadih. And when bapak aku actually stop.

Pergi sembahyang terawih dengan kawan-kawan pastu stop lepas rakaat kedua atau keempat tu. Pastu layan magazine Teen Beat, Smash Hits atau Galaxy kat belakang. Jamah moreh sebelum orang lain habis terawih. Dulu masjid tu selalu hidang teh biasa dengan teh halia (masa tu, aku benci gila teh halia). Pernah sekali aku buat dajal, aku campur semua teh biasa dengan teh halia.

Makan cokodok atau cucur udang/ ikan bilis mak aku pagi-pagi.

Tangkap belalang and bela. Simpan dalam bekas bawang yang ada lubang-lubang tu. Bagi dia makan daun-daun. They usually last 2 weeks. Aku taktau sebab memang itu jangka hayat dia atau aku pembela belalang yang bangang.


(Pic courtesy of Google) Ni lah bekas bawang yang aku selalu bela belalang dalam. Aku takup lagi satu bekas atas ni untuk trap belalang tu. Memang bekas bawang aku pun warna green pun, nak bagi matching dengan belalang aku.


Tangkap anak katak kat padang depan rumah lepas hujan. They're so cute.

Kumpul setem. Benda ni je aku boleh berlagak kat sekolah. Bapak aku selalu dapat surat dari overseas pastu bagi aku setem. Dia pun suka aku ada hobi yang free (kecuali album setem tu dia kena belikan lah).

My first crush.

First time naik basikal. First time accident naik basikal sebab langgar van. Van yang parked. 

Kali pertama aku nampak any new animal. Ladybird ke, pepatung ke, kunang-kunang ke.

That time bapak aku ambil cuti belajar ke US dan dia tak dapat elaun keluarga (I was 11). Kami dok setinggan yang kalau aku tumbuk wall dia, pecah. Kenangan terindah sebab we were poor and kena dumpster diving but it was an adventure everytime. Katil aku dan sofa kami dapat daripada tong sampah. Every week pergi garage sale, beli barang and pakaian second hand $1.

Kali pertama aku nampak Hot Wheels Color Shifters tukar warna. Kereta tu bapak aku beli dari garage sale. Dia dapat tukar-tukar warna ikut suhu. Sebenarnya masuk air pun boleh tukar warna, tapi lambat. Kami masukkan dalam peti sejuk je. Bila abang aku keluarkan dari fridge, dah colour lain. Wow.

Pakcik-pakcik aku kat kampung yang ajar aku manners and how to play Gameboy. Orang kampung asyik kecoh depa asyik keluar masuk pusat serenti sebab amek dadah. As a kid, I felt like they were like any other human being. But more special, because they were kind. Pastu diorang selalu mainkan lagu Isabella untuk aku dengan gitar.

Any games yang aku main masa kecik dengan abang aku. Yes, even permainan 'babi hutan'. Sometimes just watching abang aku main Tamiya, Street Fighter, Golden Axe or Mario Brothers. 

Playing Diablo curi-curi at 13. Bila abang aku pergi sekolah (kami lain sesi), aku main CD dia. Of course bila bapak aku jumpa, dia patahkan CD tu sebab dia kata Diablo tu setan. It really did mean that, and someone pointed out I should have replied "That's why we have to kill him, Daddy!" (Oh well, a decade too late...) Puasnya aku kalau main game yang ada dwarfs atau orang kenit yang kau kena tendang bontot dia untuk dapatkan magic potions biru atau hijau.

First time aku dengar any new album or song that I end up liking. Selalu aku curi-curi dengar kaset abang and kakak aku masa diorang pergi sekolah. Buat mixtape dari lagu-lagu kat Hitz FM and falling asleep listening to it.

Watching Ace Ventura and Lion King with the family.

The cats I used to bela. Masa kecik, parents aku tak bagi bela kucing. Jadi aku selalu adopt stray pastu bela dalam bilik atau feed kucing-kucing tu so dia selalu datang rumah. I think by the time I was 19, aku dah probably pernah bela 30 cats. Masa kecik, selalu kena release balik lepas kantoi bela dalam bilik. But when I hit 17, aku ada bela some cats for a few years.

Bila bai roti datang belakang rumah pastu kami semua nak order Apollo lah, kek Hiro lah, muffin 20 sen lah, Tora dan Ding Dang lah. Dapat permainan free dalam Ding Dang pastu memasing berlakon macam tengah dalam iklan dia. Kodi sungguh!

Actually I better stop before this turns into a list about things I'm nostalgic about in the 90s.

Yes, my childhood was woven out of dreams. Some nightmares, some beautiful. They didn't cost much, but they were mine. All mine.

16 comments:

Madam Fiey said...

And its beautiful just like mine : )

gdsjht said...

I had it all! Part tangkap berudu and belalang is the highlight of our childhood sebenarnya kan. Petang-petang spend time dengan anak-anak kambing. If only we could turn back time.

I pun takut nak ada anak yang akan main ipad 24/7 spend their time on social media. Gila wey rasanya mak bapak kita pun takut benda yang sama waktu dulu.

Syed Ali Rabbani said...

You had a good childhood :)

drugbuddy said...

Bestnya memori lama. Adik-adik I pergi main tangkap berudu dalam longkang balik kena marah dengan Abah, haha.

I suka main lompat getah dengan cousin lelaki dan main tembak-tembak senapang kayu dengan diorang.

Main pondok-pondok la, main kejar-kejar la, main rounders la, main sorok-sorok la.

:)

Leen AshBurn said...

What a super awesome childhood you had! :)

Anonymous said...

macam butuh. sad pathetic old woman. go die! vinegar and ice kepala otak!

magenta said...

Madam Fiey: Am glad you had a beautiful childhood.

gdsjht: Bestnya boleh main ngan anak kambing! I don't miss going back to school though haha.

Syed Ali Rabbani: Thanks, I hope you did too :)

drugbuddy: Aaa I pun main semua tu! Main masak2 dalam tempurung kelapa gak lol.

Leen Ashburn: Thanks hehe. Thanks for reading!

Anonymous: Wow, I can't believe I'm still getting hate comments. What is this, 2008? Haha. But I agree with you, I've always hated the title of this blog.

Anonymous said...

saya mintak maaf sgt2 for that.. awak sebenaarnya dh buat saya jatuh cinta. saya malu nak cakap but yes i do from deep inside my heart. i swear this isnt a joke. awak dah buat saya jatuh cinta. i love you! sorry sbb saya tak boleh dedahkan nama

magenta said...

Anonymous: Amboi, kemain. Apa motif hate-love comments ni. Papehal thank you if you like my writings.

bedah lishes said...

I love this post. Made me nostalgic about my own childhood. (We follow each other on Twitter tapi tak pernah *menyempil* waima *menempel* in the same tweet thread lagi XD)

magenta said...

bedah lishes: Thanks! And of course. I've seen you on my timeline gak tapi tak berani menempel sebab apparently some people hate it? Haha. Tapi tunggu situ, maybe I will soon now that I sense you'd be okay with it :)

Anonymous said...

https://www.youtube.com/watch?v=bUIElvJRyNU

:)

magenta said...

https://www.youtube.com/watch?v=9a3VzJQeCso

:)

Fauzan Ahmad said...

Aku sekarang pun recycle barang tong sampah. Kat sini nama genbrug. 1hb or 15hb setiap bulan waktu orang pindah, so orang akn dump semua barang, sbb mostly expat. Mlm mlm bila org tidur, aku selongkar. Bukan nak brag, aku dapat samsung 46 inch dari ganbrug. Sampai satu masa, bini aku ckp, start january, xboleh kutip dah. Haha.

Anonymous said...

awak sgt cheeky & buat saya jatuh chenta. haish! i love you. i love you!!

Akukah? said...

Dear magenta, out of all that, the drug addict uncles touched me deeply!

x semua org lalu/faham perasaan u but I can sincerely relate. When they are sober, they r among the kindest and loving living people.

they were just simply misunderstood...

regards.
-sal-