Friday, July 11, 2008

Home Sweet Home

Aku sampai dekat Malaysia pukul 11pm hari Rabu. Hari Khamis, lebih kurang pukul 1 am, aku dapat anak saudara aku yang pertama. He’s kind of good looking, even though I’ve always thought newborn babies are kind of scary looking until 4-5 days later, when you can actually make out how their features are gonna look like. Jari jemarinya sangat panjang dan cantik.


Sebelum aku board, ada budak perempuan datang duduk sebelah aku. Lepastu dia pandang kiri kanan dan bila aku tak pandang dia balik, dia pura-pura main handphone dia. Gaya dia macam nak cakap dengan aku tapi tak tegur-tegur pun. Jadi aku tegur dia dulu. Aku duduk sebelah dia dalam kapal terbang. Lepas aku bosan borak-borak, aku palingkan muka ke arah bertentangan dan pura-pura tidur. Padahal aku sedang mengusya para pramugari yang sedang lalu lalang sambil memberi rating kepada bontot mereka daripada per sepuluh dalam kepala.


" 7...4...wah, that’s a 9!...hmm 6..."


Lepas dah sampai dan ambil luggage, dia beri aku nombor handphone Brunei dia. Aku salam dia dan cakap aku akan miss call dia kejap lagi, tapi sampai hari ni aku belum lagi. Aku memang seorang yang pemalas dalam hal bersosial.


Dapat pulang ke tanahair untuk beberapa hari, ok lah tu. Aku selalu rindukan Malaysia bila baca blog orang. Sekarang aku dapat experience first hand apa yang orang maksudkan dalam pemerhatian mereka. Tapi kali ni aku balik untuk 3 perkara sahaja. Food, family dan boipren (ikut pronunciation nenek aku dan orang Filipina). Aku tak beritahu kawan-kawan aku pun aku balik. Tunggu aku balik cuti panjang sikit, baru aku beritahu.


Untuk beberapa hari ni aku just nak relax sebelum hidup aku kembali normal pada akhir Julai ini, marking the end of my long break. Aku baru dapat pass untuk tinggal di Brunei selama 4 tahun lagi.

21 comments:

slacx said...

amacam menarik tak awek yg dok kat sebelah ko tu?

magenta said...

Err, ok kot. Dia lagi tua setahun dari kita tapi nampak 19. Macam shy-shy, girly-girly.

broken_nigina said...

oh.
by 'budak perempuan' i thought she's 8 or 9..
anyway,perasaan dapat balik tu rasa lebih best bila sangat jarang dapat balik.
tapi itupun kalau ada tempat untuk balik la (home).
what is 'home' in malay?

mie_amour said...

kerja ke di brunei? anyway, salam perkenalan...saya suka baca ur blog...jmpa dri link kawan..

erm said...

kau sosial...tapi kau tak suka commitment

abah aku suruh reconsider tempat yg ingin di tuju.....dia suruh pegi aust

sebab nanti kalau pegi europe....tiket mahal...aku jarang2 bleh balik

kh said...

Home-alone.

farizzet said...

selamat pulang

fahmi said...

semoga selamat semuanya..:)

Pourpres~ said...

Hola~ You duduk Brunei rupanya. Then we've gotta talk.

Jebon said...

Selamat pulang! Dan terima kasih di atas tips menjaga kaki :)

asra said...

bruenei kat mana?kuala belait?

hehe..

jipo said...

i always forget that u r in brunei now..
dlm otak ni still register ko tinggal kat 'the town'..

naik brunei airlines ke? best tak? how's the food? how's the flight compare to MAS?

haha xtau nk tulis apa?..have fun fulfilling those 3 things!

tanpagraviti said...

jgn lupa update blog, sis! :)

magenta said...

Broken nigina: Haha kesilapan penggunaan perkataan nampaknya. Patutnya aku guna 'gadis'. Home tu, rumah kot. Rumahku syurgaku?

Mie amour: Salam salam.

Erm: Sosial tapi tak suka komitmen? Kau dapat tafsir semua tu daripada entri ni ke? Haha. Aku tak ada masalah dengan komitmen.

Kh: No, not really.

Farizzet: Terima kasih.

Fahmi: Thanks. Selamat, selamat. :)

Pourpes: Hola. Ok. Gtalk ke?

Jebon: Iya, thanks. Haha. No problemo.

Asra: Bandar Seri Begawan. Hehe.

Jipo: Haha aku naik Air Asia je. Food dia biasa je. Emirates jauh lagi sedap. Sebab flight 2 jam lebih je, dia tak serve tapi kena beli. Nasi lemak rm8, tak berbaloi bagi aku. Tak balik summer ke? Ke praxis habih lambat?

Tanpagraviti: Haha ok.

go magenta! said...

welcome home magenta!
im in msia also now,its only my 2nd day here :D
sangat bessssssssssst blk2 dpt mkn laksa :D
hav fun in msia!

Pourpres~ said...

OK klaka. Gtalk nak pakai camne pon x reti.haha. One day we YM, mau?

magenta said...

go magenta!: Hahaha what a coincidence. I just ate laksa too yesterday. Thanks. And welcome back to you and have fun too!

Pourpes: Mau. Actually I jarang guna gtalk haha. I'm more of a YM person myself. Gimme your YM id nanti eh. (Email or here tak kisah, I'll just not approve it kalau comment)

Anonymous said...

magenta- u keje kat quality department ke? ya atau tidak?

magenta said...

tidak.

penyangak said...

mesti best jejak civilization lepas lama kat hutan belantara.

magenta said...

Dah kembali ke hutan belantara dah pun. Hahaha.