Friday, November 14, 2008

Aku Keliru

Update: Setelah teliti gambar ni dalam 30 kali, aku yakin ia bukan satu trick. Sebab sekarang, aku mampu menukar arah perempuan tu setiap 10 saat mengikut arah yang aku mahu lihat dia pusing. Dan aku nampak gambar ini bermula dengan clockwise setiap kali aku melihatnya. Cubalah!

Kalau tak percaya, cuba perhati gambar ini dengan 5 orang kawan pada masa yang serentak. Guarantee ada orang yang nampak benda lain daripada apa yang kamu lihat. Wah, kuasa minda memang amazing! Kita mampu melihat apa yang kita mahu lihat.


Beberapa hari lepas aku terima suatu link daripada kawan aku di ruang komen, suruh aku check out satu link ni. Dia kata benda ni mencabar/pelik. Jadi aku pun check it out.


Setelah check it out dalam 10 kali dan dalam 20 minit setiap kali, aku masih keliru.
Gambar ini dikatakan boleh menentukan sama ada kita lebih menggunakan otak kiri atau otak kanan.


Ini gambarnya:


Kamu nampak dia berpusing mengikut arah jam atau arah lawan jam?


Kalau kamu nampak:


Clockwise
- Kamu lebih menggunakan otak kanan

Anti-clockwise - Kamu lebih menggunakan otak kiri


Aku baca komen ada yang mengatakan dia pusing clockwise, ada yang cakap anti-clockwise. Ada yang cakap dia pusing secara automatic berlainan arah secara sendiri (bermaksud gambar itu sekadar trick). Ada yang cakap jika kita membuat apa-apa yang berkaitan dengan matematik, ia akan berpusing anti-clockwise, kalau baca poem, berpusing clockwise.


Tapi aku buat dua-dua tak ada effect pun. Aku pun tak pasti ianya otak aku atau gambar tu memang dah set nak trick aku.


Aku nampak dia berpusing mengikut arah jam, lepas dalam lebih kurang 1 minit dia akan berpusing arah lawan jam.
Lepas 15 saat macamtu dia akan pusing arah jam kembali.


Kalau ada yang nampak berlainan dari otak aku, bermakna ia bukan sekadar trick. Aku pun tak pasti kalau aku sesuai untuk test ini, sebab aku major engineering dulu, dan 4 bulan lepas aku switch kepada Tesl.


Jadi, kamu nampak apa?


Imej dan idea diperolehi dari link ini.

95 comments:

Anonymous said...

aku nampak dua² skali. dan aku nampak fasa pertukaran pusingan perempuan neh. adakah sebab kekeliruan otak aku, atau pun kerana mmg gambar ini berubah ubah arah pusingannya?

magenta said...

Tu yang aku tertanya-tanya.

Kau nampak clockwise ke anticlockwise? Aku keliru sebab ada orang nampak anticlockwise dari mula, so maybe dia memang ikut otak orang gak kot.

Anonymous said...

wohoo. siapakah yang mereka cipta benda ni.. benda ni saje je nak test kekeliruan otak manusia.. memand lepas seminit pmpuan sexy ni akan bertukar arah.. cet!

J u l i a 。.゜✿ said...

ishkk...
saya nampak clockwise..
dekat sploh minit dok perati pompuan tu pusing2.. ummm memang clockwise. confirm.

*kepala terpusing pusing*

magenta said...

Aya: Hehe aku tak pasti seminit ke lebih, kadang2 dia pusing lebih awal.

Julia?.??: Hmmm. Bf saya pun nampak clockwise je lepas pandang lama-lama.

Shikin Ismail said...

baru selesai ambil paper kemahiran maklumat dan komunikasi..


paper tu blajar tentang ini..
pasal otak2 ni..

huh. memang pening..

pening2..


~sekadar singgah ;)

sarahistheone said...

i nampak anticlockwise je. i dah baca komen orang, pun, i tengok memang anticlockwise. at frist. but it can be both actually. i think, maksud change tu ialah, -it depends how you want to see it. sebab mana-mana pun betul. tapi i at first nampak anti. bila i tengok lagi can be the other way round.


i pun tr link tu. hehe

Dayana said...

saya tengok saya nampak pusing clockwise sampai bila-bila. tapi rumet saya nampak anti-clockwise mula2, lepas tu clockwise, lepastu anti balik semula.

Saya tetap tak boleh ubah arah walaupun tengok gambar tu lama2. kaki kiri dia memang tegak ke bawah je..

disco/dramatic said...

gambar tu trick.

Anonymous said...

hurm..nampak kedua-duanya sekali la...

Kinokids said...

bergantung pada masa kita tengok benda ni. kalau kita tertengok masa dia clockwise, memang nampak clockwise la dulu. pas beberapa lama (tak kira berapa minit), nanti dia tukar arah.kalau kita tertengok time dia anti-clockwise, memang anti-clockwise la dulu.then bila sampai waktunya, dia akan bertukar arah.

perasan tak, mag?

Anonymous said...

ha ah dia putar clockwise and anti

Anonymous said...

tengok kaki....dan reflection

kaki clockwise...reflection anti

.theberuk said...

.hello

Dari mula-mula tengok dah anti-clockwise, tak nampak pun clockwise

But I have art awareness, imagination yang tinggi dan bermain guitar

apa ni?

Anonymous said...

tgk reflection...and imagine feet going anti...for few seconds tgk gambar atas....will go anti

same as clockwise

Unknown said...

memula kanan

lepas tu kiri

dedua arah.

Ili Khalil said...

Aah. Dia tuka. Memula anti-clockwise. Pastu clockwise. Pastu aku dah mula nak marah, dia tuka balik anti-clockwise.

Memang trick je.

Ili Khalil said...

Pastu aku dah nampak benda lain. Nampak pulak nipple pompuan tu. Memang byk la trick dia.

Firdauz takes five said...

huhuhu, i rasa semalam or ari tu i tgk gambar ni.

got it from where pun i lupa.

But anyways, i dah bukak the gif animation, and viewed it frame by frame.

You want to know how they did it? Was it really clock wise or was it anti clockwise, ke dua2 animation tu dorang letak sekali dalam gif tu?

What i found: The silhouette had made it impossible for me to tell whether the girl was facing the north, or the south. Even when i stopped the animation, she could have been facing me, she could been facing the opposite. so even dengan frame by frame animation pun, i rasa the animation itself was flawed by the silhouette.

The magic happened when the legs were crossing. i could switch it from anti clockwise to spinning clockwise and vice-versa.

The truth was : there wasn't absolute direction in this animation. It could have been both. it wasn't a 2 dimensional figure with the right perspective, it was a silly flat silhouette, and i couldn't see two boobs with 2 pink nipples (it was always either boob with a dark niple) to ensure the direction it was spinning.

should have made the boobs more prominent with nicer looking nipples la. huhu

p/s: e-mailed u something. happy friday?

magenta said...

aVeler: Haha sabar, jangan pening-pening. Tapi belajar pasal otak memang memeningkan pun. :)

Sarah: I guess it's not a trick sebab it can go either ways. Mula2 I rasa macam it was a trick, tapi then it's just my mind tricking me.

Dayana: Means you're extremely right-brained. :)

Disco Dramatic: Bukan trick, dia sebenarnya boleh pergi both ways, tapi kita nampak apa yang kita mahu nampak.

Manusia Rumit: Sebab tak ada salah dan tak ada betul.

Kinobaik: Sebenarnya aku dah tengok berpuluh kali pun dia start dengan clockwise bagi aku. Tapi bagi orang lain dia start ngan anti-clockwise. Gambar ni can go both ways serentak. That's the trick.

Erm: Kalau aku nampak clockwise reflection dia pun aku nampak clockwise. Trick is to control the mind.

Theberuk: Entahla, aku punya subjek power is reasoning and language, dan tak reti main apa2 instrument tapi aku right-brained. Huhu. Ada la kot explanation di sebalik semua ni.

Lindosh: Yupe, dua2 arah serentak sebenarnya.

Ili Syazwani: Hahahhaa menarik kan macam mana nipple dia boleh buat kita yang perempuan ni distracted? Aku baca komen Firdauz baru aku paham sikit nape dia bukan trick.

Firdauz: I tau mana you dapattt. Ada my friend kasi link dalam entri 'orang puji diri sendiri' tu. Haa your comment made me dah tak keliru. Thank you!

So I guess it really is the power of the mind. You see what you wanna see. Cause it can go both ways kan? Haha wey boobs dia dah cukup elok mmmkay.. (tiru your 'mmmkay')

Btw I tak dapat email tu? I dah bukak gmail dah 10 minit nothing pun? Happy Friday too hehe.

Ferdows said...

Pening tengok gambar tuh lama2
hahahah

btw, aku nampak sama macam kau..
mula dengan clockwise, kemudian tukar anticlockwise...
tapi masa bertukar-tukar tuh tak tetap lah....;)

Anonymous said...

I tgk, first.. for the first 10 minutes, i nampak clockwise je... lama2 tgk... baru dia tukar jadi anti clockwise.. and then tukar jadi clockwise... asyik tukar2 je... and tak sampai 10 saat benda tu jadi anti clockwise... and the same thing goes with clockwise... Pening kpala. :P

Oh, you can actually try to control the figure... watch her heel... then, just imagine that you want it to be anti clockwise... the picture automatically changes to anti clockwise... same thing with clockwise... Rasa mcm prof. X pula blh control2 barang. :P

Amak said...

MAGENTA,
masa mula-mula aku dapat gambar ni dulu, aku copy dan aku extract gif dia satu demi satu. and pada satu frame tu dia tukar arah pusingan dia.

dan, kalau kau tgok lama2, ada cam pulse dalam beberapa detik ko dapat detect bila arah dia bertukar.

sebab gambar perempuan ni silhouette, so senang nak trick mata kita.

gambar ni sesuai untuk bikin eye trick. Kalau nak tentukan otak mana kita cenderung guna, boleh di nilai dengan tangan mana kita guna untuk menulis.

mostly, orang kidal, menggunakan otak kanan lebih dari otak kiri. Begitu lah sebaliknya.

fakta tentang kidal and non-kidal tu pun fakta sains. Sejauh mana kebenarannya, aku pun tak tau.

magenta said...

Ferdows: Aku rasa mengantuk bila tengok gambar tu lama-lama. Aku lagi confuse bila aku dengar mp3 part goreng gitar je mesti dia tukar arah. Part dia habis goreng tukar balik. Haha.

Kepala saya pening: Kepala I pun pening. Haha, I rasa macam Sylar dalam cerita Heroes bila dapat kontrol benda tu. Syok sendiri wahaha.

Ladynoe: Tapi tu tak explain kenapa bila aku ngan kawan aku tengok gambar ni serentak, dia nampak anti-clockwise dan aku nampak clockwise..

Mungkin dia separuh trick, separuh bergantung pada otak?

Kau orang ke2 yang extract gif satu per satu. Yang sorang lagi cakap dia boleh pergi either way. Sampai sekarang aku masih keliru.

susudalambotol said...

aku dr mula tgk gambar ni anti-clockwise, sampai la skrg. tak tukar-tukar pun. aku rasa bukan trick kot?

magenta said...

Takpe.

Is it a trick?

Yes and no.

Aku dah faham dah. Bila aku free nanti aku terangkan dalam next entry.

Anonymous said...

aku tak puas hati btol la mag, 1st time tgk anti clockwise, aku pun habiskan la bace entry ko, then belek balik atas, skali clockwise pulak dah..aku tak keliru tapi tak puas hati sbb otak aku tak terima arahan.

the artist and i said...

macam optical art.

:D

Bijen M. said...

tak tak..
aku rasa ini bukan cobaan..
ini betol2..
haha..
mula2 aku tgk sorg2 asek clockwise jer..
pastu aku ajak mmber aku tgk skali..
bile aku berubah dia xberubah pon..
mmg atas individu itu sendiri..
mungkin file gif ni dah buat akan berubah2 dalam masa tertentu..
tapi otak akan terus menerima..
mean depend on otak masing2 nak tafsir cmna..
sekian..

Anonymous said...

aku punya opinion pun sama macam kepala saya pening

or maybe jenayah terancang..hehe
aku ingat flash...rupa2 nya gif

kene download tool pulak nak extract sesatu

silowet=transparency?

Tinta Sisyphus said...

pusing anti-clockwise.

Tapi aku kidal.

Dan lebih mahir menulis.

Suck at drawing.

Hate math with the fullest force of my life.

Can't play instruments.

Tak boleh menyanyi dan menari.

Ada yang tak kena somewhere ni.

farizzet said...

ili syazwani mk said...

Pastu aku dah nampak benda lain. Nampak pulak nipple pompuan tu. Memang byk la trick dia


pasal trick clockwise ke anticlockwise ke tu tak penting. dan yg bestnya aku tak pening langsung tengok bende ni walau setengah jam sebab ketajaman nipple tu menidakpeningkan kepala aku.

aku tak nampak langsung anticlockwise, walau aku cuba juga, tutup buka balik, tetap sama, clockwise.

ok masalah aku ialah aku bukan kidal. tapi aku bole menulis guna kedua tangan, tapi tak serentak. well lelaki tak bole multitask kan?

shit! kalau aku buka cermin mata dan tengok dengan ekor mata, dia nampak anticlockwise!

bila pakai balik, clockwise...

Anonymous said...

kejap die angkat kaki kiri,pstu tuka kaki kanan? bukan eh?aku nmpak dua2

naim said...

ak tgh tgk ni sambil tgk tv.. ble ak tgk tv then tgk gamba tu, die pusing clockwise.. lepas tu klo ak fikir pasal math skit pun, cnthnye 1+1=2, die pusing anticlockwise..
klo tgk tv blek, die jd clockwise..

nak kate setmase, x gak.. mmg mainan otak ni..

iqanabeera said...

i guess no one's lurus enough to just see one side of the picture.

bila dah ada doubts in the head, semua pun boleh imagine.

MariaFaizal said...

I do see both anti-clockwise & clock-wise.But I have always been amazed by human brain funtions all my life!Almighty Allah...

pjoe said...

aku sekali tgk nampak pusing ke kanan
sekali ke kiri

aku tk normal kot?

Anonymous said...

wah..cepatnya org komen..aku rasa mcm dah seminggu aku xmasuk blog ni..padahal baru1-2 ari je..

wah.kagum ada sorg dua sanggup extract gif tu..korg mmg bagus!

at first kwn2 aku kata gamba tu tipu sbb lepas beberapa pulse dia tukar arah,tapi aku argue balik kata aku dah save gif file tu kat pc pastuh view at very random time of the day for 2-3 days (sbb xpuas ati) AND still ubah randomly..

bila dgr ni diorg dia xtau nk kata apa..hehe

some leh nampak arah tu tukar cepat..aku lambat skit..selalunya aku nmpak anti-clockwise..utk tukar arah,aku tgk somewhere kat kaki(50% gamba tuh dlm view aku), and then PAKSA otak aku TUKAR ARAH pusingan dia..tadaaaa! dia tukar..

Anonymous said...

@firdauz takes five:
mintak permission copy komen ko ke page asal (blog) tu..
tuan punya blog ni kwn aku...mesti dia melompat happy tgk link blog dia kat blog magenta yg famous ni...

Anonymous said...

Ps:terasa mcm abg posmen plak tukang post komen dr sana sini..haha

dah dah..dah byk aku komen dlm masa 10 minit ni..buat crowded je.bye.

Nadira said...

saya nampak antianticlockwise semalam. pastu bukak page magenta pagi ni, saya nampak clockwise. saya paksa mak saya tengok sama. lepas tu argue pasal clockwise anti clockwise.

tapi saya rasa saya nampak time perempuan tu tukar side, ke mata saya yang kena tipu?

A said...

pening pening pening...

Syarifah Elmira said...

it's a trick question. da trick is never on da pic alone. its da question that tricks u mostly. anyone can see both clockwise and anti-clockwise motion on da pic. da dark lady spinning clockwise while da shadow below her is spinning anti-clockwise. u will never know whether someone is rather on their left brain or right brain by asking them this if u dont know da answer for urself.

but it works for finding out da level of observation and creativity of that someone. da observation is by what he she found by looking on da pic and da creativity is on how he she interprets the question. da answer provided as whether we are on our left brain or right brain are just reason as a distraction to whom we asked. but should never to whom asking. da correct answer is what and HOW i've said earlier. u can see both! da clokwise with anti-clockwise motion on da lady and da shadow below her.

frankly speaking, this question which is a psychological approach targets both, those who are really on their left brain and those who are really on their right brain.

However the real target was for those who are really really on their right brain, if u really really get what i mean. speaking of wicked mind huh :)

afaniL said...

memula aku kata clockwise. jadi.

pasti anti. jadi juga.

bertukar². lepas aku paksa otak nampaklah ikut arah mana aku nak. memang otak ni boleh ditipu. jadi apa jawapan sebenarnya?

magenta said...

jap lagi aku jawab. aku tengah buat assignment yang kena pass up harini.

nodadosa said...

gua tgk mula2.. ikut arah jam.. tgk lama2 pon ikut arah jam.. pastu baca komen ada kata kne tgk lama sket.. gua tgk.. ok mcm lawan arah jam bila tgk lama2.. tapi rasa masih lagi ikut arah jam... baca komen lagi.. ada yang kata paksa otak.. gua paksa.. ikut arah jam juga... gua paksa otak gua lagi... damm!!~ dia berenti pusing!!~ gila cuak.. tapi rupa2nya AVG scheduled scan gua nak launch.. mmg slalu hang kan pc skejap..pastu dia pusing balik.. hahah damm gelak kejap.. igt otak power sgt.. hahahahaha

Hanis S said...

i see anticlockwise je o.O

Ais Cair said...

huhuhu....best2...aku suka main dgn benda2 mcm ni...klu search 'brain power' kt youtube,lg banyak...aku nampak dua2...tp lebih byk nmpak clockwise....mcm xkena r,sebab aku mmg lembab klu bab muzik or art tp klu dgn nombor or analisis laju sikit r...

koboi said...

gambar tu ngelat. mula2 ikut jam, pastu bertukar(macam ultraman) ke lawan jam.

47 said...

greetings frau! it has been so long..i hope all is well :)

i saw her turnin anti-clockwise first, then she began turning clockwise for a few seconds and after that she resumed her natural course (anti-clockwise).

but regardless of the direction of her spin, i'm mostly pissed because of the lighting.

she's naked and the light is not turned on! c'mon somebody..i demand that the light be turned on!

Anonymous said...

yo! bnyk tul comment kt cni. bnyk gak input. so ader sape2 yg leh bg explaination dr segi scientific nye?

or maybe gamba tu just a trick?

camne lak explaination kalo kite tgk ramai2 tp sume nmpk lain2? hehe.

Anonymous said...

lupe nk promote :

join youthsays-malaysia's largest youth community and enjoy some benefit too http://youthsays.com/go/4v

SyAhiRah LaLAla said...

a'ah la. gambar tu tukar-tukar arah. oh apakah? hi magenta :D

Fiziy said...

function brain tu mcm kureng sket je tepatnya. takpela, aku mmg kidal so ade yg tepatnye jugak bile gamba tu aku tgk mengikut arah clockwise. HAHA

Anonymous said...

since korg semua still in the mood aku ada satu optical illusion yg mmg best gila dan 100% CONFIRM korg xcaya at first..

one word: don't trust ur vision,hehe

http://web.mit.edu/persci/people/adelson/checkershadow_illusion.html

PS:trust me..they have the SAME colour!!!

Nadrah Mustafa said...

Wtf benda ni tipu lah. First first, saya nampak dia clock wise. then tengok balik, anti clock wise.

Tipu!!!

Nadrah Mustafa said...

Okay, saya ada teori.
Siapa yang membaca blog2 termasuk Kakak Magenta punya, akan nampak clockwise dulu. Dan kemudian, apabila dia scroll ke bawah, dan membaca bahawa kakak magenta keliru, dia akan berfikir.

Kiranya the hormones are triggered to think lah kan. Dia akan nampak anti-clockwise?

Ah pening.

Nadrah Mustafa said...

Okay sorry flooding, dia tipu lah, gambar tu tipu! I swear, dia tukar tadi. I saw I saw!

Okay sorry again.

MiraSue said...

i nampak clockwise je!
huu~

naim said...

ak dah tau..! trick die kat tangan and kaki yang terapung..! sbb klo time clockwise, tangan and kaki kanan die yg akan terapung, tapi time counter clockwise, tangan and kaki kiri pulak yang terapung..! korang prasan x..?

Firdauz takes five said...

@jipo : sila, sila copy =)

NeemoNeemo™ said...

I see the way 1st commenter saw it.

Anonymous said...

nampak dua-dua.maybe ini cuma trick.but mula-mula nampak clockwise kejap,dalam dua kali pusing,then anticlockwise.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

solid juga body makwe tu..

Anonymous said...

hahaha... mindphreak siottt tul.. best sebab leh tengok dia wat halfturn... ker sebab aku mmg mental???

broken_nigina said...

dia memang sentiasa tukar-tukar.timing tak larat nak kira.

eliza dzulkafli said...

it keeps changing directions. ceh.

Unknown said...

aku nampak spt apa kau nampak. aku rasa bape lama dia pusing tu cenderung la ko pakai otak mana lebih. aku pakai otak kanan.

Anonymous said...

menarik!!

dalam masa 10mnt aku berjaya ubah arah tu dengan sekali kedipan.byk kali jugak la menjadi.

hu~

Hali Munan said...

I can make her dance.

47 said...

@hali munan..

booo~! XD

Matematis Muda said...

mag,
aku seorang matematis
sangat fail bab music
right-handed

tp apasal asyik nampak clockwise je
tiap kali tengok
huhu

Anonymous said...

memula aku nampak clockwise je..tgk bape lame pun macam tu jugak. then bf aku ajar cane nk tukar2 arah pusingan pompuan tu. mcm org lain cakap..tgk silhouette dia. nanti dia tukar la. pastu aku tak puas hati macam mane gambar tu leh pusing dua2 arah. ni solution aku:
gambar tu tak pusing 360 darjah. dia pusing 180 darjah pastu patah balik. bila buat laju2 nampak macam 360 darjah. tak caya pegi la try kat mane2 bnda yg ada dpn mata kau. kalau org lain dah post benda ni sorry la. tak larat nak baca sume comments.

ledisordre said...

aku pun boleh tukar at will, tp kena fokus kt kaki dia dulu baru aku boleh tukar rotation dia. cool

ledisordre said...

btw, sapa tau ukuran badan pompuan ni?

dina said...

aku nampak macam yg kau nampak... aku rasa ianya trick

nurulazreenazlan said...

clockwise. no matter how many times i look at it. but i have poor focus so maybe tak boleh pakai la kot.

this explains why i'm terrible with numbers, have zilch scientific skills, always end up in trouble due to poor reasoning, and am terrible at public speaking or explaining things verbally. my only saving grace is written language, i simply love to read.

and yeah, i'm lefthanded. but i'm also tone-deaf.

Anonymous said...

haha!! aku bleh tgk 2 2. i mean, aku bleh control mane dye nak pusing. klu aku nak clockwise, aku focus kat pinggang dye. klu nak anti, aku focus kat kaki. susah gak aa mula2.. kpala aku penin sket skang ni.. haha.

Z said...

If I focus at this hot chick's left foot and that foot alone, it turns in the direction I WANT to see. I just stared at the foot and think repetitively, MUST BE CLOCKWISE..MUST BE CLOCKWISE...then it's clockwise. But if I say it's anti-clockwise, it WILL be anti-clockwise. You determine it's direction. That's my discovery.

under87 said...

aku bole kontrol gak las skali~ yeay~~~~~~~~~~~~~~~
mule2 aku tngok clockwise je...dari siang smapai malam..smpai pagi.pada hari jumaat lepas....akan tetapi,pada tanggal 19/11/2008 (baru pakai otak sket untuk setadi) aku berjaya gak ubah arah gerakan pompuan seksi tuh..huhu,juz tumpukan kt persilangan kaki die then...xdapat diungkap dengan katakata Y_Y

Anonymous said...

aku nmpk cam yg ko nmpk..

Anonymous said...

akhirnya~...aku baru taw yg pikce tu hanya gerak kiri dan kanan je..
so dari pergerakan tu,kite bole ubah arah pergerakan ikot kuasa minda kita samada nk pusing kiri @ kanan...
neway.. cemerkap tu maksunye ape eh... adekah = cmerlang+cekap..cam familiar lak

Z said...

its,typo,sorry

Anonymous said...

pada mulanya mcm trick.
lepas tu aku mampu mengubah arah dgn mind aku.

apa pun, SANGAT MIND BLOGGING.

Sue Anna Joe said...

I ada gak masukkan dalam Adobe Image Ready nak check frame by frame, tgh buat macam these lines and dots to detect which is the right left legs and arm. Tapi tak siap lagi. Nanti dah siap I put up in my blog.

But from what I see, it's because of the shadows yang buat kita confuse tu. Tak silap ada 34 ke 35 frames for this image. Huhu.

Nampak sangat takda kerja nak dissect benda alah ni. Tapi tak puas hati punya pasal kan.

Gotta admit that whoever did this memang brilliantey!

magenta said...

Haha wow hari ni memang kelakar la. Kebetulan I'm at your blog sekarang ni masa you komen, and tadi pulak I komen kat blog Pjoe masa dia komen kat blog I.

I tengah writing a sequel entry pasal this mystery, tapi I tak dissect frame by frame, I'm just gonna include 2 pics. Tapi I tak sure teori I betul ke tak.

magenta said...

Semua: Aku dah terangkan dalam entri baru.

Ms Weed: Pandai!

Syarifah Elmira: The shadow always moves the same direction as the figure.

47: Hahaha selamba je. She ain't human yo.

Jipo: Tq sebab suka bagi aku gambar pelik2 yang aku suka. Haha.

Pipiyapong: Nama pun penari, jeng jeng jeng..

Hali Munan: What a coincidence. It just so happens that she is a dancer. I just saw a restaurant and brand cili boh 'Halimun' tadi. Tryong your luck in the food business pulak eh?

Ledisordre: Haha. Part lain terlalu distracting eh? She looks like a 33-24-34 to me.

Nurulazreen: Well fancy that. Most artistic people are left handed. I've always wondered why.

Anonymous: Cemerkap= kerja yang cincai.

Anonymous said...

clockwise.. dh usha setengah jam pn same gk

tp 'right brain functions' tuh xdak 1 pn kena dgn aku
aku sepatutnya lebih bnyk gunakan otak kiri

krisis identiti? hahaha

ps: kpd sesapa yg nmpk dia bertukar arah tuh, aku teringin nk nmpk apa yg korg nmpk..series!!!

Dora Tora said...

arah pusingan perempuan tu akan berubah pada masa2 tertentu.Confirm..huk3

magenta said...

tanpagraviti & natto-

aku dah explain jawapannya dalam post 'aku dah tak keliru'.

Nuruddin Abu Bakar said...

anticlockwise..try to clockwizing my mind.oh no, i cant.

explanation kat last entri ko mmg memberikan perasaan psitif yg sangat mengghairahkan :))

Anonymous said...

salam..
hmm saya mula2 nampak clockwise tu dia guna kaki kiri dia tegak dan kaki kanan dia hayunkan.

masa anti-clockwise tu dia guna kaki kanan dia tegak dan kiri hayun.

dia tukar kaki dalam skelip mata sampai tak bape nak perasan.kut?

Anonymous said...

mle2 aku tgk lame gle die anticlockwise,pastu 2nd time tgk aku bley die akn tukar pas beberape min/ saat...btol kan2

atikah said...

aku nmpak cam ko nmpak..mula2x anti clockwise..den clock wise..

ADam Dryx said...

Kita hanya percaya apa yang kita nampak sahaja. Pusing kiri atau kanan dua-dua betul.

Penyelesaiannya,...

Kalau tengok bayang tu angkat kaki kiri berdiri atas kaki kanan, dia akan pusing anti-clockwise.

Tapi,

Cuba perhatikan kalau dia angkat kaki kanan dan berdiri atas kaki kiri, automatik akan berpusing clockwise...

Cuba tengok bayang-bayang kita sendiri di dinding dibawah cahaya matahari. Adakah bayang-bayang itu "berhadapan" atau "membelakangi" kita?

Ini membuktikan we ONLY see what we WANT to see.

Happy looking!