Wednesday, July 30, 2008

It Was Some Years Later.

What I remembered most about my childhood was that when I was 8, I would read the same book every night and hid it below my pillow before I went to sleep. It became a ritual for me to read the book even though I didn’t understand what it was about. I struggled to understand the words, but even more I struggled to understand the meaning. I continued to read it until it became weathered and torn and soon the pages gradually disintegrated with age. I couldn’t explain the urgency, yet I somehow felt like it held the answer to the aura of sadness that surrounded us and to why the things around me that were happening happened; in my young mind I knew something was wrong but I couldn’t quite put my finger on it.


It was some 10 years later that I suddenly remembered the book again and asked my sister,


“Siapa yang tulis that book yang ada orang tu jadi gila, pastu tanam kucing dia dalam dinding tu?”


“Poe.”


Then I began to remember having The Happy Prince being read to me and how I cried reading The Nightingale. It was quite some years later that I understood that Wilde’s Happy Prince wasn’t intended for children and that Wilde’s ‘kid stories’ dealt with homosexuality and religion.


In fact all of my childhood storybooks were filled with stories of sadness and insanity. There were usually about princesses or mermaids who perfect wives by day and ghosts by night. About suspicious husbands who followed their demon wives and discovered that they had actually sold their souls to be with their husbands. About ghosts who have been assigned a life of penance, about ghosts whose heads floated in the water and bled jewels.


It was some 15 years later I began to question why I never had normal fairytales stories to read during my childhood. The Brothers Grimm were as normal as it gets. And we all know how twisted they really were.

Saturday, July 26, 2008

What's Wrong with This Picture?



Imej yang tercetak di minda aku yang memaparkan seekor binatang yang dilukis di atas sehelai kertas hitam tidak berapa menyelerakan.

Thursday, July 24, 2008

Kamu Tak Boleh Lari dari Asal Usul Kamu dan Stereotaip yang Berkaitan Dengannya.

Sebab aku pun tak boleh.


Kalau kamu membesar di Perlis, orang akan anggap dengan serta merta kamu 'kampung'. Not that there’s anything wrong with being kampung, kecuali ianya digunakan untuk tujuan nak menghina, lagi-lagi apabila digunakan oleh orang kampung yang berusaha mahu tampak urban atau orang bandar yang perasan mereka crew daripada Sex and the City. Kalau kamu cakap kamu dari KL, mesti orang dah ada persepsi terhadap kamu.


"Wah, budak KL! I’ve heard so much about you!!111!!!!!!seribu seratus sebelas!!!"


Sebab tu kalau ada artis yang berasal dari Pahang dan pergi clubbing atau berpakaian seksi, mulalah dia dicop sebagai ‘budak kampung yang dah lupa asal usul dia’ atau ‘budak kampung yang jakun sebab dah pergi bandar dan jadi artis’. Tapi kalau artis yang berasal dari Hartamas misalnya, orang takkan hairan. "Budak KL tu. Biasalah."Seolah-olah perangai begini ini telah dijangka oleh budak KL.


Aku rasa semua orang ada secret desires mereka. Come the time and opportunity, mereka akan laksanakan desires mereka. Hampir semua orang, tak kira dari kampung atau bandar. Cuma peluang untuk budak kampung untuk mencuba benda-benda seperti clubbing dan sebagainya datang lewat sedikit, biasanya semasa mereka berhijrah ke bandar untuk tujuan belajar atau bekerja. Dan mungkin juga mereka tergerak kerana mereka ingat mereka ketinggalan sesuatu, bahawa semua orang yang tinggal di bandar itu pergi clubbing. Tak berbeza daripada budak bandar yang telah mula clubbing lebih awal. Tapi kesudahannya, kampung atau bandar, lambat laun mereka akan bosan juga dengan aktiviti itu.


*Perkataan clubbing boleh diganti dengan apa-apa aktiviti yang dianggap urban.


Aku juga sedar budak-budak yang berasal dari negeri lain yang suka melabel dan mengutuk budak KL biasanya akan 'murtad kampung'. Maksudnya, dalam lebih kurang 2 tahun selepas itu, dia sudah transformasi dirinya menjadi budak bandar. Tak pun mereka tak akan melepaskan peluang untuk berteman perempuan/lakikan budak bandar. Aku percaya semua kebencian pada awalnya itu sebenarnya perasaan cemburu dan envy kerana teringin.


Kesimpulannya, aku bosan dengan stereotaip bahawa hanya segolongan budak sahaja boleh sesuatu perkara.
Kalau budak kampung yang berkecimpung dalam sesuatu bidang yang dianggap urban, go ahead. Mana tau, mungkin dia lebih handal dalam bidang itu daripada budak bandar.


Kenapa stereotaip begini harus wujud? Takkan budak kampung suka dilabel kampung dan budak bandar suka dilabel skanky? Sebab walaupun kita tak suka, kita berusaha untuk wujudkan dia. Kita kutuk kaum India dengan kasta mereka tanpa menyedari kita pun mewujudkan kasta sendiri. Mari kita kaji struktur kasta ini, misalnya kasta Damansara.


Damansara ada banyak Damansara sekarang ini. Semua pun nak letak Damansara dalam nama. Terletak di Selangor, tetapi hanya orang yang menetap di Selangor dan KL sahaja rasa ini relevan. Sebab Selangor dan KL banyak bezanya. Orang Selangor marah dipanggil orang KL, sebab mereka merasakan kasta Selangor itu lagi tinggi. Bagi orang yang tinggal di negeri lain, mereka akan ingat KL adalah kasta tertinggi. Dalam Damansara sendiri banyak kasta, contohnya Damansara Utama adalah lebih tinggi tarafnya daripada Kota Damansara (boleh dianggap Damansara ke ni?). Pokoknya orang Damansara merasakan taraf mereka lebih tinggi daripada kasta lain, walaupun mereka tak pernah cakap hal ini kuat-kuat.
Kadang-kadang perangai ini boleh disalahtafsirkan sebagai quiet confidence (ha ha). Mungkin perangai ini wujud kerana orang lain selalu mengagung-agungkan mereka.


Aku sering melihat mereka dan berfikir,


"If I stripped away all their clothes, accessories and makeup, would they still have that 'quiet confidence'? If they grew up in Bentong instead of Damansara, with bar soaps and bedak Zaitun instead your liquid cleansers and expensive moisturizers, would they still look the way they do?"


Kadang-kadang aku suka bila bersama mereka, because they always smell nice and they always look good and classy, siapa yang tak suka benda cantik kan? Tapi pada yang sama aku rasa bosan kerana minda aku seolah-olah tak distimulasi dan aku bosan dengan mereka yang sedikit narcissistic tak bertempat dan ada aura yang reek of fakeness and niceness yang melampau. Percayalah kalau aku cakap kalau kamu seseorang yang adventurous, carilah seorang budak kampung yang telah berhijrah ke bandar dan suka mengeksplorasi, mereka adalah sangat fun dan boleh mengajar kamu berbagai-bagai perkara tentang kehidupan yang kamu belum tahu.


And don’t criticize or judge unless you’ve been on both sides of the fence.

Thursday, July 17, 2008

Entah.

Aku suka Feist dan aku suka Sesame Street. Tapi aku benci Barney the ugly purple dinasour. Aku rasa lagu ini addictive gila.




One two three four

Are you counting,
Counting with me?
To one less than five
And one more than three

One two three four
Penguins that were by the door

One two three four
Chickens just back from the shore (lol!)

One two three four
Monsters walking across the floor

I see four here
I see four there

Baa baaa baa baaa baaa baa baa baa!!!!

Friday, July 11, 2008

Home Sweet Home

Aku sampai dekat Malaysia pukul 11pm hari Rabu. Hari Khamis, lebih kurang pukul 1 am, aku dapat anak saudara aku yang pertama. He’s kind of good looking, even though I’ve always thought newborn babies are kind of scary looking until 4-5 days later, when you can actually make out how their features are gonna look like. Jari jemarinya sangat panjang dan cantik.


Sebelum aku board, ada budak perempuan datang duduk sebelah aku. Lepastu dia pandang kiri kanan dan bila aku tak pandang dia balik, dia pura-pura main handphone dia. Gaya dia macam nak cakap dengan aku tapi tak tegur-tegur pun. Jadi aku tegur dia dulu. Aku duduk sebelah dia dalam kapal terbang. Lepas aku bosan borak-borak, aku palingkan muka ke arah bertentangan dan pura-pura tidur. Padahal aku sedang mengusya para pramugari yang sedang lalu lalang sambil memberi rating kepada bontot mereka daripada per sepuluh dalam kepala.


" 7...4...wah, that’s a 9!...hmm 6..."


Lepas dah sampai dan ambil luggage, dia beri aku nombor handphone Brunei dia. Aku salam dia dan cakap aku akan miss call dia kejap lagi, tapi sampai hari ni aku belum lagi. Aku memang seorang yang pemalas dalam hal bersosial.


Dapat pulang ke tanahair untuk beberapa hari, ok lah tu. Aku selalu rindukan Malaysia bila baca blog orang. Sekarang aku dapat experience first hand apa yang orang maksudkan dalam pemerhatian mereka. Tapi kali ni aku balik untuk 3 perkara sahaja. Food, family dan boipren (ikut pronunciation nenek aku dan orang Filipina). Aku tak beritahu kawan-kawan aku pun aku balik. Tunggu aku balik cuti panjang sikit, baru aku beritahu.


Untuk beberapa hari ni aku just nak relax sebelum hidup aku kembali normal pada akhir Julai ini, marking the end of my long break. Aku baru dapat pass untuk tinggal di Brunei selama 4 tahun lagi.

Monday, July 7, 2008

Untuk Bertahun-tahun, Aku Jadi Budak Perempuan Itu.


1. Bila 'kawan' aku terus keluar dengan ex-boyfriend aku sejurus selepas kami break up, aku buat-buat tak kisah walaupun aku rasa kecewa gila. Sebab aku tak sampai hati nak beritahu dia bahawa dia ada kompleks insecure yang terlampau sehingga dia perlu mengorat semua lelaki yang sudah berpunya semata-mata untuk membuktikan bahawa she’s that hot.


2. Bila aku pergi ke kedai yang tak menggantung baju tetapi melipatnya dan letak di atas rak, aku selalu ada compulsion untuk melipatnya seperti asal selepas tengok baju itu. Aku selalu kena ingatkan diri sendiri bahawa orang sales itu dibayar untuk buat kerja itu, lepastu baru aku stop. Kadang-kadang aku lipat baju yang orang lain usik. Jadi aku kecewa bila salesgirl itu kurang ajar dengan aku.


3. Bila aku dan adik beradik aku ke rumah kawan ibu bapa kami dan adik beradik aku tak mahu makan makanannya sebab kurang sedap, aku selalu mengadakan pertandingan Fear Factor secara diam-diam dimana siapa dapat menghabiskan makanan yang tak sedap itu dalam masa paling singkat akan menang. Sebab aku takut host itu terasa bila tengok makanan yang dia hidang tak disentuh. Jadi aku bengang bila dapat tau makcik tu ada mengumpat aku.


4. Bila ada kawan yang aku tak berapa rapat dengan mula bragging pasal diri sendiri dan pasal sahamnya yang tinggi, aku diam saja. Sebab tak sampai hati nak beritahu dia bahawa mat rempit akan mengorat sesiapa sahaja. Dan dengan sesiapa, aku maksudkan lelaki yang berambut panjang pun akan menjadi mangsa.


5. Bila ada lelaki atau perempuan mula bragging pasal pasangan mereka, aku layankan saja. Truth be told, semua yang orang in love rasa special tu semuanya biasa saja bagi aku. Gifts, poems, songs semua tu biasa saja. Orang yang bercakap tentang betapa sweetnya boyfriend mereka selalu membuatkan aku rasa seperti nak muntah. Kalau aku beritahu mereka apa yang aku pikirkan, pasti mereka akan sangat-sangat terasa.


6. Seumur hidup aku, I felt guilty for being good at what I was good in. Jadi aku cuba untuk menyorokkan segala ‘bakat’ yang aku ada. Dan aku selalu rasa kecewa bila melihat orang lain buat apa yang aku bagus dalam, sebab aku tahu aku dapat buat dengan lebih bagus. Aku tak sedar betapa teruknya aku cuba menyembunyikan diri aku sehingga aku beritahu teman lelaki aku bahawa aku suka membaca. Dan dia telah berkata,

“I’ve known you for 2 years and I’ve never seen you with a storybook.”

Aku telah berkata aku juga boleh menulis. Dan telah disambut dengan pandangan penuh skeptik. Maka terciptalah blog ini yang mengejutkan lebih kurang 4 orang pembaca yang kenal aku selama bertahun-tahun tetapi tak pernah tahu this side of me.


7. Bakat yang disebut di atas bukan menulis tetapi berbahasa Inggeris. Tapi hal ini hanya diketahui oleh bekas classmates aku. Ini sebab aku tak bercakap BI langsung dalam real life sejak 5 tahun yang lalu. Jadi tak hairanlah apabila aku mula menulis dalam BI pada awal blog ini, orang yang tak rapat dengan aku ingat aku cilok dari website mana-mana. Mungkin jugak sebab muka aku muka kampung.


8. Seumur hidup aku juga aku rasa seperti aku perlu sembunyikan aku siapa. You know the type. Pakai selipar, kalau masuk kedai mintak TV, mesti ditunjuk TV yang paling murah sebab kelihatan seperti tak berkemampuan.
To be fair this has its advantages. Satu, orang selalu rasa seperti tak perlu menjaga percakapan mereka because they think I’m a nobody and from the village. Dua, aku tak nak terlibat dengan stereotype yang berkaitan dengan tempat aku. Satu-satu masanya aku akan beritahu orang aku dari mana adalah bila aku mahu mereka shut up. Hey, it works. Aku tak dapat nak terangkan. Tapi kalau aku beritahu orang aku dari mana, mereka seolah-olah kelihatan lebih conscious dan sedikit respek. Apa bodohnya korang ni.


9. Bila ada kawan yang datang 2 hari sebelum exam yang akan menentukan dia dapat pergi overseas atau tidak dan suruh aku mengajar dia syllabus bagi satu tahun, aku ajar saja. Walaupun I was behind in my ulangkaji. Lepas dia dapat result cukup-cukup makan dan dapat universiti berlainan, aku kecewa kerana dia bukan sahaja putus kontak, tetapi juga mencipta rumors tentang aku.
I consoled myself by saying there was no need for revenge, she was already unfortunate looking. Tapi me being me, I was the one who ended up feeling guilty while she forgot all about me.


10. Dulu, aku juga berasa bersalah untuk melawa.
So I always wore the same things. Jadi aku berasa sedih bila berjumpa dengan pengapit yang mahu outshine pengantin. Sebab kalaulah aku yang jadi pengantin, biarlah hari itu menjadi hari aku.


Apa kesimpulan semua ini? Untuk tunjuk aku baik ke? Clearly not. Seperti yang aku tulis di atas, I’ve always had bad thoughts about them. Only I kept it inside. Revenge is not my thing.


Untuk bertahun-tahun, aku adalah budak perempuan tipikal yang kamu jumpa tiap-tiap hari. Nampak average, nampak not particularnya bright, nampak seperti akan berkahwin muda dan beranak 4 semasa umurnya mencecah 35. Jenis yang kalau kamu nampak di tepi jalan, takkan pandang 2 kali. Kalau terbump di stesen komuter, kamu takkan cakap sorry. Oleh sebab yang sama, orang selalu terlepas cakap bila dengan aku, sebab mereka tak kisah apa aku pikir. Aku mesti dapat terima punya, aku lah tempat meluah segala keperasanan, segala boastings, tempat menaikkan ego. Aku akan selalu terima dengan senyuman, kadang-kadang dengan kata semangat.


Aku budak perempuan itu, yang tak ada pendapat or harsh words. Aku rasa tak ada sesiapa tahu aku ada perasaan pun. Semuanya aku simpan sahaja, sebab aku kasihan kamu. Aku tahu kamu tak dapat terima kalau aku cakap apa yang aku betul-betul pikir.


So be nice to everybody. They might just be someone like me. We see your weaknesses, we’re just too nice to voice it out. And we’d rather be hurt than hurt you.

Saturday, July 5, 2008

Pasar Seafood yang Serba Indah


Kalaulah semua pasar makanan laut rajin menyusun merchandise mereka sebegini artistik dan kemas, aku mungkin akan lebih rajin ke pasar dan memasak.


Adakah pelik, thrill yang aku rasa ketika melihat segala makanan laut di pasar ini adalah thrill yang sama aku rasa ketika melihat pakaian dan kasut cantik yang aku mahukan?









Semua gambar tidak diedit dan ditangkap oleh kawan aku Jipo dengan kamera digital biasa.


Sungguh mengagumkan, tapi cara penjaga gerai menyusun makanan lautnya boleh buat aku begitu gembira.
Siapa kata pekerjaan fishmonger itu hina dan membosankan? Kalaulah dedikasi sebegini dapat wujud dalam setiap pekerjaan, tentu there would be a lot more happy people and beauty in this world.

Tuesday, July 1, 2008

Kudaku Lari Gagah Berani


Kenapa aku lukis? Sebab aku tak pandai tangkap gambar.


Kadang-kadang, aku pergi ke pantai. Baldi dan cebok dalam boot kereta. Untuk curi pasir for my cats' poop. Di pantai sini ada peraturan dilarang mencuri pasir, jadi aku pura-pura buat macam nak bina sandcastle dan isi sebanyak pasir yang mungkin ke dalam baldi , lepastu aku balik.


Kadang-kadang, aku stay di pantai itu lama sikit dan tak buat apa-apa. Pandang orang. Pandang pasir. Pandang butir-butiran bulat di atas pasir.



Ketam-ketam itu seolah-olah sedang mengukir peta benuanya sendiri. Dunia yang aku tak kenal dan tak pernah lihat. Wahai ketam, bawalah aku ke dalam dunia kamu.


Kadang-kadang, aku wish kamu menemani aku. Tak kisahlah kamu siapa.