Monday, July 7, 2008

Untuk Bertahun-tahun, Aku Jadi Budak Perempuan Itu.


1. Bila 'kawan' aku terus keluar dengan ex-boyfriend aku sejurus selepas kami break up, aku buat-buat tak kisah walaupun aku rasa kecewa gila. Sebab aku tak sampai hati nak beritahu dia bahawa dia ada kompleks insecure yang terlampau sehingga dia perlu mengorat semua lelaki yang sudah berpunya semata-mata untuk membuktikan bahawa she’s that hot.


2. Bila aku pergi ke kedai yang tak menggantung baju tetapi melipatnya dan letak di atas rak, aku selalu ada compulsion untuk melipatnya seperti asal selepas tengok baju itu. Aku selalu kena ingatkan diri sendiri bahawa orang sales itu dibayar untuk buat kerja itu, lepastu baru aku stop. Kadang-kadang aku lipat baju yang orang lain usik. Jadi aku kecewa bila salesgirl itu kurang ajar dengan aku.


3. Bila aku dan adik beradik aku ke rumah kawan ibu bapa kami dan adik beradik aku tak mahu makan makanannya sebab kurang sedap, aku selalu mengadakan pertandingan Fear Factor secara diam-diam dimana siapa dapat menghabiskan makanan yang tak sedap itu dalam masa paling singkat akan menang. Sebab aku takut host itu terasa bila tengok makanan yang dia hidang tak disentuh. Jadi aku bengang bila dapat tau makcik tu ada mengumpat aku.


4. Bila ada kawan yang aku tak berapa rapat dengan mula bragging pasal diri sendiri dan pasal sahamnya yang tinggi, aku diam saja. Sebab tak sampai hati nak beritahu dia bahawa mat rempit akan mengorat sesiapa sahaja. Dan dengan sesiapa, aku maksudkan lelaki yang berambut panjang pun akan menjadi mangsa.


5. Bila ada lelaki atau perempuan mula bragging pasal pasangan mereka, aku layankan saja. Truth be told, semua yang orang in love rasa special tu semuanya biasa saja bagi aku. Gifts, poems, songs semua tu biasa saja. Orang yang bercakap tentang betapa sweetnya boyfriend mereka selalu membuatkan aku rasa seperti nak muntah. Kalau aku beritahu mereka apa yang aku pikirkan, pasti mereka akan sangat-sangat terasa.


6. Seumur hidup aku, I felt guilty for being good at what I was good in. Jadi aku cuba untuk menyorokkan segala ‘bakat’ yang aku ada. Dan aku selalu rasa kecewa bila melihat orang lain buat apa yang aku bagus dalam, sebab aku tahu aku dapat buat dengan lebih bagus. Aku tak sedar betapa teruknya aku cuba menyembunyikan diri aku sehingga aku beritahu teman lelaki aku bahawa aku suka membaca. Dan dia telah berkata,

“I’ve known you for 2 years and I’ve never seen you with a storybook.”

Aku telah berkata aku juga boleh menulis. Dan telah disambut dengan pandangan penuh skeptik. Maka terciptalah blog ini yang mengejutkan lebih kurang 4 orang pembaca yang kenal aku selama bertahun-tahun tetapi tak pernah tahu this side of me.


7. Bakat yang disebut di atas bukan menulis tetapi berbahasa Inggeris. Tapi hal ini hanya diketahui oleh bekas classmates aku. Ini sebab aku tak bercakap BI langsung dalam real life sejak 5 tahun yang lalu. Jadi tak hairanlah apabila aku mula menulis dalam BI pada awal blog ini, orang yang tak rapat dengan aku ingat aku cilok dari website mana-mana. Mungkin jugak sebab muka aku muka kampung.


8. Seumur hidup aku juga aku rasa seperti aku perlu sembunyikan aku siapa. You know the type. Pakai selipar, kalau masuk kedai mintak TV, mesti ditunjuk TV yang paling murah sebab kelihatan seperti tak berkemampuan.
To be fair this has its advantages. Satu, orang selalu rasa seperti tak perlu menjaga percakapan mereka because they think I’m a nobody and from the village. Dua, aku tak nak terlibat dengan stereotype yang berkaitan dengan tempat aku. Satu-satu masanya aku akan beritahu orang aku dari mana adalah bila aku mahu mereka shut up. Hey, it works. Aku tak dapat nak terangkan. Tapi kalau aku beritahu orang aku dari mana, mereka seolah-olah kelihatan lebih conscious dan sedikit respek. Apa bodohnya korang ni.


9. Bila ada kawan yang datang 2 hari sebelum exam yang akan menentukan dia dapat pergi overseas atau tidak dan suruh aku mengajar dia syllabus bagi satu tahun, aku ajar saja. Walaupun I was behind in my ulangkaji. Lepas dia dapat result cukup-cukup makan dan dapat universiti berlainan, aku kecewa kerana dia bukan sahaja putus kontak, tetapi juga mencipta rumors tentang aku.
I consoled myself by saying there was no need for revenge, she was already unfortunate looking. Tapi me being me, I was the one who ended up feeling guilty while she forgot all about me.


10. Dulu, aku juga berasa bersalah untuk melawa.
So I always wore the same things. Jadi aku berasa sedih bila berjumpa dengan pengapit yang mahu outshine pengantin. Sebab kalaulah aku yang jadi pengantin, biarlah hari itu menjadi hari aku.


Apa kesimpulan semua ini? Untuk tunjuk aku baik ke? Clearly not. Seperti yang aku tulis di atas, I’ve always had bad thoughts about them. Only I kept it inside. Revenge is not my thing.


Untuk bertahun-tahun, aku adalah budak perempuan tipikal yang kamu jumpa tiap-tiap hari. Nampak average, nampak not particularnya bright, nampak seperti akan berkahwin muda dan beranak 4 semasa umurnya mencecah 35. Jenis yang kalau kamu nampak di tepi jalan, takkan pandang 2 kali. Kalau terbump di stesen komuter, kamu takkan cakap sorry. Oleh sebab yang sama, orang selalu terlepas cakap bila dengan aku, sebab mereka tak kisah apa aku pikir. Aku mesti dapat terima punya, aku lah tempat meluah segala keperasanan, segala boastings, tempat menaikkan ego. Aku akan selalu terima dengan senyuman, kadang-kadang dengan kata semangat.


Aku budak perempuan itu, yang tak ada pendapat or harsh words. Aku rasa tak ada sesiapa tahu aku ada perasaan pun. Semuanya aku simpan sahaja, sebab aku kasihan kamu. Aku tahu kamu tak dapat terima kalau aku cakap apa yang aku betul-betul pikir.


So be nice to everybody. They might just be someone like me. We see your weaknesses, we’re just too nice to voice it out. And we’d rather be hurt than hurt you.

58 comments:

Miko Yamaguchi said...

saya sangat setuju no 6. i always feel like that, but i never told anybody sebab takut disalahertikan, konon2lah kita ni terer..yeap, we rather willing to hurt our own feeling so that we still can be nice to others...(*sad)

erm said...

salam sket...kita sama

comment cara DR m

1.jadi mangsa
2.mangsa with limit
3.jatuhkan lawan sebelum dia bertindak

waktu sek men aku seperti no 2
bila aku kat university...ramai sangat yang tak sedar diri so aku guna approach no 3
skarang aku suka no 1...sebab bila kita terlalu ke depan...orang pikir 2 kali kalau nak cakap dengan kita

org cakap blakang tu biasa....not worthy of my attention

kalau cakap depan muka kan bagus...senang aku nak jatuhkan dan pijak2

miab0011 said...

:))

chengroundedhere said...

okay first of all, i didn't know 'muka kampung' is synonymous with looking gorgeous, because that's what you are. ;P

second of all, i relate with number 8! :D tak payah lah nak bagitau seluruh dunia what your background is. and slippers are teh pwn! (although my dear old mother may beg to differ) it gives me an odd sense of satisfaction when people get surprised when the interior holds so much more than what the exterior reflects. ^_^

47 said...

"Kalau terbump di stesen komuter, kamu takkan cakap sorry"

no matter who i bump into, regardless of sex, age, looks, race, anything..

i'd say sorry ;)

well...but if she's particularly good looking, just a simple 'sorry' won't do, i'd ask for her number too haha.

Budak Perempuan Itu said...

Tak sangka ek kita banyak sangat serupa.

By the by, number 10, way to go babe!

Now that we're alike, wanna go shoe shopping some time?

broken_nigina said...

:lol:
faham.
sangat.

Dayana said...

wah. entah kenapa rasa terharu baca post nih.

Hali Munan said...

Hot damn Magenta! Adakah untuk bertahun-tahun, aku pun jadi 'budak perempuan itu' ? :)

It's true though, for years a lot of people I knew just took advantage of us low-profilers. And I just let it slide. You know, be the bigger person (figuratively and literally).

But now, I just don't let myself be hurt as much. I will retaliate. If they get hurt in the process of my retaliation, serves them right. But of course, I never go out and
hurt people (unless they really really deserve it - 47 can attest to this).

Life's too short to be miserable because somebody else is being an ass to us.

47: well...but if she's particularly good looking, just a simple 'sorry' won't do, i'd ask for her number too haha.

Amen brother.

cempaka said...

dan aku juga marah kalau salesgirl yang budget cun, angkuh buat muka garang bile aku tak beli benda yang aku sentuh sebentar tadi.

mungkin barang itu nampak lawa di tempat pameran tetapi tidak bila di belek-belek dengan tangan.

farizzet said...

adus, sungguh terasa sekali, perenggan 3 terakhir. aku perasan aku buat tu semua pada kamu.

Bovril Lavigne said...

Those ppl u were talking abt, effin dumbasses. haha

I didn't know u did that Fear Factor thing. Tapi rugi la jaga hati makcik yg kita tak sure dia baik ke tak. That's what I learned since I was kid from being nice to those foul-mouthed old hags that used to visit us and say something cruel and cutting in the same line as something supposedly nice. Betches.

Kalo tak sedap tinggalkan je. We don't need to excuse their bad cooking. Dah tua dah, pi belajaq masak la weh!

Also, don't be afraid to marah salesgirls! They always confuse working at a "branded" store with their ability to afford those stuff. And of course, can totally relate to the English writing thing..haha. How u manage tak cakap B.I langsung for 5 yrs is beyond me, though I faham the need to soothe those with inferiority complex so that they won't brand u as the girl yg "gemar guna bahasa penjajah" etc..haha.

gadisjahat said...

agree.

fahmi said...

agree. cuma kes aku pun lebih kurang macam kamu dimana. tak semua orang tahu tentang sesuatu dalam diri aku. macam the otherside of me.

orang akan ingat kemampuan aku hanya sebegini. cuma dorang tak realize yang aku boleh buat lebih dari itu. dan bila sampai masa aku tonjolkan kemampuan aku, semua macam tak percaya.

mereka akan mengeluarakan ayat.."kamu tahu jugak yer pasal benda ini.."

oh..okay..

magenta said...

Miko Yamaguchi: Benda tu susah nak diterangkan tapi rasanya mungkin ramai juga pernah rasa macamtu walaupun macam tak masuk akal.

Erm: Aku macamtu dulu sebab aku nak tengok manusia ni macam mana kalau tak berpura-pura. Mereka rasa mereka boleh berperangai macamtu sebab mereka tak kisah aku pikir apa.

Miab0011: Gelak pulak.

Chen: Thanks, but you should have seen me 2 years ago. For starters, I only owned 2 pairs of pants that I'd wear over and over again. And my bf owned more shoes than I did.

Slippers give me an odd sense of satisfaction and freedom. :D

47: You don't count haha. Not many ppl nowadays mind their please and thank yous, apatah lagi sorries, ye tak.

Budak Perempuan Itu: Hehe want. KellyLovesShoes. :D

Broken Nigina: Hehe good2.

Dayana: Haha camane boleh terharu, lol.

Hali Munan: Yeah. I stopped being that girl. As long as you're trying to please others, you'll never please yourself.

Ditto on the retaliation part. :)

Cempaka: Mungkin salesgirl tu bawah delusi yang dia own kedai tu. Haha.

Farizzet: Haha. Truth was, tak pikir pasal kamu langsung masa tulis entry ini. I was thinking of people I used to know in real life.

Bovril: I don't think you were there. Masa tu ada me, J and U. Then 'that makcik who used to stuff you with Dunkin Donuts until you wanted to barf masa kecik2 dulu' hidangkan some weird dessert. Semua org amik banyak cos nampak sedap and colorful tapi tasted weird as hell. So I hosted the Fear Factor thingy. U, being the sport that he is took the challenge. J followed suit. Haha.

I didn't cakap BI for 5 years cos I had no one to talk in BI with dulu.

Gadisjahat: :)

Fahmi: Ya, kawan aku selalu cakap aku tak pandai market diri, huhu. Tapi aku selalu pikir lebih baik orang underestimate kita daripada overestimate kan?

Sarah is the One said...

aku juga selalu tak voice out bila ada orang yang buat aku menyampah sebab aku malas.

aku dan bestfriend selalu bergosip- biasalah kan, bila mulut kami dah jahat sangat sebab geram sangat

"the truth is yang kecoh-kecoh ni ramai tak la cun sangat, dengki lah tu, haha"

-but we keep it to ourselves. it's never good to be vain , nor it is good to mengutuk rupa paras orang walaupun mereka cari pasal dulu.-

perempuan said...

everyone's a condescending "effin dumbasses" (bovril lavigne's words) except ownself. what not to hate but ownself... F it.

magenta said...

Sarah: Biasalah, bila dah upset, me and my best friend pun gosip orang just sekadar nak lepaskan rasa geram. After dah lepaskan, then we forget about it. And true. Kutuk fizikal is kinda mean sebab bukan boleh ubah. Lainlah perangai.

Perempuan: Keristaming/LTDP/Mon Yet/Klingon/Curio/other nicknames you would have gone by, boleh berhenti stalk blog aku dan berpura-pura jadi perempuan?

If it's not too much to ask, boleh tak kamu dapatkan seorang perempuan agar kamu dapat melepaskan segala tensi dan ketakpuasan hati kamu? Sekarang ni ada pelbagai jenis servis yang ditawarkan untuk lelaki yang susah mendapatkan perempuan. Kalau kamu mampu lah. Jangan sampai kena boomerang.

Melayu Minimalis said...

nice one.

perayau said...

tidakkah rather be hurt tu satu ilusi?
bertitik tolak di luar dari diri kita sendiri, bukan?

Jebon said...

Magenta, kamu tidak keseorang. Untuk bertahun-tahun, aku menjadi budak separa perempuan itu.

budak gemuk said...

susah kalau jadi orang yang sangat berterus terang seperti aku.mungkin ini menyebabkan orang tak suka sama aku.

Botol Suci said...

Hi :)

magenta said...

MM: Thanks.

Perayau: Ya, aku bawah delusi/ilusi selama bertahun-tahun. Stupid me.

Jebon: Sebab tu aku suka kamu dan blog kamu hehe.

Budak Gemuk: Kalau berpura-pura dan menipu, mesti ramai yang suka kamu but you'll end up hating yourself.

Botol Suci: Haha nick kelakar. Hi. Yamseng tu apa?

Botol Suci said...

Yamseng: cheers! here's to you! good health! your health! skol! prosit! salut! l'chaim! bottoms up! down the hatch! here's mud in your eye! kampai! mabuk! minum sampai ideologi politik jadi semakin jelas! you do ass to mouth?! etc.

magenta said...

Ah, prost. Na ja, gut. Prost zu deinem neuen blog..

Botol Suci said...

welches neues blog? ich bin nicht er!!!!!

magenta said...

ich kenne ihn nicht aber ich bin sicher auf seinem schriften. ja, nur ein mann schreibt wie ihn. versuch es besser naechtes mals, ja? :)

Botol Suci said...

Alahai.

magenta said...

du sagst nichts, ich sage nichts, jeder gluecklich. hehe. bin muede, ich schlafe erstmal. yamseng.

Botol Suci said...

bin LAGI muede!!!!

hehe.

tanpagraviti said...

sgt setuju dgn no.8 tuh

bak kate pepatah,
"x semestinye yg berkot, pakai kasut itam kilat2 tuh loyer, dan yg pakai tshirt xde kolar, selipar tuh mat despatch"

:)

perempuan ini said...

Perempuan: Keristaming/LTDP/Mon Yet/Klingon/Curio/other nicknames you would have gone by, boleh berhenti stalk blog aku dan berpura-pura jadi perempuan?

If it's not too much to ask, boleh tak kamu dapatkan seorang perempuan agar kamu dapat melepaskan segala tensi dan ketakpuasan hati kamu? Sekarang ni ada pelbagai jenis servis yang ditawarkan untuk lelaki yang susah mendapatkan perempuan. Kalau kamu mampu lah. Jangan sampai kena boomerang.


PFFT...

as expected, takyah cakap KAMU ..KAMU laaa... semua nak jadik the "COOL" down to earth intelligent genius little brat. but still could not take any condescending comments from others ("stalker?) but from ownself to others, its OK...

these days, there are like hundreds of you maggots already, straight from the school of NERAKA. thanks AKAB, love your mumble jumble shits.

anyway, i really do LOVE to read your mind spurts, MAGENTA. thanks. and i am that perempuan itu... bleargh...

magenta said...

Botol Suci: Bin laaagi muede and muda!!! haha.

Tanpagraviti: Betul. Nak geng dengan aku?

Perempuan: First, I discovered NERAKA (apsal kena caps ni? haha) after I started blogging, which was early this year. But I was and am like this lama dah.

Second, I'm sorry. It's kinda hard differentiating you anonymous commenters. Kamu is used for people I'm not close to/not familiar with in blogging.

Babe, I never said I was a cool down to earth intelligent genius little brat. Or that I'm unique (as opposed to being one of the hundred maggots). I just wrote up there I am your typical average girl.

go magenta! said...

HAHAHA nice one!
keep it up magenta =)

magenta said...

Hehe thank you. :)

perempuan said...

tehehe,

congrats, clap3....
go magenta go..that's more like it.

best kan...certain things should be left unsaid.
:) you have a nice day too.

IRA said...

hi!
best entri ni.

farizzet said...

huh! aku pon perempuan itu jugak la.

magenta said...

Perempuan: Have a nice day too.

Ira: Hi! Thanks.

Farizzet: Tak boleh.

mie_amour said...

hye dear...salam perkenalan..ur blog attract me la..ada mcm2 prasaan bce this entry but bottom line is, jgn rs inferior sngt..asik kita nak jaga prasaan org, bila plak org ada jaga prasaan kita..but hrus lihat jg keadaan yg ssuai..k..nice blog u hve here n i hope ur writing will help me to improve my english...i'm workng on it now..thanx..

magenta said...

Haha hi, thanks for your kind words. Usaha tangga kejayaan, I used to try macam-macam to improve my English dulu, even reading the same book 12 times. I'm not insecure, and I've stopped being that girl.

catalyst said...

theres so much truth in this entry and i can relate to most of it especially bout where you come from and speaking english...thats why i mostly like to say im from penang where my grandma used to live. People would think im from kampung then they would just leave me alone. its good actually that you can separate these people from those who are really sincere being friendly.

Angel On My Bike said...

magenta,i love ur blog.

ya btol.knowing jebon for years i know she is separa budak itu.and im full.juz like u.best jadi budak perempuan itu. :)

donutmanis said...

agree with no 8. don't ever judge a book by it's cover but unfortunately that's what people always do. btw i like your blog.

magenta said...

Catalyst: Yeah, it's good being able to separate. I think we probably come from the same area and the same school. Haha.

Angel on My Bike: Thanks. :) I love watching you and Jebon reply each other's comments kat Jebon punya blog. So funny :p

Donutmanis: Thanks, but someone told me you should judge certain books by its cover, hehe. Macam Mangga. lol.

Santo said...

hi!! sorry dah lame tak jenguk sini..nak kate bz tu, hari2 bz kan? it's life. The truth is i found a new site to write, so i spend most of my time over there..

if you have time, take a look at this site k..u might like it, or hate it..i don't know..judge yourself :)

http://www.kapasitor.net/my/fairuzar

kucing kertas said...

sy pun perempuan itu juga..
*sebok2 je nk ngaku same..hoho..
like when i helped my uncle at his restaurant, people will tend to mistake me as one of the workers there dat cant even understand a word of english..mentang2 la aku pakai selekeh..hoho..

nice2..i LOIKE ur blog n ur thoughts.. keep writing..
am gonna take sum time to read the other entries..

cheers!
p/s:: sori..sy ni species byk ckp jgk..;p
owh..kawan fai kah?

SyAhiRah LaLAla said...

hi magenta.
we're moreless the same,,in a few ways,,i reckon.
i adore your writing,,really.
can i tag u?
tq :)

magenta said...

Santo: Hi. I've seen the new site, interactive eh. Nice drawings btw.

Kucing Kertas: Takpe, nanti boleh tubuhkan KBPI - kelab budak perempuan itu. :p

Thanks. And cheers. Ya, kawan.

Syahirah Lalala: Hi. Sure. :)

SyAhiRah LaLAla said...

tq magenta :)
tp saya sangat adore entri ini,,serius tak tipu
[nak jugak ckp,,biar beribu kali dah pun]

koishie said...

kali pertama ketemu blog ini. kali pertama senang sekali dengan ketulusan isi tulisannya. kali pertama merasa apa yang di tuturkan di entri ini seperti banyak persamaan sekali terutamanya di no.2,6,8 dan 10. kali pertama mau menghulur salam perkenalan. :)

magenta said...

Syahirah: No problemo.

Koishie: Hai. Salam2. Please come again.

unicorn said...

susah nak puas-hati kan semua orang...apa yg kita buat, msti ade orang xberkenan. ape-ape hal pun, fikir pasal diri kita dulu

leaf said...

you seriously touch me. i have been reading for 5 hours and you make more sense than the past 5 months of my life.

Ladynoe™ Mohamed said...

nombor 2 tu kita sama.


Rajin pulak aku nak komen blog kau ni mag.

sarah said...

I read this post on 2015.

betul sangat apa magenta cakap. saya pun macam ni sebenarnya. I have my stand, my opinion but I always afraid to voice it out. I'm scared that people will hate me because I'm different. At the end, memang orang salah ertikan, banyak sangat orang datang kat saya berlagak itu ini bila saya sebenarnya sama je dengan diorang. Orang ingat saya takda perasaan. Macam bila org marah, I'll just keep quiet. So people thought they can blame me on everything. I want to be like others, to be respected so that people can hear my voice. Sometimes, we do have something that is worth to share, but I'm just too scared.

H said...

Dan saya masih budak perempuan itu and I don't know how not to be.