Wednesday, May 24, 2017

Krisis Pertengahan Umur Lagi dan Lagi #2


Kawan-kawan aku yang menulis status berbaur krisis pertengahan umur di media sosial bukanlah golongan pertengahan umur. Ramai juga yang berumur 20-an.

Bila orang sebut midlife crisis dulu, aku selalu terbayang lelaki tua boroi yang tetiba teringin beristerikan perempuan muda dan memiliki sports car. Tu dulu. 

Sekarang, aku hanya view midlife crisis sebagai fasa hidup seseorang bila dia berasa kekosongan dan tak paham kenapa mereka rasa begitu dan mula persoalkan segala pilihan hidup mereka. Mereka rasa kecewa dengan pilihan hidup mereka dan mula panik kesuntukan masa. Mula tertanya, "What if this is all there is to life?" atau, "What if it's too late to change my life? What if I have to live this shitty path till I die?"

Aku percaya krisis umur ini boleh berlaku setiap dekad, dan boleh mula bebila.

You only start thinking of the 'wants' when you've taken care of all the 'needs'.

Kadang-kadang aku tertanya juga, ada tak mak bapak aku atau mak bapak kengkawan aku termenung dan terasa kosong dengan hidup. Cuma aku rasa parents aku masa 30-an terlalu sibuk menyara kami dan ensure keperluan hidup cukup untuk meluangkan masa untuk self-pity lama-lama. Aku tak pasti apa hopes and dreams mak aku sebelum dia melahirkan aku dan adik-beradik aku, tapi aku pasti dia masih belum puas meneroka hidup. Masa mak aku masuk umur 50-an, dia mula melancong dengan kawan-kawan dia. Seronok jugak tengok mak aku masih dapat merasa benda-benda baru dan merasa perasaan-perasaan baru.

Dulu aku pernah tulis, kalau kita terlalu cepat atau senang memperolehi sesuatu, kita akan cepat hilang thrill dia. Macam kalau kau cepat kaya, jarang kau rasa dah cukup. Mesti kau nak kaya lagi. Kalau kau start famous kat internet, mesti kau nak jadi lagi famous. Yang dapat seratus like tu sibuk pikir macam mana nak dapatkan seribu likes pulak. Takkan pernah cukup.

Dan mungkin juga ini antara sebab ramai orang mula merasa krisis umur pertengahan lagi awal. Perubahan dunia membolehkan kita kecapi macam-macam goals. Nak travel? Ada option penerbangan murah sekarang. Everyone can fly! Nak hook up? Macam-macam app untuk kau access apa yang kau cari (dan tak cari). Nak makan sedap-sedap? Macam-macam pilihan ada. Nak jadi famous? Macam-macam platform ada. Pilihan pun banyak berbanding dulu. Pressure untuk conform dengan society tu kurang. Bukan hilang, tapi kurang. Sesetengah orang lepas graduate, tak payah terus kerja, bina keluarga terus. Tak nak kahwin pun tak apa. Tak nak ada anak ramai macam ibu bapa kita pun tak apa. Mungkin semua benda makin mahal, tapi kita tetap ada pilihan untuk indulge diri kita sekali sekala. Makanan seperti pizza atau McDonalds yang sesetengah orang rasa macam 'reserved' untuk special occasions masa kecik, dah boleh kerap dibeli. Things are changing, and so are we. Tapi naluri manusia yang selalu rasa semuanya tak cukup, mungkin tu takkan berubah. 

Bukanlah orang zaman dulu tak ada wants macam tu. Ada je. Tapi kena tangguhkan sampai anak-anak dah berdikari, pasangan hidup dah meninggal atau lepas pencen. Kalau tak payah tunggu, agaknya mereka pun mula ada krisis pertengahan umur lebih awal.

So when you've taken cared of your needs and some of your wants, what are your other wants? Are you running out of wants? Do you feel unhappy despite fulfilling some of your wants and all of your needs?

Walaupun aku benci permainan 'what if', aku tertanya juga, "What if ramai di antara kita ni tangguhkan kebahagiaan kita?"

Macam kita dah patutnya tak ada sebab untuk rasa unhappy atau incomplete, tapi kita selalu rasa tak cukup sebab kita dah tanam idea dalam kepala kita, kita hanya boleh happy kalau kita dapat semua benda yang kita nak je.

Macam kau tak ada konflik besar dalam hidup kau, tak ada masalah kewangan, ada pekerjaan yang okay, kawan-kawan yang best, tapi kau rasa tak cukup selagi tak ada pasangan. Atau orang yang ada semua tu dan pasangan, tapi rasa bosan dan kosong dengan hidup. Atau sebab tak ada benda-benda yang dia teringin sebab nampak kat internet dan kawan dia ada.

Sebab aku teringat aku tak pernah rasa kekurangan sebab keluarga aku tak sambut harijadi. Aku tak tau pun benda tu pelik bagi orang lain. Lepas aku tau, rasa cam kena pulak sambut dengan pasangan aku. Aku pun tak tau kenapa. Sama jugak kot dengan kita yang masih inginkan cincin berlian sebab ingat benda tu simbol cinta walaupun dah tau sejarahnya dan dia clever marketing je. Atau orang yang teringinkan grand weddings. Dah tertanam idea tu dalam kepala otak kita, walaupun tak munasabah.

Tapi untung kan kita kalau masalah terbesar kita dalam hidup ini adalah kebosanan.

Sebenarnya jangan risau kalau rasa macam ni muda-muda. Zaman dah berubah, tak hairanlah kau rasa macam ni awal-awal. Lagi-lagi umur 20-an. Kau mula persoalkan pilihan hidup kau? Kau bernasib baik, sebab kau masih muda dan boleh explore benda-benda lain yang kau minat dan find out samada exploring them made you happier. At least you will know. At least you have time to find out, even if you get there at 50.

Tapi kalau kau tau kenapa kau rasa down ni boleh prevent kau daripada rasa down in the future ke? Aku rasa tak, but at least, at least, you might be one step closer to understanding yourself.


In my early twenties, I wrote about a similar theme in 2009. Boleh baca di sini- http://magenta-made.blogspot.co.uk/2009/01/theres-no-way-to-go-but-up.html
 

6 comments:

Anonymous said...

suka baca blog u..inspiring.kena je di hati

Anonymous said...

Tulislah lagi. Mcm mana u battle with your depression because I've been battling with bipolar for almost 4-5 years

magenta said...

Anonymous 25 May: Thanks sebab sudi membaca!

Anonymous 28 May: Hmm I akan cuba teruskan menulis, tapi I tak rasa I akan tulis pasal tu. But you might like this one. http://magenta-made.blogspot.co.uk/2008/01/salvation.html

Anonymous said...

Hi, have always loved reading your posts. Kenapa ambil masa dua tahun untuk menulis semula? Hehe

magenta said...

Anonymous June 5: Hehe macam biasalah. Malas dan takda mood.

ajimretro said...

Rase mcm nak share post ni..coz aku sort of in that situation.confuse..n aku tgh search byk on this issue..masih mencari jawapan lg..sbb setiap org berbeza issue yg die alammi..so lain la solution die..ntah la peninggg...hahaha