Sunday, June 29, 2014

Cinta Sebenar



Dah 3 tahun aku tak menulis, but let’s pretend I never left. If I never write again, biarlah entry terakhir aku merekod aku sebagai Magenta yang lebih matang dan tenang. Tahun depan aku masuk 30 tahun. 

Aku nak tulis pasal cinta. Bukan tentang cinta romcom. Tapi cinta yang mengambil masa 29 tahun untuk aku fahami. The kind of love that is patient. The kind of love that never fades, the kind that you can’t break away from and one that continues to linger even after death. Aku nak tulis pasal mak dengan bapak aku. 

Don’t worry, this is not going to be a corny entry. Sebab cinta sebenar banyak duka yang tersembunyi. Kalau aku nak tulis corny corny baik aku cilok skrip dari kad Hallmark.

It goes without saying yang persepsi kita terhadap cinta sekarang skewed sebab social media. Kalau kau tak wish orang happy birthday melalui Instagram atau Facebook, orang kata kau tak kisah. Kalau kau selalu post gambar kau dengan pasangan kau pastu tulis status sweet, orang cakap kau betul-betul bahagia dan sayang. Macam cinta tu diukur dengan berapa kerap kau lafazkan cinta kau kat social media. Tambah pulak sekarang ni banyak proposal mesti nak viral kat Youtube. Semua nak compete siapa yang paling sayang pasangan dia.

Jadi aku nak cakap pasal a quieter, calmer kind of love. Cinta yang tak kecoh. Cinta seorang ayah terhadap anak, misalnya. 

Dari kecik, aku memang tak banyak cakap, even dengan parents aku. Cakap pun kalau betul-betul perlu je, macam nak minta duit untuk PIBG sekolah. Sampai ke tua, aku gunakan duit aku dulu sampai habis untuk langsungkan majlis perkahwinan aku sebab malu and takut nak mintak duit kat bapak aku. Bapak aku pun macam aku. Kalau ada masalah duit, dia diam je. Bayangkan, dia beli rumah kat Damansara Utama pada tahun 90-an dengan gaji seciput semata-mata supaya aku dapat pergi sekolah kerajaan yang bagus dan dapat bersosial dengan budak-budak yang pandai cakap English. Aku adik-beradik empat orang, mak aku surirumah. Beberapa tahun lepas, pada umur 63 tahun, baru bapak aku dapat habis bayar loan rumah tu sepenuhnya. 42 tahun bapak aku kerja nak bayar loan, weekends pun dia pergi office.

Aku tak paham yang sebenarnya kami dianggap ‘miskin’ dulu. Tak mampu makan luar, mak aku masak 2 kali sehari tiap-tiap hari. Weekend pun tak makan luar. Tak pernah pakai sabun liquid- sampai aku 18 tahun, aku pakai sabun buku. Tak pernah beli air jus dulu, minum air kosong je. Sebabtu kalau dapat beli air jus sekarang, aku tau hidup aku sekarang sebenarnya ‘senang’, dan aku tak layak complain. Bapak aku guna kereta pinjam dari tempat kerja. Pakai baju sekolah menengah bertahun-tahun sampai bahu baju aku terkoyak. Lepastu aku jahit.

Kawan-kawan sekolah aku dulu poyo sikit. Suka tanya ada berapa aircon kat rumah, nak banding-banding siapa lagi kaya. Rumah aku takda aircon, tapi aku tipu- aku cakap ada 3. Orang lain dapat seringgit masa sekolah rendah untuk belanja makan, aku bawak cokodok dengan cucur yang mak aku gorengkan pagi tu. Aku rasa malu time tu, sebab aku sorang bawak bekal. Tapi kawan-kawan aku pulak rajin melahap cokodok aku. Sekarang aku terpikir mungkin dorang jarang makan cokodok kat rumah. 

Sebenarnya boleh je happy kalau tak ada duit pun. Cuma lagi senang kalau orang sekeliling kau pun tak ada duit jugak. Jadi membesar di Damansara dikelilingi orang kaya agak azab.  Bak kata Theodore Roosevelt, “Comparison is the thief of joy”.Masa Tingkatan 1, kawan-kawan aku suka minum kopi Coffeebean RM10 dan tengok movie. Memang social life aku terbantut sebab tak ada duit nak join dorang outside of school hours. 

Masa aku kecik, aku selalu jugak jealous tengok kenapa orang lain ada beg Swan lawa, sticker lawa, album setem gempak. Boleh tukar kasut sekolah 2 kali setahun (Kaki aku membesar pun aku pakai je kasut sama, sebabtu masa aku 20 tahun kaki aku size 3). Masa aku 8 tahun, aku ingat bapak aku tak sayang aku sebab tak pernah bagi aku beli stickers yang RM1. Baru aku paham my Dad didn’t even have RM1 to spare at that time. When the recession hit in 1997, bapak aku lagilah down. Taktau camana nak bayar loan rumah, tapi tak pernah tunjukkan perasaan dia. Baru tahun ni aku tau yang masatu dia memang tak ada duit. Pernah sekali kakak aku kena marah sebab asah pensil yang belum tumpul. Bapak aku marah sebab bazirkan pensil, tak ada duit nak beli pencil baru. Aku tak pernah sambut birthday aku. Dapat nombor 1 pun tak dapat hadiah. Tapi tak apa, sekolah dah bagi hadiah (hadiah buku cerita). Mak aku? Tak pernah dapat elaun untuk beli mekap ke apa. Sampai sekarang mak aku tak reti pakai mekap. 

Kau pernah jumpa cinta dan sabar yang macamtu? Cinta yang diam je masa berkorban, dan tak mengungkit pengorbanan dia setiap kali kau bergaduh. Cinta yang kita boleh menghadap each other berpuluh-puluh tahun pun tak pernah terlepas cakap dia tengah suffer financially. That’s the ultimate love. Selfless sampai taknak kongsi masalah sebab taknak risaukan orang lain.

And satu hari kau just happen to dengar dari orang lain pasal benda tu. Aku pun masih belajar nak sayang suami aku macamtu, tapi susah gila kalau sekali pun kau tak ungkit pengorbanan kau. Cinta sebenar ni macam proses pembentukan berlian bawah tanah la agaknya. 

Diamonds are crystals of pure carbon that form under crushing pressures and intense heat. They mostly form in the Earth's mantle, the layer beneath the crust or surface layer, at a depth of about 150km. From mantle to crust. Diamonds that were formed deep inside the earth can be mined close to the surface.National Museum History 

Ha, aku agak macamtu lah. Nak cinta orang macam tu lama, dan sakit. Crushing pressures. Intense heat.   

Do we really understand what real love is? Are we capable of truly loving a person like that? Tanya diri sendiri-

Mampukah kita habiskan kesemua duit kita untuk menyara seseorang tanpa tinggal apa-apa untuk diri kita untuk 40 tahun tanpa mengungkit? Memasak, membasuh baju, membasuh pinggan, membeli groceries, mengemas dan lain-lain 7 hari seminggu untuk bertahun-tahun lamanya tanpa mengungkit? Tanpa mengharap balasan-  untuk couples, tanpa mengharap makan luar sekali seminggu ke, hadiah anniversary ke hadiah birthday.

Atau bertahan dengan emosi  seseorang apabila mereka sedang marah? Aku taktau macam mana mak bapak aku boleh bertahan dengan emosi aku masa aku teenager and kuat memberontak.  Alangkan kalau kat movie tu, tak letak toilet seat pun boleh bikin gaduh sesama pasangan. Entah apa perasaan mak aku basuh pinggan kami yang bertimbun-timbun masa kami kecik.

Jadi aku tak hairan sangat lah kalau orang nak lafazkan benda sweet sweet kat social media pasal pasangan mereka. Walaupun mereka dah bersama sepuluh tahun. Sebab sepuluh tahun pun belum tentu kau pernah cuci bontot pasangan kau, sebagaimana mak kau basuh berak kau masa kau baby. Aku rasa mesti mak bapak orang lain pun banyak pengorbanan yang dorang tak bagitau anak-anak dorang. Mungkin ada yang simpan sebagai rahsia hingga ke kubur.

Jadi entri ini ditujukan kepada the unsung heros in our lives yang jarang kita lafazkan cinta di social media kecuali waktu Mother’s atau Father’s Day - our parents. May I learn to love my husband and future kids like you loved me.





Saturday, September 24, 2011

Ketuanan Mat Salleh


Perkara #1

Baru-baru ini aku sedar bahawa trend colour blocking sudah buat comeback. Bagi mereka yang taktau apa colour blocking, aku akan demo dengan gambar ni:


Aku takda komen pasal trend ni, pasal aku memang tak kisah. Tapi yang aku rasa kelakar sebab orang India dah lama pakai combo warna camni, tapi semua orang kutuk je.


Dulu kalau ada orang pakai warna camni, mesti orang Melayu kutuk "macam keling". Tapi bila Mat Salleh buat colour blocking jadi trend untuk Spring, tiba-tiba orang yang pakai camni dilabel sebagai fashionable. Gila power Mat Salleh, boleh buat orang Melayu junjung benda yang dorang hina dulu.


Perkara #2


Beberapa tahun lalu, aku ditegur kerana menggunakan term 'blacks' untuk refer kepada orang kulit hitam semasa membuat pembentangan. Ada budak tegur aku kata term yang aku guna tu dianggap sebagai penghinaan kepada orang kulit hitam, dan aku patut menggunakan term 'African Americans'. Walaupun aku tak setuju, aku senyum je, angguk dan teruskan pembentangan aku sebab nak habis cepat-cepat. Tapi aku bengang sebab:

1) Seperti Maddox pernah cakap, kau konfiden sangat ke orang kulit hitam tu dari America? Mana tau dia British American? Ke Jamaican?

2) Asal kau ingat term 'blacks' tu menghina? Dorang bitau kau ke? Aku pernah baca ada mamat kulit hitam cakap dia prefer dipanggil 'blacks' dari African Americans sebab kau bajet orang kulit hitam ni sensitif sangat ke?

3) I'm sure kau tak rasa panggil orang kulit putih as 'whites' tu menghina, jadi asal kau rasa panggil orang kulit hitam as 'blacks' tu menghina? Mungkin insecurity kau sendiri yang anggap hitam tu hina yang buat kau fikir term tu negatif.

4) And lastly....kau guna term 'keling' setiap masa, tetiba kau nak lebih2 politically correct bila orang guna term 'blacks'? 'Keling' is so much much racially insulting than 'blacks', tu kau tak kisah lak. Dalam negara Asia ni, kita lebih banyak jumpa orang India dari blacks, tapi kau decide lagi penting kau jaga hati blacks dari orang India? Kena tunggu orang America bagitau kita respecting Indians is cool dulu kot.

Aku pun tak paham kenapa tetiba orang sekeliling tetiba peka terhadap being politically correct dengan blacks, adakah sebab Mat Salleh tengah sibuk menyebarkan ideologi equality antara whites and blacks? Aku lagi tak paham kenapa orang Melayu happy gila Obama jadi presiden sebab kononnya menyimbolkan something positif, walaupun sebenarnya tak ada kena mengena dengan kau pun atau affect kau. Tapi kalau ada orang India atau Cina nak jadi PM kat Malaysia, mesti riot.


Perkara #3


Orang yang complain pasal Raya semakin boring bila dorang semakin tua memang dah jadi kebiasaan . Yeah, I get it. It doesn't feel as special anymore. Tapi trend sekarang aku notice something yang bagi aku, agak pelik. Orang Melayu tetiba sambut and excited pasal Krismas. Aku rasa menyampah gila bila dengar orang kata sambutan Krismas lagi meriah daripada Raya,
pastu bragging pasal buat Secret Santa dalam ofis la apa la. Ok, kau nak sambut perayaan yang tak ada kaitan dengan kau, punya pasal kau, tapi kena ke kecoh gila kat Twitter and Facebook weh. Lagi menyampah bila dorang guna sambutan tu sebagai peluang untuk tunjuk kat orang lain bahawa mereka sangat accepting dan open minded. Orang camni bajet je open minded tapi kau cakap kau nak sambut Deepavali ke Ghost Festival ke, mesti dorang gelakkan kau, padahal perayaan tu lagi berkaitan dengan budaya Malaysia daripada Krismas.


Mat Salleh kat Facebook aku pulak complain Christmas tak best macam masa kecik-kecik. Tapi kat Malaysia orang Melayu jakun lak sambut Krismas and kutuk Raya. Aku memang rasa kutuk Raya boring tu dah jadi cam trend. Cuma aku rasa kejakunan terhadap Krismas ni pelik macam orang yang pergi negara omputih pastu jakun dengan snow and cakap musim sejuk tu musim favourite dorang. Gila, aku benci gila musim sejuk dulu. Dahla kena asyik pakai losyen, bil heater pun tinggi. Tak best langsung.


Tapi I guess omputih boleh buat semua benda pelik atau biasa jadi cool. Haih, aku tak paham kenapa orang kita perlukan approval dan validation dari omputih untuk sesuatu menjadi 'in'. Amazing sungguh, walaupun negara kita 'tak pernah dijajah', ketuanan Mat Salleh masih hidup kat sini.

Wednesday, March 30, 2011

An Incredibly Attractive Malay Man

...baru sahaja memplagiat entry di bawah ini dalam bentuk video. 'Heartbreaker' tersebut tidak meng-credit aku di dalam video ataupun di dalam labels dan description, tetapi include nama manusia lain yang tak ada kaitan langsung dengan entry aku.

Lagi satu dia moderate comments Youtube so tak boleh flame dia kat situ. So, kalau kau tak suka orang steal credit for your work, feel free to hit the dislike button on this video ni or spam channel dia (click tajuk video atau link ini- http://youtu.be/fseyyYRpv64 untuk kena redirect to the video on Youtube).
Thank you very much, dan thank you kepada pembaca aku yang mengesan video ni within 2 days.




Dude, kalau nak plagiat aku pun, janganlah butcher writings aku by reading it THAT way.

Banggga gila mamat ni dia berjaya get through life "taking other people's pictures and videos". Guess you take other people's work too, huh?

Wednesday, September 22, 2010

Wabak Pasif Agresif


Salah satu perkara yang ramai orang (termasuk aku) suka buat ialah express rasa tak puas hati atau bengang terhadap seseorang melalui mana-mana medium social network macam Facebook atau Twitter. Bila pikir balik aku sedar yang perangai ini agak bodoh dan pointless. Pastu kawan-kawan kita pulak comment “Yeah you tell him girl” dan “Haha, aku pun pernah kena camni..” Lepastu ada berbelas-belas komen yang meluahkan perasaan benci terhadap manusia macam tu, yang menyokong ‘keberanian’ kita, yang mengapi-apikan kita. Apa kita dapat sebenarnya? Dapat tunjuk berani depan orang?

Jenis-jenis status pasif agresif:

1. “Hey WDA 7##9, kaw memang pemandu babi lew, kalaw aq jumper kaw lagi, siap la!!!1! Dah lew amek setengah jam nak parking....ingat aku xde kejew kew??”

Mula-mula, kau tulis dekat Facebook atau Twitter. Memangla kau berani tulis number plate dia kan, pasal dia tak ada dalam friend list kau. Apa motif? Bukan dia dapat baca pun.

2. “kepada abu haziq (bukan nama sebenar) aku dapat fb msg ko yang tanya asal aku tak approve ko lagi, friend list aku full, paham tak bangang???”

Status ni memang aku pernah nampak. Dia actually sebut nama mamat tu dalam FB dia, memanglah kau berani, pasal dia tak boleh view status kau. Satu aku rasa sebut nama ni agak keterlaluan la, pasal number plate kereta mungkin orang malas nak cari, tapi nama orang boleh search je. Pastu tak aci lah kan mamat tu tak boleh defend diri dia sebab dia bukan dalam friend list kau. Lagi satu, asal kena buat status? Reply through inbox je tak boleh?

3. “Tak paham kenapa ada manusia yang suka makan tak habis..cuba fikirkan kanak-kanak yang kebuluran.. sesungguhnya Tuhan bencikan pembaziran..”

Sekali pandang macam innocent kan? Macam nasihat atau general statement. Tapi cuba kalau taktik ni digunakan untuk sound seseorang bila tengah bengang. Macam kau ada seorang kawan dalam group tu yang memang tak habiskan makanan, semua orang notice. Pastu satu hari kau bengang dengan dia and buat status macamtu. Semua orang tau kau direct kat dia, dia pun tau, kawan-kawan kau pun tau. Tinggal kau tak sebut nama je. Tapi kalau dia balas balik nanti orang kata dia gelabah. Tambah lagi ramai orang yang unsuspecting pergi ‘like’ status tu sebab diorang ingat memang nasihat umum, padahal niat kau tak murni langsung.

Agak kejam kan. Pedih tu kalau jadi mangsa status macamtu. Kau react kena judged, kau tak react pun kena judged.


Cakap pasal perli dalam nasihat ni, korang tak rasa pointless ke? Aku rasa kalau kau nak nasihat orang and expect dia berubah, kau takkan nasihat dia sambil perli. Kau sendiri makan ke nasihat kalau dah kena kutuk? Memang tak ah kan. Imagine,

“Kenapa ada orang yang suka belanja beratus-ratus untuk baju bila duit tu boleh tolong mangsa banjir Pakistan? Dahla selfish, boros lak tu”

Kau ingat lepas orang tu baca tu, dia nak kata “Oh, selama ni aku telah terlalu boros. Mulai sekarang aku takkan belanja beratus-ratus lagi untuk baju. Aku akan derma ke Pakistan sekarang gak”

Yeah right. Most likely dia akan response macamni: “Sibuk gila minah ni. Suka hati la aku nak spend untuk apa, duit aku. Suka-suka hati je panggil aku selfish. Kau tu entah derma ke tak untuk Pakistan, kecoh je lebih”


Oh well. Siapalah aku untuk judge kan. Aku sendiri seorang manusia pasif agresif yang kronik. Seorang anonymous blogger yang tulis nasihat sambil perli, sebab aku tak berani sound depan-depan. Tapi honestly aku cakap, memang sesetengah entry dalam blog ni tak ada niat nak nasihat orang langsung, saja aku nak release kemarahan aku macam dalam entri aku kutuk roommate yang macam sial. Dalam hati aku memang macamni je:

You made me go through hell. Nah sekarang rasakan, rasakan! Tengok orang yang komen, semua benci orang cam kau! Aku harap ko terasa, huh!

Macamla orang tu baca blog aku pun kan. Honestly aku cakap memang aku pikir nak release kemarahan je masa buat entry tu, tak ada pun dalam hati aku terpikir, “Harap kau bawak berubah la lepasni”

Malah,

“Peduli apa aku kau nak berubah ke tak. You’re not my problem anymore sebab kita dah tak tinggal sama-sama muahaha”

Aku memang tak matang dulu. Sekarang pun masih tak matang, tapi ada la improvement sikit.

Aku rasa memang kebanyakan orang Malaysia macam aku, sebab memang ramai orang buat status tak puas hati atau kutuk orang secara subtle supaya identity orang yang dikutuk tak diketahui.

Oh well, we are a repressed society.

Tuesday, August 24, 2010

About a Boy


Al-Fatihah buat arwah Mohamad Faiz bin Taufik or as I know him, Jipo.


Jipo adalah manusia paling segala dalam dunia aku- paling baik, paling sihat, paling bijak, paling tabah, paling kelakar.

Masa dia terpaksa tinggal di hospital, dia mengumpamakan stay itu macam “pergi holiday tempat tak best, jadi terpaksa duduk dalam bilik dan browsing ja”. That was how positive he was. Masa rambutnya mula gugur disebabkan chemotherapy, dia kata, “I’ve always wanted to try this style, dulu rebonding dah try, now GO BOTAK!"
Even selepas 3 rounds of painful chemotherapy dan operation major membelah dada pun Jipo masih retained his good humour. Bila kawan dia nampak gambar dia kat Frankfurt dan tanya kenapa dia berada di situ, dia menjawab, “Aku operate. Ko ingat aku gi main itik kat Frankfurt mcm korang ke? Lawak pi Frankfurt main itik...macam kat Malaysia takdak je hahaha.”

Macamtu lah dia sampai akhir. Masih buat aku and orang lain happy. Masih ingat lawak-lawak dia yang unik, benda-benda yang orang lain tak terpikir. Sepanjang ada cancer dia masih spread his humour, suka tulis status atau share benda-benda unik atau lawak. Teringat dia mempersoalkan lagu tiga kupang.

“Lagu 3 kupang, saku penuh padi (sing a song of sixpence, a pocket full of rye), 6 ekor burung, masuk dlm kuali (4 & 20 blackbirds, baked in a pie)...nape bukan "24 ekor burung"? Exchange rate leh ubah-ubah...bilangan burung dalam pie tidak, hehehe...tetiba tak puas ati, padahal penat2 org dahulu kala translate ke malay”

Dan status facebooknya yang lain never failed to make me smile-

“It's a bit sad+angry everytime I watch BBC or CNN weather forecast because they left out Kuala Lumpur. There's enough space between Bangkok and Singapore on that map, even for a Haiku!”

“Sometimes before I went out to buy groceries, I checked the time and world cup match schedule...just to avoid the "freak-who-don't-watch-football-or-maybe-trying-to-rob-a-supermarket-during-world-cup" look from the cashier/customers”

fb ni pressure tul, yela2 aku change profile pic!
"XXX and 30 other friends changed their profile pictures"
fb hidden msg:"how about you, loser? done anything interesting lately?"

Perit terpaksa mendengar kisah arwah di mana selepas menghadapi 3 rounds of very painful chemotherapy dan major operation belah dada, cancernya telah merebak ke seluruh badannya dan menyerang saraf tunjangnya hingga dia lumpuh, memakan semua organ dalamannya dan kemudian perlahan-lahan menyerang peparunya. On his last days setiap nafasnya seperti menarik balik nyawa ke dalam badan, dan setiap suap makanan terlalu menyakitkan dan memenatkan sehingga dia pengsan. Tapi dia masih mahu makan dan minum. Masih senyum kepada kawan-kawan yang datang melawat sehari sebelum pemergiannya walaupun nak bukak mata pun susah akhir-akhir tu. He was in so much pain doctor terpaksa memberi morphine dan ubat pelali, dan badannya tak mampu menerima oksigen sehingga kukunya jadi ungu walaupun diberi oksigen maximum dosage.

Dengar kisah dia terlantar lumpuh, teringat bagaimana dia lah orang paling particular pasal kesihatan yang aku pernah kenal. Asyik pergi gym, rollerblade, jogging, berbasikal. Punyala jaga kesihatan, makan pun jaga, subscribe Men’s Health. Tak pernah merokok, tak hisap shisha walaupun rumah yang dia dok dengan housematesnya dulu ada bong shisha. How my friend took such good care of his health, begitu dia jaga amanah dia dengan Tuhan. It could happen to anyone.

Bila dah terjadi aku tertanya diri aku, kenapa aku yang rapat dengan dia? Aku sedar orang cam aku ni banyak kekurangan nak dibandingkan dengan dia, kenapa aku yang dia sanggup be friends with, care for? Rasa bertuah sangat. Dari seorang kawan di UiTM sehingga seorang kawan yang aku dah anggap macam abang di Germany. Dari zaman happy, main-main SMS tahun 2003 hingga zaman aku manic depression pada 2008 sehingga tak dapat makan dan tidur berhari-hari. Allahyarham datang makan sama-sama nak make sure aku makan, tolong datang kemas rumah. Hinggalah pada akhir tahun 2009 dia bagitau pasal sakit belakang sampai takleh sujud, berus gigi dan tidur sebelum dia di-diagnosed dengan barah. Dia ingat dia sakit high blood pressure. Tahun 2010 semasa dia tengah battle cancer pun dia masih teringat kat aku walau di benua lain-lain, kalau dia jumpa benda best, mesti terus message habaq “ha yang ni best, hang mesti suka”. MasyaAllah.

Baca balik log-log YM lama,

aikaisme (12/27/2007 9:35:30 PM): hahahaha
aikaisme (12/27/2007 9:35:36 PM): kepo la ang ni

aikaisme (12/27/2007 9:35:37 PM): ahahaha

Jipo (12/27/2007 9:35:46 PM): kepo kat ang ja

Jipo (12/27/2007 9:35:52 PM): sbb ang kepo gak

Jipo (12/27/2007 9:36:12 PM): -ve + -ve jadi +ve
Jipo (12/27/2007 9:36:26 PM): -ve x -ve jadi +ve

aikaisme (12/27/2007 9:36:59 PM): hahahaha

aikaisme (12/27/2007 9:37:01 PM): jahat

aikaisme (12/27/2007 9:37:10 PM): aku dh setahun kot tak sebar rumor


(Ni lah lawak skema budak electrical engineering. Kami tak mengumpat masa ni, saja kecoh pasal bapak kawan kami masuk paper. Jipo jenis tak mengata orang. Aku, mungkin lain cerita). Dan,


Jipo (1/25/2008 6:39:13 AM): nape akaun frenster takda?
aikaisme (1/25/2008 6:40:35 AM): aku delete
Jipo (1/25/2008 6:40:48 AM): nape?..kena ban ke
aikaisme (1/25/2008 6:40:57 AM): haha takdela
Jipo (1/25/2008 6:41:30 AM): patut la featured frens aku kurang sorg..aku igt frenster bengong ke ape
aikaisme (1/25/2008 6:42:11 AM): haha skg nak ganti ngan sape
Jipo (1/25/2008 6:42:52 AM): haha..ntah..biar je dulu..busy nak exam..(ceh mcm penting je..padahal leh amik je sesapa)

Aku check friendster tadi. Last dia aktif tahun 2009. He never really did replace that slot. Sedih rasa. Bila dah takda, macam-macam teringat. Nasib dia sempat poskan 2 DVD penuh dengan gambar kami semua dan videonya kat aku tahun lepas, lepas hard disk aku crash. Senyum tengok video arwah time sihat, time happy, gelak kuat-kuat (trademark dia). How I miss you. This is how I choose to remember you. Al-Fatihah.




Tambahan: Teringat bagaimana arwah betul-betul tak suka menyusahkan orang; masa orang risau dia sakit cancer, boleh pulak dia mintak maaf sebab buat orang risau! Pastu rasa guilty sebab suruh mak dia masak bekal 3 hari sebelum balik Malaysia (masa dia undergoing treatment kat Germany) walaupun masatu dia dah tak larat sangat sebab chemo. Last sekali, teringat masa kawan dia suruh demand meja lagi besar kat hospital sebab meja dia dah penuh dengan barang (memang meja tu kecik gila). Dia jawab "Takyahla, buat susah makcik cleaner mop pagi-pagi ja." Kawan aku yang sangat considerate, sangat penyabar. Dalam kesakitan pun dia utamakan orang lain. Tak pernah sekalipun dia complain pasal takdir dia.