Ini tentang pengalaman aku semasa mempelajari Bahasa Inggeris. Ya, aku tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantaraan.
Dalam kelas aku sering mendapat tempat kedua. Aku sering skor markah penuh atau hampir penuh untuk BM dan Matematik, tetapi markah BI yang menjatuhkan posisi aku dalam kelas. Selepas mendapat balik kertas peperiksaan BI, rakan-rakan sekelas berbangsa Cina selalu datang bertanya, dapat markah apa? Supaya boleh kira purata markah untuk menentukan siapa yang akan menduduki tempat pertama. Dan aku selalu tewas semata-mata kerana subjek BI ini sahaja.
Ini aku di rumah: aku tiada kacukan ‘omputih’. Ibu bapa aku berasal dari kampung. Ibu aku suri rumah dan dia masak tiga kali sehari sambil memasang lagu-lagu Alleycats, Sudirman, Exist, Spring, Amy Search dan Iklim. Aku tak faham lirik lagu-lagu Inggeris; semuanya bunyi seperti membebel saja bagi aku. Tiap-tiap hari aku melalak lagu Isabella dan Patah Tumbuh Hilang Berganti semasa mandi.
Aku pernah menyebut bintang horoskop Pisces sebagai Piskez. 8 tahun kemudian, kawan aku membuat kesalahan yang sama, aku gelak. Bukan mentertawakannya, tapi kerana teringat aku juga pernah membuat perkara yang sama. Aku pernah menyebut Lancome sebagai Lan-kam. Macam-macam lagi kesalahan pronunciation aku pernah buat (dan masih buat).
Proses pembelajaran BI itu benar-benar bermula ketika aku 14 tahun, selepas aku penat ditertawakan. Aku tinggal di kawasan yang agak snobbish – perkara seperti tidak berbahasa Inggeris (fasih atau tidak itu belakang cerita) dianggap hina. Sebelum itu aku membaca tetapi aku tak menghayati, sekadar membaca kerana dipaksa. Dan lama-lama aku belajar extraordinary itu tidak disebut sebagai extra-ordinary, perkataan-perkataan seperti plumber dan doubt harus dimatikan huruf b nya.
Aku tidak terus menerkam buku Oscar Wilde dan Sir Arthur Conan Doyle ketika mula membaca.Aku mula dengan Enid Blyton. Sama saja macam nak belajar baca Al-Quran, mula-mula merangkak juga. Sebab itu biasanya orang baca Muqaddam atau Iqra’ dulu, baru baca Al-Quran.
Ini semua cerita dahulu. Sekarang, tak ada lagi orang mentertawakan aku lagi bila aku bertutur Bahasa Inggeris. Sekarang, aku dapat berbicara dalam BI jauh lebih handal dari orang-orang yang mentertawakan aku dahulu. Setakat cakap ‘I’ dan ‘You’ tu takda hal la. Rakan-rakan yang tidak mengenali aku sejak sekolah rendah tak tahu tentang aku dahulu. Oleh itu, mereka sering menggunakan ayat-ayat ini dengan aku:
“Nak copy assignment boleh? Aku tak faham sangat soalan dia... Aku tak pandai English macam ko la…”
dan juga,
“Kau bolehla, kau terer speaking. Aku tak reti.”
bila malas untuk membuat sesuatu yang perlu menggunakan kemahiran Bahasa Inggeris.
Scheisse lah wei. Pergi belajar Bahasa Inggeris. Malas cakap malas. Jangan reka alasan yang macam-macam.
Jangan guna alasan belajar bahasa lain adalah seperti berkomplot dengan penjajah. Aku belajar juga bahasa-bahasa lain, tapi aku tak kurang Melayu. Malah, aku boleh dikategorikan sebagai Melayu yang agak Maksima. Jenis yang bawa belacan bakar masuk dalam luggage apabila ingin ke luar negeri dan bawa cekodok sebagai bekal tiap-tiap hari semasa sekolah rendah.
Nota kecil: Aku juga seseorang yang malas.
16 comments:
nampak cantik!
template baru ke?
heh. saya pun bukan berasal keluarga yang berkomunikasi dalam BI. mak buta huruf, ayah sekolah cina sampai tingkatan enam. tapi mak bertegas nak hantar saya ke sekolah omputih, biar saya fasih dalam BI. konon masa depan lebih cerah.
sampai hari ni ayah sering perli saya banana , luar saje kuning, dalam semua putih. masa saya kat sekolah lagi, banggaaa dikenali sebagai banana. mentaliti keagungan putih, white supremacy. bila masuk kolej baru sedar betapa pentingnye heritage. I've always been able to speak Mandarin, just not read and write, but I'm learning on my own.
bahasa ibunda saya memang bahasa cina, tapi kadang-kala bila omputih tanya apa first language saya, tak tau lah nak jawab BM ke BI ke BC. terkilan bila ada yang tanggap BI tu my second or third language, terutamanya kalau omputih ni hanya tahu bahasa sendirinya saja, malah tatabahasanya dan ejaannya banyak yang salah. sheesh.
wah, i think i hijacked your blog. :P sorry!
but before that, saya rasa kan, isu pelajar-pelajar sekolah kebangsaan tak sudi/fasih dalam BI ni adanya tanggungjawab para guru juga. asyiiiik spoonfeed aje. cikgu tahun satu saya, saya ingat budinya seumur hidup. langsung tak bagi peluang saya duduk diam-diam sebab tak faham BI. bertegas berkomunikasi dalam BI dengan saya, memaksa saya membaca buku BI tiap-tiap hari sehinggalah saya ketagih dan cermin mata sekarang tebalnya hampir setengah inci. :P
but it's all worth it in the end. :)
saya pun berasal dari keluarga yang tidak menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. tapi sejak dari sekolah rendah lagi saya cuba sedaya upaya belajar untuk menjadi fasih dalam bahasa inggeris. saya banyak membaca buku2 koleksi fear street dan sweet valley di samping bertutur dalam bahasa inggeris dgn kawan2 cina saya. hasilnya, semasa darjah 5 saya sudah fasih berbahasa inggeris.
tapi bila saya form1 masuk sbp orang selalu cakap saya xsedar diri saya melayu bila kadang2 saya bercakap dalam bahasa inggeris. marah betul saya. xkurang melayunya kalau saya fasih bahasa inggeris, kan? tidak mungkin hanya dengan belajar bahasa asing saya akan hilang jati diri.
saya memang sayangkan malaysia. apa yg saya xsuka hanyalah sikap dan mentaliti orang2nya.
*sorrylah sebab tercomment panjang pulak*
Chen, Chen! You're currently learning more about your heritage?
I wanna join you!
Wo-men yiqi xue hao bu hao? :)
hahaha! hao ah, ke yi. dan shi ni yao zhen me he wo xue ne?
haah!
chen: nevermind the hijacking, i welcome it haha. thanks for sharing your story, i really enjoy it when others share their stories with me after i tell them mine. (tapi tak suka orang yang suka interrupt me while i'm telling my story just to tell about their story yang kononnya similar, that's what i love abt blogging- no one can interrupt me!)
sky: wow your story sounds a lot like mine. (the parts that i left out)except that i nvr went to sbp. but i've been through that being called poyo and berlagak when i speak in BI phase.
anonymous: terima kasih!
saya berasal dari kelantan. membesar di sana dengan datuk dan nenek sampai berumur lima tahun.
obviously when u live in kelantan, there's no escaping the dialect lah kan. haha.
pindah kl dan tinggal dengan ibu bapa, mereka hantar pergi tadika fully-english di bangsar. ran by an australian, filled with snobbish spoilt brats. except me lah kan.
spent the whole first month crying everyday because i couldn't understand a single shit other people were saying. bullied by kids and teachers alike. no friends at all. to them, i was just a budak kampung.
worked my ass off to prove myself. ended up being the teacher's pet. won a national level essay-writing competition last year, judged by british council professors. captain of the school debate team.
and yes, people persuade me to help them with english assignments because they say the language is my forte.
dan saya masih berbahasa melayu dialek kelantan di rumah dengan keluarga.
:)
wanna add a little more than that. Aku sering berkata2 didalam hati seperti aku sgt fasih br"BI". tapi walhal terabur. yeye..betul jugak yang malas nak blaja sendiri. Igt kite lahir2 kat dalam keluarga yang beribubapakan berpendidikan di UK igt kat umah cakp omputih ke. aku kenal bahasa itu setelah selalu menonton Beverly Hills 90210, Baywatch, Macgyver, dan Knight Rider.
My story is almost the same.
Learned English when i was in standard 2 or something, after my aunt practically scolded my mom for not teaching me the bloody language yet. Dan hasilnya, hari ini, i could swear fluently in bahasa penjajah of course.
Thanks to the lack of quality Malay literature (and a mom and grandma who soon got tired of playing with me, am an only child, see), i turned my attention to English literature.
For some weird reasons, I think my English was a lot better when I was younger. These days my tenses are pretty much screwed.
I feel more comfortable writing in English rather than speaking it, but I feel more comfortable speaking Malay rather than writing it.
My English is pretty much mangled, hence I speak Manglish, which I think, for a lot of us, is an actual language. I say it's an actual language because for some of us, we think in both Malay and English at the same time, and we are equally fluent and not fluent in both languages. Reality is, some of us find it hard to communicate solely in a single language, it's always a mish mash. Manglish is a hybrid.
Been through that thing too when people said I'm stuck up because i could speak English. Nak je cakap that if I want to, I have the bloody right to be stuck up, I worked hard to be rather fluent at it, don't blame me because you're lazy.
Kalau nak ikutkan background, saya tidak berasal dari keluarga orang senang. I am from Melaka. My parents and most of my uncles and aunts are not exactly what today's society would call widly successful. Most of them are teachers or government servants. One run his own small kedai makan.But I think they're successful in terms of familial terms and in producing good, filial kids (since we need a blacksheep I volunteered to be one of course). My family is down to earth. We are not rich or wealthy but we have enough.
That's what I hope to bring with me where ever I go. I also realize that this comment is very long and is off course but I'm not finished yet so please bear with me.
I didn't bring belacan bakar in my luggage but I did lug my precious lesung batu with me. To me, the best comfort food is still nasi putih panas panas makan dengan sambal petai sambil ada kipas pusing laju laju. My friend said I'm beginning to have a British twang when i speak, but that doesn't mean I'm gonna start favouring baked beans over sambal petai yet! Mi goreng mamak over spaghetti bolognese and sambal belacan over antipasto any time. Kenapa compare dengan Italian food sedangkan it's among the more edible European food that I can stomach? Why not compare with British food? Kerana, seperti kata Douglas Adams, British food is a way for the English to punish themselves. Pub grub is atonement, mate.
OK. Am off to make a list of things to eat when I go back to Malaysia, jadi bernafsu pulak bila tulis pasal makanan ni, huhu.
first of all, semua comments i read are all so interesting. thanks for sharing your stories with me too.
iqa: me wanna read your essay. put it on your blog! don't shy shy! heh.
PGL: haha ala, aku tulis berterabur, cakap gugup. mungkin sebab fikiran semuanya jumbled. kdg2 rasa macam thoughts ni terlalu cepat untuk aku rangkapkan dalam speech aku.
nurul: hahaha! i was reading your comment and got to the part where you wrote, 'I'm not finished yet so please bear with me', and i remember thinking i enjoyed reading this comment so much that didn't want it to end soon.
haha i really do think in manglish most of the time, and i find it hard to write fully in BM.
"nasi putih panas panas makan dengan sambal petai sambil ada kipas pusing laju laju"
-wahaha! i just hentam-ed pizza and mapley food tadi, but those words made me hungry again.
i used to make a slideshow of the Msian foods i craved and posted it up under 'who i want to meet' section on friendster (back in the days facebook tak wujud) and kena maki hamun dekat my testimonials oleh orang lain yang craving msian food jugak.
enid blyton, still have and treasure them books. sometimes when alone, i'll open them up and read for a bit, just to reminisce zaman baca bersepah sepah.
glad to know tak semua started with readers digest dulu. ;)
haha yeah, it does bring back the memories. them stories abt pixies and fairies, talking dolls and animals, secret investigation societies.
mak ayah gua cakap omputih kat umah.
tapi gua tak terel pon bi.
aku diajar cakap omputih...start from 4 years old...mula2 baca abc macam omputih....baca buku mickey mouse....baca headline kat english newspaper...bila tgk tv....cakap english dah mula ada slang....darjah 3....kene kutuk dengan member....langsung tak cakap english dah...kalau tak...tak bleh blend in
sekarang prefer bm over omputih...except kalau nak beborak dengan pak arab,iranian boys atau mamat india
sayang malaysia
Post a Comment