Entah kenapa, tiba-tiba hati aku terdetik untuk meletak emel aku di profile, mungkin sebab aku bosan, mungkin sebab aku gatal nak berinteraksi dengan orang yang aku tak kenali setelah menghapuskan semua akaun networking aku dalam usaha untuk meng-invinsible-kan diri aku sejak dua bulan yang lalu. Sekarang aku bosan, dah tak ada mat rempit/minah 15 tahun/mat jerry yang horny mau add aku secara rawak, tak ada testimonial yang tak ikhlas memuji aku pandai atau cun. Tak ada contengan vandalisme di dinding Facebook aku. Cuma catatan penuh tanda soal,
"Eh what happened to your [insert network di sini] account?"
"Babe, why are you so quiet?"
Semua persoalan jadi berat untuk dijawab dan aku seseorang yang malas. Jadi mari kita bercakap tentang topik-topik kegemaran aku: makanan dan diri aku sendiri.
Aku dapat emel pertama tadi. Dia minta gambar dan dia tanya aku tengah study di mana dan apa aku buat di Germany dulu. Pembaca Merces Letifer kot. Soalan-soalan berat. Macam mana nak jawab?
Ada sebab aku tak letak gambar. Aku fotogenik. Kalau kamu pandai, 'fotogenik' itu bukannya satu adjektif yang bagus atau pujian. Fotogenik bermaksud kamu jauh lagi buruk dalam real life dari dalam gambar. Aku tak mahu menipu diri atau orang lain. Dan sebab aku agak vain, aku hanya akan memilih gambar terbaik untuk dipamerkan kepada public. Gambar di mana aku extra fotogenik. Itu belum guna DSLR dengan photoshop lagi tu. Jangan confuse fotogenik dengan cantik. Dua-duanya berbeza.
Aku tak suka menipu di dunia blog. Kalau dapat soalan yang aku tak reti nak jawab,
1) aku ignore.
2) reka cerita karut gila agar orang itu pun akan tau aku sedang mengarut.
3) reka cerita separa karut yang ada unsur-unsur half-truth.
Aku buka business jual roti jala di Jerman. Setahun aku dapat jual 250 roti jala sahaja. Yang tak terjual terpaksa diberi percuma kepada mulut-mulut yang lapar, Alhamdulillah habis juga. Tak terbazir. Oleh sebab business aku langsung tak berkembang di sana (orang Jerman tak reti makan kari, mereka cakap pedas sangat), aku berpindah randah untuk mengembangkan business ini di negara yang aku rasa target marketnya lebih sesuai untuk aku. Jadi ini nombor 2 atau 3? You decide.
Ini aku insert gambar-gambar untuk menolong kamu membuat keputusan. Tangan aku kurang fotogenik. Sorry. Tapi ini tetap gambar, kan?
Buat roti jala perlu skill dan precision, ok? Bukan calang-calang tangan.
Pelipat roti jala aku.
Burning the midnight oil membuat roti jala.
Just because I'm writing about food and flowers nowadays and living in a Stepford house, don't think I'm sedated. My cynicism is still intact!
Like a waterfall in slow motion, Part One
2 years ago
8 comments:
Hey, kenapa your tangan tak nampak kurus?
Oo mcm tu buat roti jala. I have the same yellow roti jala maker. Tak penah pakai..dunno why i bought it, am not a big fan of roti jala.
Kurus apa. Maybe it's because it's a close up shot.
picture3: im pretty sure the frying pan is from tefal kan? heat spot kat tgh kaler merah itu amat familiar *sorrila kalau silap* smangat gile buat roti jala. nk celebrate hari raya ke masa nih? huhu
cam blom pernah lagi saya makan roti jala. :( so fail sial.
you can just sell food on the streets in germany ke? lucky you. bloody australians are paranoid about food and tight-arsed about businesses. sigh. think i headed for the wrong continent.
btw i think i prefer your definition of 'photogenic'. :P
apsal ko xnk jual kat aku..aku nak gak merasa roti jala buatan ko..haha
sky: haha yupe tefal. frying pan non stick yg bagus. raya? org bukak gerai nih. LOL.
chen: aiseh. you have to balik cari and try roti jala balik cuti summer nanti. roti jala sedap. eat with kari ayam.
slacx: haha kalau ko turun tempat aku time tu aku dah kasi makan free dah.
hehe.. kamu ni kawan magenta? sy cari blog dia yg kaler itam tu tak jumpa..
itam sakit mata..
pakali: kalau itam sakit mata kenapa blog kamu hitam heheh. saja tukar background supaya match dengan fishbowl.
Post a Comment