Thursday, October 30, 2008

Edited: Apa yang Lelaki Tahu tentang Perempuan?

(Scroll bawah untuk membaca sambungan)

Pernah jumpa buku bestseller ini?

Buku ini bertajuk 'Everything Men Know about Women' dan mengandungi 128 mukasurat kosong.


Dalam semua-semua majalah atau buku yang aku pernah baca dan pengalaman yang aku pernah lalui atau cerita yang aku pernah dengar, dua perkara ini yang paling banyak membantu aku memahami perbezaan antara lelaki dan perempuan:


1. Kenapa lelaki tak akan mendengar jika perempuan mengubah topik.


Perempuan ada lima ton suara. Lelaki hanya mengecam 2 daripada 5 ton itu. Jadi kalau seorang perempuan menukar topik dan ton suaranya ketika sedang bercakap, lelaki itu takkan ada clue perempuan itu sedang bercakap tentang apa.


2. Otak lelaki dan perempuan berfungsi dengan cara berlainan when it comes to love and sex.


Otak lelaki memproses cinta dan seks dalam dua kawasan otak yang berlainan, manakala otak perempuan hanya ada satu kawasan untuk kedua-duanya. Jadi, secara saintifik, lelaki boleh meniduri perempuan lain dan masih mencintai kamu, tetapi perempuan tak boleh membuat perkara yang sama tanpa emotional attachment.


Aku rasa banyak masalah hubungan timbul dari fakta ini. Lelaki biasanya mahukan seks dan perempuan tak mahu, tetapi perempuan itu masih lead him on.


Bagi lelaki seks itu sesuatu yang fizikal. Bagi perempuan ianya lebih kepada emosi.


Bagi perempuan, ia lebih kepada mahu merasakan dirinya dimahukan dan cukup seksi. Sebab itu sudah mencukupi bagi seorang perempuan jika lelaki itu selalu memberitahu perempuan itu sangat hot dan selalu memujuk wanita itu untuk have sex. Lelaki pula selalunya mahu go all the way.


Aku rasa kebanyakan perempuan tahu juga tentang perkara ini. Sebab itu ada perempuan tak kisah membuat oral seks, lantas memberi harapan palsu dan lead on lelaki mereka gila-gila sampai lelaki itu tak tahan dan merayu-rayu, lepastu berkata,


"Sayang, I’m not ready yet."


takpun tiba-tiba,


"I penat lah/ sakit kepala lah. Kita sambung esok je lah."


Tak baik dowh. Tak baik lead on laki macamtu semata-mata nak rasa berkuasa dapat memanipulasi nafsu lelaki. Mentang-mentanglah kita ada banyak nafsu dan nafsu mereka hanya ada satu dan tertumpu atas perkara itu.


Aku juga tak suka lelaki yang memanipulasi wanita untuk mendapatkan seks. Aku tak suka lelaki yang mendera mental wanita dengan menggunakan reverse psychology dan membuatkan perempuan itu rasa tak cukup seksi kalau tak buat seks dengan dia. Tak pun lelaki yang mengambil kesempatan atas wanita yang dikaburi emosi dan mengugut bahawa kalau tak buat seks dengan dia, akan ditinggalkan.


Bukan salah lelaki dicipta untuk menjadi visual dan terlalu dahagakan yang fizikal. Bukan salah perempuan dicipta kadang-kadang terlebih emosi dan selalu perlu tahu mereka mencukupi.


You don’t have to do what you don’t want to do. And don’t start something you can’t finish.


Sambungan…


3. Kebanyakan lelaki tak boleh multitask dan perempuan boleh.


Aku perasan lelaki biasanya tak boleh membuat lebih daripada satu perkara pada suatu masa. Perempuan pula boleh membuat 3 perkara pada masa yang sama. Dan aku rasa semua orang pernah dengar pasal contoh perempuan yang tak dapat divert attention teman lelakinya yang sedang menonton perlawanan bola sepak.


Aku rasa ramai perempuan tersalah anggap bahawa ini sebab boyfriend mereka lebih berminat tentang bola sepak daripada mereka. Tapi aku rasanya penjelasannya lebih mudah. Point nombor dua aku mengatakan lelaki ada bahagian otak yang berlainan untuk perkara yang berbeza. Aku rasa begitu juga dengan perkara-perkara lain.


Perempuan pula lebih mementingkan details dan connectivity. Mereka suka mengaitkan segala perkara dengan each other.


Kiranya macam otak lelaki ini umpama almari yang ada 10 laci, otak perempuan adalah almari dengan 1 laci besar yang tersusun.


Sebab ini juga perempuan suka mengungkit dan cepat terasa. Kalau sesuatu couple itu bergaduh dan si lelaki mahu bermanja-manja pada malam itu, kemungkinan yang perempuan masih akan marah kerana teringatkan kejadian siang itu.


Yang lelaki sudah melupakan hal itu kerana fikirannya sudah switch off kejadian siang tadi setelah pergi kerja atau jumpa kawan-kawannya. Kiranya mereka sudah tutup laci siang tadi.


Perempuan juga lebih banyak bertutur manakala lelaki lebih bersifat monosyllabic. Perempuan secara umumnya akan maintain eye contact yang lebih lama daripada lelaki, membuatkan lelaki berasa seperti mereka sedang diperhatikan di bawah miskroskop. Perempuan pula akan berasa bahawa seperti tak berapa diendahkan kerana lelaki akan jarang memandang mereka ketika mereka sedang bercakap.


4. Perempuan Suka Buat Benda Beramai-ramai.


Aku rasa kebanyakan perempuan memang suka travel in packs. Kalau pergi tandas pun kena pergi sama-sama. Kita pun dah expect perempuan macamtu. Lepastu wujud pula stereotaip lelaki perlu masa untuk bersendirian dan tak suka dikongkong. Memang kalau lelaki makan di restoran sorang-sorang, orang tak hairan. Tetapi kalau perempuan berbuat begitu, mesti akan dapat pity looks. Dan pada pemerhatian aku, perempuan ini suka berpuak-puak, manakala lelaki boleh get along dengan semua lelaki yang lain, cuma tinggal rapat tak rapat saja. Tapi kalau aku perhatikan betul-betul, memang ada tanda-tanda kalau seseorang lelaki tak suka lelaki yang lain, cuma lebih subtle. Dengan perempuan lebih terang- senyuman terpaksa, ayat-ayat sinis, jelingan tajam dan suara yang tinggi. Rrrrriaww!! (bunyi kucing mencakar).


Of course, semua ini tak apply pada semua lelaki dan perempuan. Sebab aku sendiri tak suka buat benda beramai-ramai (rimas) dan tak pandai multitask. Aku juga sangat aware tentang kewujudan perempuan seperti Samantha dalam Sex and the City (aku suka watak dia sebenarnya) dan lelaki yang terlebih banyak bercakap (so unbecoming for a man!- pada pendapat aku lah). Cuma point nombor 1,2 dan 3 kononnya sudah dibuktikan secara saintifik. Jadi aku rasa, hubungan yang berjaya mesti terdiri daripada pasangan yang pandai berkomunikasi.

43 comments:

Disco Dramatic said...

rasa macam pernah kenaaa je dua dua perkara tu. tiba2 terasa tak best sekejap.

MaNuSiA_RuMiT said...

complicated juga ye...

ili syazwani mk said...

Lelaki dan perempuan memang saling berbeza. Tapi, akan saling melengkapi bila bersatu.

Razaisyam said...

sebenarnyer aku mengharapkan lebih daripada dua sub topik.

kenapa tulis dua jer wei, tulis lah lagi

yoshz said...

Awek aku cakap laki tak mungkin paham perempuan even if they live up to 1000 years. pasal diorang sendiri pun tak paham diri diorang. Haha. pengakuan yg ikhlas.

husni said...

oh how fun life is if generalizations are always true... :)

iqanabeera. said...

"Sayang, I’m not ready yet."


ngahaha. sumpah i laughed out loud at that statement.

you captured the moment well. i can just imagine the guy's feelings, crushed ego and all.

yang perempuan pulak, "yes, he wants me." hehe.

em but i think every(?) girl enjoys the thought that they're the one calling the shots. penat lah kan asyik the men yang dictate things when it comes to sex.

47 said...

oh lelaki dan seks memang tak boleh dipisahkan. rasanya even ketika tak buat apa-apa, dlm fikiran lelaki mesti ada fantasi berbentuk seksual.

it's like..men are here on the planet to breed. that's out prime directive, tapi of course budaya, nilai kemasyarakatan, agama telah sedikit sebanyak meletakkan kawalan ke atas prime directive yang agak dahsyat ni haha.

and if i may add, guys selalunya lebih rasional dan kurang emosional (or is this just me?) so bila perempuan mengalami PMS dan mula bising-bising tentang bagaimana rasanya emosi/hati mereka remuk disebabkan hal-hal tertentu (kecil/remeh sebenarnya dari pandangan lelaki. lelaki selalunya jadi clueless dan kemudian cuma berasa annoyed kerana terpaksa berhadapan dengan emotional thunderstorm dan attacks yang bertalu-talu.

hmmm..

hey, cepat, manga your face!

MariaFaizal said...

That explains why my hubby seem 'disinterested' whenever there's a change in stuff we discuss.Hmm..due to these tonalities rupanya.Thanks for another interesting material!

farah said...

sangat menarik dan bernas..

susu dalam botol said...

pagi tadi baru gaduh. bila petang sikit tiba-tiba lelaki jadi elok macam takde apa2.

tp lelaki selalu kata "i malas nak panjang-panjang cerita"

huh.

Tinta Sisyphus said...

Aku ada bisnis proposal. Kita tubuhkan syarikat kaunseling nak tak? ngaahahahaa.

Weed and Bandages said...

..Jadi aku rasa, hubungan yang berjaya mesti terdiri daripada pasangan yang pandai berkomunikasi...


heheh.. yang ini masih lagi agak susah jika secara berdepan. nak nak melibatkan perasaan, emosi.

ms weed gunakan cara lain. sms, atau email walaupun duduk sebumbung. walaupun dah kenal lebih 11thn (nak masuk 12thn dah!)

Hali Munan said...

On 1: When talking about a specific topic, men usually will talk about everything there is to talk about that particular topic before moving on to another. There's always a 'start to finish' when a man speaks. Most women however, can spontaneously change the topic of the conversation from one thing to several others before coming back to the original one. Men can't generally cope with that. So I guess it further illustrates the one track mind that most men have.

I have some guy friends who speak desultorily like that and it bugs the hell out of me, mainly because (presumably) they have what I have, down there. But when a lady does that, it's understandable and I will tolerate it (mostly). When I feel that it gets a little out of hand though, I'll ask 'Do you have ADD?' :D So ladies, do you have ADD?

On 2: Iqanabeera said: yang perempuan pulak, "yes, he wants me."

See I don't think that's necessarily true. What is for certain though, he wants IT. That's a very risky game (some of) you ladies are playing. If you tease a man too much like that, he might end up getting it from somebody else who's willing to go all the way. So either don't tease that much, or...go all the way (which I'm absolutely against). A man who threatens to leave you when you hold out is not worth your time ladies. A real man knows that there is more to love than just the physical act.

On 4: Safety in numbers. It's an evolutionary trait to ward off predators. So I guess it's scientifically proven as well. I personally love watching this in action.

It's amusing to see how sometimes in a group of girls, when one of the girls is being 'pulled away' from the group by a guy to get her phone number etc, everyone else in the group will try their hardest to physically pull her back in. Sometimes it even suffices if the girl just shows a hint of weakness (smiling, hair flicking etc.) towards the external provocateur for the mother hen to say to her chick "No baby, no!" Haha.

Seriously ladies, what are you afraid of? *Dons his chicken feathers/sheep's clothing/what have you*

drugbuddy said...

semuanya betul dan pernah aku fikirkan.

kadang-kadang aku pun jadi menyampah bila terungkit dan nak terasa. sekuat mungkin aku nak elakkan, tapi kadang-kadang perasaan ni tak boleh tipu.

nasib baik aku boleh tengok bola sama-sama.

nasib baik juga aku tak dilahirkan untuk buat kerja beramai-ramai. aku mesti ada masa emas untuk diri sendiri. cakap sorang-sorang pun tak kisah.

yang ni ..Jadi aku rasa, hubungan yang berjaya mesti terdiri daripada pasangan yang pandai berkomunikasi.. adalah perkara yang paling bernas.

SESEORANG said...

bagus..tak nak panjang2.

Firdauz takes five said...

Ouuuhhhhhh i like Hali Munan's comment

Hali Munan, i love you!

=P

Izuan said...

I love your analogy about drawers and the mind of both genders. Makes me understand your point better.

Men are definitely visual creatures. That's why they love to watch porn while women love to read romance/erotic novels. <---- statement berani mati

farizzet said...

wah ade jugak komen macam bole buat entri tersendiri. tak agree point no 1. wanita cakap tak berenti, laki hanya denga dan tak berani potong line nanti wanita terus hilang mood. so baik diam dan berkata, "yes u r right ho(r)ney,"

quoted from you, "Jadi aku rasa, hubungan yang berjaya mesti terdiri daripada pasangan yang pandai berkomunikasi."
tak setuju. 'boleh' berkomunikasi antara satu dengan lain, bukan 'pandai'.

manusia terlantar said...

Setiap orang berbeza.. tapi kebanyakkan asas adalah sama..
Lelaki yang lebih pentingkan hubungan fizikal dari emosi adakah kerana tidak ada simetri sama antara minda dan emosi?

erm said...

ramai perempuan yg comment

hehehe let the pandora box open

saya mau dig in

*laugh*

MariaFaizal said...

I absolutely agree on guys' incapability of multi-tasking!200%!Their ears are useless even when doing something easy as smoking!Based on observation fr having 4 brothers & I'm MARRIED :)

This brings to the quote below:
"Okay, so God made man first, but doesn't everyone make a rough draft before they make a masterpiece?"---Courtney Huston

wani sudirman said...

seriously, if u think that those points really catches u deep.. try reading 'men r from mars and women r from venus'..

or hv u?

seriuosly freaking how men and women r totally different n it is just impossible in understanding both..

women just cannot ( with the capital C) expect seseorg lelaki itu mengikut ape yg dia mahu..and vice versa.. mereka hanya perlu saling memahami.. itu sahaja..

unicorn said...

yes..komunikasi tu penting.nak cari titik persamaan tu yg payah sket...jangan harap diri difahami kalau kita sendiri tidak mahu memahami

nodadosa said...

perempuan mmg teliti..

bleh nampak seurat rambot perempuan lain kat baju bf/laki dia.. :p

tapi kalau nak parking kereta.. gua tak sanggop nak layan tunggu.. hoho

........

perempuan mmg suka pegi toilet ramai2 .. rasanya mcm satu terapi.. mcm pegi social lounge.. jumpe stranger dlm toilet bleh jadi kawan baik .. tapi laki tak boleh.. at least gua mmg tak bleh.. gile apa.. tiba2 ada member ajak.. " weh dol.. gua nak memerot/kencing nih.. jom toilet skali? "

hahaha

..........

lelaki biasa nya suka senyap sesenyap2 nya bila drive.. paling kuat pon denga lagu je la..

tapi perempuan boleh mekap sambil drive.. plus berborak lagi tu.. n denga lagu.. fuhh

lu orang perempuan nak tau tak..

lu orang ni mmg multitasking gila..

hahahaaha

fictionita said...

oh yeah.
i love to play that 'lemme lead u on, honeyh' game.

tak best ke? haha!

'Jadi, secara saintifik, lelaki boleh meniduri perempuan lain dan masih mencintai kamu, tetapi perempuan tak boleh membuat perkara yang sama tanpa emotional attachment.'

1- lelaki yg aku kenal sudah rasa dirinya sgt asshole.

2- aku berjaya, tanpa ada emotional attachments.

senang eh hidup not being attached to anyone/anything...?

umi ameer said...

lelaki ... perempuan
satu 1 satu lagi 9

Syarifah Elmira said...

i ada seorang kawan lelaki je. an obnoxious ego bastard yang i percaya dan tak takut untuk ke mana-mana dengan dia. kalau kenalan tu memang ramai tapi semuanya hipokrit. depan kita sopan warak semua cukup. pijak semut pun tak mati, kononnya respect. padahal belakang kita tuhan saja yang tahu. n da word respect is actually 'pelan pelan kayuh' to them. so if theres anything i understand about man, it's by judging him.

of all da things u stated, he got 3 of them, only worse. he dont listens. kalau i cerita dengan dia apa-apa, dia akan diam tapi dia tak dengar pun. bila i tanya balik dia tak boleh jawab apa yang cerita dengan dia. tak perlu sampai 5, 1 ton pun dia dah tak dengar dah. apatah lagi kalau tengah-tengah cerita ada hot chicks lalu.

when it comes to sex, i mean anything regarding sex, masa tu la dia paling focus. bersinar-sinar mata tiba-tiba kalau ada cerita pasal sex or kalau i pakai 'luarbiasa' sket.

multitasking? lelaki memang tak boleh multitasking as we can. kalau i borak dengan dia dalam kereta, dia akan stop i in da middle of da conversation so that he can switch da radio off. kalau berhenti kat traffic light and ade motor or kereta yang dia minat, pun dia akan suruh i senyap sekejap semata-mata dia nak dengar bunyi engine motor kereta tu. bunyi engine? wtf

anyway,i dont think it's wise for us to judge them plainly on these basis. clearly some or even most it are true. but we have to bear in mind dat wat being said is actually da nature of man which is unchangeable. man also have their own interpretation of da nature of us similarly. what im tryin to say here is we can make this as an initial guideline aside other criteria to judge a man, but to just 100% holds on these basis would be so not wise. i say this because i know how fanatic could woman be in being what we thought as defensive but still ends up miserably

Silence said...

ape yg awak tulis.. summary of the book ker or ur opinion? hehe.. nak tau jer.. coz tak beli lagi pon buku tuu... mcm best jer la plakk!!

Anonymous said...

"otak perempuan adalah almari dengan 1 laci besar yang tersusun.
Sebab ini juga perempuan suka mengungkit dan cepat terasa. Kalau sesuatu couple itu bergaduh dan si lelaki mahu bermanja-manja pada malam itu, kemungkinan yang perempuan masih akan marah kerana teringatkan kejadian siang itu...."

Patutla mak chaq hang bole beletiaq sampai 2 jam.. siap ungkit benda yang 5-6 taun lepaih. tak tau la pulah pak chaq yang otak mak chaq hang macam laci besaq.semua simpan dalam tu....

cigarettes

koboi malaya said...

macam mana nak komen ye...
emm.... macam ni la: no komen.

BeN`z said...

i quote "Jadi, secara saintifik, lelaki boleh meniduri perempuan lain dan masih mencintai kamu, tetapi perempuan tak boleh membuat perkara yang sama tanpa emotional attachment" kt ym status.. konpem bekas kekaseh haru-biru muke!

sgt best~! :)

magenta said...

Disco Dramatic: Haha. Rasanya semua orang pernah atau akan rasa perkara itu at least sekali dalam hidup.

Manusia Rumit: Tak complicated kalau kita tak buat dia complicated..

Ili Syawani: Betul tu. Kenala pandai cari pasangan yang melengkapi, bukan sebaliknya.

Razaisyam: Haha. Tu aku dah tambah 2 lagi tu.

Husni: Heh. It's generalization, but not a hasty one kan?

Iqanabeera: I would think every girl enjoys calling the shots, it's in our nature. Hehe.

47: Lol. Why do you keep meeting all these PMS-y women? Not all women are affected by PMS k. Maybe you're just unlucky :p Ok, ok I'll manga soon, when I've d/l-ed the Flashplayer.

MariaFaizal: Lol, no problem. Hahah my bf always find it amazing I can lipat kain and watch a movie. But I keep telling him: Other girls can do 3 things simultaneously!

Susudalambotol: Haha dulu ingat sebab laki ni ada short term memory ke apa, tapi rupanya macamni.

Tinta Sisyphus: Hahaha. Teringat macam kat sekolah dulu. Yang bimbingan rakan sebaya ke apa tah. Lol. Penat tau asyik dengar masalah orang.

Hali Munan: Always the one to come up with the brilliant comments. Siap ada some guy profess he loves you lagi kat bawah (I'm telling you, you should write a blog! Lalala). Haha you gave me a new perpective on point number 2. And I know what you mean in number 4, it has happened to me before, and I found it puzzling. I can't decide whether the mother hen was afraid was losing me as a friend once I hooked up with the guy (gila jauh mak ayam berfikir) or that she was trying to protect me from the guy (maybe she saw the guy brought danger that I couldn't foresee? Entahla).

Rhona: Betul tu Rhona. Aku pun sebenarnya, selalu terungkit dan terasa. Walaupun cuba tak nak. Tapi susahla.

Seseorang: Hahaha panjang jugak apa..

Firdauz: Dia memang. Such a pity kan he doesn't blog?

Izuan: Hahaha. Thanks. Although kan, some women nowadays prefer to watch porn tau. Times are changing.

Farizzet: Hehe are you talking on the behalf of other guys or just yourself? :p Actually aku pernah jumpa lelaki yang cakap lagi banyak daripada perempuan tu. And aku rasa tak cukup 'boleh' berkomunikasi saja, kena pandai berkomunikasi. Pasal kalau 'bodoh berkomunikasi' tetap 'berkomunikasi', bukan?

Manusia Terlantar: Bukan tak ada simetri, mungkin just berbeza kot daripada wanita. Tapi bagus jugak, kalau wanita sama2 horny macam laki, habislah dunia. Terlebih populasi, etc.

Erm: Ha, gelak, gelak. Sekeh kang.

Wani Sudirman: Hehe. I don't read books like that, I prefer fiction. Lainla dapat free, I'll read it. True, true.

Unicorn: Betul tu!

Nodadosa: Eh, cakap dari pengalaman ke? Hahaha :p

Lol, tak nak cuba ke ajak member pergi toilet sama2? Cubala..hahahaha.

Fictionita: Haha bunyi macam best la, pastu bila baca komen Halimunan macam damn, either way he wins gak. Sebab he doesn't necessarily wants the girl, but he definitely wants the sex. I knew a guy yang dumped a girl cause she kept doing that to him, later lepas break up he told everyone that she was a tease. Huhu. Hidup senang yes, but I somehow feel like it's impossible for me to be unemotionally attached to anything.

Umi Ameer: Hehe paham2.

Syarifah Elmira: Hahaha that's so freaking funny. Suruh you senyap cause nak dengar bunyi engine. Yupe, guys memang can't think straight kalau ada hot chicks lalu. I don't think they even realise they're like that. Of course what I write ni doesn't apply 100% to all men, it's just some stuff based on scientific research. Ada banyak kes exception.

Silence: Buku apa? Yang Men are from Mars, Women are from Venus? Saya tak baca lagi buku tu, saya tak beli baca buku2 macamtu, saya lebih prefer fiction. Ni summary semua yang saya pernah baca/dengar/experience/perhati.

Pak Chaq: Haha lepasni tau. Perempuan memang takkan lupa woo. Kalau dia tak ungkit pun kemungkinan besar dia tengah pendam tu. Satu hari dia explode. Peh, lagi bahaya.

Koboi Malaya: Hahaha.

Ben'z: Hahaha. Tapi sesetengah perempuan boleh buat macamtu. Dan sesetengah laki tak boleh. Well, scientific research pun tak apply 100% kan. Hehe you get what I mean.

caspera said...

lelaki perempuan sama ja.
masing2 complicated.

bagi aku, adalah tindakan yang kurang bijak kalau nak generalizekan sikap/sifat/perilaku lelaki dan perempuan berdasarkan beberapa sample.

manusia ni Tuhan cipta macam2 jenis.
tak sama.

magenta said...

Tolong baca entri aku sampai habis sebelum komen. (applies to everyone)

Aku dah highlight dalam perenggan terakhir yang semua ni berdasarkan scientifik research dan tak apply 100% kepada semua laki dan perempuan.

Syarifah Elmira said...

dear magenta, i did read ur last para and i clearly get wat ur point was. and really it was never my intention to remind u about da things dat u have realised. it was just a matter of different elaboration of scenario. sorry if anything i said annoyed u :)

magenta said...

Syarifah Elmira: Heh. Actually that last comment by me was referring to Caspera's comment. Don't worry about it.

ainfazrin said...

setuju.
komunikasi itu penting.

and it is not always about what you say, but how you say those things (to your partner or even to others)

oh, pasal multitask tu, saya pun tak berapa nak boleh. tapi time mengemas sambil tu membebel kira multitask jugak kah? haha.

benbaz said...

kisah benar:
seorg ayh dan anak meloncat ke kerusi dpn bila match start...tgal bini & ibu terkebil2 di seat blkg kt stadium. dan si isteri ambil kputusan ke kerusi dpn utk tak merasa terasing.

even perempuan sedar pun diorg ade ciri2 mcm tu...ckup susah nk ubah 100% pun. sbb itu la wanita.

sbb tu dr segi agama lebih menitik-beratkan toleransi dan menerima pasangan masing2. sbb perempuan dan laki kan saling melengkapi. berpasangan itu umpama menerokai menda br yg unik.

nodadosa said...

ouh.. yg lain2 tu mmg pengalaman peribadi.. cuma yang rambut perempuan lain tu tak penah jadi lagi.. sbb rasanya.. samada mmg gua ni setia abes or mmg muka takbleh blah..

hahahahahaha

takpon gua rasa .. kombinasi kedua2nya kot.. dem. ahahha

magenta said...

Ainfazrin: Lol. Multitask, kot? Saya terbaca satu komen kat atas, seorang lelaki tak boleh mendengar orang bercakap serentak dengan dengar muzik, so mengemas+bercakap=multitask. Hehe.

Benbaz: Betul tu!

Nodadosa: Hahahaha amboiiii ayat!

"setia habis atau muka takbleh blah.."

Ada yang nak kena nih..hahaha

reAmin said...

hehs. aku nak buku neh!! sgt menarik. thanks sebab bagi aku paperback utk bestseller neh.

p/s: "Aku rasa ramai perempuan tersalah anggap bahawa ini sebab boyfriend mereka lebih berminat tentang bola sepak daripada mereka"
btol! aku mmg tak bleh multitask. aku bukan computer. mum! u shud understand dat. hahaha..

Farha Ghouse said...

two thumbs up, a very good entry.