Kehidupan adalah seni melukis tanpa pemadam.
-John W.
Kehidupan kita umpama sebuah lukisan, dan tidak ada pemadam adalah umpama kita yang tak ada kebolehan untuk pulang ke masa silam dan memadam kesilapan lampau.
Alat melukis kamu adalah teknik dan cara-cara yang kamu guna untuk menjalani hidup kamu. Kamu boleh pilih krayon, pensil, arang, water colour, pensel warna, silverpoint, darah dan sebagainya untuk melukis kehidupan kamu. Guna software pun boleh.
Apa yang kamu boleh dan mampu lukis umpama pilihan yang kamu ada dalam hidup.
Apa yang kamu lukis adalah jalan yang kamu telah pilih daripada semua pilihan yang ditawarkan.
Kalau kamu jenis yang berani mengambil risiko, kanvas kamu akan penuh dengan pelbagai details yang cantik dan pelbagai kesilapan, dan spaces di kanvas kamu akan penuh dengan lebih cepat. Lukisan kamu boleh jadi cantik atau buruk, tapi yang pasti lukisan kamu adalah menarik.
Kalau kamu jenis yang lebih berwaspada, kanvas kamu akan mengambil lebih lama untuk penuh kerana kamu perlu organise dan plan apa untuk dilukis. Kemungkinan besar lukisan kamu adalah lebih cantik daripada buruk. Majoriti suka lukisan kamu kerana ianya 'safe' dan senang diterima masyarakat, sesetengah orang merasakan ia membosankan. Almost perfect. Terlalu structured. Kurang personaliti. Seolah-olah takut menimbulkan apa-apa kontroversi. Seolah-olah artis itu memendam sesuatu yang mahu sangat keluar.
Kalau kamu jenis yang tak mahu mengambil risiko langsung atau jenis yang berputus asa selepas satu kesilapan, kemungkinan besar kanvas kamu tak mungkin akan penuh langsung. Kawasan yang sudah penuh cantik, tetapi lukisan itu tergantung, tak complete, half-blank.
So remember this- walaupun pensil warna kamu dah tumpul atau water colour kamu sudah habis, move on. Penuhkan kanvas itu. Pelbagai lagi alat melukis lain wujud, bukan? Gunakan darah jika perlu. Jika kamu melukis di gunung ganang dan tiba-tiba hujan turun dan lukisan kamu rosak, beri masa kepada lukisan kamu untuk kering semula. Beri masa untuk lukisan kamu untuk pulih. Lepastu sambung melukis. Kalau ada burung berak atas lukisan kamu, jangan berhenti melukis. Make it a part of your drawing. Turn in into something beautiful. Sebab tahi burung dan hujan itu adalah umpama nasib yang
Sekiranya bakat melukis seseorang itu adalah sangat bagus, dia mampu menghasilkan lukisan yang sangat cantik dengan effortless. Mereka adalah umpama mereka yang dilahirkan dengan rupa yang elok, dalam keluarga yang baik, pandai dan berwang. Banyak potensi. Nasib menyebelahi mereka untuk menghasilkan lukisan yang elok. Tetapi mereka ini pun ada kemungkinan untuk menghasilkan lukisan yang buruk kalau terlalu boros menghabiskan water colour, terlalu berani mengecat sebelum melukis dengan pensil. Kadang-kadang mereka rasakan terlalu senang untuk melukis, jadi mereka bosan dan sengaja merosakkan lukisan mereka. Sebab betapa cantiknya mereka melukis, mereka masih belum puas.
Ada
Dan ada yang dilahirkan tanpa bakat menulis langsung. Kalau belajar 100 sesi kelas menulis pun, tak akan pandai melukis. Ini umpama mereka yang dilahirkan tanpa apa-apa. Yang bernasib malang. Mereka yang dilahirkan dengan rupa yang tak elok dengan penuh cacat cela, tanpa wang dan berstatus nobody. Golongan ini pun sebenarnya berpotensi untuk menghasilkan lukisan yang baik. Cuma jalannya lebih susah. Mereka mungkin terpaksa menggunakan darah untuk melukis. Lukisan mereka mengambil masa yang sangat lama. Kebanyakan daripada mereka memilih untuk tidak melukis langsung. Tapi ada yang bermati-matian cuba mahu menghasilkan lukisan yang bagus. Mereka sanggup berlaparan dan berjaga untuk melukis. Lukisan mereka pernah mengharungi hujan batu, tahi burung, dan berkali-kali terkoyak. Tetapi kadang-kadang ada yang menolong mereka. Bila lukisan mereka siap, lukisan mereka adalah yang paling menarik di antara semua. Sayangnya, lukisan daripada golongan ini biasanya tak siap.
Jangan takut untuk melukis apa yang orang lain tak pernah lukis. Lukis untuk diri kamu dahulu, baru lukis untuk orang lain. Kalau lukisan kamu tak siap, bagaimana kamu nak hadiahkannya kepada orang lain? Penuhi lukisan kamu dengan pelbagai warna dan bentuk. Penuhi hidup kamu dengan manusia daripada pelbagai warna dan bentuk.
Pagi-pagi dah bermetafora. Laparnya aku. Huhu.
36 comments:
mari mula melukis.
aku sgt terkesan dgn tulisan kamu kali nih...sgt2 mendalam. menyedarkan, memberi motivasi pun ade...tahniah2..aku xtau nak puji cmane..aku pun mmg jenis yg melukis utk luah-kan perasaan, atau menyampai-kan sesuatu..(walaupun huduh)...
"Lukis untuk diri kamu dahulu, baru lukis untuk orang lain."
kebanyakkan orang kita sangat suka nak conteng lukisan orang
lukisan sendiri entah ke mana, mahu dipalit dengan warna-warna hitam
*aku masih melukis dengan krayon sebab warna dari material itu nampak comel
Saya sukakan lukisan era Renaissance, dan saya paling tidak suka kebanyakkan lukisan era Modernism / Simbolism yang terlalu abstrak sampai tak tahu macam mana nak tengok dan intrapitasi.
very well written. kemanakah?
betul. i agree with ya :)
nice post!
oh, saya sangat suka gaya penulisan kamu. sungguh berkesan di hati and makes me think a lot. thanks! :D
saya suka entri yg ni.. very meaningful..
i'm not an artist..tp utk teruskan hidup.. we have to be an artist kan? tapi tu laa.. kadang2 mcm awak cakap, bila hujan atau tahi burung yg terkena pada lukisan hidup kita tu... smuanya ada nilai tersendiri..
really love this entry ;)
kalau hidup ini ibarat lukisan
takkan kita nak lukisan kita
cuma ada beberapa warna yang kita suka je?
nanti kalau warna yang kita suka habis
terpaksa guna warna yg kita benci
jadi
guna je semua warna yang ada
jadikan lukisan itu cantik
salam...
Pak chaq tak tau lukis. tangan keraih tak buleh nak pebetoi dah. dah memang jeneh keraih. orang kata tak cantik. janji kita kata cantik. lukisan kita. apa pduli kat orang. (HERO SEASON 3 DAH TENGOK DAH SAMPAI eposod 5. episod 6 SATGI NAK LAYAN)minggu depan layan eposod 7
cigarettes
...
:)
the harungi tahi burung part tu yang paling menakutkan.
aku.suka.ini.membacanya.seperti.muka.rasa.dipukul.dengan.dulang!
hehe
indah...
Bravo! Well done :)
great post. menyedarkan. saya termenangis la pulak?
macammana dengan lukisan yang terlebih penuh?
Entri kau yang ni buat aku rasa nak copy dan tampal dan bubuh kat blog aku lepas tu aku kata 'Entri ni aku la yang tulis.'
Aku nak penuhi lukisan aku dengan pelbagai warna dan bentuk.
Jika ada tompok-tompok tahi burung, aku akan lukiskan dua bintik hitam (mata) dan satu senyuman supaya tompok-tompok tahi burung berubah menjadi smiley.
Jika lukisan aku dimakan oleh anjing jiran, aku akan bikin lukisan baru.
Terima kasih untuk entri yang manis ini.
penuhi hidup dengan manusia daripada pelbagai warna dan bentuk. damn i feel horny- john kata aku manusia akal kotor.
you didn't mean it that way don't you? hahahaha
good lord woman, metafora yang amat 'deep' sampai saya rasa hampir tenggelam. :P i was trying to figure out which category do i fall into, but i figure there should be less pressure not knowing what i'm going to end up painting, and just paint. =D
do you know which one you are?
bagus...
saya link kamu...
I love to color. I'd color every day and use every crayon in my box
:))
lukisan adalah intreprestasi emosi..
maka..
adakah life is a sole manifestation of emotion?
dalam sungguh entri ini...yes, life is just like a drawing, the way you draw is just symbolize how you live your life.
tulias sendiri ker....??? hebat hebat
Gadisjahat: Mari, mari. :)
Unicorn: Terima kasih. Komen kamu sungguh kind. :)
Pjoe: Hahaha comel je komen macamtu. Aku pun suka guna crayon. Buat lapis2.
TTB: Jadi kamu tak suka Picasso? Saya pun kurang gemar abstrak, kecuali a select few. Tapi yang nampak macam pakai baling cat kat kanvas tu memang tak minat.
Farizzet: Thank you. Ada, cuma busy lately. Banyak kerja.
47: Thank you :)
In-chan: Ehehehe... *tersipu-tipu malu disebabkan pujian* Thanks!
Silence: Thanks, saya gembira ada juga orang yang ambil masa untuk baca entri yang panjang ni dan suka. :)
Matematis Muda: Hehe tak payah benci atau diskriminasi warna, cuma suka dan kurang suka saja. Sebab kita perlukan semua warna at some point of our lives, some colors more than others.
Anonymous: Pak Chaq ni misteri sungguh lah. Tangan keraih kalau boleh dok pi main komputer mesti pandai lukih. Pak Chaq, saya pun layan Heroes gak.
Sue Anna Joe: Sekarang baru saya paham maksud senyuman boleh berkata-kata. :)
Iqanabeera: Scary, but doable. :)
Asra: Kau sadist eh? Suka sakit2 ni? :p
Flying Heart: Komen kamu indah..hehe.
Hali Munan: Thank you!
Farim: Eh, janganlah sedih. Kamu muda, kanvas kamu masih penuh dengan pilihan.
Broken Nigina: Jarang boleh terlebih penuh. Kanvas terlalu besar hehe.
Jebon: Komen kau buat aku kembang macam kek yang baru nak naik dalam oven. Terima kasih atas komen yang manis.
Sarah: Hahaha well, it's open for interpretation. There's no wrong or right in this :p
Chen: Lol. I can go even deeper.. damn bunyi horny sial haha. I don't know, maybe I'm the middle class artist. I'm overly cautious, which makes my canvas too structured. Maybe even boring. But God knows my canvas has enough shit on it to last me another 10 years hahaha. I think I should stop.analysing.and.just.paint.dammit.
Manusia Rumit: Terima kasih.
K: Hahahaha.Comelnya komen.
Wani: Lukisan bukan interpretasi emosi, lukisan merangkumi semua aspek- fizikal, emosi, batin, rohani, etc. Sebab melukis adalah umpama convert emosi dan rohani ke dalam bentuk yang tak abstrak secara fizikal. Drawing is taking action.
Miko Yamaguchi: Yupe, it is.
Ahli Rumah: Ya, aku tulis sebab aku tak dapat nak tidur masatu. Thank you.
pang!
muka aku pun rasa cam kena pukul ngn dulang.
hehe.
cik magenta..saya dah copy n kreditkan anda di blog saya..
walaubagaimanapun,saya masih nak salute spring kpd anda..artikel anda benar2 berkesan..seriously..
artikel anda sgt bernas lagi bermutu tinggi..
tahniah2x...
pandai.
hey..
really good post. Saya senyum, masam, garu kepala, ketiak dan sebagainya.
betul betul suka..
:)
Double Patties: Dulang berisi briyani gam, dijemput makan.
MysteriousFana: Terima kasih Fana. Your words mean a lot to me :D
Jimbo: Danke.
Anonymous: Hehehe. Kelakarnya. Patut amik video semua reaksi tu. And thanks :)
funny, i was just consoling myself about painting over all the ugly scribbles in my canvas, and a friend of mine told me, let that be, but paint another canvas with another breathtakingly artwork. because even failures can be a work of art. :)
metaphorically speaking, hidup itu memang seni. :)
sgt mendalam dan mengena entri ni,
sampai sayang nak tutup ie dan nak baca banyak2 kali
tq untuk entri yg sgt indah:)
kereeennn...
kereeennn...
luv dis entry..
make me realize back on my life on earth again..
keep on good writings on ur blog.. ^_^
Post a Comment