Wednesday, May 24, 2017

Periuk Nasi


Aku ingat lagi first time aku kena pergi belajar overseas lebih sedekad lalu. Aku punyalah risau nak pergi sebab aku baru belajar bahasa negara tu selama dua tahun, tapi mak aku risau aku akan tak cukup makan. Aku reti lah goreng-goreng benda instant dan goreng telur ngan Maggi masa tu, tapi aku tak reti masak nasik.

Mak aku insist aku beli periuk nasi, batu lesung dan seguni bahan makanan instant. Aku merayu taknak bawak batu lesung sebab berat, tapi dia risau aku akan tetiba rindu sambal belacan pastu tak boleh nak buat. Aku cakap aku bukan reti pun buat, jadi tak apa lah. Akhirnya kami berkompromi. Makanan instant dan periuk nasi mini.

Jadi dengan satu per empat beg berisi pakaian, dan tiga per empat lagi berisi periuk nasi dan perencah instant, aku ke Germany. Dipendekkan cerita, enam bulan pertama, aku duduk di hostel dengan 3 lagi kengkawan aku tapi diorang lain-lain tingkat. Kami bercadang untuk makan dinner sesama tetiap weekday sebab weekends aku kena makan dengan floormates. Masalahnya, lagi sorang tu bawak periuk nasi mini jugak. 

Keesokan harinya, kami pun pergi kedai elektronik untuk survey periuk nasi yang besar. Aku lega jugakla sebab ada yang murah dan berkualiti. Kami pun bahagi cost dia antara kami berempat. Tapi masa nak balik tu, semua orang taknak angkat kotak periuk nasi besar tu sebab nampak tak cool.

"Kau ah angkat Mag, kau perempuan. Nanti kau gak yang masak"

"Aku mana reti masak nasik bodoh"

"Nanti kau belajar ah"

So last last aku pun mengalah lah dan angkat je kotak besar dan tak cool tu. Masa naik bas, aku paranoid and rasa cam semua orang tengah perhatikan aku dan kotak periuk nasi aku. Aku cecepat duduk kat tempat duduk yang agak depan supaya membelakangi mata-mata yang aku rasa sedang memandang aku. Kawan aku, arwah Jipo, duduk sebelah aku. Dua lagi kawan aku duduk belakang kami.

Dekat perhentian bas seterusnya, beberapa orang lagi naik. Masa tu bas mula penuh dan beberapa pemuda terpaksa berdiri berdekatan tiang di depan aku. Seorang pemuda pandang aku dan kotak periuk nasi aku, dan senyum. 

"Sehr gesund (sangat sihat)," ujar dia sambil memandang kotak aku.

Aku sengih kat dia. Sebelah aku, aku dapat rasa arwah Jipo tengah tahan gelak. "Dia ingat kita makan nasik gitu ja ka?", dia bisik kat aku.

Haih lah pemuda, andai kata kau tau aku akan makan nasik ni dengan benda-benda macam masak lemak cili api, masihkah kau akan rasa begitu?

1 comment: