Wednesday, October 8, 2008

Masalah Dengan Cinta Adalah...

Tambahan: Sebab entri aku mungkin kurang jelas bagi sesetengah orang- aku bukan cakap kamu harus settle untuk sesiapa sahaja tanpa menetapkan apa-apa kriteria, sebaliknya aku hanya menasihati mereka yang terlalu memilih supaya janganlah reject seseorang semata-mata kerana dia tak memenuhi 1 daripada 10 kriteria yang kamu tetapkan. Aku selalu mendengar orang mengeluh bahawa mereka susah jumpa cinta dan bernasib malang, sedangkan situasi itu disebabkan oleh diri mereka sendiri. Ayat yang aku biasa dengar daripada mereka adalah, "He's kaya, pandai, suka belanja I, he has a good sense of style, too bad dia tak cukup hensem. Sebab tu I tak nak couple dengan dia." Seperti seorang commenter tulis, ini bukan masalah dengan cinta, ini masalah dengan manusia...


(The problem with love is...)



Terlalu ramai yang bersusah payah mencari dan idamkan Miss/Mr. Right, tetapi tak ramai yang berusaha untuk menjadi Miss/Mr. Right.


Nak cari pasangan yang kaya lah, berbadan mantap/tegap lah, good looking lah, pandai memasak lah, sopan santun lah, berkereta mewah lah, good in bed lah, etc.



Tapi diri sendiri malas bekerja, exercise pun malas, muka so-so saja, hanya reti masak Maggi dengan telur goreng, kurang ajar, tambang teksi pun tak mampu dan cakap besar tapi tak pernah skor. Tapi bila bab nak cari pasangan, wah, bukan main lagi memilih.



Macam mana tu?



Tak salah bercita-cita tinggi. Tapi pastikan cita-cita itu realistik.

60 comments:

ledisordre said...

hello, i'm mr. left.

magenta said...

Haha. Cute.

gurl_troublez said...

but i always trying to be the best when i'm with someone tp kenapa slalu kecewa gak .. aii ..

K.Jah said...

wah!! stuju sangat tuh!!!!

butterflytwinlove said...

susah nak cakap coz benda ni bergantung pada diri sendiri..sometime bila kita fall in love kita da tak kisah dia mcm mana..accept as he/she is..ada juga org yang mmg tak menetapkan dia nak yang mcm mana..tak fussy la kiranya..but most mmg ada kriteria sendiri la..i tak terkecuali..pathetic human being..

Miss Farina said...

betul itu!!! silat lihat diri di hadapan cermin!

Siberkop said...

Betul!

Sbb tu I lebih sasa skrg!

Nyummm~

ainfazrin said...

salam.

pendapat kite senang je.
selalu ukur baju kat badan sendiri. dan percaya yang setiap manusia ada pasangan yang sesuai untuk diri masing2.

tapi tak salah la nak berangan. cuma tak yah berangan teruk2 sgt. hehe.

yourdrugbuddy said...

ah best! suka.

Dani Izwan zainol said...

magenta..ko sgt memahami!!hoyeah!

SESEORANG said...

aku perfek..takleh nak kata apa la.hohoh

SyAhiRah LaLAla said...

oh oh oh. *terkedu* :P
selamat hari raya magenta :)

bungaditepijalan said...

memilih adalah penting dan utk menjadi yg terpilih pun penting.
:D

Hali Munan said...

I think it's a good thing that these people with bad attitude are finicky. If we're lucky, they won't ever find partners because indirectly they're doing us (more the future generations) a favour by weeding themselves out of the gene pool.

Here's to hoping that they don't accidentally breed.

Double Patties said...

cinta itu buta.

*makan kokokrunch*

husni said...

tapi mags, itu bukan masalah dengan cinta, itu masalah dengan manusia.

Dayana said...

teringat plak dulu pernah baca buku Thermodynamics, cerita pasal Ideal and Real situations. Dia bagi analogi Mr/Miss Perfect. hahaha. terasa lawak masa tu baca perkara sebegitu dalam buku science. haih.

Anonymous said...

ayat yg seswai utk org begitu: "jgn impikan gadis secantik fatimahtul zahrah jika peribadimu tak seindah saidina ali karamallahhu wajhah"

jangandekatiaku said...

mr./miss right..
hiks;)
just b nice to other, & the perferct mr/miss right will come along d way:)

broken_nigina said...

"Tapi diri sendiri malas bekerja, exercise pun malas, muka so-so saja, hanya reti masak Maggi dengan telur goreng, kurang ajar, tambang teksi pun tak mampu dan cakap besar tapi tak pernah skor. Tapi bila bab nak cari pasangan, wah, bukan main lagi memilih."

lol.gua suka baca nih.

Ladynoe said...

benda ni mengingatkan aku kat sorang kawan yang memang cun gile bab.

memilih. nak lelaki kaya. ada kereta (perodua/proton) tak main.

semua lelaki kaya yang bersama dia, semua tak memuaskan hati.

Last last, sangkut ngan lelaki biasa, naik Kapcai je.Oh.

Bovril Lavigne said...

hali munan: hahahahahaha..funniest thing I read today!

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

LOL.

Marah siapa ni?

pjoe said...

WOOO
dah berbuih mulut aku dok membebel dalam blog tentang sesetengah perempuan yang jumud dgn konsep "mr right"

kamu sgt realistik

*rasa jatuh cinta dgn kamu boleh?
hehe

unicorn said...

x salah cari yg terbaik...pasangan hidup ni kalau boleh, sampai ke akhir hayat...

MsP said...

hmmmm finding Mr/Ms Right is your own perception..... as beauty is in the eye of beholder.....

for me it is a person that completes you...

weed and bandages said...

pernah ada yang tanya, kalau ms weed tak kahwin dengan mr.B, ms weed nak cari lelaki macam mana?

aku jawab. Nak yang macam mr.B jugak.

panas baran.
perengus.
semakin hari semakin kurang romantiknya.
selekeh tetapi wangi.

ada boleh?

magenta said...

Gurl_troublez: If they make you sad more often than they make you happy, they're not right for you.

K.Jah: :)

Butterflytwinlove: Tak ada salahnya kalau tetapkan kriteria, tapi tetapkan terlalu banyak kriteria dan expect semuanya dipenuhi oleh calon, itu dah tak realistik.

Miss Farina: Hahaha. Tu lah.

Siberkop: Good for you.

Ainfazrin: Betul betul. Ukur baju di badan sendiri.

Rhona: Thanks. :)

Dani Izwan: Hey hoyeah let's go. Memahami? Hmm...hehe.

Seseorang: Lol. Orang perfect susah nak cari pasangan gak kan? :p

Syahirah Lalala: Hahah selamat hari raya Syahirah :)

Bungaditepijalan: Tetapi yang memilih tanpa terpilih perlu dijauhi, hehe.

Hali Munan: Hahahha. That sounds exactly like something a sibling of mine would say. Are you sure we're not related? And touche!

Double Patties: Cinta itu juga pekak dan tuli.

*makan Pringles perisa cheddar cheese*

Husni: Yupe, tapi mereka di bawh delusi bahawa itu adalah masalah dengan cinta.

Dayana: Hahaha. Buku apa tu? Macam best je!

Anonymous: Nice :)

Jangandekatiaku: Yupe, kalau kita polite dan pandai respect orang, orang pun suka. Lagipun cinta selalu datang bila kita tak jangkakan.

Broken Nigina: Kalau baca mungkin kelakar, tapi kalau jumpa watak sebegitu dalam real life? Hahaha.

Ladynoe: Hahaha aku pun ada gak dengar cerita macamni. Orang yang kahwin dengan salah seorang daripada golongan yang diorang selalu kutuk/ tak suka dulu-dulu.

Bovril Lavigne: It sounds like something you would say. Haha.

AKAB: Haha. Tak marah, cuma a little sick of hearing keluhan daripada orang yang ada unrealistic expectations.

Pjoe: Woo, aku nak pergi baca lah entri tentang perempuan yang jumud tu. Ada rasa masam cuka ngan sejuk ais tak jatuh cinta dengan aku? Haha.

Unicorn: Tetapi kalau cita-cita tak realistik, mungkin tak akan dapat pasangan hingga ke akhir hayat...

MsP: Yes, and some people have unrealistic perceptions. For me it is someone who complements (not compliments, heh) you.

Weed and Bandages: Ohh, kalau memilih yang macamtu tak ada hal. :P Lelaki selekeh tapi wangi memang sexy kan?

zureen said...

ms weed&mangenta - selekeh+sexy+scruffy-tapi-ada-masculine smell = . . . . . (speechless) yummy yum yum..

tgh dgr lagu Black Star ni,the melody of the song membuatkan i teringa mr boyfriend n trus i terasa bersyukur yg walaupun dia x perfect, at least he accepts my imperfections and loves me for who i am.

and i agree with u..i paling pantang kalau bila ditanya apa ciri2 lelaki/perempuan idaman (biasanya interview2 lame dgn artis mcm dlm majalah Mangga/Hai/URTV), most of them mesti jwb panjang berjela..c'mon laaa diri sendiri pon x se best n perfect mana!

sori. emo jugak.

fictionita said...

there's no such thing as 'the best'.

i hold on to 'good enough'.

pjoe said...

aku mmg ska makan benda maam
takat cuka tu
hal kecik

*kembang kempis

Ferdows said...

Setuju

jannatunnaem said...

nice entry lagi..:)

NeEM™ of Suicide Park said...

Ramai lelaki bila nak kahwin nak pompuan suci, pandai masak, pandai mengemas etc. tp diri sniri tak pandai cari buluh lemang dan tukar mentol pun.

Pompuan lak nak suami hafaz quran tapi diri sniri malas mengaji memangla tak padan.

Neem nak lelaki pandai masak sbb diri tak pandai masak.haha..

Hali Munan said...

Magenta: Are you sure we're not related?

I wouldn't be too surprised if we were, what with you being Pelita Hijau and me Hali Munan :)

power ranger pink said...

haih.
nape org yg choosy ni susah sgt nk phm? atau mmg phm tp xnk terima?

bahwa luaran ni duniawi je.
once the money is gone,so the love will fly too.
once the look is faded,so the love will die too.

habis la kalu smua org mcm tu.

ceh.terskeapim manglish plak.

sebaiknya begini..
elakkan kawin artis.nnt ssh nk kekal.

p/s: eh, ending tu mcm xde significance jek..huu

miezi said...

aku kuris..patotla takde pompuan suka.huh..haha

unicorn said...

yup..agreed. kena realistik..cari lah orang yang kau boleh communicate..same bandwith..betul x?

miezi, kuris tu ape?

Dayana said...

Buku yang saya maksudkan adalah Thermodynamics: An Engineering Approach. Buku teks. Hehe.

Disco Dramatic said...

uih. terasa la.





hmm. malu.

lindosh said...

kau sangat memahami apa yg aku rasa. tapi tu lah dia.. manusia ni. tak sedar diri. tanak cermin diri. hmm

erm said...

let people say what they want

after all word is just word

beauty and the beast walking inside klcc make me wonder

Anonymous said...

salam...
pak chaq dah kawin selama 17 tahun masuk taun ni. masa muda pak chaq nak yang macam model, kaki panjang segalanya elok. boleh p disko dan boleh lepak kat tepi jalan. tapi pak chaq tak hensem, hitam, hati saja putih (merah yang sebenarnya). takdak model yang mau kat pak chaq. yang mau kat pak chaq hanya mak chaq hang yang tak la berapa lawa tapi ada la macam rani mukerjee sikit2. tapi pak chaq tak berapa mau kat dia sebab tak ikut kretiria yang pak chaq letak. las sekali pak chaq menikah juga la dengan dia. nak buat mcm mana dah orang lain tak mau dan dia sorang saja yang mau. baik dia dari pada orang lain yang tak tentu mau kat pak chak ni.

Anonymous said...

sambung cerita pak chaq...

mak cahaq hang anak ustaz kampong saja.. tak tau apa iti GRO ka, Karaoke ka. pak chaq hang la kena cerita kat dia.. betui bendoi sungguh mak chak hang.. Tapi mapa mau ingat, pilih lah orang yang mau kat hanpa, jangan orang yang hampa mau kat depa. pasai diri kita boleh ubah dari tak mau pi jadi mau. lani pak chaq ada 4 anak. satu lagi duit mau la ada juga. takat cinta saja perut lapaq baik la jangan menikah. buat naya anak orang saja. wassalam

cigarettes

eryzal zainal said...

main bola tepi padang
tak pakai kasut terpijak duri
jikalau badan seperti badang
cari lah kereta sebesar lori.

ambik kawah masak pajeri
gulai dimasak sambil belari
kalau berniat nk kawen si puteri.
jgn lupa buat plastic surgery.

giv and take la beroo~

haishangin:p

MaNuSiA_RuMiT said...

hurm...

cinta itu buta dan membutakan...
jgn harapkan kekasih setampan yusuf jika tak sesetia zulaikha...

Jagatraya said...

Haha.aku dah byk jmpa org mcm tu..laki ngan pompuan pun ade..

nodadosa said...

hahah..

gua rasa cinta tak pernah bagi gua masalah... bagi rasa geli2 kadangkala tu ada la.. hohohohoho

gua rasa yang bermasalah .. orang je

:p

zarif said...

cam maner nak jadi orang yang keje kat brunei...uni brunie nak pakai lectrr science tak??

Jumping Jane. said...

garangnya! tapi benar, harus realistik. namun, sukar juga apabila seseorang itu terlalu mengikuti bahasa yang dituturkan oleh kepala, tetapi bahasa hati kurang didengari.

Orang kata, 'the language of the head and the heart'.

teori aku, kadang-kadang ramai terlalu teliti dalam walhal mencari pasangan seperti menyuaikan kriteria the right and the wrong. mungkin kebanyakan terlalu taksub dengan kriteria-kriteria pasangan sehingga the language of the heart is ignored.

or probably is muffled by the language of the head. who really knows, the dynamics of love/infatuation.

ah. belajar lah jom.

Anonymous said...

The Husband Store
*
A brand new store has just opened in Orlando FL. that sells Husbands. When
women go to choose a husband, they have to follow the instructions at the
entrance:- 'You may visit this store ONLY ONCE! There are 6 floors and the
value of the products increase as you ascend the flights. You may choose any
item from a particular floor, or may choose to go up to the next floor, but
you CANNOT go back down except to exit the building!
*

So, a woman goes to the Husband Store to find a husband.

On the 1st floor the sign on the door reads:*Floor 1* - These men have jobs.

The 2nd floor sign reads:***Floor 2* - These men Have Jobs and Love Kids.

The 3rd floor sign reads: *Floor 3***- These men Have Jobs, Love Kids and
are extremely good looking.

'Wow,' she thinks, but feels compelled to keep going.

She goes to the 4th floor and the sign reads:*Floor 4* - These men Have
Jobs, Love Kids, are Drop-dead Good Looking and Help with Housework.

'Oh, mercy me!' she exclaims, 'I can hardly stand it!'

Still, she goes to the 5th floor and sign reads:*Floor 5*- These men Have
Jobs, Love Kids, are Drop-dead Gorgeous, help with Housework and Have A
Strong Romantic Streak. She is so tempted to stay, but she goes to the 6th
floor and the sign reads:

Floor***6* - You are visitor 31,456,012 to this floor. There are no men on
this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to
please. Thank you for shopping at the Husband Store .

To avoid gender bias charges, the store's owner opens a***New Wives
store*just across the street.

The***1st floor* has wives that love sex.

The***2nd floor* has wives that love sex and have money.

The***3rd *through***6th floors* have never been visited


cigarettes

erm said...

http://www.youtube.com/watch?v=BpWqCzru5zk&feature=related

Sue Anna Joe said...

Masalah orang kan, is that, they always see 'better' people out there, rather than whats already in front of them.

So they keep on changing. In reality, its true, there will always be someone who is more handsome, more rich, more smarter, a better sense of humor, so on and so forth.

Manusia tak pernah puas dengan apa mereka ada.

Syarifah Elmira said...

it reminds of a saying, everybody thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself

Bovril Lavigne said...

hey..i had cita2 "tinggi"..i got it..haha. But seriously, just as we shouldn't be choosy, we should also not settle for "what we can get". There is always that balance..girls especially tend to underestimate their worth.

magenta said...

Zureen: Black Star by Malmsteen ke? I love that song too. Oh well, these people have to eventually grow up sometime. Haha.


Fictionita: That's the thing with 'the best'. It might be there, but we might not find it.

Pjoe: Hahaha. Sesudu cuka ok lagi, sebotol? Kau mesti suka makan jeruk kan.

Ferdows: Jarang orang muda sebegitu realistik.

Janna: Thank you dear.

Neem: Hahaha tak pandai tukar mentol, tak layak kahwin. lol. Lelaki pandai masak memang akan selalu ada market. Sebab perempuan yang reti masak pun nak kat diorang, haha. Masak tu sebenarnya tak susah.

Hali Munan: Hahaha pandai je jawab.

Power Ranger Pink: Mungkin sekarang diorang susah nak terima lagi kenyataan ni, tapi dalam 5,10 tahun maybe they will.

Miezi: Kuris tu kurus ke? Ala, ada perempuan suka laki kurus, ada perempuan suka laki gemuk.

Unicorn: Yupe, betul. :)

Dayana: Hahaha dah agak dah buku engine.

Disco Dramatic: Haha relax, entri kat tak ditujukan kepada sesiapa spesifik. :p

Lindosh: Ya, memang ada manusia camni. Tapi tak semua. Nasib baik.

Erm: Sebenarnya, word is not just a word. Pernah dengar pepatah 'the pen is mightier than the sword'? And maybe the Beast have something precious to offer to Beauty other than looks.

Pak Chaq: Fasihnya berbahasa Utara. Haha. Terima kasih Pak Chaq, lawak yang Pak Chaq hantar tu pun kelakar.

Eryzal Zainal: Ni pantun on the spot ke? Gila kreatif kau.

Manusia Rumit: Cuma bezanya orang yang buta guna deria mereka yang lain seperti bau dan bunyi, orang yang buta sebab cinta? Hehe.

Jagatraya: Tu lah. Laki ada, perempuan pun ada.

Nodadosa: Haha cinta ok sebenarnya. Tapi kadang2 orang suka buat masalah.

Zarif: Pakai, aku tak pasti qualification yang dia tetapkan, cuma aku notice sekarang dia dah kurang import lecturer dari Eropah sebab nak jimat duit. Kalau nak kerja minyak pun boleh.

Jumping Jane: Lol. Bayangkan aku sedang bercakap dengan penuh lemah lembut. Hehe. Love= tak ada formula yang specific.

Sue Anna Joe: Yeah, and sometimes they fail to realise masa nak pursue yang lagi handsome, lagi kaya, etc, they have passed up on something really good. Tak pun they start to realise yang lagi handsome tu tak semenarik yang they pikirkan, and nak balik yang kat lama. Tapi at that time yang lama dah tak nak kat diorang.

Syarifah Elmira: Yupe.

Bovril: People who settle for what they can get are another story. And then they are people who don't realise they had a good thing in front of them until later on.

erm said...

consider pen is mightier if we take them seriously

cayalah beast...now everyone can dream

sebelum terlupa...kawan2 hot

kenal2 kan kat kita pleash

hahahaha

super blogger said...

since u got so many visitors..u shld put adsense to ur blog..at least u get 2 earn some passive income..

if not wasted opportunity la..seriously.

p/s: get free ebook on adsense secrets here->
http://simurl.com/freeadsensesecrets

penyangak said...

eh neem, aku pandai panaskan minyak tauw.

farahrozhan said...

You know what they say; you get what you give. Seems to be true thus far.