Wednesday, November 19, 2008
The Toughest Lesson in Life
The toughest lesson in life that you will have to learn is to know when to keep your mouth shut, and when to walk away.
No matter how right you think you are, no matter how wrong you think they are.
Because you could be wrong, and they could be right.
Choose which fights are worth it and avoid as many as you can.
The toughest lesson in life that you will have to learn in life is that you can't change people.
People won't change unless they want to.
The toughest lesson in life that you will have to learn is to not care about things that do not concern you.
If you believe in karma, if you believe in God,
If you believe that everyone will get what's coming to them,
and accept that only God can play God,
then you will let it go.
The toughest lesson in life that you will have to learn is
patience.
Tick tock tick tock.
Aku paling benci time pagi-pagi buta sebab itulah masa aku rasa paling lonely. Ia juga satu-satunya masa aku rasa nak cakap banyak-banyak tapi bukan cakap dengan orang jadi banyaklah timbul monolog dalaman. Memang rutin aku untuk cakap dengan diri sendiri dalam minda macam orang gila dari pukul 1-3 am sehinggalah aku tertidur.
Jawapan kepada post di bawah akan dikarang esok. Atau lusa. Aku memang procrastinator terhebat.
Friday, November 14, 2008
Aku Keliru
Kalau tak percaya, cuba perhati gambar ini dengan 5 orang kawan pada masa yang serentak. Guarantee ada orang yang nampak benda lain daripada apa yang kamu lihat. Wah, kuasa minda memang amazing! Kita mampu melihat apa yang kita mahu lihat.
Beberapa hari lepas aku terima suatu link daripada kawan aku di ruang komen, suruh aku check out satu link ni. Dia kata benda ni mencabar/pelik. Jadi aku pun check it out.
Setelah check it out dalam 10 kali dan dalam 20 minit setiap kali, aku masih keliru. Gambar ini dikatakan boleh menentukan sama ada kita lebih menggunakan otak kiri atau otak kanan.
Ini gambarnya:

Kamu nampak dia berpusing mengikut arah jam atau arah lawan jam?
Kalau kamu nampak:
Clockwise - Kamu lebih menggunakan otak kanan
Anti-clockwise - Kamu lebih menggunakan otak kiri

Aku baca komen ada yang mengatakan dia pusing clockwise, ada yang cakap anti-clockwise.
Tapi aku buat dua-dua tak ada effect pun. Aku pun tak pasti ianya otak aku atau gambar tu memang dah set nak trick aku.
Aku nampak dia berpusing mengikut arah jam, lepas dalam lebih kurang 1 minit dia akan berpusing arah lawan jam. Lepas 15 saat macamtu dia akan pusing arah jam kembali.
Kalau ada yang nampak berlainan dari otak aku, bermakna ia bukan sekadar trick. Aku pun tak pasti kalau aku sesuai untuk test ini, sebab aku major engineering dulu, dan 4 bulan lepas aku switch kepada Tesl.
Jadi, kamu nampak apa?
Imej dan idea diperolehi dari link ini.
Thursday, November 13, 2008
Wednesday, November 5, 2008
Janggal Bila Dengan Orang yang Suka Puji Diri Sendiri
Aku sebenarnya rasa janggal dengan orang yang suka angkut bakul sendiri. Betulke cara aku menggunakan pepatah ni? Aku baru belajar dari kawan aku. Kenapa orang panggil orang yang suka puji diri sendiri 'angkat bakul sendiri' eh? Siapa lagi nak angkat bakul kita kalau bukan diri sendiri? Lagipun buat apa kita nak pergi angkat bakul orang lain? Aku rasa macam aku tak paham dari mana datangnya pepatah ni. Sesiapa yang tahu, beritahulah aku.
Anyway.
Aku tak tahulah kalau korang ada kenalan yang suka puji diri sendiri. Tapi lately aku macam ramai saja kenalan macamni. Kalau mereka puji diri mereka cekap membuat kerja ke apa, aku tak rasa apa-apa. Kira kalau dah memang bagus, memang ada hak nak brag, I guess. Secara jujur aku rasa bragging tu tak best didengar, tapi rasanya semua orang pernah buat. Secara terang-terangan atau indirect.
Tapi aku rasa semacam bila orang suka puji diri sendiri cantik atau kacak. Contohnya satu insiden ni dimana aku keluar dengan beberapa orang perempuan masa aku 17 tahun. Sesetengah tu rapat dengan aku, sesetengah tak. Seorang kawan telah bertanya kenapa lelaki di depan kami dalam LRT asyik memandang ke arah kami. Ada seorang menjawab,
"They’re not looking at you guys la, they’re looking at me. Hahaha."
Sekali, dua kali, even lima kali, aku masih dapat menerima lawak macamni dengan sambutan ketawa tak ikhlas.Gelak sekadar nak menjaga hati pembuat lawak. Sebab lawak memuji diri sendiri hot memang tak kelakar. Hanya teman lelaki/teman wanita kamu saja rasa lawak macamtu comel dan kelakar. Kawan-kawan rapat yang gelak pun akan gelak untuk menjaga hati.
Kau cuba buat lawak macamtu dengan aku 20 kali, aku mesti malas nak layan kau. Bukan cemburu. Haih. Ramai orang dalam dunia ni lawa tau, bukan kamu seorang. Boleh berdarah telinga aku kalau kena dengar setiap seorang bukan saja cakap pasal diri sendiri, tapi puji diri sendiri lagi. Orang macamni selalu ingat orang cemburu kalau kita cuba nak memberi kritikan membina. Cuma plain tak kelakar, ok? Ramai orang cakap- layan saja lah, bukan dia kacau hidup kita pun, biarlah dia syok sendiri. Tapi guess what? Belakang 'kawan' mereka tu, mereka mengajak aku mengumpat pasal 'kawan' mereka yang suka puji diri sendiri tu. Kalau tak suka, sound direct boleh? Tak payah nak pura-pura baik dan layan pastu mengumpat belakang-belakang. Pastu buat macam aku yang jahat and konon-konon nak defend budak tu bila aku tegur.
Lagi satu aku bosan dengar perempuan yang suka buat cerita macam kononnya dia hot gila, asyik kena ngorat, bla bla bla. Pasal pakcik jual kebab senyum kat dia pun nak cerita. Haih. Please lah. Benda tu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Kalau aku, aku rasa malu nak cerita kat orang aku kena ngorat.
Dan aku tak paham kenapa ada orang yang suka tanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya? Macam-
"Oh gosh, why are all these cars honking at me?"- oleh seorang kenalan yang sedang memakai mini hot pants.
"Kenapa laki suka pandang dada aku?"- oleh seorang kawan kepada kawan aku yang memakai bra hitam di bawah baju putih yang ketat.
Mereka nak kita jawab apa sebenarnya? Aku pun tak tau.
Baru harini seorang kawan cuba membuat lawak memuji diri sendiri buat kali (ke-100) mungkin,
"Today a guy asked me if there was a really pretty girl in our class, I asked him- are you talking about me?"
Kebetulan aku memang tahu dia sedang bercakap pasal perempuan yang mana. Senior aku yang tengah repeat satu subjek tu. Memang cantik pun. Disebabkan aku pun sedang berada dalam mood yang playful, jadi aku menjawab,
"Perasan!"
Dia nampak tergamam seketika dan terus diam. Macam-macam aku pikir dalam hati. 'Dia bukan berlawak ke tadi?', 'Dia terasa ke?' dan kemudian, 'Ah, apa-apalah, tu pun nak terasa.'
Ha, tu lah. Kalau nak buat lawak 'angkat bakul sendiri' yang tak kelakar, kenalah reti laugh at ourselves juga, kan?
Tiba-tiba rasa macam aku ada ramai pulak kenalan yang perasan. Aku panggil kenalan sebab aku tak boleh rapat dengan orang macamni. Aku ada kawan yang suka buat lawak poyo puji diri macamni jugak, tapi dia buat tak apa. Sebab dia memang kelakar. Lepas buat lawak macamni, dia pandang aku dan buat muka comel macam kartun. Pastu aku akan pandang dia dengan muka yang tegas dan kata,
"Kau nak kena lempang ke?"
Pastu kami gelak sama-sama.
Tapi seriously lah, macam mana sebenarnya cara nak layan lawak memuji diri sendiri yang tak kelakar ni? Terutamanya kalau kena dengar hampir tiap-tiap hari.
Nota kaki: Aku baru tahu pepatah yang sebenarnya adalah 'masuk bakul angkat sendiri', terima kasih Flying Heart dan Ladynoe!
Sunday, November 2, 2008
Ibu kepada Segala Kostum

Click gambar untuk perbesarkan. (Scarynya skirt dan tali pinggang dia.)
Aku memang suka dia sebab dia bukan jenis macam model lain yang asyik nak kontrol ayu setiap masa dan takut nak nampak tak lawa sekali sekala.

Aku rasa kostum yang ni comel gila. (Masani dia pregnant 8 bulan)

Dia mungkin bukan supermodel paling lawa dalam dunia atau memiliki bentuk badan yang paling menarik tapi dia definitely supermodel yang nampak paling genuine dan fun.

Fierceeeee! (bak kata Tyra Banks)