Thursday, February 7, 2008

Andainya Para Remaja Melayu diberi Kebebasan Memilih Agama

Aku decide untuk tulis entry ini dalam Manglish sebab target pembaca aku kali ini adalah orang Melayu. Dan kalau-kalau lah lepas ini ada sesiapa yang nak accuse aku memburukkan nama orang Melayu di mata dunia (walaupun sememangnya itu bukan niat aku), aku boleh cakap,

“Manglish itu bukan bahasa international.”

Menurut Perlembagaan Malaysia, semua orang Melayu adalah orang Islam. Jika dia ingin menukar agama, dia akan dengan serta-merta hilang status dan hak Bumiputera.

Tapi sepertimana yang aku perhati, kebanyakan orang Melayu sekarang sudah dengan terus terang mengaku bahawa mereka sudah lama meninggalkan agama Islam dan tidak mahu dikaitkan dengan agama tersebut. Antara aktiviti paling ketara adalah mereka minum arak, mengamalkan seks rambang dan makan penyu (Aku malas nak guna babi sebagai contoh, babi itu overrated dan sama saja hukumnya seperti makan penyu).

Kemudian mestilah ada sesetengah orang Melayu yang menggelar diri mereka Islam akan mengutuk (di sini aku ingin menerangkan bahawa 'mengutuk' biasanya bermaksud mengutuk belakang-belakang dan jauh sekali maksud dari 'menegur' sebagaimana yang disarankan dalam Islam) orang-orang Melayu seperti ini, walaupun mereka sendiri tak tentu lagi lengkap dari segi amal. Aku sering tertanya golongan yang mana lagi hina pada pandangan orang Melayu; seseorang yang murtad ataupun seseorang hipokrit yang menggelarkan dirinya Islam tetapi hanya beribadat untuk menunjuk-nunjuk tapi pada masa yang sama, mengamalkan aktiviti yang dilarang dalam Islam?


Berbalik kepada tujuan asal post ini, antara kesan-kesan andainya para remaja Melayu diberi kebebasan memilih agama:


1.Mereka akan bertukar-tukar agama mengikut musim seperti fesyen.

Agama mereka akan bertukar mengikut trend agama terkini. Sekarang ini trend Kabbalah kan sedang in, marilah kita sama-sama memakai tali bewarna merah di pergelangan tangan kiri agar kelihatan cool dan spiritual seperti Madonna. Scientology itu pun not bad, bunyi seperti suatu agama yang smart je, lagipun pengikutnya Tom Cruise. Eh, bukan agama ke? Suatu kepercayaan? Lantak lah, asalkan trend.


2. Akan lahirlah beribu-ribu freethinkers.

Para remaja Melayu, yang merasakan karya-karya Dr. Lim Swee Tim dan A. Samad Said terlalu berat dan serius untuk dipelajari pada usia 17 tahun. Yang ingin ia digantikan dengan karya-karya lebih ringan, lebih contemporary. Pada pendapat aku, ini bermaksud novel-novel cinta yang tak realistic seperti skrip Sembilu. Hendak beri kebebasan memilih agama kepada para remaja yang malas berfikir seperti ini? Setakat khatam Quran 10 kali tapi tak faham satu ayat pun, tak payahlah. Nak faham kitab sendiri pun malas, apa lagi nak meneroka isi-isi kitab-kitab agama lain. Oleh sebab malas ini, gelar saja diri freethinker. Kan berbunyi seperti seseorang yang cool dan liberal. Atheist? Deism? Apa tu? Aku freethinker la.


3. Ikut agama majoriti orang Barat.

Walaupun kita diajar budaya kuning itu adalah suatu budaya untuk dicegah dan dielak semasa menulis karangan BM, bukankah kita selalu agung-agungkan budaya mereka? Tak perlu jadi genius untuk sedar fenomena ini, buka TV je dah nampak. Kan hampir semua rancangan realiti di Malaysia itu ditiru dari barat? Adakah kita sendiri malu dengan identiti kita? Tak cukup dengan dye rambut jadi karat dan contacts bewarna biru, tempek muka dengan pelbagai krim pencerah pula. Iklan-iklan yang ditayangkan pula jarang yang ada muka Melayu, semuanya muka Pan Asian. Tengok Mat Saleh pergi church dalam TV rasa cool, tapi keberatan hendak pergi ke masjid untuk sembahyang Jumaat depan teman-teman sekerja berbangsa Cina, apatah lagi kalau ada Mat Saleh.


Satu nasihat, kalau anda lengkap ilmu agama tolonglah berdakwah dengan cara yang baik dan bukan dengan cara mengutuk orang atau dengan menghakimi orang. Menjadi teladan yang baik adalah cara yang terbaik untuk berdakwah.

Disclaimer: Ini bukan entry racist. Hanya kaum Melayu dimentioned kerana kaum lain tidak mengalami masalah untuk menukar agama di dalam MyKad.

13 comments:

Aimi said...

hey. it's amy. man, you dont know how i jumped happy when i was able to "track you down". i was not able to access your blog before you quit friendster, so i dont know the address. i've been trying google search to no avail. i was just about to email you for the website address when i saw it on your ym. so here i am.

good post. yet again. you should have been at this a long time ago. (instead you persuaded me first)

i'd be a frequent visitor and possibly a frequent commentor too, so dont get sick of me, yeah? =p

p/s: i like what you said in the previous post about girls who think they could change a guy by getting into a relationship with them. very true. i think it's a continuum of girls always falling for bad boys.

Melayu Minimalis said...

This is good stuff. Seriously.

I'm hooked. More! More! More!

Pai said...

hmm..belum tau nak komen ape. aku kena bace byk kali dulu, digest betul2, baru beri pendapat.he3.

ps: post 'kambing', in case u didnt know, is a rethorical story of my recent event (putus cinta). ha3.

Anonymous said...

You've got a new fan :)

magenta said...

Amy: Glad to have you back, pembacaku yang paling dihargai!

Santo: I really meant the comment about KOMSAS. No sarcasm whatsoever.

MM & The Boinq: Flattered as hell.:)

Aimi said...

=) i didnt know i was pembacamu yang paling dihargai. rest assured you are one of penulisku yang paling digemari;-)

i am about to say something cliche, so i warn you beforehand....

have a nice day my friend! =p

Anna Shariff said...

memiliki kebebasan mutlak untuk memilih agama boleh mencetuskan misery.

Fahmi Reza said...

andainya remaja melayu punyai kebebasan memilih agama?

jawapannya, mereka tak akan pilih. sebab nanti mak abah marah.

tapi bagus kalau di sekolah menengah kebangsaan ada kelas comparative religion.

boleh dengar cerita2 mitos lain yang tak kurang menarik asal-usulnya.

Anonymous said...

wahaha. betul ckp fahmi. sebelum kamu bergelar atheist, freethinker ke, pagan ke, kamu dilahirkan melayu, dan muslim.

sekejap je, remaja kan suka terikut2, kalau rajin mencari kebenaran, jumpa jugak. kalau tak mencari, hanyut. zzzz. harap2 komen aku tiada unsur conformist.

btw, eloknya mencari kebenaran, kebenaran tu ada didepan mata tapi dalam cara yg subtle. kot?

magenta said...

Fahmi Reza: Masa aku tingkatan 4 and kena belajar 'Islam dan Peradaban Dunia' dalam Sejarah, ramai classmates aku yang Chinese complain.Tak faham kenapa kena belajar pasal Islam saja,lagipun mereka merasakan susah nak menghafal nama2 tokoh2 Islam.Maybe kalau ada kelas comparative religion,they won't complain.

Honestly,aku pun kurang suka sejarah masa sekolah.It was just about memorising dates and names.The priority back then was just 'hafal and score'.Now it's a different story.

But then again kan,if we have a comparative religion class, don't you think the kids would complain 'kelas itu terlalu berat'?Want it changed to a more contemporary subject?Haha,just like the KOMSAS issue recently.

pakali: Haha tak ada unsur conformist.Jangan risau. Aku setuju- Islam selalu menggalakkan kita mencari ilmu,sebanyak yang mungkin, tanpa batasan dan had. Sesetengah orang mengimplikasi Islam tak galakkan cari ilmu lebih2,konon2 nanti takbur.Lebih baik ikut blindly je,tak baik mempersoalkan banyak benda,kata mereka.Tapi bagi aku,kita hanya akan menjumpai kebenaran lepas mencari.

eliza dzulkafli said...

hey there magenta.

i OH-SO-TOTALLY A.G.R.E.E with what you had to say in this post. i happened to stumble upon your blog mere minutes ago,and i can gladly assure you i'll be a frequent visitor from now on.

because i don't wear a headscarf,because i listen to this,because people assume i do that,etc etc...man,it's so sick to know that all this bitching is going on behind my back,and done by SUPPOSEDLY holier-than-thou folks.

well,
have a good day then.
cheers.

Anonymous said...

*Same situation with ellydelish! . *
I'll so totally will be your frequent reader! :D Give us more~:D Keep going!

magenta said...

Hehe thanks and have a nice day to both of you.