Thursday, July 24, 2008

Kamu Tak Boleh Lari dari Asal Usul Kamu dan Stereotaip yang Berkaitan Dengannya.

Sebab aku pun tak boleh.


Kalau kamu membesar di Perlis, orang akan anggap dengan serta merta kamu 'kampung'. Not that there’s anything wrong with being kampung, kecuali ianya digunakan untuk tujuan nak menghina, lagi-lagi apabila digunakan oleh orang kampung yang berusaha mahu tampak urban atau orang bandar yang perasan mereka crew daripada Sex and the City. Kalau kamu cakap kamu dari KL, mesti orang dah ada persepsi terhadap kamu.


"Wah, budak KL! I’ve heard so much about you!!111!!!!!!seribu seratus sebelas!!!"


Sebab tu kalau ada artis yang berasal dari Pahang dan pergi clubbing atau berpakaian seksi, mulalah dia dicop sebagai ‘budak kampung yang dah lupa asal usul dia’ atau ‘budak kampung yang jakun sebab dah pergi bandar dan jadi artis’. Tapi kalau artis yang berasal dari Hartamas misalnya, orang takkan hairan. "Budak KL tu. Biasalah."Seolah-olah perangai begini ini telah dijangka oleh budak KL.


Aku rasa semua orang ada secret desires mereka. Come the time and opportunity, mereka akan laksanakan desires mereka. Hampir semua orang, tak kira dari kampung atau bandar. Cuma peluang untuk budak kampung untuk mencuba benda-benda seperti clubbing dan sebagainya datang lewat sedikit, biasanya semasa mereka berhijrah ke bandar untuk tujuan belajar atau bekerja. Dan mungkin juga mereka tergerak kerana mereka ingat mereka ketinggalan sesuatu, bahawa semua orang yang tinggal di bandar itu pergi clubbing. Tak berbeza daripada budak bandar yang telah mula clubbing lebih awal. Tapi kesudahannya, kampung atau bandar, lambat laun mereka akan bosan juga dengan aktiviti itu.


*Perkataan clubbing boleh diganti dengan apa-apa aktiviti yang dianggap urban.


Aku juga sedar budak-budak yang berasal dari negeri lain yang suka melabel dan mengutuk budak KL biasanya akan 'murtad kampung'. Maksudnya, dalam lebih kurang 2 tahun selepas itu, dia sudah transformasi dirinya menjadi budak bandar. Tak pun mereka tak akan melepaskan peluang untuk berteman perempuan/lakikan budak bandar. Aku percaya semua kebencian pada awalnya itu sebenarnya perasaan cemburu dan envy kerana teringin.


Kesimpulannya, aku bosan dengan stereotaip bahawa hanya segolongan budak sahaja boleh sesuatu perkara.
Kalau budak kampung yang berkecimpung dalam sesuatu bidang yang dianggap urban, go ahead. Mana tau, mungkin dia lebih handal dalam bidang itu daripada budak bandar.


Kenapa stereotaip begini harus wujud? Takkan budak kampung suka dilabel kampung dan budak bandar suka dilabel skanky? Sebab walaupun kita tak suka, kita berusaha untuk wujudkan dia. Kita kutuk kaum India dengan kasta mereka tanpa menyedari kita pun mewujudkan kasta sendiri. Mari kita kaji struktur kasta ini, misalnya kasta Damansara.


Damansara ada banyak Damansara sekarang ini. Semua pun nak letak Damansara dalam nama. Terletak di Selangor, tetapi hanya orang yang menetap di Selangor dan KL sahaja rasa ini relevan. Sebab Selangor dan KL banyak bezanya. Orang Selangor marah dipanggil orang KL, sebab mereka merasakan kasta Selangor itu lagi tinggi. Bagi orang yang tinggal di negeri lain, mereka akan ingat KL adalah kasta tertinggi. Dalam Damansara sendiri banyak kasta, contohnya Damansara Utama adalah lebih tinggi tarafnya daripada Kota Damansara (boleh dianggap Damansara ke ni?). Pokoknya orang Damansara merasakan taraf mereka lebih tinggi daripada kasta lain, walaupun mereka tak pernah cakap hal ini kuat-kuat.
Kadang-kadang perangai ini boleh disalahtafsirkan sebagai quiet confidence (ha ha). Mungkin perangai ini wujud kerana orang lain selalu mengagung-agungkan mereka.


Aku sering melihat mereka dan berfikir,


"If I stripped away all their clothes, accessories and makeup, would they still have that 'quiet confidence'? If they grew up in Bentong instead of Damansara, with bar soaps and bedak Zaitun instead your liquid cleansers and expensive moisturizers, would they still look the way they do?"


Kadang-kadang aku suka bila bersama mereka, because they always smell nice and they always look good and classy, siapa yang tak suka benda cantik kan? Tapi pada yang sama aku rasa bosan kerana minda aku seolah-olah tak distimulasi dan aku bosan dengan mereka yang sedikit narcissistic tak bertempat dan ada aura yang reek of fakeness and niceness yang melampau. Percayalah kalau aku cakap kalau kamu seseorang yang adventurous, carilah seorang budak kampung yang telah berhijrah ke bandar dan suka mengeksplorasi, mereka adalah sangat fun dan boleh mengajar kamu berbagai-bagai perkara tentang kehidupan yang kamu belum tahu.


And don’t criticize or judge unless you’ve been on both sides of the fence.

38 comments:

jumpjumpjump said...

setuju.contoh selain damansara yg paling kerap aku dgr org banggakan ialah Bangsar dan Ampang.aku rasa ini
semua persepsi dan mentaliti yg bermula sejak berkurun dahulu lah.

Matematis Muda said...

Don't criticize unless you have been on both sides of the fence.

Dayem true!

aku bandar
pernah tinggal di kampung sewaktu kecil
pernah merasakan kebebasan kampung
dan kebebasan bandar

Both are gr8

yang mana kalau aku elaborate lg,
akan jd satu entri hahaha

husni said...

kesimpulannya dari mana jua kau berasal kenela reprezent, itu yang penting ;P

ok, aku ada satu soalan utk kau cik magenta...apakah maksud "seribu seratus sebelas" yang diletak diantara tanda seruan tu? mintak mahap la aku kurang paham...

magenta said...

jumpjumpjump: Hehe aku tak dapat nak tulis pasal Ampang ngan Bangsar sebab tak familiar dengan kelompok tu.

Matematis Muda: Kebebasan dia rasa berbeza kan?

Husni: Fa shizzle ma nizzle. Kena reprezent.

Seribu seratus sebelas=1111..typo kalau type banyak2 tanda seru. Macam ni---> !!!!1111!!!!! Ok my bad. Kadang-kadang lawak aku ni lebih2 dan tak menjadi. Haha. :p

The Funniest Guy on Earth said...

This piece is not funny at all. You want to know what's funny? Ask me, I'm the funniest creation there is.

penyangak said...

salah. lagi best lepak dengan budak budak dari planet pluto.

senandung k said...

ye la tu. bangsar. when i told them my mom's place is near bangsar, they all went "oowwhh. so ni selalu lepak telawi la ni" -_- & my cousins yg bukan dr kl, kalau balik raya, suka nak cakap hujung ayat "biasalah. baru lah kl" konon kl=cool. corrupted ada la. tsk.

magenta said...

TheFunniestGuyOnEarth: Alahai. This post is not meant to be funny pun.

Penyagak: Know anyone from there? Kasi phone number dorang, boleh? My nights are lonely. Haha.

Senandung K: KL to Malaysia is like New York to US, yo! :p

takahara-suiko said...

Pluto bukan planet!

yah, saya teringin nak tinggal di kampung daripada tinggal di bandar. bangun pagi mandi air sejuk, petang2 pegi sawah jalan2, kereta tak banyak, beeest.

fahmi said...

kita dah tanamkan kasta dari segi tempat tinggal kita inways to show how cool we are.

pada aku senang saja, semua orang yang kat bandar ini asal usul mereka dari kampung jugak.

tepuk dada tanya selera.

-t- said...

so much for globalisation.yaha.

NeEM™ of Suicide Park said...

I grew up in suburban, but my grannies semua duk bandar.

Kesimpulannya, saya ialah budak kampung yg takde kampung.

dan,

klu duk Flora Damansara tak macam Damansara langsung!

ledisordre said...

i grew up everywhere, but my granny punya kampung adalah sgt miskin dan kawasan blacklist masalah dadah.

i think org bandar masuk kampung sama jakun dgn org kampung masuk bandar.

good piece, mags. n the joke too, walaupun i didnt really get it until u explained. haha

erm said...

damansara height represent!(konon)

org2 yang bernasib baik...semua orang tak jangka...kawasan ini akan maju sebegini mahal

tapi komuniti kami agak ok...masjid kami meriah yo!

makcik yang asik ber datin datin bila dtg umah

org cakap aku budak bandar....aku budak kampung actually

dan miskin...that for sure

jom pegi sungai

pakali said...

*belai bulu kambing*

takpe, aku memang fun!

ha ha!

farizzet said...

bile sebut shah alam, lokasinya macam kampung walau taraf bandaraya. "oh jauh la dari kl"
kejadah.

penyangak said...

pluto bukan planet? tell that to dem plutonians, nak kene belasah?

magenta, buleh kasi nombor diaorang kalau nak, tapi kau nye hp ada interplanet roaming ke.

aku orang bandar. orang damansara. tak main ah rempit rempit nih. sorry i damansara you.

husni said...

oh ok aku faham sekarang !!!!!11111!!!sebelasribuseratussebelas!!!!

boleh ke? ke dia ada limit?

broken_nigina said...

tanah manapun dipijak,namanya tetap bumi.

nurulazreenazlan said...

asal kampung ke, asal bandar ke, yang penting mentaliti.

kalau nama je duduk bandar tapi mentaliti kampung tak payah la nak bangga.

it goes to show that the whole kampung vs bandar thingy is more than than geography, it's what they represent =)

catalyst said...

hahahah...agak benar dr segi
"Orang Selangor marah dipanggil orang KL"...tak tau kenapa tapi sangat tak suka, mungkin sebab pernah jumpa orang2 yang membesar di KL yang kurang berkualiti walaupun tahu bukan semua orang macam tue.

broken_nigina said...

anyway,sejujurnya gua tak tahu pulak benda-benda camni masih jadi isu.

mie_amour said...

stereotype membunuh!!huhuhu...it'll lead to prejudice n dscrimation..hmm..bandar n kampung?it's nurture sbenanya..ada je bdak bndar tapi prangai cam kmpung n vise versa..kan?

marjerin said...

perenggan2 sesama manusia menyusahkan dan mengaburkan.

salam ziarah..:)

47 said...

hai magenta...i orang pekan ;)

LOL

Jebon said...

aKeW DiLAhIrKan DaN DiBeSARkaN Di Pj,TaPiE SeWAkTu UmUR 15 tAhUn AkU, eh AkEw, BeRpInDah kE E-pOh DaN BeRSKoLa Di SkOlA yAnG RaMAi BuDAk2 KaMpUng DaN LeSs FoRtUnaTe. Di E-PoH AkEw BeLajAR JaDi OraNG. AkEw LebiH SukEr AkEw YanG E-PoH dAri AkeW YaNG Pj.

Wei, ada janda kat kampung belakang rumah aku guna Zaitun, cantik kulit badan dia! Muka dia macam Liz Hurley versi gelap sikit. Anak dia pulak guna bedak cuticura. Macam mana aku tahu tu tak penting okIeZ.

ameirul azraie said...

true..and so true! :)

iqanabeera. said...

another kind of stereotype.

sbp + mrsm kids = kampung + straight edge

cbn + sri aman + convents + all the sri sri private schools = coolness personified.

i'm not making fun of anything. some people from those "cool" schools happen to be very humble, and certain people from sbp will illustrate how much they hate their schools for being so "kampung" and conservative, just to show how "modern" and "wild" they actually are.

semua sangat kelakar okey. heh.

nurulazreenazlan said...

in that case iqanabeera, i am kampung and straight edge. not too sure about the straight bit though, you know, sbp and all that *wink*

saya memang orang kampung, tak reti nak mingle dengan orang KL. ape tuh, ill at ease? hehehe. papehal pun hidup melaka!

my take is, doesn't matter where you're from, it's where you wanna go that defines you =)

MaGGoT World said...

Betul...stereotaip kawasan memang wujud..i live in ampang but i think its just the same with any other place...xder beza pun dgn tempat2 laen...

in the end..its about ur mentality..either u live in kampung or bandar..klu ur mentality is so low..xder guna jugak nak mengaku living in ampang or damansara...its just like ppl saying blonds are dumb...pfft!!..

husni said...

...but...blondes ARE dumb.

hehehe ;P

Angel On My Bike said...

hey.husni.aku blonde aku tak dumb pun?hehe.

sgt setuju.lupakah kita semua pun penah kencing di kampung.maka apabila kita telah meninggalkn najis disuatu tempat maka anda berkuasa ditempat itu.contohnya org bandar pi kampung berhak untuk merasa jadi kampung dan org kampung jadi bandar berhak merasa jadi org bandar. equal.

tak taula teori aku ni boleh diterima pakai wpun agak keji sikit.

magenta said...

Takahara: Ditto on petang2 jalan kat sawah and kereta tak banyak, tapi tak biasa la mandi air sejuk, hehe. Tak tahan sejuk sangat.

Fahmi: Betul tu. Sangat rare orang bandar yang moyang dia asal bandar jugak.

-t-: Haha.

Neem: Flora Damansara, lol. Teksi pun takmau lalu situ. Area 'bahaya'.

Ledisordre: Heyya. So true. Orang bandar pergi kampung jakun gak.

Erm: Oh, Damansara Heights. Itu dah KL dah. Ni la sebab semua kawasan nak letak Damansara dalam nama. Supaya dapat naikkan harga and boleh dikaitkan dengan Damansara Heights. Memang rumah2 sana dah naik harga dengan sangat banyak.

Pakali: Samala ko dengan kambing. Dua2 tak suka mandi. Aku suka main dengan budak kampung wangi je. Hahaha :p

Farizzet: Hahaha, Shah Alam takde good rep sangat.

Penyangak: Lupa lak pasal roaming. Malasla camni, aku kedekut, nanti kena extra charge lak. Banyak rempit lepak Damansara apa. DU. Hahaha. Dari Kayu Ara.

Husni: Hahaha boleh je. Takde limit, tapi mungkin 111111111111 terlalu panjang untuk ditype.

Broken Nigina: Melihat komen2, sah benda ni masih jadi isu.

Nurul: Betul. Itu sebenarnya tujuan post ni. Nak cakap yang penting tu mentaliti, bukan geografi.

Catalyst: Hahaha memang ramai sangat orang Selangor tak suka orang cakap dorang orang KL. Me too. Berbeza tuh. Macam Seberang Prai ngan Pulau Pinang.

Mie Amour: Yupe, yang penting mentaliti.

Marjerin: Hai. Salam2.

47: Kalau dating, you bawak date you jalan2 kat pekan eh?

Jebon: OmGwTfbBQ...LiZ HuRleY??!!!1! h0t jUgAk dIa 2. MuSt-Tea JaNda tU h0t giLeRzzZ. nApE yEW eJa kAmPunG mAcAmTWo? iT'z CaMp-punK leRRr. bArU keWLzZz oKiez???//?

Ameirul Azraie: :)

Iqa: Haha I know what you mean! Some of SBP kids are really cool actually. And some kids I know dari those 'coolness personified' schools are annoying as hell and are douchebags.

Nurul: Lol. But I really do enjoy being friends with most (save one) of the Melaka people I know.

Maggot World: Haha tapi rasanya orang yang shallow and bermentaliti macamtu selalunya tak sedar there's anything wrong with thinking like that. Sad.

Husni: Haha that topic is up for debate. Baru semalam challenge kawan aku untuk namakan seorang pelakon brunette famous yang bodoh. Tak dapat nak difikirkan, tapi senarai celeb blonde yang bodoh panjang pulak.

Angel on My Bike: Lol. Teori anjing marking territory. Haha tapi why not. Penggunaan terms macam 'alpha male' dah diterapkan untuk digunakan untuk manusia walaupun originally used for the animal kingdom, so why not this animal territory thing.

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

"don’t criticize or judge unless you’ve been on both sides of the fence"
totally agree with u.actually,i've been on both sides of the fence.pernah di gelar bdk kampung mase kat uni sbb x stylo cam bdk kl and dtg from small town somewhere in phg. whatever. don't really care as long as i'm comfortable being myself.

ohok_ohok said...

"don’t criticize or judge unless you’ve been on both sides of the fence"...touché. :D

rock n' troll said...

Dari mana asal seseorang tu, kalau dia ditakdirkan tak cool, dia takkan cool jugak...
btw, individu yang patut disula dengan botal air cap harimau tidak lain dan tidak bukan ialah Melayu Minimalis kerana tafsiran-tafsirannya, tak begitu?

magenta said...

donutmanis: That's great. The most important thing is that you're comfortable with yrself.

ohok_ohok: Thanks.

Rock n Troll: Aku suka tafsiran2 dia. Some of it anyway.

Anonymous said...

i was a city girl.moved to the countryside. been living there for 13 years. ade bende best, ade bende boring. but trust me..ade a lot of values dat u can learn from kampung and you can bring those values with you back to the city. and ade byk improvement u gained from the city dat u can bring back to kampung.so later on, kl or not, we are all the same!